Assalamualaikum Cantik Sihat.

Hantar Anak Ke Nursery atau Pengasuh

Cuti sekolah sudah bermula. Ada yang seronok ada yang memeningkan.

Bagi saya yang berkerja swasta ini tiada beza sebab anak-anak still kena ke nursery / pusat asuhan. Cuma bezanya untuk Kaseh, dia tak payah pakai baju sekolah. Tu yang kadang-kadang pening kepala nak explain kat dia apa maksud “Cuti Sekolah” kenapa dia still kena gi sekolah.

Kesian jugak sebenarnya. Dan itu yang menjadi salah 1 push factor mamanya ini untuk “bekerja sendiri”.

Pernah lah sembang-sembang dengan suami, dia kata kalau boleh walaupun saya tak kerja dia still nak anak-anak dia dihantar ke nursery. Sebabnya kat nursery mereka banyak aktiviti dan belajar. Agak-agak kalau kat rumah apa yang dorang buat? Ngadap TV je lah. I have to admit that.

Ermmm.. so dalam perjalanan nak jadi Work At Home Mom ni, saya mula merangka-rangka aktiviti saya. Nak hantar gi nursery atau tidak anak-anak ni? Apa motif mak kat rumah tapi anak gi nursery. Tapi kalau kat rumah anak-anak saya nak buat apa? Nak Home Schooling? I don’t trust myself.

Tapi semalam Kaseh request buat soalan matematik, so saya buat soalan “campur” saya ajar macamana kira guna jari. Mula-mula dia tak faham tapi bila buat ulang-ulang, pagi ni dia suruh saya buat soalan lagi saya dah tak perlu guide. Wahhhh.. nikmatnya rasa bila anak dah boleh buat apa yang kita ajar.

Then terus saya terfikir, saya sebenarnya boleh je beraktiviti dengan anak-anak cuma saya perlu sabar.

1 hal lagi, di tadika Kaseh diajar solat Dhuha dan Asar, jadi bila Kaseh balik tengahari dia hanya solat Dhuha jelah. Rugi lak dia tak solat Asar. Then hari ni saya terfikir, why not ajak je lah Kaseh solat sekali ngan saya.

Ini yang saya suka dan kelebihan hantar anak ke nursery. Mereka ada aktiviti di bawah pengawasan cikgu / ummi. Kalau hantar ke pengasuh mungkin lebih kurang macam dok ngan saya je lah.

So kepada ibu-ibu yang sedang consider samada nak hantar anak ke nursery atau pengasuh mungkin point ini boleh diambilkira.

Lynd bukan cakap hantar anak ke pengasuh ni tak bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin boleh consider baby 0-2 tahun hantar pengasuh dan lepas tu nursery.

Macam Lynd, Kaseh dan Awatif memang dari 2 bulan lagi saya dah hantar nursery. Tapi please check betul-betul pasal sesebuah nursery tu. Antaranya nisbah pengasuh dan kanak-kanak, siapa yang bekerja samada budak-budak muda atau orang yang berpengalaman jaga baby. Dan selalu buat lawatan mengejut. Jangan cakap nak check tapi macam Lynd bagi alasan nak hantar EBM.

Kalau Lynd datang tengahari secara mengejut memang ummi suruh naik atas tengok anak dan kalau anak tak tido boleh susukan direct. So bila 2-3 kali buat gitu mereka nampak terbuka dan takder nak sorok apa-apa, so Lynd dah mula yakin dah.

Sebab ada sesetengah nursery tu memang tak benarkan parent masuk. Mungkin mereka ada sebab tapi saya still tak bleh fikir kenapa.

Harap point ni dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang tengah consider nak hantar anak ke nursery atau pengasuh.

Dan untuk Lynd tengah merangka-rangka aktiviti dan perancangan untuk anak-anak bila saya jadi WAHM nanti.

Wish me luck readers..

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Idaman setiap ibu bapa inginkan anak soleh dan solehah. Inginkan anak yang solat cukup 5 waktu tanpa disuruh.

Solat tiang agama.

Lynd tak layak nak share Cara Ajar Anak Solat sebab Jujur Lynd memang “tak sempat” ajar anak-anak solat apatah lagi dengan bacaan yang betul. Tetapi Lynd bersyukur dengan nursery yang anak-anak Lynd tinggal sekarang. Di usia 2 tahun mereka sudah boleh bacaan al-Fatihah (Tapi pelat lah)

Dan diusia 4-5 tahun mereka sudah diajar solat dengan bacaan yang betul. Nak harap mama yang ajar memang sadis lah.

