Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya.

Kesihatan, masa, kesempatan dan segala kuderat yang diberikan.

Isnin kembali.

Since jadi suri rumah ni Monday Blues tak terasa sangat tapi lebih kepada semangat untuk mulakan minggu baru.

Ahad menghabiskan masa diluar rumah mau isnin lebih bersemangatkan.

Bengkel kami Redoz Motorsports Autoservice beroperasi Isnin – Sabtu. Jadi hari Ahad sahaja untuk suami beriadah. Lain rasa masa keje dulu vs suri rumah sekarang.

Kalau dulu best sangat kalau dapat habiskan masa hujung kinggu di rumah sebab banyak hal rumah dapat diuruskan. Kalau tak settle isnin mesti xsemangat nak keje memandangkan keadaan kelam kabut. Berbanding sang suami yang memang suka habiskan masa di luar rumah.

So sekarang kita layankan suami yang hanya cuti ahad so kita pun tak keberatanlah nak keluar rumah hari ahad tu.

So memang aktiviti luar rumah kami biasanya tengok wayang ke, kalau ada kenduri kendara dengan gembira kami pergi. Apa-apa ja aktiviti asalkan diluar rumah.

So ahad lepas memandangkan sabtu saya dan anak-anak dah gi tengok wayang Angry Bird dengan adik-adik ipar maka takkan ahad nak mewayang lagi. Dah bersiap, masuk kete suami tanya “Nak makan kat mana?”

Memandanglan time tu dah kol 11 pagi so dah xdernya sarapan. Kalau time2 gini kami layan Pak Li Kopitiam ja. Tapi almost everyweek kat sana dah naik boring dah.

Tiba-tiba suami cakap “Rasa nak makan ayam kampung lah. Tapi nak gi kedai belang jauh sangat”

Kedai belang tu ada 1 kedai makan kat Bandar Bukit Puchong. Sebab kedainya belang merah kuning makan kami panggil kedai belang, ada yang panggil Kedai Selangor. Juadah tengahari dia memang peghhhhh… pelbagai jenis, ulam-ulaman, sambal-sambal perbagai jenis dan juga budu.

Selain juadah ayam kampung yang best ikan-ikan bakar dan juga kerabu. Memang lupakanlah segala diet ka apa. Memang juadah kampung kat sana.

Cik Lynd ni memang memberi sokongan padu lah. Yang pada asalnya rasa jauh.. tapi lepas isteri setuju maka sampai juga lah ke sana.

Perjalanan 40 minit menjadi hampa pada awalnya sebab kedai tu tutup. So alternatif adalah kedai Tuan Faridah. Layanzzz je sebab kat situ pun ada ayam kampung.

Cik Lynd layan ayam kampung, pucuk paku goreng, petai rebus dan budu. Asalnya share nasi dengan anak terus request nasi 1 pinggan lagi. Hahahaha.. datang jauh2 nak control makan so lupakan lah ja Cik Lynd oiiii…

Lepas makan Cik Lynd cadangkan kami ke putrajaya. Solat zohor kat masjid sana and lepak2. En suami setuju tapi sebelum tu kami lalu Taman Putra Perdana sebab nak mengimbau kenangan.

Lynd pernah tinggal rumah sewa apartment dengan harga Rm 250 sebulan. Murahkan? Rumah tu luar ja buruk tapi dalam tuan rumah dah renovate siap kitchen cabinet lagi.

Lebih 3 tahun lynd tinggal kat sana lepas grad. Peghhhh.. memori betul.

Then kami explore jalan baru nak ke putrajaya. Entah highway mana kami lalu.

Masuk ja kawasan putrajaya En suami cadangkan kami ke Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan ke apa namanya.

Masjid tu best sebab open space. Dari ruang solat utama tu memang lapang ja and campur tempat solat lelaki dan wanita.

Dan kat sana ada kejadian yang akan jadi kenangan pada mama sampai bila-bila.

Kaseh pun solat zohor sama tapi dia taknak pakai telekung sebab telekung semua besar. So taknak lah paksa-paksa layan je asalkan dia nak solat.

