Saya ada baca dan study sikit-sikit mengenai persediakaan menghadapi masalah ekonomi yang dijangka tidak baik ini. Ada 3 perkara basic yang dinyatakan :

1. Kurangkan / review perbelanjaan yang tidak penting

2. Elakkan membuat hutang baru

3. Mencari pendapatan sampingan

Kat sini saya nak share pasal point no 3 iaitu mencari pendapatan sampingan /  memulakan perniagaan.

Ada yang fikir “Ekonomi tak bagus takkan kita nak keluarkan modal untuk mulakan bisnes”

Siapa kata jana pendapatan sampingan kita nak kena ada modal besar?

Bagaimana Memulakan Perniagaan Tanpa Modal ?

Ada 2 jenis perniagaan tanpa modal

1. Jual kemahiran.

Siapa ada kemahiran menjahit / memasak / menulis atau apa sahaja kepakaran, kita boleh jual. Takat modal bahan-bahan seperti tepung, telur, benang or kain tu takder la sampai kena buat loan bank kan?

Kemahiran / perkhidmatan tu free je ganjaran tuhan cuma kita perlu kerahan tenaga / keinginan dan minat je modal kita.

2. Agen Dropship

Yang ni sekarang pun fenomena. Kita tak perlu ada produk sendiri pun untuk dipasarkan. Mulakan menjual produk orang lain. Kita hanya perlu buat marketing sahaja. Dan marketing tu perlu ilmu dan disitu usaha kita dinilai. Belajar dulu bagaimana memasarkan sesuatu produk menggunakan media yang ada gunakan ilmu tu, ambil order dan orang lain yang akan pos kan.

Banyak produk yang kita boleh pasarkan. Tengok pada minat kita. Kalau kita minat dengan pakaian / tudung dan kita tak pernah miss apa sahaja gelombang fashion yang datang apa kata kita jual minat kita tu. Ilmu yang kita ada mengenai fashion tu sangat membantu untuk kita pasarkan produk kita.

Sama juga dengan konsep bisness Shaklee. Kita boleh jalankan bisnes ini ala-ala dropship. Tak perlukan modal untuk memulakan perniagaan Shaklee.

Hanya Rm 65 ringgit untuk kita layak menerima Starter Kit yang mengandungi info mengenai produk. Itu sahaja. Tak perlu simpan stok. Tak perlu beli barang kalau kita tak guna atau tiada orang nak beli.

Iyaaaaa.. tak tipu..

Tapi Shaklee kan MLM, tak kena ambil stok dan cari orang bawahan ke?

TAK PAYAH.

Hanya register keahlian dibawah kumpulan yang dipercayai dan boleh membimbing kita bagaimana nak buat marketing atau guide kita untuk memulakan perniagaan. Dengan hanya pendaftaran Rm 65 + Rm 10 (Kos Penghantaran) anda sudah boleh menjalankan perniagaan dengan Shaklee.

Tanpa modal kerana kita hanya perlu cari pelanggan / buat marketing, bila ada pelanggan mahukan produk Shaklee kita hanya order dengan Shaklee Malaysia dan berikan kepada pelanggan.

Tiada minimum order. Boleh beli 1 produk pun takper.

So macamana nak tambah pendapatan dengan Shaklee?

Shaklee menawarkan ganjaran wang tunai dengan 3 + 1 cara.

Retail Profit (Untuk Runcit)

Personal Bonus ( Bonus Peribadi)

Leadership Bonus (Bonus Kepimpinan )

+ Car Bonus (Bonus kereta)

So bagi yang mahu memulakan dan hanya mahu menambah pendapatan sikit-sikit sahaja, 2 cara pertama sudah dapat. Means sekadar pasarkan produk sahaja.

Tapi bagi yang mahu melangkah jauh maka usaha kena lebih dan lebih usaha maka bonus pun lebih.

Ehhhhh… malas nak citer panjang-panjang kat entry ni.

Sebenarnya saya nak highlight yang jangan cari alasan modal sebagai sebab untuk kita tidak mula berniaga.

Banyak peluang perniagaan diluar sana yang tidak memerlukan modal yang besar. Kita hanya perlukan keinginan yang besar, impian yang besar, semangat yang kental dan jiwa yang sedia belajar. Free je kan? Tak payah buat loan pun.

20150128_012743

Sorry to say that.. Keinginan saya besar sebab tu saya perlu usaha besar..