Syukur sangat. Lynd sekarang berperanan untuk tetapkan solat mereka 5 waktu.

Terima kasih kepada ummi dan cikgu-cikgu yang mendidik Kaseh dan Awatif. Besar dan berpanjangan pahala mereka kerana “pelajaran” solat ini akan digunakan seumur hidup mereka.

Cara Ajar Anak Solat

Doa Anak Solat

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Disebalik kenaikan harga pelbagai barangan dan peningkatan kos sara hidup, Shaklee memainkan peranan untuk membantu orang ramai dalam 2 cara :

1. Mengadakan promosi set penjimatan. Ini dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat. Oleh itu dengan kenaikan harga barang yang lain kita tidak mengabaikan penjagaan kesihatan.

2. Memberi peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalui YES Program. Pelbagai peluang dan bonus tambahan untuk mereka yang serius dan komited untuk menjana pendapatan.

Set Shaklee Lebih Jimat

Salah 1 tawaran melalui program YES adalah dengan pendaftaran keahlian Shaklee dengan pembelian produk, ahli baru akan menerima 1 botol Vitalea Shaklee Multivitamin.

Detail mengenai tawaran ini di sini.

Tawaran seterusnya adalah Promosi 4 YES PACK.

YES Set 1 Set Kehamilan Shaklee (Pre-Natal Set)

YES Set Kehamilan

Yang mengandungi :

ESP Shaklee

B-Complex

Ostematrix

Vitalea Multivitamin

Sustained Release Vitamin C

Omega Guard

YES Set 2 Set Berpantang Shaklee (Post Natal Set)

YES Set Berpantang

Yang mengandungi :

ESP Shaklee

Alfalfa Complex

Ostematrix

Vitalea Multivitamin

Sustained Release Vitamin C

Omega Guard

YES Set 3 Set Pengurusan Berat Badan Sihat (Healthy Fitness)

YES Set Healthy Fitness

Cinch Mix Tea

Vita-Lea

2 Canister Cinch Shake

Lechitin

Herblax

Keistimewaan YES Pack (SET 1-3)

1. Diskaun 5% untuk setiap YES PACK

2. Diskaun lagi 15-20% dengan keahlian Shaklee

Jika mendaftar sebagai ahli Shaklee

3. Rebat RM 23.40 diterima pada bulan berikutnya.

4. PERCUMA Vita-Lea Multivitamin Shaklee

YES Set 4 Set Anti-Penuaan (Healthy Young Living)

YES Set Healthy Young Living

2 Botol Vivix

Keistimewaan YES Pack SET 4

1. PERCUMA Keahlian Shaklee yang bernilai Rm 79.50

2. Diskaun 5% untuk setiap YES PACK

3. Diskaun lagi 15-20% dengan keahlian Shaklee

Jika mendaftar sebagai ahli Shaklee

4. Rebat RM 39.00 diterima pada bulan berikutnya.

5. PERCUMA Vita-Lea Multivitamin Shaklee

Memang best dan super jimat YES Pack ini. Ada yang ambil untuk kegunaan sendiri, kongsi dengan kawan-kawan dan ada guna sebagai stok permulaan untuk memulakan perniagaan.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Masih belum dapat “angin’ nak share pengalaman bersalin. Setakat cerita-cerita sampingan je dulu ye.

Antara menyayat hati sebelum dan selepas bersalin

Antara yang ‘merisaukan’ sebelum serah diri ke hospital adalah sebab budak ni.

Awatif

Budak ni manja sangat terutama time tido. Nak kena peluk dan pegang dia. Saya tak boleh bayang macamana 3 hari dia tak jumpa saya. Hingga ke malam terakhir sebelum esoknya ke hospital saya tak boleh tidur bukan sebab risaukan nak bersalin. Tapi sebab i’m going to miss her. Kaseh macam ok skit sebab dia macam boleh terima kenyataan.

Risau jugak esoknya dia meraung saya nak gi sepital. Adeh.. takut maknya pun nangis sama.

Sudahnya dihari kejadian, elok je dia babai mama tinggal mama sorang-sorang kat spital.