Lepas bagi salam aku perasab ada foreigner dok sebelah Kaseh. Lynd baca doa rasa macam dia melambai-lambai. Ingatkan dia main ngan kaseh, rupa-rupanya dia panggil Lynd. Di hulur tudung dan stokin dan bagi isyarat suruh kasi kat Kaseh.

Allah.. saya tak habis-habis ucap thank you and syukran.

Allah.. besar sangat rasa pemberian itu. Kaseh terus minta pin nak pakai. Tudung tu kainnya lembut sangat saya tak pasti lah kain apa tapi lembut di pegang.

Saya anggap pemberian tu cukup bermakna.

Terima kasih aunty. Semoga pahala untuk aunty terus berpanjangan.

Moldiv_1463395285743

Lepas tu kami jalan-jalan ke alamanda. Lebih kepada mengimbau kenangan juga lah sebab dulu kat situlah tempat kami dating dulu. Hehehehe…

Lepas tu kami ke Masjid Putra untuk solat Asar. Ingat kali ni nak solat tingkat atas tapi lift rosak pulak so solat kat bawah ja lah. Kali ni Kaseh solat pakai tudung tadi. Emmmmm.. senyum je mama tengok.

Lepas tu kami layan dorang main roler blade depan masjid je. Hari lepas hujan so redup jelah cuaca.

20160515_172436

Alhamdulillah. Ahad yang lain dari yang lain untuk anak-anak. Pengalaman melawat masjid memberikan pengalaman yang berbeza. InsyaAllah kita akan melawat masjid di Makkah dan Madinah untuk Umrah nanti. InsyaAllah. Aminnn..

Assalamualaikum..

Wahhhh.. semangat berbelog sudah kembali lagi..

Kipidap Cik Lynd..

Life as Work At Home Mom

Ermmm.. Lynd tak nak compare surirumah vs wanita bekerjaya ka apa. Apa pun pilihan kita semstinya terbaik untuk diri dan yang tersayang.

Hampir 1 tahun Lynd berhenti bertugas sebagai jurutera. Dan Lynd masih lagi ermmm.. bukanlah menyesuaikan diri tetapi masih lagi melakukan improvement dalam kehidupan Lynd.

Setiap hari mencari ruang untuk melakukan yang lebih baik sebagai Hamba Allah, Isteri, Ibu, Anak dan masyarakat.

Rutin harian Lynd bermula dengan menghantar anak-anak gi sekolah. Kaseh dan Awatif start sesi tadika pada pukul 8.20 pagi dengan assembly so Lynd hantar dalam kol 8 lebih la.

Tadika Dzul Iman jarak dalam 5 minit dari rumah, kadang-kadang tu angkut Cik Indah sekali kalau dia dah bangun and mood kakak-kakak cinta hati tu suruh bawak adik dia sekali.

WAHM

Ni berenti tepi tasik jap “tengok’ orang beriadah. Tengok ja sebab ada budak kecik tak mandi lagi ni dok melekat ja. Obettt nak? Orang ajak selpie tak nak senyum.

Balik dari hantar anak tu, mandikan Indah and sapu sampah sikit-sikit sementara tunggu papa siap mandi.

Rutin kami pagi sebelum bukak bengkel kami akan keluar sarapan sama-sama. Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak hala ke mana dah bersarapan.

Tapi macam hari ni ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebab nak renew lesen Redoz Motorsport Autoservice. Sarapan mee kari pekat likat hari ni.

Kadang-kadang ikut papa keluar macam gi spare part ka buat teman sembang papa plus mama saja ja la nak merayap.

Sampai rumah dah ngam-ngam amik budak balik tadika. Terus merayap ke Tesco. Tujuannya nak cari tempat po-po Siti and Situ, Yang kat Wondercat tu mahal sangat pulak tapi memandangkan sebab xdak juga, makanya memang kena rambat yang kat sanalah. Tak lalu dah Cik Lynd nak mencedok hari-hari.

Balik tu melepak lah dengan anak-anak.