Bagaimana Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

Ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan tanpa modal bersama Shaklee?

Ingin bersama dibimbing untuk menjalankan perniagaan bersama Shaklee?

Hubungi Saya Haslinda Lynd (SID 1090071)

SMS / WhatApps : 019 – 603 8353

Assalamualaikum Cantekss..

Ok hari ni rasa macam nak share hal ekonomi sikit. Bukan apa dalam awal tahun lepas kita dah dikhabarkan dengan “jangkaan” keadaan krisis ekonomi 2015.

It’s good to know about what going to happen in the future tapi tak bermaksud kita kena ikut mood jangkaan itu.

Maksudnya kalau jangkaan mengatakan ekonomi dunia / Malaysia tidak bagus, adakah itu bermaksud yang ekonomi kita pun kena merudum juga?

Kita boleh baca dan kita boleh ambil tahu tapi itu tak sepatutnya mengganggu gugat IMPIAN kita. Maksudnya kalau kita berimpian nak tambah duit lebih, nak start bisness  atau nak jadi work at home mom, adakah kita perlu kuburkan impian kita tu disebabkan oleh masalah ekonomi.

Sooooo.. cara untuk menerima “jangkaan” ini secara positif adalah kita “berganjak / keluar” dari zone selesa kita.

Patut tak kita dah tahu pasal jangkaan ekonomi tak memberangsangkan tapi kita masih kekal di takuk lama / rutin lama tanpa berbuat apa-apa.

Dah tahu perkara tak best akan berlaku tapi kita dok diam-diam je dengan alasan apa?

“Kalau aku buat sesuatu nanti rugi”

“Kalau aku banyak bergerak, ekonomi tak best tu akan nampak aku dan akan menyerang aku”

Cuba tanya diri sendiri apa jawapan kita?

Atau adakah kita memilih untuk bergerak dan melakukan sesuatu supaya masalah ekonomi tak menggugat ekonomi peribadi kita?

Apa yang kita leh buat?

Apa yang ada dalam kawalan kita?

Adakah kita memilih untuk berhujah di media sosial meminta bantuan dari kerajaan? Dan adakah itu dalam kawalan kita? Kebarangkalian berhasil tu berapa %?

Adakah kita boleh minta majikan naikkan gaji kita tahun ni ? Adakah itu dalam kawalan kita?

Mana dalam kawalan kita? Meminta dari orang atau meminta diri kita melakukan sesuatu?

Inilah masa yang sesuai untuk berganjak dari takuk / zon selesa kita.

Lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan tambahan.

Tiada masa? Tiada tenaga?

Kalau kita tak bersedia untuk buat sesuatu lebih dari semalam macamana tuhan nak bagi rezeki lebih dari semalam?

Kalau usaha kita sama macam semalam macamana rezeki nak datang lebih dari semalam?

Jujur.. bisikan ni yang saya tiup kat diri saya setiapkali saya rasa lemah. Saya kena buat sesuatu supaya Allah nampak “sebab” kenapa Dia kena bagi rezeki lebih kepada saya hari ini.

So saya kena terus berimpian dan berfikiran yang baik-baik supaya kehidupan saya juga akan jadi baik dan excellent.

03-inspirational-quotes-16-638

images (1)

Good Day and have a good and great year.

Hahaha.. adeh.. leh tak gelak dulu.

Macam besau sangat rumah.

Alkisahnya rumah saya ni takder la besau sebenarnya tapi untuk suami isteri beranak 2 ni memang agak selesa la. Rumah saya teres 2 tingkat dengan 4 bilik tido.

Tapi rumah yang saya dok dah nak masuk 6 tahun ni masih belum lengkap. Maksudnya semua bilik belum lagi complet dengen kipas dan pemasangan barang-barang pun secara berperingkat.

Dan saya dalam usaha nak gunakan segenap ruang kat rumah saya ni sepenuhnya tapi tu la kelengkapan tak cukup.

Meja kerja saya ni dah 3-4 kali berpindah. Dari dalam master bedroom pastu pindah ruang tengah tingkat atas, then pindah pulak ke dalam bilik ke 3 dan sekarang pindah lagi ke ruang tengah tingkat atas.

Adehhh.. masih tak puas hati. Nasibaik leh rumah ni banyak ruang boleh pind ah jangan sok pindah kat tangga sudah.