Hello..!!! Mama bukan main risau awak boleh babai macam tu je. Ok fine. Settle 1 bab.

Then bila hari pertama balik anak-anak memang tak dibenarkan tidur ngan mama atau lasak-lasak dengan mama. Takut nanti buatnya time tido dipanjat / tersepak mama tak ke naya.

So mama ditempatkan di katil bujang, baby dalam baby cot, dan 3 beranak lagi kat tilam sebelah katil mama.

Tapi saya tengok sendiri dia tak lena tidur. Suami kata memang gitu dia setiap malam tak lena tidur dan gelisah. Kadang-kadang merengek “nak mama”. Adeh.. mama boleh pandang je nak. kalau boleh mama nak peluk-peluk awak.

Sudahnya ntah pukul berapa dia naik atas katil saya tidur kat kaki mama. Aduhhh.. sayu.. She miss me.

Malam ke 2, Awatif request nak tidur dengan saya. Tapi nenek tak bagi. Nenek siap mimpi jahitan terbuka sebab anak-anak terkam mama.

Tau apa dia minta?

“Saya nak tangan mama je”

Dia tidur dekat sebelah katil dan minta saya hulur tangan pegang dia. Nak bagi tinggi sikit letak kusyen sebelah katil dan dia tidur atas kusyen kecik tu. Waaaaaaa… mama sayang kamu.

2-3 malam jugak tidur gitu. Dan bila saya dah rasa luka saya dah kering, saya ajak dia tidur sebelah saya. Bila dia lena suami / nenek angkat dia tidur kat bawah. Tapi sekarang dia tidur terus je sampai pagi.

Yang paling saya rasa sayu…

Awatif Pantang

Dia tidur bucu-bucu je. Sebab takut terkena saya katanya. Masa awal-awal dia tidur sekatil ngan saya, lagi lah tergantung. Sebelah badan atas katil, sebelah lagi kat atas kusyen.

Dan ada ketika tak jatuh pulak tu. Heran jugak sebab si lasak tidur ni boleh bertahan tidur gitu.

Manja-manja Awatif ni dia boleh terima Indah. Ada yang kata nanti dia tak suka adik lah apa lah. So far dia sayang sangat. Tipsnya saya tak suka takut-takutkan dia pasal adik. Ada sesetengah orang suka takutkan budak-budak.

“Habislah baby keluar nanti mama dah tak sayang, dah tak boleh manja dengan mama”

Tak baik tau.. ia meninggalkan kesan psikologi pada anak-anak.

Alhamdullillah. Indah disayangi oleh kakak-kakak.

11377190_834800493223282_348543591645274134_n

Love you my princess.

Assalamualaikum Cantik Sihat

1 ketika dulu saya selalu terfikir kenapa kita perlu kerja?

Bangun pagi, hantar anak gi nursery, dapat gaji duit bayar orang upah jaga anak kita. Ada juga yang balik malam tak sempat nak tengok anak. Ada yang travel 1-2 jam sehari untuk ulang alik gi kerja.

Apa jenis life ni?

Macam saya takder la stress sangat, tempat keje kalau lancar 15 minit, kalau jem pun 30 minit. Balik pun masih sempat nak main and guling-guling dengan anak-anak.

Saya biasanya terfikir hal gini bila jalan jem. Kenapa semua orang ada rutin yang sama / destinasi yang sama iaitu “tempat kerja”.

Makin lama makin saya dapat “idea”, orang perlu kerja tak kisahlah makan gaji atau kerja sendiri bukan kerana gaji sahaja tapi untuk menyediakan kelengkapan / kemudahan hidup orang lain.

Contoh, orang kerja kilang telifon / operator pengeluaran, mereka perlu “bekerja” dengan memasang komponen telifon. Bila telifon dah siap boleh dipasang dan kita beli. Tapi kalau takder orang makan gaji yang pasang komponen telifon tu agak-agak macamana kita nak dapatkan telifon.

Kesimpulannya setiap “pekerja” adalah untuk menyediakan keperluan hidup orang lain. Jadi itu lah tujuan kita bekerja. Sooo.. saya jadi redha bila menempuh jalan jem sebab misi setiap pekerja adalah sama.

Then, adakah semua orang ikhlas untuk melakukan kerja itu?

Adakah mereka gembira?

Adakah mereka bekerja hanya untuk dapat gaji?

Gaji diperlukan untuk bayar itu ini.

