Bagus sangat ke produk Shaklee ni?

Kalau dah invest berjuta ringgit untuk RnD produk,

Berkembang pesat sangat kat Canada, China, Jepun, Mexico, Indonesia dan Taiwan

Ada 75 orang saintis sendiri

Macam-macam yang gempak lah, kenapa ia dijual oleh orang kebanyakkan?

Even orang jaga anak kat rumah pun dok jual.

Kenapa tak jual kat farmasi ke, klinik ke ?

Kenapa tak nampak pun duta-duta ke retis-retis yang buat iklan untuk Shaklee ni.

At least dapat ala-ala Qu Puteh – Qu-Puteh baru lah putih.

Terlajak laris ke.

Cantik tak kak Ton.

Ni yang dok cerita pasal Shaklee, entah sapa-sapa. Tak kenal pun.

Yang dok citer pasal Shaklee bagus tu siapa?

Doktor?

Ahli farmasi?

Pemenang Nobel?

Saintis?

Heeee… itu soalan yang bermonolog dalam diri Lynd sendiri sebelum ni. Yelah. Shaklee ni dari mana lah entahnya. Yang Lynd tahu penjual-penjual Shaklee ni dok bersaing sesama sendiri tak pun dengan pengedar jenama-jenama lain.

Aku kata aku bagus, ko kata produk aku bahaya. Tu jelah kejenya.

Maka nak menjawab soalan-soalan diatas tu,

 

Real People Real Result.

Semestinya individu yang menjual Shaklee adalah pengguna Shaklee. Prinsip Shaklee adalah, anda guna, rasai keberkesanannya dan kongsi kebaikan dengan orang lain.

Dan apabila anda berkongsi kebaikan produk Shaklee dan memperkenalkannya dan mengedarkan kepada orang lain, anda patut dibayar. Maka Shaklee akan bayar anda melalui kaedah 3C. Shaklee yang bayar ye bukan hasil dari titik peluh orang lain.

Dari mana Shaklee dapat duit untuk bayar pengedar mereka yang begitu ramai dan ada yang mencecah RM 6 angka setiap seorang?

Tahukan anda?

Duta / Model / Artis / Iklan TV semua itu berbayar?

Untuk menyiarkan iklan di TV menelan belanja ratusan ribu mengikut waktu siaran. Itu baru siaran di TV. Upah artis, tukang camera, lokasi, suntingan itu pun kos.

Dannnnn… paling tak patut, model / duta produk tu pun belum tentu pengguna produk tersebut.

Dengan semua kos tersebut, pembeli akan membayar kos produk + kos iklan dengan bukan real result lagi.

Tapi Shaklee?

Ermmmm.. ginilah bahasa pasarnya.. Dari bayar kos marketing yang tinggi tu, baik bayar “upah” pengguna produk itu sendiri untuk memperkenalkan dan mengedarkan produk Shaklee.

Model / duta itu adalah pengguna itu sendiri yang ada depan mata.

Lagi banyak dia edar, lagi banyak lah upah dia dapat.

Bagaimana cara dia nak edar tu? Terpulang lah. Online ke, jumpa kawan-kawan ke, tunjuk gambar dan cerita kisah kejayaan sendiri ke. Lagi rajin anda kongsi, lagi banyak produk diedarkan lagi banyak upah anda.

Dan ia bukan berhenti disitu.

Kita ajar pulak orang lain berkongsi kisah kejayaan mereka sebagai pengguna Shaklee maka kita akan diberi upah “melatih” / leadership bonus. Shaklee yang bayar ye bukan hasil titik peluh orang yang kita latih tu.

Maka itu merupakan prinsip Shaklee, anda guna, anda kongsi, Shaklee bayar.

Dengan cara ini anda mendapat kesihatan tubuh badan yang baik dan masa yang sama mendapat upah.

Mana lagi baik?

Iklan bombastik guna model yang dah memang cantik, dia yang dapat upah. Tapi anda yang beli guna produk tersebut tak cantik macam duta produk tu pun.

Haaaa… Ini duta Shaklee.

Pasangan Mary dan adik kembar beliau.

Twin Shaklee

Mary adalah pengguna Shaklee tapi adik kembarnya mengamalkan supplemen lain. Dapat bezakan tak yang mana Mary pengguna Shaklee dan yang mana adik kembarnya?

Maka siapa pengguna Shaklee memang secara automatik anda akan menjadi Duta Shaklee.

Jadi diharap penerangan bahasa pasar Lynd dapat menjawab serba sedikit persoalan rakan-rakan sekelian mengenai kaedah marketing Shaklee.

Kalau ada yang mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi Lynd.

Menjadi tanggungjawab Lynd untuk berkongsi apa yang Lynd tahu demi kebaikan semua pihak.

Lynd : 019 – 603 8353

Kenapa Islam Menggalakkan Berniaga

Satu ketika dulu Lynd memang hidup dengan hanya kehidupan Lynd yang normal.

Belajar rajin-rajin, kerja makan gaji, nak gaji lebih hanya dengan cara “lompat company”, tunggu increament tahunan dan bonus tahunan. Sampai lah Lynd berada di company sekarang ini. Lynd sudah cukup selesa.

Increament memang ada, bonus wajib at least 1 bulan setiap tahun. Mungkin sebab Lynd pernag berada di syarikat yang agak terumbang ambing sebelum ini, maka Lynd memang “bersyukur” sangat dengan apa yang ada.

Apa maksud Syukur?

Menerima seadanya apa yang kita dapat. Kerana kita mendapat lebih dari yang sebelum ini dan semestinya merasakan kita dapatlebih dari kawan-kawan yang lain.

