Apa itu Set 3M Shaklee.

3M bermaksud Mom’s Marvelous Milk 

Set Penyusuan lengkap untuk membekalkan vitamin yang cukup kepada ibu.
Disamping menyusukan bayi, ibu perlu cergas dan sihat untuk menjalani rutin harian menjaga anak dan keluarga.



Set 3M Shaklee terdiri daripada 

Vita-Lea (Multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Alfalfa Complex
Ostematrik (Kalsium)
Energizing Soy Protein (ESP)

VITALEA (Multivitamin)


Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Ada kajian yang mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusukan bayi dan ibu juga digalakkan menambahkan ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama bayi. Maka pengambilan vitamin vitalea iron fortified ini membantu si comel membesar dengan lebih baik.

B- Complex

Sangat penting dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, anti-stress (penenang). 
Membantu meninggikan sistem ketahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa. 
Ini dapat menyumbang kepada penghasilan susu ibu yang lebih banyak kerana emosi ibu yang baik dan tenang dapat menggalakkan penghasilan susu ibu.

Vitamin C 

Antihistamin semulajadi, meningkatkan meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam anda hanya perlu meningkatkan pengambilan vitamin c sebanyak 2 biji sehari.
Selain sebagai antibodi kepada bayi dan ibu, vitamin C juga baik untuk kesihatan kulit ibu. Dengan Vitamin C kuiit ibu akan sentiasa berseri dan dapat memudarkan parut.

Alfalfa Complex

Memberi 1001 khasiat kepada ibu.
Membantu meningkatkan tenaga ibu dan memekatkan susu ibu dan dapat mengenyangkan bayi dengan lebih lama.
Disamping itu alfalfa sangat baik untuk proses detox dan membantu ibu mengurangkan berat badan selepas melahirkan.

Ostematrix


Tidak suka minum susu?
Inilah sumber kalsium yang senang diambil.
Kalsium – Magnesium yang mengandungi Vitamin D dan lain-lain.
Kalsium juga amat penting bukan sahaja kepada ibu menyusu bahkan penting kepada wanita bagi mengelakkan osteoporosis. 
Bilangan kasium dalam darah akan berkurangan apabila didatangi haid.
Maka bagi ibu yang mendapati susu merudum semasa perios digalakkan mengambil Calsium – Magnesium seminggu sebelum atau semasa period. 
Kepada anak yang mengalami masalah kuning (Jaundise) di dalam pantang, digalakkan mengambil Ostematix ini agar khasiat vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

ESP – Energizing Soy Protein

Ia membantu memberi tenaga, melancarkan perjalanan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit wajah susu ibu, mengawal kadar kolesterol dan memberi rasa kenyang dengan kadar yang lama. Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Dapatkan set penyusuan yang lengkap mengikut keperluan ibu.



Untuk Lebih Info untuk produk yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi 

Shaklee Independent Distributor Anda

Haslinda (Lynd)
SID : 1090071
Sms / Wassap / Call : 0196038353

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

COD :
 Klang / Shah Alam / Setia Alam / Kuala Selangor



Keistimewaan Vita E Complex Shaklee

Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ia adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kebaikan Vita E Shaklee

  • Melindungi jantung – Pengambilan 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.

  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

  • Antipenuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

  • Antioksida yang kuat – Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kesakitan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihataan.

  • Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

  • Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

  • Menghalang keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra-haid dan sindrom menopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

  • Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Hubungi Sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee


Apabila anda disahkan hamil, pastinya ia satu berita gembira buat anda dan pasangan. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan kandungan anda sihat termasuk juga dari segi pemakanan.

Ini kerana apa sahaja yang anda makan, makanan itulah akan menjadi sumber nutrien kepada kandungan anda. Contohnya ketika hamil, anda memerlukan protein dan kalsium kerana ia baik untuk tisu dan tulang bayi anda.

Jadi apakah jenis makanan yang patut anda amalkan ketika hamil?

Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh anda ambil:

BIJIAN
Roti gandum dan bijirin mempunyai lebih banyak asid folik, zat besi dan fiber jika dibandingkan dengan roti putih dan juga nasi. Malah tahukah anda bertih jagung juga kaya dengan fiber dan pelbagai nutrien seperti vitamin E dan selenium? Amalkan pemakanan bijian dalam kehidupan seharian anda seperti bijirin oat untuk sarapan pagi, roti gandum untuk makan tengahari dan pasta atau nasi perang untuk makan malam.

SALMON
Salmon bukan sahaja kaya dengan protein dan vitamin B, ia juga mempunyai lemak Omega-3 yang baik untuk otak dan mata bayi anda. Salmon juga rendah merkuri jika dibandingkan dengan jenis ikan yang lain. Anda boleh memanggang atau diletakkan bersama dengan salad. Anda boleh makan ikan rendah merkuri seperti salmon sehingga 340 gram setiap minggu.

TELUR
Telur juga adalah sumber protein baik kerana ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh anda dan juga bayi. Malah ia mempunyai kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk kolina yang baik untuk perkembangan otak bayi anda. Namun pastikan anda tidak memakan telur mentah atau separuh masak sepanjang kehamilan.

WALNUT
Tidak menggemari ikan atau telur, tetapi masih inginkan kebaikan Omega-3 yang penting untuk tumbesaran bayi anda? Apa kata anda mencuba walnut dengan meletakkannya bersama salad atau dimakan begitu saja sebagai snek? Walnut juga adalah antara tumbuhan yang kaya dengan khasiat Omega-3, seperti yang diperlukan oleh bayi anda.