Heeee…

Ciri-ciri Small Office Home Office (SOHO) idaman saya :

1. Pencahayaan / pengudaraan yang baik.

2. No sharing dengan ruang lain means saya tak perlu pindah-pindah barang.

3. Kelengkapan yang mencukupi seperti rak, printer, softboard dll.

Sebenarnya mostly barang macam printer softboard dll dah ada tp sharing dengan meja kerja husband so bila 2 meja share printer and rak yang sama rasa macam semak.

providenceoffice

Mari mengidam office kat rumah berupa begini.

Jommmm..

Assalamualaikum Cantekss..

Samada baby pertama atau ke-2, ke-3 dan seterusnya, keterujaan mendapatkan kelengkapan bayi mesti berbeza.

Untuk yang pertama kali mesti macam tak tahu mana nak mula, apa yang patut beli dulu dan apa yang kemudian.

Ada yang terlebih excited sampai terbeli perkara yang tak penting dan mungkin menjadi pembaziran.

So kat sini mama yang dah masuk anak 3 ni nak share senarai kelengkapan untuk menyambut bayi baru.

Persiapan menyambut bayi baru

Checklist Baby

Pada pendapat saya, kelengkapan bayi lebih mudah disediakan beranding kelengkapan ibu. Sebab barang-barang dan pilihan agak direct to the point.

Pakaian

Pada saya tak perlu banyak beli baju bersaiz new born sebabnya baby membesar dengan cepat so kalau beli banyak nanti pakai sekali 2 dah tak muat. Dan percaya tak ada baju anak saya masa baby tak sempat pakai pun.

Saya suka beli baju berbutang di hadapan sebab lebih mudah nak pakaikan sebab jenis yang sarung ni agak takut sikit nak angkat kepala baby and paksa masuk kat kepala baby.

Dan macam saya jenis suka bedungkan baby so saya agak “jarang” pakaikan baby seluar so saya hanya pakaikan baju dan bungkus baby je dengan bedung. Plus, baby akan selalu berak / kencing semasa dalam pantang so kita memang akan kerap tukar lampin baby so that why saya tak pakaikan seluar.

Kuantiti yang diperlukan untuk short sleeve terpulang pada kerajinan nak basuh by daily ke selang beberapa hari. Pada saya 10 pasang pun dah kira banyak.

Long Sleeve pakai malam je so 3 pasang mencukupi.

Saiz pula tak perlu new born semuanya beli untuk 0-3 bulan juga ok untuk baby yang dijangka lebih 3 kg.

Tambahan lagi akan ada sahabat handai / saudara mara yang akan bagi hadiah untuk baby. Heeeee… So awal-awal tak payah beli banyak dan yang branded sangat sebab takut tak sempat pakai.

(Makcik memang pembajet)

Rompers

rompers

Bila baby dah masuk 2 minggu keatas saya dah berani nak sarungkan baju ke kepala baby memang saya suka rompers.

Rompers makes your parenting life easier. Heeee… Sebab macam saya nyatakan kat atas saya tak pakaikan seluar untuk baby yang dalam bedung. So rompers lebih menyenangkan.

Then kat bahagian leher rompers ada bukaan / butang so lebih mudah nak sarung kat kepala baby berbanding round neck shirt.

Rompers boleh pakai lama mean boleh beli / pakai secara longgar atau fit di badan bayi.

Mudah bila nak keluar untuk mempelbagaikan fungsi rompers dengan menggunakan legging. Means siang kita hanya pakaikan rompers so kalau kita keluar sampai malam dan baby dah kesejukan kita boleh pakaikan legging di bahagian dalam. So tak perlu bawak sepasang baju lengkap hanya bawa lengging sahaja.

Macam ni..

6-12m_ABCDE

Alala omeynya ontot dia.. rasa nak bab kuat-kuat.

DSC00331

Haaa.. gambar budak Kaseh 5 tahun lepas. Alololoh.. Rasa tak sabau nak pegang baby lagi bila tengok gambar dak Kaseh ni. Sabau ya sayang baby dalam perut mama.. Lagi separuh perjalanan je.. Ehhhh.. back to topic..

Ni lah fesyen anak saya masa baby.

Sebab mamanya mau simple je bila keluar. Malas nak bawak banyak barang. Bila breastfeed lagi la maknya lenggang kangkung.

Barut

barut bercorak 015

Saya cadangkan beli yang cotton. Lembut je. Boleh pilih nak yang jenis ikat tali or tape. Saya tak pernah guna yang tape so untuk baby sayang ni memang consider kot. Saje nak try.