Jika ada orang merungut?

“Alah.. ko tak pernah rasa company yang lagi teruk dari sini. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada kat sini”

Jika ada yang bandingkan dengan rakan-rakan yang dapat lebih di tempat lain?

Ko bagus sangat ke untuk ko dapat macam dia? Bukan teruk sangat pun company sekarang. Ko ni tak pandai bersyukur.

Lynd yang dulu memahami Syukur itu adalah sesuatu dimana kita menerima apa sahaja yang kita dapat. Jangan komplen, merungut atau minta lebih.

Then entah macamana mula terasa “ketidakcukupan” itu. Mula mencari cara berjimat dan cara urus wang. Dalam proses pemcarian itu Lynd asyik ditemukan dengan “Tambah pendapatan”, “Berniaga”, “Side Income” dan “pelaburan”.

Dimana Lynd merasakan itu semua bukan untuk saya. Bertahun mencari dan penemuan tetap sama. Maka Allah bukakan pintu hati, berdaftar sebagai Ahli Shaklee atas niat mahu berniaga untuk tambah pendapatan.

Dan dari situ Lynd mula belajar mengenai IMPIAN, MATLAMAT dan CITA-CITA. Maka mula excited melakar impian. Tetapi bila impian tak nampak bayang sebagaimana seperti yang digambarkan. Maka “kekecewaan” mencuit.

Maka pencarian diteruskan lagi.

Kenapa mereka yang sudah berjaya, berjaya? Aku buat apa yang mereka suruh. Tapi kenapa aku tak dapat?

Terus cari lagi maka kepala diusik, dengan “Perbetulkan Niat”. Niat berniaga itu. Ermmm.. niat aku betul la, nak tambah pendapatan, nak beri kesenangan kepada keluarga dan nak bantu orang lain dengan duit yang aku dapat.

Apa yang tak betul?

Maka bila tidak dapat apa yang diminta dan harapkan Lynd kecewa. Bila datang cabaran perniagaan Lynd mula “takut”.

Pencarian diteruskan lagi. Masih lagi berkisar tentang niat. Seakan-akan niat yang masih tak betul.

Dan malam ni Lynd jumpa lagi “penyebab” kenapa Lynd kecewa. Yes.. betul.. Niat.

Niat Berniaga. Semakin hari Lynd semakin faham kenapa Islam menyatakan 9 dari 10 punca rezeki adalah berniaga.

Kenapa?

Apa yang kita jual adalah penyelesaikan masalah orang.

Orang berniaga nasi lemak, memudahkan orang lain mendapatkan nasi lemak dengan cepat di waktu pagi. Jadi selesai masalah orang untuk mendapatkan sarapan pagi.

Orang menjaja / menjual kain pasang adalah untuk menyelesaikan masalah orang untuk mendapatkan kain baju raya.

Dimana ada masalah di situ perniaga berperanan untuk menyelesaikan masalah orang.

Niat kena betul.

Kita berniaga bukan untuk kaya sendiri tetapi untuk selesaikan masalah orang lain.

Contoh yang lebih dekat dengan Lynd.

Berapa ramai orang kat luar sana ada masalah nak turunkan berat badan.

Ada yang kawal makan tapi tak turun-turun jugak berat badan.

Ada yang makan macam-macam ubat kurus pun tak kurus-kurus.

Ada yang tak dapat zuriat sebab berat badan berlebiha.

Ada yang susah nak beribadah dengan sempurna sebab berat berlebihan.

Ada ibu yang tension dan serabut tak dapat uruskan rumah tangga dengan sempurna sebab badan tak fit dan bertenaga.

Kalau Lynd diammmmm je..

Lynd tak kongsi bahawa rangkaian produk Shaklee dapat dapat bantu ramai orang kat luar sana untuk turunkan berat badan. Lynd diam je. Lynd asyik suruh orang beli je tapi Lynd tak explain kenapa Shaklee selamat dan patut dipilih.

Berapa ramai yang dok telan ‘ubat kurus’ entah apa-apa sebabnya Lynd tak kongsi bahawa Shaklee adalah produk yang selamat kerana menjalani 350 ujian bagi setiap bahan.

Sebabnya Lynd dok fikir nak “jual” je. Bukan nak kongsi kebaikan dan kenapa Shaklee patut diambil.

Bila dah sampai tahap ini, Lynd fikir “berdosa”nya Lynd. Tahu ada produk yang selamat tapi tak terangkan dan kongsikan betul-betul. Maka orang dok pilih produk yang tak selamat / diragui.

Kadang-kadang ada bisikan “supplemen” ni Pilihan dan bukan kewajipan. So tak payah lah ambil supplemen. Maka Lynd pun diamkan aje. Lynd ambil sendiri je, lantak korang lah kalau korang taknak ambil suplemen.

Jaga_Kesihatan_Jantung_Dengan_CoQHealth_Plus pil kurus ubat kurus

Lynd pandang je..

Lantak lah korang. Kita menyedut udara yang sama, gaya pemakanan yang sama, sumber makanan yang sama, tapi sebab aku tahu macamana nak kawal, macamana sesuatu penyakit itu, aku tahu produk yang boleh detox segala pencemaran itu dengan selamat maka risiko aku lebih rendah.

Korang bukan sapa-sapa pun. Asal aku dan family aku sihat dan selamat sudah.

Tapi..

Mampu ke Lynd nak berfikiran macam tu?