Adakah mereka gembira tak dapat tengok anak-anak bila asyik balik lambat?

Adakah itu kehidupan yang mereka inginkan?

Jika mereka tak gembira dengan kerja yang mereka lakukan, kenapa mereka masih memaksa diri untuk mengharungi semua tu?

Tanggungjawab terhadap kerja? Tanggungjawab terhadap keluarga?

Atau

Tanggungjawab terhadap ‘bebanan’ dengan kata lain “hutang”

YES.. itulah jawapan sebenar.

Jawapan kepada kenapa kita perlu bekerja, mencari duit, mendapat duit.

Apa beza tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang?

Zaman sekarang ni mana boleh hidup tak berhutang. Kita berhutang demi keluarga. Hutang untuk beri keselesaan pada keluarga.

Ermmmmm.. yeke?

(Soalan kepada diri sendiri)

Jadi kita korbankan masa gembira dengan keluarga demi memberi “keselesaan” kepada keluarga.

Contoh : Demi keselesaan keluarga kita beli kereta yang memerlukan installment setiap bulan Rm 1ooo yang digunakan sesekali untuk perjalanan jauh dan kereta yang ke-2 yang biasa-biasa aje dengan installment Rm 500 yang digunakan oleh isteri/suami untuk kegunaan harian. Disebabkan komitmen itu, si isteri perlu bekerja untuk bayar kereta yang ke 2

Maka hutang kereta sahaja sudah Rm 2000.

Tapi kalau kereta “selesa” tak ada, dah kurang komitmen Rm 1500. Tujuan kereta tetap sama untuk bergerak dari 1 tempat 1 tempat yang lain. Yang membezakan adalah “keselesaan”.

Demi keselesaan itu, si isteri/suami mengorbankan kebahagiaan menjaga anak sendiri.

Kes / contoh ini adalah untuk mereka yang rasa “terpaksa” bekerja. Bukan untuk mereka yang memang minat dan enjoy bekerja.

Terpaksa sebab berhutang untuk keselesaan.

Itu yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat kita termasuk saya.

Hidup ini memang indah jika kita bekerja untuk berkhidmat. Bekerja untuk menyediakan keperluan orang lain, tak kisahlah secara makan gaji atau kerja sendiri .

Bukan bekerja untuk menyelesaikan hutang.

Itu yang memberikan kita kebahagiaan bekerja.

Jadi samada makan gaji atau kerja sendiri kedua-duanya adalah penting dalam kitaran hidup sesuatu masyarakat ini.

Yang penting adalah kita buat apa yang kita suka. Bukan terpaksa untuk duit.

Itu matlamat saya sekarang. Apa sahaja yang saya buat adalah untuk “berkhidmat” kepada masyarakat. Menyediakan keperluan hidup orang lain.

Bila bercakap pasal ‘keselesaan’ diri dan keluarga saya lebih consider kebahagiaan. Itu judgement yang saya buat sekarang dalam proses Zero Hutang.

Kerja Sendiri Vs Makan Gaji

Harap semua pembaca dapat tanya diri sendiri apa yang anda inginkan dalam ‘bekerja’

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Hari ini sembang-sembang dengan salah seorang yang istimewa dalam hidup saya. Biasa sembang ngan dia more to inspirasi, cara nak face cabaran dalam hidup.

Dan dia minta saya share pasal life saya di blog ini. Ermmmm.. sebenarnya saya tak faham maksud dia. Apa yang dimaksudkan dengan life saya. Tapi mungkin lebih kepada aktiviti harian macam apa yang saya share dalam blog pertama saya satu ketika dahulu.

Kasehku-Hidupku.

Hidupku Rumahku Terurus

Ermmm.. mungkin. Saya nak kembalikan semangat blogging mengenai personal life. Sebenarnya bila tengok gambar dalam entry lama-lama dulu memang seronok. Kalau nak belek-belek gambar dalam folder memang beribu tapi bila siap ada discription dalam entry lagi-lagi cerita pasal anak-anak memang best.

Masa tu barulah sedar yang anak-anak saya ni dah besar. Terutama Kaseh dan Awatif. Tengok gambar-gambar kebulatan mereka 1 ketika dahulu barulah sedar yang mereka dah “panjang”. (Patutlah orang dulu guna istilah “besar-panjang”.