Barut ni leh beli lebih sikit bukan sebab nak guna lama tapi akan ada insiden masa nak pakaikan baby terkucil sampai kena barut/ or baby yayak sampai bocor so nanti tak sempat nak basuh lak. So saya cadangkan beli 10 helai.

Bedung Bayi

Uit.. bedung pun ada teknologi tau.

Saya dulu guna kain lampin yang 4 segi tu je buat bedung baby. Cara buatnya macam ni.


download

Tapi terhad kalau baby tu tu besar nanti tak cukup kain nak lilit baby. Boleh juga kita beli kain  sendiri dan ikut ukuran keselesaan sendiri. Sebaiknya kain yang “sejuk” means tak memerangkap haba. Sebab selain untuk mengelakkan rasa sejuk baby, bedung juga berfungsi untuk “mengikat” baby means baby selesa dalam bedung so kalau dalam cuaca tengahri berbedung dengan kain yang tebal mesti baby tak selesa.

Teknologi terbaru pulak bedung moden ni.

bedung_bayi

Guna Velcro tape je. Senang tapi tak tau pulak saya tahap keketatannya.

Tilam baby

Tilam baby ada 3 pilihan / jenis

1. Tilam untuk baby cot

2. Tilam kekabu

3. Toto

Pada saya setiap tilam ni ada fungsi tersendiri so terserah kalau nak beli 1 set setiap jenis or 1 jenis sahaja.

Tilam untuk baby cot semestinya tilam yang kat dalam katil baby tu. Tak bergerak dan kekal disitu.


tilam 1

Tilam kekabu selesa untuk letak baby kat lantai. Or atas katil sebelah kita. Tilam kekabu ni selesa sangat untuk baby Tapi bila baby dah besar sikit means bila baby dah boleh guling-guling takut baby terjatuh so nanti tergolek lak dari tilam.

C360_2013-01-27 15-30-58

Toto.. menyenangkan. Toto leh lipat-lipat je. So kalau kita nak bertandang kat rumah orang atau saudara mara just lipat dan letak dalam kete. So bila baby nak baring or tukar lampin kita leh keluarkan toto tu. Tapi bukan toto yang boleh baring 1 keluarga tu ye.. tapi toto yang saiz kecil mcam tilam kekabu tu je.

Haissss… sambil-sambil google gambar untuk entry ni teruja lak dengan pilihan yang ada. heee..

So diharap perkongsian peribadi saya ini dapat memberi manfaat kepada semuanya. Ingat persiapan biar besederhana.. Jangan membazir..

Assalamualaikum.

Dah masuk 22 minggu.. asalnya tak excited sangat pasal preparation nak bersalin nanti sebab mostly dah ada idea. Almaklum lah anak ke – 3 dah so dah tau la sikit2.

Tapi memandangkan adik saya pun sedang hamil and dia pun excited nak tau apa yang perlu dan tidak so saya buat entry ni khas untuk dia. Dia memang tahu saya jenis orang yang suka bajet2.. So apa yang saya sarankan adalah benda yang praktikal dan sangat perlu.

Yes.. it’s me.. So saya sediakan checklist untuk berpantang yang serba ringkas.

Checklist Berpantang

Checklist Berpantang

Ok.. di atas tu senarai-senarai penting keperluan untuk ibu.

Macam Set Berpantang Dalaman tu semestinya Set Berpantang Shaklee.

Lebih info mengenai Set Berpantang Shaklee disini.

Set Bersalin Shaklee Premium

Bengkung.

Sekarang ni ada macam-macam jenis bengkung. Ada yang jenis kain panjang dililit pusing-pising tu. yang tu agak tradisional dan kalau takder pembantu memang susah nak guna.

Bengkung Tradisinal

ikatbenkung

Yang saya guna dan saya recommend adalah bengkung moden camni.

Bengkung Moden Zig Zag.

Bengkung

Sebenarnya saya tak sure nama apa sebenarnya. Tapi senang  best sebab senang nak guna even sorang. Then cari yang labuh means boleh cover dari bawah breast sampai bawah punggung.

Tips nak pakai Bengkung Moden

1. Ikat dari bawah ke atas.

2. Masa ikat bahagian peha, kaki perlu disilangkan.

3. Pakai sepanjang masa terutama sebelum makan.

Yang bestnya kalau kita berpantang sendiri maybe selepas dah larat nak buat kerjarumah macam masak atau basuh pinggan mangkuk teruskan pakai bengkung ni. Memang selesa pakai walaupun kita banyak bergerak. Posture sentiasa nak tegak je.