Disitu datangnya tanggungjawab berniaga itu sendiri. Lynd explain tentang sesuatu info, anda berminat, Lynd bekalkan.

Bukankah itu lebih bermanfaat. Lynd memberi informasi berguna dan seterusnya memudahkan anda semua untuk mendapatkannya.

Maka.. bagi mengelakkan kekecewaan dalam bisnes, Lynd kena betulkan niat untuk memberikan kesedaran. dari situ Lynd tak boleh give up. Lynd kena terus berkongsi info dan bukan memburuk-burukkan produk orang lain juga.

Maka disitu memberi salah 1 pengertian kepada kenapa Islam menyarankan kita berniaga. Kerana kita membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Disamping menjadi sumber pendapatan, pahala menyelesaikan masalah orang lain juga kita dapat. InsyaAllah.

Maka kepada yang ingin berniaga diluar sana, betulkan niat untuk membantu orang lain. Maka itu menjadi penyebab kita untuk tidak berputus asa.

Teruskan berkongsi dan mendapat rezeki yang diberkati.

InsyaAllah.

Assalamualaikum Canteks Sihat.

Berikut adalah surah-surah yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu ketika hamil.

8-surah-ibu-hamil

Surah Amalan Ketika Mengandung

Lynd nak share kisah Lynd masa mengandungkan anak ke 2, Awatif.

Klau ikutkan Lynd over due dekat 9 hari. Setiap pagi Lynd mengharap yang hari tersebut merupakan hari kelahiran Awatif. Sampai 1 tahap Lynd menggelarkan hari melahirkan itu adalah hari di mana satu-satunya sakit yang dinanti.

Yelah, mana ada sakit lain yang kita cari dan tunggu hanya sakit bersalin je yang kita tunggu dan nantikan.

Dari hari ke hari masih juga belum bersalin. Kepala asyik dok fikir apa lagi yang “tersangkut” salah dengan siapa lagi aku belum minta maaf.

Tapi 1 malam tu entah macamana terdapat “petunjuk” yang bahawasanya yang Lynd tak pernah lengkap semua surah amalan ketika hamil. Asyik separuh jalan je. Dah baca surah at-Taubah, lepas tu lupa, then baca lagi 1 round so tak proceed jugak to the next surah.

So malam 29 April tu Lynd nekad maraton lengkapkan semua surah-surah tersebut. Memang tidur lewat malam tu.

Dan Alhamdulillah, bangun esok pagi tu memang ada contraction. Call Suami, mandi, makan nasi (topup energy) the terus ke hospital. Maka memang hari tu Lynd bersalin dengan “mudah”nya Hannah Damia Awatif 3.89kg.

Heeee.. maka kepada ibu-ibu hamil sekelian, tunaikan hak baby kita. Lengkapkan surah-surah amalan tersebut.

Dan untuk kali ni sebab Lynd dah dapat date C-zer, so memang target and buat check list terus surah-surah harus di selesaikan.

Surah Amalan

So ibu-ibu sekelian, jom lengkapkan hak anak kita itu.

Assalamualaikum Canteks Sihat

Sebagai salah seorang Shaklee Independent Distributor di Malaysia yang bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk untuk memastikan pengguna Shaklee betul-betul mengenali dan mengetahui mengenai Shaklee.

Benar.. Moto dan slogan setiap syarikat akan menjanjikan produk mereka adalah yang terbaik. Tetapi kita sebagai pengguna perlu selidik sendiri asal usul sesebuah syarikat dan produk mereka.

Jom dari apa yang Lynd study, disini Lynd kongsikan sedikit latar belakang mengenai Shaklee.

Kita bermula dengan

Roger Barnett

Roger-Barnett-

Merupakan CEO dan Chairman Shaklee Corporation yang yang ditubuhkan pada tahun 1956. Rodger Barnet yang sebelum ini mempunyai beberapa rangkaian perniagaan mengambil keputusan membeli Shaklee Corporation.

Jom Ikuti video ini kenapa beliau mengambil keputusan untuk membeli Shaklee.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya beliau melihat Shaklee merupakan satu jenama yang boleh melangkah jauh kerana Produk Shaklee sangat dipercayai.

Bukan atas dasar perniagaan / keuntungan semata-mata, beliau melihat Produk Shaklee dapat membantu ramai orang untuk mendapat tahap kesihatan yang baik dengan cara yang selamat.

produk shaklee

Shaklee tidak pernah berhenti untuk menjalankan ujikaji dan penambahbaikan dalam produk mereka.

produk shaklee 4

Sebelum mengeluarkan sebarang produk atau melancarkan produk baru, para saintis Shaklee akan melakukan kajian dan RnD yang berkali-kali sebelum dipasarkan.

produk shaklee 3

Disebabkan itu Shaklee bukan lah jenama makanan tambahan yang baru di dunia. Industri makanan tambahan memang mengiktiraf Shaklee sebagai supplemen terbaik di dunia.

Selain dari itu, Shaklee juga berjaya membantu ramai orang menaiktaraf kehidupan dari segi ekonomi melalui kaedah marketing yang ditawarkan.

Maka, Shaklee Produk merupakan satu jenama yang dipercayai dan digunakan tanpa ragu.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Shaklee atau bagaimana Shaklee dapat membaiki taraf ekonomi keluarga anda?

Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Bulan Rejab sudah menjenguk.

Kurang 2 bulan lagi Ramadhan pun bertamu.

Masa untuk berpesta ibadah. Ramai orang ambil kesempatan Rejab untuk ganti puasa dan praktis puasa supaya bila Ramadhan nanti badan kita dah cukup fit dan “terbiasa” dengan Ramadhan dan boleh fokus kepada indah dan mata sudah tak terlalu galak untuk over makan semasa berbuka.