06012013363

Bulatnya Awatif

20130202_104750

Kakak Kaseh Bulat Kecik

28012012616

Even fasa kehidupan mama pun makin lama makin berubah.

Ada turun naik, kejap lancar, kejap diuji. Tapi saya sangat percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmah. Dengan kata lain setiap apa yang berlaku ada tujuan.

Apa yang saya pegang

“Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia”

“Allah menguji hambaNya kerana Dia menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam setiap ujian”

Kawan baik saya hanya Allah.

Dia Maha mendengar dan kita tak boleh berselindung dari Dia. Kalau dengan orang sedikit sebanyak kita nak tutup silap kita dan aib kita. Tapi dengan Allah, tiada apa yang boleh selindung. Dia tahu. Jika hati ini cuba menafikan “kelemahan” kita tapi tak guna.

Life diteruskan dan cuba di upgrade. Walaupun nampak duniawi tapi matlamatnya tetap akhirat.

Saya bukan bagus tapi cuba jadi bagus. Bukan di mata orang tapi hanya untuk Dia.

Indah

Saya Blogger

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak “share” Tips Mudah Bersalin.

Definasi “mudah” bukan bermaksud “tak sakit“.

Tapi macamana nak menjadi sakit bersalin itu sebagai satu yang dinanti-nanti. Sakit yang “ringan” dan “nikmat” yang membuatkan kita masih boleh senyum.

Sebab ada beberapa ibu yang cakap mereka “phobia” mahu bersalin lagi. Macam-macam sebab. Even saya pun di tanya “Ko ni tak takut ke bersalin lagi lepas kes ko dulu?” (Kisah kelahiran Awatif saya ceritakan di blog lama saya disini. Kisah Kelahiran Awatif).

Ermmm.. seperti yang dikatakan saya rasa semuanya “mudah” maka orang lain je yang tolong “phobia” bagi  pihak saya. Heeee.. Syukur atas nikmat dipermudahkan itu.

Kalau google memang ada macam-macam amalan dan tips. Tapi apa yang Lynd nak share kat sini apa yang Lynd “mampu” buat dan apa yang Lynd amalkan.

Tips 1 : Positif

Berapa juta / billion umat manusia sudah dilahirkan oleh seorang ibu? Dan setiap ibu dan bayi mengalami pelbagai kisah / proses / pengalaman kelahiran.

Jadi apa kita nak “takut”. Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Memang ada macam-macam pengalaman “mengerikan” tetapi kena kita nak fokus pada yang tak best? Saya lagi suka baca kisah-kisah positif. Contoh, kawan saya cerita makcik dia nurse, bersalin pagi, petang dah boleh berjalan segar bugar sebab teknik melahirkan dia betul. Maka energy tak banyak guna semasa meneran. So tugas kita study lah cara betul meneran.

Bila saya disahkan perlu bersalin secara pembedahan, kisah beberapa orang keliling saya yang bersalin c-zer yang dikatakan lagi “mudah” dari bersalin normal.

Jangan dok fokus pada “susah nak batuk”, “susah nak bangun”, tak boleh angkat barang berat”, “susu tak banyak”. Perkara itu menakutkan diri sendiri dan sel-sel badan pun jadi stress.

Memang kita perlu tahu perkara-perkara diatas supaya kita berjaga-jaga. Tapi kita boleh ambil langkah pencegahan atau fikir orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh. Waaupun orang kata susah atau sakit kita kena tempuh juga jadi hanya diri kita je yang boleh setkan level “susah” tu.

Atau cuba elakkan baca atau dengar kisah-kisah ngeri. Kalau kita dah kenal pasti rakan2 yang suka cerita sakitnya / susah bersalin cuba elakkan diri dari mereka. Atau tukar topik.

Tips 2 : Minta Pada Dia

Ini je doa yang saya amalkan.

Doa Dipemudahkan Segala Urusan

bacaan-doa-dimudahkan-soal-ujian

Doa ni Lynd baca hampir sepanjang masa. Dari admit sampai ke OT. Memang minta ngan Dia je untuk mudahkan segala urusan. Tak perlu cakap atau mengadu kat media sosial.

Minta ngan dia je dipermudahkan segalanya.

Doa ni memang Lynd banyak guna untuk macam-macam urusan. Bila hilang barang, tunggu keputusan apa-apa ke, even untuk dapatkan parking best pun Lynd guna doa ni.