Bengkung Moden (Velcro)

bengkung-moden-lipat-2

Yang jenis ni untuk yang bersalin secara pembedahan. Yang jenis ni pakai strapping tape tu je sebab kita boleh adjust bahagian jahitan.

Herba Mandian

Syarat wajib berpantang. Mestilah ada bau-bauan herba ni. Memang part ni yang paling best time pantang. Heeee… ada 2 cara sebenarnya samada nak guna daun-daun semulajadi atau yang dalam uncang siap-siap ni.

bantal

Senang  je nak guna. Rebus dan buat mandi pagi dan petang.

Tapi feveret saya daun serai wangi. Sekarang tengah misi nak cari benih / anak serai wangi. Nak tanak so bila dah bersalin nanti just potong je. Sebelum ni mak bawak dari kampung so tak banyak mana lah boleh bawak pun.

mandian herba

Tungku Moden.

tungku

Mungkin ada yang rasa tak perlu. Tapi pada saya best bila letak kat peha time2 petang. Bila badan rasa sejuk senja tu memang rasa lain so memang best letak kat peha or bahagian ari-ari. Fungsi tak sama macam tungku batu tu sebab kena hati-hati guna tungku batu tu sebab salah letak nanti memudaratkan diri juga.

Kelengkapan yang seterusnya tu lebih kepada breastfeeding. So part tu memang exciting and agak detail saya nak kena buat entry special. So part breastfeeding tu kena sambung part 2.

Lagi pun teknologi yang sya tahu adalah last 4 years punyer teknologi. Sekarang ni macam-macam gadget dah ada. Yang penting yang memudahkan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya.

Soooooo.. sorry ye kawan-kawan, part seteruskan akan bersambung nanti.

Jumpa nanti..

Lebih info mengenai Produk Shaklee,

hubungi saya :

Lynd 019 – 603 8353

COD Klang / Shah Alam

Assalamualaikum Canteksss..

Selamat hari ahad.

Apa plan hari ini?

Ada yang keluar jalan-jalan dengan keluarga, ada yang berehat kat rumah dan ada yang stay kat rumah pada hari ahad untuk menguruskan rumah supaya dapat memulakan hari Isnin dan seterusnya dengan tenang dan teratur.

Pelbagai cara dan tips kita boleh study dan baca macamana menguruskan kehidupan. Yes.. it’s just bangun pagi, uruskan anak-anak ke sekolah, pergi kerja, balik kerja, dan uruskan rumah tangga.

Kalau dikaji sebenarnya mesti ada orang yang punya rutin sama dengan kita tapi yang berbeza adalah bagaimana kita handle dan bersedia menghadapi kehidupan seharian.

Apa yang penting adalah, jiwa kita sentiasa tenang dan badan kita sentiasa sihat dan bertenaga untuk menghadapi rutin harian kita.

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

1. Sebelum tidur rancang dan bayangkan hari yang kita inginkan untuk esok.

2. Mulakan pagi dengan rutin yang baik.

3. Mulakan mengambil makanan tinggi protein sebagai sarapan.

4. SENYUM bergaya depan cermin.

Sandi-13

Sooooooo… sangatlah penting untuk kita memulakan pagi kita dengan cara terbaik. Supaya hari kita pun berjalan dengan cara yang baik.

Meh sini Lynd kongsi 1 video yang best bersama dengan 2 mentor hebat ini.

Mereka kongsikan rutin pagi mereka.

Kalau yang tak boleh loading tu meh sini Lynd tolong senaraikan ringkasan perbincangan mereka.

Rutin Doktor Azizan Osman

Bangun 4 pagi dan berurusan dengan Allah

Update FB dan share perkara bermanfaat

Pandang muka mak

Pergi Gym

Rutin Prof Dr Muhaya

Bersyukur kerana masih hidup

Berangan dan gambarkan impian dan niat benda-benda baik.

Tengok cermin dan senyum

On Tv dan dan share topic Tanyalah Ustaz

Yoga / Sauna dan relax

Ambil supplemen dan sarapan jus.

Dalam kereta dengar ceramah dan sesuatu yang bermanfaat.