Selain itu ada orang yang ambil kesempatan untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa.

Turunkan berat badan ni tak semestinya nak cantik aje. Macam Lynd yang selekeh ni cantik jatuh no 2 yang no 1 adalah lebih kepada sihat dan fit.  Anak dah nak masuk 3, kalau tak fit macamana nak jaga anak-anak yang sedang membesar.

Dan sebenarnya, tips untuk seseorang ibu itu berjaya menguruskan rumah tangga adalah, mereka perlu sihat dan bertenaga. Jika badan sihat, minda kita akan lebih positif dan akan cari cara untuk menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur.

Trust me. Lynd ada blog Home Organising dan sudah lama Lynd tak update tetapi masih ada orang yang komen dan even whatApps Lynd bertanyakan tips Lynd menguruskan rumah tangga.

Heeee.. Sejujurnya Lynd memang tunggang langgang punyer mak sebab tu Lynd banyak buat research pasal cara nak organise kehidupan Lynd.

So untuk mendapatkan kekuatan untuk buat research, menguruskan rumah tangga dan seterusnya berkongsi dengan pembaca, Lynd kena sihat dan fit. Setiap ibu kena tangkas dan dengan cara itu emosi kita akan lebih positif untuk menempuhi rutin harian kita. Tak kisah lah kita ni anak berapa orang pun.

Hari ini Lynd nak share kisah kejayaan rakan Lynd yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Kisah  Puan Dilla

testimoni kurus

Lynd bertuah sangat kerana berpeluang untuk mendapat tips kurus cara sihat Puan Dilla walaupun beliau bukanlah pelanggan Lynd. (Itulah kelebihan berada di Vitalynd Empire.. berada dalam kumpulan yang tidak lokek berkongsi tips)

Puan Dilla berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 4 bulan. Jujur beliau katakan bukan “mudah” kerana beliau tidak exercise dan hanya mengawal makan.

Kenapa Lynd kata sebelum ini, bulan ini merupakan waktu yang tepat untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan?

Sebab Puan Dilla menurunkan berat badan dengan kaedah berpuasa. Pada beliau dari menahan lapar “buta-buta” baik kita berpuasa dan dapat pahala. Tetapi beliau risau jika badan beliau kekurangan nutrisi dimana akan menyebabkan beliau merasa penat.

Sebabkan itu beliau mengamalkan pengambilan salah 1 kombinasi set Kurus Budget Shaklee iaitu Herb-Lax dan Lechitin.

Dengan mengamalkan 2 produk ini, proses “pembuangan” lancar setiap hari walaupun berpuasa. Kalau Lynd dulu asal puasa je 2-3 hari baru membuang.  Dengan mengamalkan Lechitin selera makan kita berkurangan dimana badan kita sentiasa memproses lemak yang memang ada dalam badan berbanding kita mengambil lemak dari luar setiap hari.

Lynd kagum sangat dengan Puan Dilla ni, selepas beliau berjaya menurunkan berat badan sendiri beliau membantu beberapa rakan dan saudara mara beliau untuk menurunkan berat badan.

Testimoni Set Kurus

Lynd bertuah sebab dapat mendengar sendiri testimoni set kurus shaklee dari orang yang berjaya. Dan ini membuatkan Lynd bersemangat untuk kembali langsing dan fit selepas berpantang nanti.

Anda ingin mendapatkan tips dan konsultansi ekslusif cara menurunkan berat badan denga kaedah selamat dan sihat?

Shaklee Selamat (Jawab Soalan Kelvin Zahri)

Ingin tahu lebih lanjut dan tips jimat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Apa khabar semua ?

Last week Lynd order buku Zero Hutang yang ditulis oleh salah seorang mentor kewangan saya Tuan Zulkifli.

cover-buku-zero-hutang

Memang terinspirasi bagaimana beliau “nekad” dan berazam untuk membebaskan diri dari bebanan hutang yang kebanyakkan orang anggap hutang itu hutang “normal” dimana yang biasa sahaja. Hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah dan lain-lain lagi.

Dan kemudian hidup “dibawah kemampuan”.

Impian Zero Hutang.

Memang terinspirasi bagaimana kita tidak perlu hidup bermewah-mewah jika kita tak mampu. Ermmm.. bukan soal tak mampu tetapi rasanya mampu tetapi kita lebih “mengutamakan” perkara lain berbanding SIMPANAN.

Yesss.. Selain membayar hutang kita perlu ada simpanan. Ada 1 soalan yang buat Lynd berfikir agak lama..

“Jika kita kurang upaya hari ini untuk bekerja, bermaksud pendapatan kita tiba-tiba ZERO, berapa lama kita boleh survive?”

Termenung sejenak.

1. Dengan apa aku nak bayar HUTANG aku bulan depan.

2. Dari mana aku nak dapat untuk perbelanjaan harian aku lepas ni?

2 perkara itu membuatkan Lynd… Ermmm.. tersedar..

Yelah.. simpanan pun segan silu je nak membukit, baru jadi busut dah kena tarah..

Hutang or so call as “pinjaman” memang ambil separuh dari income makan gaji.

Komitmen mak, ayah dan tampung perbelanjaan rumah bantu husband.

Apa yang Tuan Zulkifli buat, beliau makan gaji sambil tambah pendapatan. Bermula dengan perniagaan MLM dimana beliau merupakan pengguna kepada 1 rangkaian produk ini dan suka dengan produk tersebut. Kemudian mengedarkan kepada rakan-rakan dan orang terdekat. Dapat bonus sikit-sikit dah cukup bersyukur.