WAHM 2

Life with 1 year old kid. (Almost 1 year)

Sabar ja la. Kadang-kadang biarkan aje.. malas nak layan perasaan mendidih tu budak buat sepah.

Masak?

Takder la tia hari sebab tengok la kalau tak ikut papa keluar masak lak kalau tak macam hari ni bungkus subway ja untuk papa kat tesco tadi.

Malam lagi lah jarang masak. Ermmm.. boring jugak makan kat rumah ja.. hahaha.. i know my husband..

Lepas maghrib ja kami 5 beranak ni mula la melilau cari tempat makan.

Malam ni sume tido awal termasuk lah En Suami tercinta. So mama masuk SOHO awal malam ni.

And tadi Lynd ada sesi bimbingan breastfeeding untuk pelanggan Set Berpantang Shaklee. Memang Lynd dah niat untuk pelanggan Lynd akan guide mengenai breastfeeding jika mereka memerlukan bantuan.

Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah.. Happy sangat dengan life sekarang dan proses improve diri setiap hari membuat Lynd sentiasa excited untuk mejalani kehidupan.

Alhamdulillah sangat sebab Allah sentiasa berikan kebahagian kepada Lynd dan keluarga.

Life as Work At Home Mom


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Shaklee Pilihan Selebriti Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak pernah melantik mana-mana artis atau selebriti untuk menjadi duta Shaklee.

Kenapa?

Konsep Shaklee adalah biar pengguna Shaklee sendiri yang jadi duta untuk produk Shaklee dan mereka akan dibayar melalui bonus-bonus yang ditawarkan oleh shaklee.

CASH Bonus

CAR Bonus

CONVENTION Bonus

So Shaklee tak pernah membayar mana-mana artis untuk menjadi duta mereka malahan marketing di media elektronik juga tidak kelihatan.

Tapi ada juga beberapa orang artis yang “ditangkap’ menggunakan produk Shaklee.

Artis Love Shaklee

Artis Love Shaklee 2 Artis Love Shaklee 3Dalam akhbar terbaru, Hazlin Nordin mengatakan beliau mengamalkan Herblax dan ESP untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

misya omar shaklee rita rudaini shalee

Macam Rita Rudaini memang dia dah lama tunjukkan yang beliau adalah pengamal VIVIX dan juga supplement untuk kanak-kanak kepada putera-putera beliau.

emma maembong

yasmin hani

Jadi jangan tertipu ye kalau ada melihat poster-poster artis dengan produk Shaklee. Sebenarnya mereka bukanlah duta Shaklee tetapi mereka adalah pengguna. Dan hanya pengguna yang sudah merasai kesannya sahaja akan tanpa berselindung menunjukkan apa yang mereka amalkan.


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Sedikit sesalan malam ni. Sebab tewas dengan kaedah marketing yang ku ingat selama ni Cik Lynd ni kental sangat.

Kalau dulu masa tinggal kat rumah sendiri boleh je bertahan dengan areal tulang ikan tu sebab basic channel ada je. Tapi since dah pindah ni, memang areal tulang ikan tu langsung tak memberikan hasil langsung.

So berkira-kira lah nak pakai Njoi memandangkan kami memang taknak yang kena komitmen bulanan.

Dengan kos Rm 428 kami pun pasanglah Njoi.

Sebulan lepas tu dapat call dari astro yang drg buat promo untuk pakej yang Rm 120+ dapat Rm 42 + termasuk GST selama 3 bulan.

Asalanya taknak, lama juga la berdialog dengan orang astro kat telifon. Last-last Cik Lynd tewas.. Amik la untuk 3 bulan.

Yang makcik tak gemo ni bila Awatif dah pandai cari channel sendiri. Seharian mengadap tv ja. Haisss…

Mama ni kadang-kadang ja teringat nak tengok tv. Kalau tak memang takdernya walaupun dok kat rumah.

Lepas 3 bulan segala pakej yang HD dan mustika sume drg dah stop tinggal basic channel ja tapi bil still jalan untuk yang RM 42 tu.