 Kalau ikutkan apa yang Prof Muhaya beliau mengamalkan supplemen setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

Mesti ada yang tercari-cari supplemen apa yang sesuai untuk diamalkan sebagai energy booster dan juga untuk kesihatan tubuh badan.

Lynd cadangkan 2 produk asas ini sebagai Set Energy Booster Shaklee

Set Energy Booster

Energized Soy Protein (ESP)

Membekalkan protein yang membaiki sel-sel badan. Memberikan tenaga dan rasa kenyang berpanjangan.

Alfalfa Complex

Menyingkirkan toksik dalam badan (detox), dimana toksin dalam badan ini yang “meracuni” tubuh badan kita yang menyebabkan kelesuan.

Alfalfa juga meningkatkan kada metabolisme dalam badan yang akan menghasilkan tenaga.

Sooo.. jom kita mulakan untuk mengamalkan pengambilan supplemen setiap hari untuk menjadikan hari kita sentiasa cemerlang. Tak kisah lah sebagai ibu-bapa atau sebagai pekerja, kita perlukan permulaan hari yang baik dan tenaga berpanjangan.

Diharap tips kekal bertenaga sepanjang hari yang Lynd kongsi dapat memberi manfaat kepada semua ibu dan bapa diluar sana,

Untuk lebih informasi mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya

Lynd : 019 – 6038353

Cod : Shah Alam / Klang

Assalamualaikum Cantekss..

Kandungan saya sudah separuh perjalanan dalam mengharungi 40 minggu yang indah.

Memang sudah mula search pasal tip-tips berpantang walaupun dah nak masuk anak ketiga.

Setiap kandungan akan mempunyai pengalaman yang berbeza, dan setiap kali itu juga persiapan juga berbeza.

Jika sebelum ini set berpantang yang saya guna bukanlah Set Berpantang Shaklee, sebab masa tu belum dijodohkan lagi kot.

Tapi kali ini memang sudah settle 1 perkara dalam persiapan berpantang saya.

Dulu saya ambil masa 2 bulan untuk decide Set Berpantang Terbaik untuk saya.

Kali ni dah tak payah pening-pening.

Pilihan saya adalah Set Berpantang Shaklee Premium

Set Bersalin Shaklee Premium

Set Berpantang Shaklee Premium terdiri :

Vitalea ( 120 Tablet / 4 Bulan)

Sr Vitamin C (180 Tablet / 2 Bulan)

B-Complex (120 Tablet / 4 Bulan)

Zinc Complex (120 Tablet / 4 Bulan)

Ostematric (120 Tablet / 1 Bulan)

ESP (850 gram / 1.5 bulan)

Alfalfa (Small 330 Tablet / 1.5 Bulan) / (Big 700 Tablet / 4 Bulan)

Lechitin (180 Tablet / 1 Bulan)

Fungsi Set Berpantang Shaklee Premium

Vitalea – multivitamin yang berfungsi membentuk sel darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa bersalin

Vitamin C – Mengelakkan anemia dan meningkatkan imunisasi ibu.

B- Complex – Menjaga kesihatan saraf ibu dan bertindak sebagai anti-stress (Mengelakkan meroyan semasa berpantang)

Zinc – Mempercepatkan proses penyembuhan luka

Ostematrix – Mengelakkan sembelit dan membekalkan kalsium yang cukupi kepada ibu dan bayi yang menyusu.

ESP – Membekalkan tenaga dan protein yang mencukupi kepada ibu berpantang.

Alfalfa – Merupakan kacip fatimah / jamu moden dan juga membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Lechitin – Membantu mengurangkan masalah bengkak susu dan membakar lemak untuk menurunkan berat badan.

Memang complete set.

Yang best dan jarang terjadi keistimewaan Set Berpantang Shaklee Premium :

1. Kegunaan lebih 44 hari

2. Set asas boleh diambil dari ketika hamil.

3. Lengkap untuk nutrisi dan penyembuhan ibu selepas bersalin

4. Lengkap dan selamat untuk bersalin secara normal atau pembedahan

5. Tidak mengganggu penyusuan

Best-best.. set berpantang Premium juga dikenali sebagai Set 4 in 1 kerana ada 4 fungsi dalam set ini.

Set Kehamilan

Set Penyembuhan

Set Penyusuan

Set Perlangsingan

Buat research sikit on testimoni Set Berpantang Shaklee ini.

testimoni bersalin3

testimoni bersalin

testimoni-set-bersalin1

Dengan yakinnya saya dah tak perlu fikir lagi pasal set berpantang. Even set kehamilan yang sekarang ni boleh proceed terus sampai lepas bersalin.