Kelebihan mula berniaga dengan perniagaan MLM ini adalah Modal dan risiko rendah. Boleh baca mengenai cara memilih MLM yang betul boleh refer pada entry beliau.

Mulakan Perniagaan Dengan MLM

Dan Lynd ada juga terangkan mengenai Shaklee sebagai perniagaan MLM

Dan kemudian beliau menjadi dealer emas yang benar-benar membawa beliau kearah Financial Freedom dan kemudian itu baru beliau berhenti kerja kerana dari segi financial beliau sudah “secure” dan kukuh.

Berbeza dengan Lynd.

Saya nak berhenti kerja secepat mungkin. Lynd nak fokus pada bisness Shaklee dan keluarga. Dari segi potensi perniagaan Shaklee, memang pendapatan dan peluang yang Shaklee tawarkan memang melebihi dan berlipat kali ganda dari pendapatan Lynd sebagai jurutera sekarang.

Lynd “terdesak” untuk berhenti kerja. Sebab Lynd taknak menganiaya rakan-rakan sekerja bila Lynd tak dapat beri komitment sepenuhnya. Bukan sebab bisnes yang mengganggu tumpuan Lynd, tapi lebih kepada keluarga.

Lynd betul-betul sentap bila Kaseh tanya “Kenapa cuti sekolah masih kena sekolah?”. Memanglah. Hanya tadika yang cuti tapi dia masih perlu ke nursery kerana mama kerja. Sampai bila..?

Dan kerana itu sebenarnya Lynd terjebak untuk berbisnes dan Shaklee pilihan Lynd. Sebab Lynd nak tunaikan impian anak-anak untuk melihat ibu mereka sentiasa berada di rumah bila cuti sekolah. Bebas masa.. dalam masa yang sama berusaha untuk bebas wang.

Yesss.. Lynd terdesak.. Bila tengok rakan-rakan Shaklee akhirnya berhenti kerja dena buat full time Shaklee malahan Full time house wife dengan pendapatan berlipat kali ganda dari Lynd membuatkan Lynd bersemangat yang Lynd akan jadi salah seorang dari mereka.

Kalau mereka boleh kenapa Lynd tak boleh?

Tuan Zulkifli, impian kita sama iaitu Zero Hutang, tapi saya pilih jalan berisiko dan mencabar sedikit.

Semoga impian Lynd akan tercapai pada October 2015

 WAHM

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tercari-cari produk yang boleh menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Lynd tertarik dengan posting Kelvin Zahri mengenai garis panduan memilih supplement untuk menurunkan berat badan.

Screenshot_2015-04-21-16-03-40

Ia berpunca dari kematian seorang pelajar berpunca dari “pill diet yang dibeli di internet”.

Screenshot_2015-04-21-16-03-55

Jadi si cantik jelita sekelian, tolong hati-hati bila membeli / mendapatkan sebarang supplemen kerana apa sahaja yang kita ambil / makan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia selamat dan tidak memudaratkan.

So di sini Lynd akan bantu anda menjawab satu persatu persoalan mengenai Set Kurus Shaklee mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kelvin Zahri .

Sebelum itu saya perkenalkan Set Kurus Shaklee / lebih tepat dikenali sebagai Set Pengurusan Berat Badan Shaklee

Moldiv_1427908136547

Soalan 1 : Jangan beli supplemen tanpa memahami cara ia berkesan.

Alfalfa

Sebenarnya alfalfa bukanlah nama produk Shaklee pada asalnya. Alfalfa merupakan sejenis sprout, yang dijadikan dalam bentuk pil yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan khasiat alfalfa.

alfalfa-sprouts1264x188

Jadi bagaimana alfalfa dapat membantu menurunkan berat badan?

Tumbuhan alfalfa mengandungi fiber yang tinggi dimana membantu proses detox / membersihkan usus dengan berkesan.

Jadi apabila usus kita sihat dan segala unsur tidak baik dapat dikeluarkan dari badan maka segala nutrisi yang diperlukan akan diserap secara effective.

Boleh refer disini untuk memahami lebih lanjut mengenai alfalfa

www.flavorsdiet.com

Herb-Lax

Mengandungi 9 jenis herba yang membantu sistem melancarkan sistem penghadaman.

HerbLax is an enhanced proprietary blend that includes senna leaf, which has been traditionally used as a natural laxative. The key ingredients in HerbLax: Are a gentle laxative for occasional use* Encourage a mild cleansing action to aid the body’s natural processes*

Omega Guard

Bagaimana Omega dapat membantu menurunkan berat badan?

Scientists believe that omega-3 oil improves blood flow to muscles during exercise, and that the compound helps stimulate enzymes that transport fat to where it can be stored for energy.

Sumber

Malah menurut www.lifehack.org, omega / minyak ikan dapat membantu pengurangkan berat badan dengan 4 cara berikut.

1. Omega 3 dapat membuang lemak dan menbina otot.

2. Omega dapat mengurangkan selera makan dan mengawal keinginan untuk pengambilan gula berlebihan.

3. Pengambilan minyak ikan dapat membuatkan program exercise anda lebih effektif (menyokong statement di atas)

4. Minyak ikan dapat meminimumkan penyimpanan lemak kerana minyak ikan merangsang kepada peningkatan sensitiviti insulin.

Lechitin

Lechitin adalah sejenis sumber nutrisi yang terdapat dalam makanan yang kebanyakkan dari soya.