Lepas discuss dengan En Suami, kami decide nak stop ja lah. Buat apa nak bayar bulan-bulan sedangkan kami jarang tengok tv plus kami dah bayar Njoi semasa pemasangan. Kalau nak Astro baik dari awal lagi sebab kos pemasangan tak setinggi Njoi.

So tadi call Astro nak stop terus.. Tapi tau apa jadi?

Dorang kasi lagi promo hari tu untuk 3 bulan. Yang ngok ngeknya Cik Lynd terima dengan besar hati.

Adehhh.. sekarang menyesal. Ermmmm.. tapi xderlah sepenuhnya menyesal tu.. Sebab Cik Lynd boleh menikmati HGTV channel. Lepas tu berangan.

Takper.. berangan Free.. Dan bermimpi semasa sedar lebih memberi makna berbanding mimpi semasa tidur.

Soooo.. sekarang cik Lynd akan meneruskan kehidupan dengan komitmen Rm 43 sebulan itu.

Sambutan Hari Ibu Dan Tips Mengajar Anak Solat

mothersday_MainBanner2016

Assalamualaikum.

Hari ni ramai yang update di facebook ucapan Selamat Hari Ibu. Seronok tengok dan macam-macam sambutan.

Lynd memang tak celebrate and tak wish pun. Hehehhe.. Hari-hari hari ibu.

Tapi dalam banyak-banyak yang ni macam buat Lynd tersentuh.

Wardina

So true.. banyak sangat lagi kelemahan saya sebagai ibu kepada anak-anak.

Kelemahan saya melayan kerenah mereka dan juga kelemahan saya dalam mendidik mereka. Risau saya.. jika saya gagal menerapkan keutamaan solat dalam anak-anak saya.

Ya Allah saya nak sangat pastikan anak-anak saya sudah cukup solatnya di usia  tahun.

Ya Allah, sedangkan Lynd masih masih merangkak dalam menyempurnakan solat dalam waktu yang sama Lynd nak pastikan anak-anak Lynd menjadi insan yang menjaga solat dari kecik lagi.

Doa tetapkan solat

Kalau diikutkan semua ibu bapa inginkan anak mereka menjadi insan yang baik.

Lynd baru baca 1 buku “Bertanya Allah Dahulu” menyatakan kita perlu berdoa secara spesifik dan Lynd sedang belajar mempraktiskannya.

Termasuk juga dalam mendoakan anak-anak Lynd yang menjadi insan yang terpelihara solatnya kerana solat yang menjadi perisai untuk anak-anak Lynd.

Dan memang Lynd cuba untuk jadikan hari ibu ini sebagai hari untuk memuhasabah diri Lynd untuk menjadi ibu yang memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan dari segi material sahaja tetapi dari segi rohaninya kerana Lynd nak kami sekeluarga berada di syurga bersama-sama  kelak.

Antara bacaan yang bagus dalam mendidik anak-anak solat.

Tips Mengajar Anak Solat

Dr Hj Tengku Asmawi

Sirap Limau

Lynd mempunyai impian untuk membawa anak-anak ke Makkah untuk menunaikan umrah tahun ni.

“Ya Allah, Tunaikanlah Impian ku untuk menunaikan umrah sekeluarga pada November 2016 nanti”

Jadi sebagai persediaan Lynd kena make sure at least Kaseh yang dah nak masuk 7 tahun dah 2017 nanti supaya dah pandai solat dan menghayati solat itu sendiri.

Lynd memang teraspirasi dengan Sis Amrina bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau Lisa dan Hana dalam mendirikan solat.

Ya Allah.. aku diberi peluang untuk mendidik anak-anak ku dengan sendiri, kenapa harus aku bazirkan peluang ni?

Dan sebenarnya kerana mereka lah aku “perlu” jadi baik supaya mereka tidak jadi seperti aku.

Kepada anak-anak mama, mama akan cuba menjadi Mama yang lebih baik untuk kamu.

Didik Anak Solat


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum..

Hari ni happy sangat sebab dating with my wireless partner Cik Zarlea.

Tesco Setia Alam 2

Actual she is my bff.. Tapi kenapa my “wireless partner”?

Sebabnya connection kami kuat.