Ohhhh.. saya belum bagi senarai harga lagi ye?

Senarai Harga Set Berpantang Shaklee

Vitalea : Rm 88

Sr Vitamin C : Rm 92

B-Complex : Rm 53

Zinc : Rm 33

Ostematrix : Rm 61

ESP :  Rm 150

Alfalfa (Small) : Rm 53

Lechitin : RM 53

Total : RM 579

Tapiiiiiii… Nanti dulu.. Mahu lebih jimat?

Anda tak perlu bayar harga tersebut sebenarnya.

Saya ada cara untuk untuk lebih jimat.

Bayar kurang dari jumlah diatas dan anda siap dapat keahlian Shaklee seumur hidup.

Bermaksud pembelian produk Shaklee anda akan dapat diskaun 15-  25%.

Mahu lebih detail?

Boleh hubungi saya

Haslinda Lynd

Whatapps / Call / SMS : 019 – 603 8353

FB Page : Vitamin Shop Klang / Vitalynd Vitamin Shop

Assalamualaikum Canteksss..

Setiap manusia diuji.. samada sedar atau tidak.

Bila kita diuji pelbagai pemikiran akan datang samada memudaratkan atau membawa kearah kebaikan.

Salah satu yang diajar oleh DAO adalah kesyukuran.

Dan perasaan syukur itu adalah satu cara yang akan membawa dan memberikan kita kekuatan untuk menempuh ujian itu.

Ikuti Journal Syukur Lynd dalam perhubungan

1. Syukur Suami saya sentiasa berada disisi untuk mendengar dan menemani hari saya.  Sentiasa mendengar dan setiap mendengar bebelan si isteri ini.

2. Anak-anak yang sihat dan menjadi penghibur saya setiap hari.

10653419_720497161320283_3702912018394820143_n

3. Ibu bapa yang sentiada menjadi azimat dan mendoakan saya setiap hari.

4. Keluarga mertua dan ipar duai yang sporting dan harmoni.

5. Rumah dan kejiranan yang aman sentosa.

6. Pekerjaan yang menyenangkan.

7. Rakan-rakan sekerja yang know how to have fun

8. Rakan-rakan sekerja yang harmoni.

9. Rakan-rakan kerja yang sentiasa supportive

10. Rakan-rakan sekerja yang positif.

10481678_681115145258485_3724643986943624679_n

10644576_730049987031667_1729737736905963123_n

Assalamualaikum Canteks dan Berjaya

Alhamdulillah.

Macam saya dah intro di entry sebelum ini, saya dalam proses menunggu kelulusan untuk membuka akaun Syarikat.

Cara Mendaftar Syarikat

Mudah sahaja. Hanya perlu ke SSM terdekat ambil borang di kaunter, isi borang, tunggu giliran untuk pendaftaran dan pembayaran dan terakhir sekali tunggu cetakan sijil.

Apa yang perlu disediakan?

  1. 2-3 nama Syarikat yang kita inginkan. Fikir siap-siap beberapa pilihan sebab kadang-kadang nama yang kita nak tu ada orang lain dah guna.
  2. Photostat Kad Pengenalan
  3. Jenis dan perniagaan yang kita jalankan.

 

Tips berguna dari salah seorang mentor saya, kalau boleh nama Syarikat buat se general mungkin dan tak menggambarkan jenis perniagaan kita kerana kita mungkin akan gunakan syarikat yang sama untuk beberapa perniagaan lain. Nama Syarikat berbeza dengan nama kedai ye.

Contohnya, nama kedai / website saya “VITALYND.COM”, sedikit sebanyak kita dah boleh agak jenis perniagaan tersebut.  Tapi nama syarikat saya adalah RELYND Enterprise, so kalau ada rezeki saya boleh gunakan Relynd untuk perniagaan lain nama tersebut tidak akan menjadi isu.  (Perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd perlukan masa untuk terangkan).