Now there is some evidence that lecithin in the bloodstream can keep fat solvent, preventing it from clumping together and sticking to artery walls, causing clots and atherosclerosis (thickening of the artery walls).

Both causes of cardiovascular disease.

Sumber

Jadi dengan cara ini kita dapat mengelakkan dari lemak yang kita makan larut dalam darah.

ESP / Cinch Shake

ESP dan Cinch makanan tambahan yang berasaskan protein soya.

Bagaimana Protein dapat membantu dalam menurunkan berat badan?

1. Protein dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding carbohidrat.

2. Protein merupakan binaan asas bagi otot kita, maka badan kita akan tidak menggeleber dengan kehilangan lemak selepas menurunkan berat badan.

Sumber

Soalan 2 : Jangan beli sebarang supplemen tanpa mengenali isi kandungan

Maklumat lengkap mengenai produk Shaklee boleh didapati disini.

produk shaklee 4

Soalan 3 : Fahami dan patuhi dosage pengambilan

Ini kelebihan pelanggan Vitalynd.Com, anda akan diberi konsultansi pemakanan supplemen yang lengkap.

Dan ia takkan berakhir disitu, akan ada sesi follow up dimana jika tiada keberkesanan kita akan adjust cara pengambilan dan setiap pelanggan mempunyai reaksi yang berbeza terhadap supplemen yang diambil. InsyaAllah, pelanggan tidak akan terbiar tanpa konsultansi.

Soalan 4: Jangan guna mana-mana weight lost supplement tanpa mengawal cara pemakanan dan cara hidup sihat terlebih dahulu.

Yes. Set Kurus Shaklee bukan pil ajaib untuk kurus seolah-olah memasukkan makhluk pemakan lemak kedalam badan yang akan memakan semua lemak dalam badan. Disebabkan itu, soalan 4 ini sangat berkait dengan soalan 1 dengan memahami bagaimana supplemen Set Kurus Shaklee dapat membantu “mempercepatkan” proses menurunkan berat badan dengan selamat selepas kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Soalan 5 : Elak dan jangan beli produk yang kurang dikenali. Just stick to the brand yang mempunyai track record positif dan dikenali.

Shaklee

 Bukan nama baru dalam industri makanan tambahan.

Keistimewaan Shaklee

Sudah berada di pasaran 60 tahun, dan bertapak kukuh di Malaysia sudah terlalu lama. Ia bukan umpama sesetengah produk yang tenggelam timbul mengikut fenomena. Shaklee sentiada ada dan bertambah kukuh di Malaysia dari segi pasaran produk dan juga khidmat pelanggan.

Diharap dengan penerangan yang Lynd berikan ini dapat membantu rakan-rakan sekelian untuk memahami dan memilih Set Kurus Shaklee sebagai supplement yang dapat membantu rakan-rakan menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Ingin tahu lebih lanjut dan tips jimat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Hari ini Lynd nak share video testimoni Kembali Langsing Selepas Bersalin

 

Pengambilan Set Kehamilan Shaklee diteruskan sehingga berpantang dan menyusukan anak. Tidak perlu susah-susah tukar product. 1 Set untuk sepanjang menjadi ibu yang hebat.

Kembali Langsing Selepas Bersalin

Set Berpantang 3 + 1

Set Berpantang

Boleh ke link Set Berpantang Shaklee

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Ibu Cantik.

Kali ni Lynd nak share mengenai passion Lynd dalam parenting ini iaitu penyusuan susu ibu atau breastfeeding.

Dan kepada sesiapa yang mengikuti Persiapan Ibu Hamil The Series by Lynd ini memang akan perasan yang Lynd memang sangat tekankan persiapan ibu hamil menghadapi hari kelahiran bayi adalah penyusuan susu ibu / breastfeeding.

Selain pengalaman Lynd menyusukan 2 orang anak sebelum ini, Lynd juga mengikuti beberapa kelas / seminar mengenai breastfeeding dan Lynd juga menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam membantu ibu baru bersalin yang menghadapi masalah untuk menyusukan anak mereka.

Lynd memang seronok untuk berkongsi cara dan tips untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu.

Topik yang Lynd nak kongsi kali ni memang agak pelik untuk orang yang “menjual” supplemen.

Sebab Lynd nak kongsi

Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplemen

Tak ke pelik tu?

Ok. Untuk memahami lagi macamana cara untuk banyakkan susu ibu, kita kena faham dulu bagaimana susu ibu dihasilkan.

Dan saya bagitahu awal-awal ye, penerangan saya ni menggunakan ayat-ayat orang biasa yang mungkin lebih difahami dan ayat ini bukan copy-paste mana-mana sebab penerangan ini mengikut pemahaman saya dari pembacaan dan penerangan semasa seminar dan ada yang saya ambil dari blog lama saya iaitu Kasehku_Hidupku

So ayat saya ni kalau mahu dibuat buku memang tak sesuai.


oxytocincycle

Mula-mula mari kita berkenalan dulu dengan 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.

Hormone BF

Hormon Prolactin – Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu. Bila kita dah meransang / stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping, otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Hormon Oxytocin – untuk mengeluarkan susu dari badan. Juga dikenali sebagai motherhood hormone. Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu, Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast. Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast. That why ia dipanggil motherhood hormone.

Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar. Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.

Itulah indahnya penyusuan susu ibu.

oxytocincycle

Jadi, dari peranan 2 hormon tadi dah boleh gambarkan tak bagaimana kitaran penyusuan / penyusuan susu ibu dihasilkan?

breast-feeding-flow-1

Ia bermula dari RANSANGAN / STIMULATION. Maksudnya kita meransang payudara samada melalui penyusuan direct atau pumping adalah pemulaannya.