Contohnya macam kadang-kadang kalau saya tengah makan lamp chop.. snap gambar dan send kat dia (Kalau orang lain send kat fb) dan dia akan send gambar lamp chop jugak tapi dia edisi masak sendiri dan saya edisi makan kedai.

Then macam sesetengah barang ‘tersama” dan “tertunjuk” so kami akan.

Ehhhhh… vacuum cleaner ko macam aku punyer”

“Oiiii.. bakul kain ko mcam aku punyer”

Tersama the small things.

Dari segi pendapat pun kadang-kadang sama.

Kadang-kadang Lynd tengah teringat kat dia..  tiba-tiba dia WhatApps..

It’s like macam ada connection antara kami.

Hahah.. tapi dari segi minat ada yang tak sama lah.. Macam dia suka menjahit tapi Cik Lynd tidakkkkkk…

Dia suka melawa tapi cik Lynd tidakkkkkk..

Hahahah..

Hari ni jumpa kat Tesco Setia Alam sebab dia hantar adindanya gi interbiu kat Top Glove. So sementara 3 jam menunggu proses interbiu tu kami lepak kat situ ja.

Tak dak buat apa selain pusing-pusing dalam Mr DIY. (Seperti Biasa tak pusing kosong.. mesti akan sangkut sesuatu) Teman anak-anak main, makan eskrim dan duduk-duduk.

Sembang pun tak dak la beria sebabnya hari-hari sembang kat WhatApps macam dok kat sebelah ja. Plussss.. bawak anak-anak so xleh leka sangat lah sembang.

Lepas solat asar kat tesco, adik Lea pun dah siap interbiu kami pun bergerak pulang.

Then dia update kol 7.00 sampai bangi.

Tiba-tiba air mata ku mengalir..

Tesco Setia Alam

Haaaaa… bila masa dia selfie ngan anak-anak ku..?

And dia buat as profile picture WhatApps. (Dia memang selalu tukar)

Terharu sangat sebab aku tau ko sayang aku walaupun ko tak pernah cakap.

Hahahaha.. Touching makcik.

I don’t aspect wanita yang sudah beranak 3 nak letak gambar 3 orang anak orang lain melainkan dia betui2 sayang kat orang tu. (Persamaan kami yang lain.. diusia sebegini kami juga mempunyai 3 orang anak)

Then dia up kat facebook.

Tesco Setia Alam 3

Ntah bila dia snap gambar ni. Hahaha.. apa-apa pun I love u Lea.

(Tengah tarik mood blogging dari hati kembali)

Assalamualaikum..

Haaa.. I is jealous bila tengok blog kawan-kawan yang masih aktif berhome organising.

Rindu zaman rajin dulu. Zaman rajin ambil gambar dan upload.

Ok Cik Lynd. Semangat sikit nak ber home organising ni. Dah hampir 5 bulan dok di rumah baru ni dan Lynd masih aktif menolak perabut sana sini. Masih belum puas hati dengan susun atur ni.

Rasanya Lynd belum pernah tayang lagi rumah ni kan. Nantilah.

So entry kali ni just nak tayang zon berhatu rumah ni.

Kawasan yang tak pernah kemas. Dah buang berkotak-kotak pun benda lah ni masih sama.

20160503_010221

Rak ni hah..

Kalau mula-mula masuk memang rak ni dulu yang orang akan nampak. Tak tau lah apa masalah rak ni. Hahahaha.. Rak yang salah..

Tempat ni macam jadi landing table.. sume benda dilambak.. TV kecik tu guna untuk tengok CD ja.

Tapi haihhh.. sakit mata betul tengok.

Tak pa.. nanti kita kemaih lagi sekali..

Yang saya suka sekarang home office mama.

Tempat yang strategik.. Esok Lynd share ye..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Syukur atas segala percaturan Dia.

Hari ni saya nak recap sikit kehidupan saya sebelum ni.

Hampir setahun lepas ditinggalkan.

2-3 hari lepas Kaseh tanya “kenapa mama tak kerja?”

Ini bukanlah kali pertama dia tanya dan saya pulak tak pernah tanya kenapa dia tanya macam tu.