Cara Buka Akaun Syarikat

Syarat membuka akaun Syarikat Maybank

1. Perlu ada Referal yang mempunyai akaun sayrikat bersama Maybank melebihi 1 tahun.

2. Deposit Rm  2000

3. Cop Bulat yang ada nama company dan no company

4. Salinan Sijil SSM

5. Salinan Kad Pengenalan

Syarat membuka akaun Syarikat CIMB

1. Cop bulat lengkap dengan Nama dan Nombor Company

2. Salinan Sijil SSM

3. Sijil Perniagaan (Syarat baru bermula November 2014)

4. Deposit Rm 1000

5. Salinan Kad Pengenalan

Pengalaman peribadi saya, cimb semakin strict dengan perlukan sijil perniagaan means kena ke Majlis perbandaran untuk dapatkan sijil. Saya buat online je so far so saya tak nampak keperluannya disitu.

Untuk Maybank pula, perlukan referall so kalau ada kawan yang boleh tolong untuk jadi referal so mudah lah. Tapi proses menunggu kelulusan tu ambil masa lebih 2 minggu. Dah lulus baru bank ini Rm 2000 sebagai pengaktifan akaun. So masa pergi bank tu tak perlu bawak duit Rm 2000 tu. Bila Maybank call bagi no akaun baru kita transfer online pun boleh.

So ini lah serba ringkas cara daftar syarikat dan buka akaun syarikat.

Harap perkongsian ini dapat bantu pembaca untuk move a step in your bisness.

Cara Daftar Syarikat dan Akaun Syarikat

Sedang mencari idea untuk bisness?

Jom sertai Team Vitalynd Empire dan lihat peluang perniagaan bersama Shaklee

Lebih Info Mengenai Peluang Perniagaan Shaklee

Atau Hubungi Saya

contact-icon

Jamu ialah sebutan untuk ubat tradisional dari Indonesia. Kebelakangan masyhur dengan sebutan ubatherba.

Jamu dibuat dari bahan-bahan alami, berupa bahagian dari tumbuhan seperti rimpang (akar-akaran), daun-daunan dan kulit batang, buah. Ada juga menggunakan bahan dari tubuh haiwan, seperti hempedu kambing atau tangkur buaya.

 

Haaa.. itu maksud jamu.

Memang mostly bila Lynd search macam-macam terjemahan. Tapi basicly jamu adalah :

  • Berfungsi untuk kesihatan dalaman wanita
  • Berasal / diperbuat dari bahan semulajadi.
  • Boleh diambil dari usia remaja lagi.
  • Untuk kekal cantik dan bertenaga apabila usia meningkat.

 

Dari pemerhatian Lynd, keberkesanan dan kebaikan jamu dapat dilihat bila tubuh kita sihat dan bertenaga apa usia meningkat. Syaratnya kena ambil dari awal usia remaja lagi.

Antara artis yang mengamalkan jamu adalah Zarina Zainudin

image

Dalam usia mencecah 43 tahun, anda masih kelihatan cantik dan langsing, apa rahsianya?

ZARINA : Tidak ada rahsia khusus sebenarnya tetapi saya mengamalkan pemakanan sihat. Banyak minum air suam, dan makan jamu yang emak saya sediakan. Selain itu, kita perlulah sentiasa rasa yakin, tersenyum, barulah kita nampak cantik. Cantik itu tidak semestinya kerana solekan.

Sumber

Sooooo.. mesti ada yang dah terfikir-fikir mengenai jamu yang ada dipasaran.

Samada nak ambil secara tradisional means gi ke kedai2 jamu atau kawasan Lynd ni ada yang jual yang dalam bentuk bancuh dan minum kat kedai. Macam ni…

DSC_0853

Sanggup?

Heeee..

Ok.. Meh sini Lynd bagi cadangan penyelesaian yang mudah, murah dan selamat.

Alfalfa Jamu Moden

Alfalfa Jamu Moden

Kebaikan Alfalfa kepada Wanita

  • Memberikan kelegaan semasa Haid
  • Melegakan sembelit
  • Memcuci usus bagi membuang toksik
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Memulihkan elergy dan Ekzema
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Melegakan masalah keputihan

 

Testimoni Alfalfa yang berpuas hati

Testimoni Alfalfa dalam merawat keputihan

Testi2

testiALFALFA

Testimoni Alfalfa dalam perhubungan suami isteri

vite1

InsyaAllah.. lebih awal kita mulakan lagi cepat kesannya.

Selain Alfalfa diambil begitu sahaja, Alfalfa juga boleh boleh diambil bersama dengan

Set Berpantang Shaklee

Set Resdung Shaklee

Set Kesuburan Shaklee

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya ya.

10897023_766438723392793_4041800329347438738_n

Dapatkan Alfalfa sekarang sempena promo January 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...