Jika ada ransangan, otak akan memberi isyarat supaya badan menghasilkan susu.

Apa bila susu dihasilakan dan berada di payudara, ketenangan dan hormon motherhood akan meransang susu untuk keluar dari badan. Dan jika ibu-ibu perasan ada rasa “kebas” pada payudara dan dalam waktu yang sama susu keluar dengan laju itulah dipanggil “Let Down Reflex” dan itu adalah idaman wanita yang mengepam susu.

Dan jika ada sesetengah keadaan yang payudara terasa penuh dengan susu tapi susu tak keluar, itu menunjukkan hormon Oxytocin tidak menjalankan tugasnya. Dan ketika ini merupakan petanda bahawa ibu sedang stress, jadi ibu perlu tenang supaya susu dapat dikeluarkan dari payudara.

Dan bagi membantu ibu-ibu mudah faham lagi bagaimana sistem susu dihasilkan oleh badan adalah seperti sistem flash air di toilet. (Minta maaf guna contoh ini)

Air dalam toilet bowl takkan berganti dengan air baru jika kita tak flash. Kita flash keluar masa air baru akan masuk. Bila kita biar sahaja dalam waktu yang lama air dalam toilet bowl itu akan mengering sendiri.

Jika susu tidak dikeluarkan dari breast, otak takkan memberi isyarat kepada kilang susu untuk menghasilkan susu baru. Maka bila sudah lama tak diransang, maka produktiviti akan mengurang dengan sendiri kerana otak memberi isyarat bahawa tuan punyer badan tidak memerlukan susu yang banyak.

Maka kuncinya disini adalah, teruskan memberikan isyarat kepada otak supaya memberikan arahan kepada badan supaya menghasilkan susu yang lebih.

1. Power Pumping

“Tipu” badan melalui kaedah power pumping. Jangan kisah mengenai hasil yang keluar sebab itu bukan tujuan power pumping. Power pumping adalah untuk memberikan isyarat pada badan untuk hasilkan lebih susu.

2. Kerapkan Ransangan.

Dari 2 kali sesi mengepam kepada 3-4 kali sesi. Dari 4 jam sekali kepada 2 jam sekali. Sama juga prinsipnya, ia untuk memberi isyarat kepada badan.

3. Tenang / Berehat.

Jika ibu sentiasa dalam keadaan terkejar-kejar untuk mengepam maka susu ibu  juga sukar untuk keluar. Cuba cari ketenangan dengan melihat gambar / video anak. Maka hormon keibuan itu akan membantu susu untuk dihasilkan dan keluar.

Ok sekarang sudah faham bagaimana susu ibu dihasilkan?

Jika kita faham “kunci” itu maka penyusuan susu ibu akan lebih lancar dan kita tahu apa boleh dibuat jika kita berada difasa kemeruduman hasil susu ibu.

Untuk lebih info mengenai penyusuan susu ibu atau bagaimana Rangkaian Produk Shaklee dapat membantu melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak discuss sikit pasal kewangan.

Lynd memang suka sangat baca dan ambil tahu pasal pengurusan kewangan ni. Dari dulu lagi. Masa baca blog-blog mat salleh pasal badgeting, invesment, income management, dept management dan lain-lain tu, rasa seronok sangat tengok cara mereka uruskan kewangan.

Lynd paling suka cara menguruskan hutang baca mengenai cara menguruskan hutang.

Dan yang Lynd perasan mereka lebih banyak guna perkaraan DEPT instead of LOAN.

Kalau kita ni lagi suka guna perkataan PINJAMAN yang bermaksud HUTANG.

PINJAMAN Perumahan

PINJAMAN PTPTN

PINJAMAN Kad Kredit

PINJAMAN Kereta.

Cuba tukar perkataan pinjaman jadi HUTANG.

Saya pun start terbuka mata pasal HUTANG ni bila baca blog sifu kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli  : Tips Urus Hutang

Barulah saya sedar mengenai ada orang yang hidup tanpa PINJAMAN kat zaman sekarang ni.

Then bila kita ada matlamat nak settle hutang kita akan mula fikir macamana nak settle hutang ini dengan cepat

Mula-mula nak kena kena tahu hutang mana yang kena settle dulu, yang mana boleh transfer ke atau apa-apa lah. Dan sebenarnya entry tu saya tak layak lagi nak buat pun dan bukan itu pun saya nak share sebenarnya.

Then.. Bila saya tengok blog mat salleh cara dorang handle duit keluar masuk ada ruang “income” beberapa kali sebulan. So saya terfikir camner boleh ada beberapa kali income kalau saya makan gaji yang gaji sebulan sekali.

Antara Blog kegemaran saya

A Bowl Full of Lemon

Saya mula tertarik dengan bisnes Shaklee sebab blog ni lah. Tapi sistem marketing Shaklee dorang lain sikit rasanya.

So mulalah dari cerita.. Uruskan bajet.. Urus Hutang.. dan sekarang tambah pendapatan dan next is menabung.

Menabung atau dengan kata lain uruskan kewangan juga lah sebab income dah ada 2 kali (belum kira lagi untung runcit). Akhir bulan gaji bulanan kerja hakiki yang biasanya habis untuk bayar hutang / pinjaman dengan kadar yang sudah ditetapkan, nafkah mak ayah yang average tak jauh beza pun dari tahun lepas increament sikit-sikit je secara tahunan dan belanja harian keluarga.