Ok.. Lynd share sikit background pendidikan dan kerjaya Lynd.

Saya graduate jurusan Mechanical and Material Engineering dari University Kebangsaan Malaysia.

Bekerja selama beberapa bulan di sebuah Syarikat kontractor dan kemudian sebagai Assistant Engineer di Creden Mechatronic Sdn Bhd.

Kalau ikutkan memang Lynd tak memilih kerja and even gi interview as draftperson cum storekeeper pun pernah sebabnya memang Lynd kena cepat-cepat dapat kerja sebab nak menyara hidup sendiri.

Rumah sewa pertama kat Putra Perdana, Puchong dengan sewa Rm 250. Rumah tu memang cute dan murah. Tunggangan pulak cik skuter hijau yang Lynd guna dari zaman belajar.

Selepas 9 bulan 9 hari kerja kat Creden, Lynd dapat keje kat JVC Manufacturing Sdn Berhad. Lynd pernah cerita pasal JVC ditutup disini.

Lynd keje kat sini dekat 3 tahun rasanya. Life kat JVC memang best. Dari membujang sampailah ke kawin. Dari tinggal di Puchong berpindah dan beli rumah pertama di Meru, Klang.

Selepas 4 bulan jadi suri rumah, Lynd dapat kerja sebagai process engineer di Aluminium Company of Malaysia Berhad. Di sini Lynd berkembang dari anak 1 ke anak 2 dan kemudian bila lepas pantang anak ke 3 Lynd decide nak berhenti keje.

ALCOM 2 ALCOM

Yes..

Memenuhi impian seorang wanita iaitu menguruskan anak-anak sendiri.

Tetapi atas desakan lifestyle Lynd masih perlu mencari peluang untuk menjana pendapatan.

Melepaskan jawatan sebagai jurutera dan memilih untuk berada dirumah bukan menghalang Lynd untuk hanya duduk tercongok.

Malahan kenapa Lynd berani mengambil keputusan besar ini adalah kerana Lynd yakin dengan berniaga dengan Shaklee Lynd akan menjadi orang yang lebih baik. Walaupun tanpa title “Jurutera”.

Lynd masih boleh lagi menjadi engineer kehidupan Lynd sendiri dan kemudian membantu orang lain menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

Lynd yakin dan Lynd sudah lihat depan mata ramai engineer dan yang terbaru Doctor yang melepaskan jawatannya selepas pendapatan Shaklee beliau lebih tinggi dari gaji kerja hakiki beliau.

1 benda yang Lynd sematkan dan pasakkan dalam jiwa Lynd sekarang ini adalah, walau apa pun jawatan, kita kena tanamkan kerja kita hanya kerana Allah.

Setiap apa yang kita lakukan jangan disia-siakan tanpa menjadi saham untuk bekalan diakhirat kelak.

Promo May 2016 Alfalfa dan Collagen Powder Shaklee

 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

Bulan May 2016 sudah menjenguk..

Giliran si hebat manakah yang berpromo bulan ini?

Kali ini giliran si cantik Collagen Powder Shaklee dan si Hebat Alfalfa Complex pula.

IMG_20160502_172841

Apa keistimewaan Promo Collagen Powder Shaklee?

Dengan Pembelian 6 Kotak Collagen Powder Shaklee anda akan dapat

PERCUMA 1 kotak Collagen Powder Shaklee

PERCUMA keahlian Shaklee yang bernilai Rm 79.50 (Keistimewaan Keahlian Shaklee)

WANG TUNAI RM 110.80 yang diterima pada June 2016

DISKAUN 15% – 20 % untuk semua rangkaian produk Shaklee

Apa pula keistimewaan Promo Alfalfa Complex Shaklee?

Selain dengan pembelian 3 botol alfalfa complex anda akan mendapat 1 botol lagi percuma, anda juga akan mendapat harga promo untuk set yang mengandungi Alfalfa.

Antara set yang terlibat adalah :

 

Hebat kan?

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kolagen shaklee murah dan set shaklee murah bulan ini tau.

——————————————————————–

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...