YOGURT GREEK
Yogurt Greek mempunyai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa, kaya dengan kalsium jika dibandingkan dengan susu dan sesuai untuk diet ketika hamil. Pilihlah yogurt asli tanpa sebarang perasa dan tambahan gula. Lebih enak jika anda makan bersama buah-buahan atau bijirin gandum yang rangup.


Untuk melengkapkan keperluan nutrisi ibu mengandung, pengambilan supplemen amatlah baik.
Dapakan Set Kehamilan Shaklee disini.


Fungsi Dan Kebaikan Set Kehamilan Shaklee

Vita-Lea : Mengelak masalah anemia dan kekurangan sel darah merah

B-Complex : Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang

Vitamin C : Mengurangkan risiko terkena masalah kesihatan seperti demam dan selsema. 1 pil Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7.5 biji buah oren.

Ostematrix : Menguatkan tulang gusi dan gigi. Juga dapat mengelakkan dari masalah kekejangan.

Omega Guard : Untuk perkembangan otak dan minda bayi.


Kelebihan Set kehamilan Shaklee

  • Set lengkap secara menyeluruh untuk menampung keperluan nutrien ibu dan bayi.


  • Kombinasi dan set lengkap yang boleh terus digunakan semasa berpantang dan menyusukan bayi.


  • Mengurangkan kesan alahan semasa mengandung


  • Memastikan ibu mengandung terus bertenaga untuk menjalankan kerja-kerja harian.


Dapatkan sekarang

Kelebihan Omega Guard Shaklee :

Minyak Ikan Terbaik di dunia.
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchivies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Barbanding dengan produk Omega lain di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid -lemak omega-3 dan HDA

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk ekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang merbahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultra tulen  bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengektrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semula jadi sementara menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)

Kebaikan / Fungsi Utama Omega Guard Shaklee :

  • Asid lemak – omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis , tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekaran darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efectif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain. Satu hidangan omega guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, prioriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

  • Menentang kanser – kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.

  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.

  • mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophenia.
American Public Health Association mengesyorkan makanan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing card) sebanyak 2x seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kebaikan Ikan Laut Dalam 

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang nobel price, telah menemui satu rahsia. Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala orang Eskimo yang hidup di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikanlaut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Perbandingan Omega Guard




Dapatkan Omega Guard Shaklee Sekarang


8 Cara Tingkatkan Kesuburan

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 6 Disember 2011
Famili
Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.

1. Hentikan Penggunaan Kaedah Perancang Keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.

2. Buang Tabiat Buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.

3. Nikmati Kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya.

4. Masa Yang Sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. Berat Badan Sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti.

6. Relaks
Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat.

7. Kurangkan Kafein
Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

Hubungi Kami : 


Siti Norhaslinda
Wassap / Sms : 0196038353

COD : Meru, Sekitar Klang, Shah Alam, Puncak Alam, Setia Alam

Keistimewaan Meal Shakes Shaklee
Meal shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebisaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegeterian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makan segera. Jika anda mencari sarapa pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan yang bijak.

Khasiat Meal Shakes Shaklee

Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamindan mineral oleh tubuh kita. Ia mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein(tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.
  • Anti-oksida – mengandungi vitamin A,C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengebalikan seri wajah – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah /kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi – kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi. penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Note :
Hanya mengandungi 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur / dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energy Soy Protein atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. 
Ini kerana , asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
B-Compleks Shaklee mengandungi 8 komponen penting dalam vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B, termasuklah B-Compleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan B-Compleks akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui proses pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Compleks setiap hari.

Kebaikan B-Complex Shaklee :

  • Menukar makanan kepada tenaga – bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekali gus mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan.
  • Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbersaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu membina DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruaban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata – mengurangkan masalah kesihatan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus.
  • Mencegah Anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh,merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutama mereka yang mengambil ubat hormon atau ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche – dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi (Detoks) – meredakan alahan.

Bagaimana memilih B-Complex yang baik?
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asif folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-Compleks yang menawarkan rumusan larut-air (Sustain realease)

Perbandingan Vitamin B- Complex
Dan 
Kenapa Memilih B- Complex Shaklee

Dapatkan B-Complex Shaklee Sekarang

Shaklee COD : Klang, Setia Alam, Puncak Alam, Shah Alam.

Setahun yang lalu Shaklee memperkenalkan vivix Product revolusinari anti-penuaaan dalam pertarungan melawan penuaan pada peringkat sellular.

Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No 1 supplement makanan di Amerika Syarikat.

Di Dalam ujian makmal, Ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan tahap selular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular.

1. Kerosakan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejutaserangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik.

2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.
Di dalam 1 penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan penemuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utaman yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitichondria menurun fungsi se turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

4. Penimbunan AGE

Penimbunan berlebihan AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur “muscadine”) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Vivix juga membantu menjaga / memelihara :

Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungananti oksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

Kandungan yang terdapat di dalam Vivix



Perbezaan Shaklee

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min” dan perkataan vitamnin yang disebut sehingga kina adalah dari Shaklee. peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea. Setiap tablet mengandungi 30 nurtisi lengkap yang diabstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasi secara konprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan keadah yang terkini dan teknologi eksplosif yang komplek, disebut sebagai “Ekplo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dnagn pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama :
  • Penambah tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.

  • Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anaemia.

  • Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

  • Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metaboisme dan melambatkan proses penuaan.

  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormom serta menjaga kesihatan tiroid.

  • Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...