Biasanya cukup je duit gaji tu tapi yang jadi isu bila ada breakdown / nak balik kampung / melancong.

Takkan nak korek simpanan dari potongan gaji yang sepatutnya untuk betul-betul emergency.

So datanglah cerita 2nd income which is bonus Shaklee yang biasa masuk 13-16 haribulan setiap bulan.

Awal-awal dulu hilang pedoman jugak lah mau taknya dah biasa ada 1x gaji bila dah dapat gaji 2x ni macam seronok terlebih.

Tapi sekarang dah sedar diri. Masa gi IMKK hari tu Doc Azizan Osman ada ajar mengenai 6 tabung.

Tip menyimpan Duit kaedah 6 Tabung Simpanan

The-Money-Jars-System

Masa awal-awal belajar tu, “Aduh tabung NEC pun dah 90% camner nak agihkan ke tabung-tabung lain”

Apa Maksud 6 Tabung ni?

Moldiv_1428893021242

NEC (Neccesity) = Peruntukan keperluan seperti perbelanjaan harian, pakaian, pinjaman / hutang dan duit kepada ibu bapa. Kiranya duit yang habis untuk dibelanjakan keperluan bulanan.

LTSS (Long Term Spend Saving for Spending)

Seperti simpanan untuk haji / umrah. Dan pada Lynd duit ini juga untuk seperti road tax tahunan / kenduri kahwin anak / kenduri akikah anak / duit belanja anak masuk universiti.

EDU (Education)

Duit yang kita akan gunakan untuk menambah ilmu kita sendiri. Bukan untuk education anak-anak ye. Seperti kelas-kelas marketing, kelas kewangan, kelas keagamaan, seminar kekeluargaan dan pelbagai lagi peluang untuk kita menambah ilmu kita sendiri.

FUN 

Duit berseronok. Duit untuk belanja diri sendiri dan keluarga. Duit tengok wayang, spa, beli baju-baju idaman dan “perlu” dihabiskan untuk belanja diri selepas bekerja. Kalau macam plan nak gi bercuti ke 3 bulan lagi, maka hold dulu duit ini dari digunakan so bila dah 3 bulan baru habiskan untuk hotel atau perbelanjaan semasa berjalan.

FFA (Financial Freedom Account)

Ok.. Duit ni penting. Ia merupakan duit tabungan yang tidak boleh diusik LANGSUNG.

Duit ini merupakan duit yang akan digunakan untuk diberanakkan. Bila boleh guna?

Bila amount yang dikumpul cukup untuk menjana income sama seperti keperluan kita.

Maksud, jika setiap bulan kita perlukan Rm 400o untuk keperluan kita, maka duit dari FFA mestilah cukup untuk beranak dengan sendiri untuk menjana Rm 4000 sebulan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.

Contoh : Kita kumpul duit FFA sehingga Rm 700K, beli / bina rumah sewa. Dan setiap bulan hasil kutipan sewa itu adalah Rm 4000 sebulan. Jika terjadi apa-apa pada kita atau kita tak kerja pun takper sebab kita sudah ada duit yang beranak sendiri.

Jadi buat masa sekarang ini kita perlu bekerja untuk kumpul FFA supaya 1 hari nanti kita tak perlu risau mengenai kewangan kita.

Itu lah yang dinamakan Financial Freedom.

Charity 

Duit sedekah juga adalah duit pendapatan pasif kita.

Yang kita hanya perlu percaya dan tak perlu pandai kira.

Doc Azizan cakap, takper kalau tak dapat agihkan ikut percentage ini lagi, tapi yang penting kita adjust dari masa ke semasa dan set target bila kita nak capai income / kewangan yang kita dapat asingkan mengikut sistem tabung ini.

Bagaimana pengagihan semasa kita sekarang?

Jika NEC sahaja sudah 80-90%?

Atau 110%?

Dan disinilah datangnya cerita Tingkatkan Pendapatan.

Maksudnya kita dah tak boleh nak adjust NEC kita.

Contoh :

INCOME : RM 3000

NEC = RM 2500 = 85 %

FFA / LTSS = Rm 500 = 15 %

So macamana nak NEC tu jadi 55% jika kita dah adjust NEC kita memang rm 2500?

Disinilah datangnya cerita tingkatkan pendapatan.

Silapnya mindset kita ni, meningkat pendapatan, maka meningkatnya NEC. Cari ruang loan apa bleh apply lagi, kereta mana boleh tukar lagi.

Sepatutnya :

Untuk NEC 55% = Rm 2500

Income kita kena = RM 4545

Maka selagi income kita tak cecah Rm 4545 kita “Tak Boleh” atau “Tak Patut” menaikkan NEC kita lebih dari Rm 2500.

Sepatutnya

Income = Rm 4545

NEC = Rm 2500 = 55%

FUN = RM 454.50 = 10%

FTTS = RM 454.50 = 10%

FFA = RM 454.50 = 10%

EDU = RM 454.50 = 10%

CHARITY = RM 227 = 5%

Bila dah sampai tahap ini, baru lah tingkatkan pendapatan untuk tingkat NEC kita.

Maka buat masa sekarang ni Lynd tengah pulun nak tingkatkan pendapatan bersama Shaklee supaya saya dapat agihan % tabungan saya macam kat atas tu.

Nak belajar dan nak tahu macamana Shaklee dapat membantu anda meningkatkan pendapatan?

Lebih info mengenai Side Income With Shaklee by LyndSide Income with Lynd

Daftar sebagai Ahli Shaklee

Atau

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...