Suami Lynd yang kenalkan doa ni pada saya.

Mengadu dan minta pada Allah. Hanya Dia je yang dapat tolong. Kan dunia ni Dia punyer, remote control ada pada Dia jadi tak payah bebel kat suami ke, kawan ke kalau susah hati.

Sama jugak kes “ngeri” hospital kerajaan. Kenapa nurse dan doctor yang saya jumpa semuanya baik-baik? Lemah lembut dan sopan santun. Semuanya mudah.

Mungkin ada yang cakap rezeki saya lah jadi seperti yang dirancang. Tak jugak sebenarnya. Ada je kejadian tak dirancang cuma saya rasa benda tu tak susah. Itu namanya “dipermudahkan”. Apa yang jadi semuanya rasa mudah.

Percayalah amalkan 2 tips ni sebenarnya kita sedang mendidik diri supaya semuanya mudah. Kita yang tentukan mudah atau susahnya hidup kita.

So ibu-ibu yang bakal bersalin selamat berjuang.

Indah

Tak sempat mekap macam Cik Ta

Hari ni sudah hari ke 15.

Emosi mama anak 3 ni makin membuak-buak.

Emosi apa?

Heeee.. Emosi untuk kembali fit, langsing dan kulit tulus mulus. Disebabkan masih tak buat kerja rumah lagi so keje makcik ni sapu krim panas 1 badan dan bermasker aje lah.

Melahirkan baby baru juga bakal melahirkan the new mama.

Ada beberapa impian besar yang perlu dicapai tahun ini, maka mama perlu sihat emosi, minda dan tubuh badan untuk “bekerja”. Kesukaran dan kerja keras adalah “installment” yang perlu dibayar setiap hari sebelum diberi ganjaran impian.

Ada beberapa task yang saya mulakan :

  • Update Blog setiap hari – Banyak benda nak share sebenarnya, terutama pengalaman bersalin secara pembedahan.

 

  • Kumpul Stok EBM – Kalau ikutkan breast memang bengkak aje. Bila Let Down Reflex je memang basah aje lah baju. Rugi-rugi jom kita kumpul stok EBM.

 

  • Facial Routine – Jerawat subur pulak sejak mengandung hari tu. So nak mendapatkan kulit flawless dan proses rawatan dari dalam dan luaran.

 

_ProductImages_mommy-cover

Jom mommies semua. Jom cantik dan sihat demi keluarga.

Assalamualaikum.

Hai.. sebenarnya banyak benda nak share kat sini. Pengalaman bersalin czer, pengalaman “berehat” di hospital selama 2 malam dan macam-macam lagi pengalaman berpantang berpantang kali ini yang cukup berbeza.

Hari ni sudah hari ke 14, badan rasa dah segar sangat dah. Dah seminggu dah boleh dikatakan “konfius” samada sedang berpantang ke tak. Tapi masih “buat-buat” berpantang sebab mak ada so masih pakai stokin dan tak buat kerja rumah, nanti kena marah sebab katanya “berpantang”. Setakat tolong lipat-lipat baju, kutip-kutip mainan dan buku anak2 sepahkan sikit2.

Alhamdulillah sangat atas nikmat kesihatan ni.

Apa yang saya amalkan untuk kembali bertenaga dan sihat dengan cepat?

Saya amalkan Set Berpantang Shaklee dan walaupun anak saya kena Joundis saya boleh teruskan pengambilan Set berpantang Shaklee ini tanpa ragu-ragu kerana ia tidak memudaratkan bayi.

Jom saya share rutin pengambilan Set Berpantang Shaklee setiap hari.

Awal-awal pagi sebelum mandi saya akan ambil 1 biji Zinc Complex.

20150525_171408

Zinc Complex perlu diambil ketika perut kosong. Zinc Complex berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka secara dalaman dan luaran.

Zinc Complex ini juga dapat mengelakkan masalah rambut gugur selepas bersalin.

Then lepas breakfast saya ambil 3 sekawan ni.

3 sekawan ni lah sentiasa menemani saya sejak saya hamil lagi.

20150525_171631

B-Complex, Vitamin C & Vita-Lea

Saya sangat pentingkan 3 sekawan ni.

Bcomplex SANGAT penting diambil ketika berpantang sebagai anti inflammation / anti radang. Bagi yang tak tahu, bagi masyarakat melayu yang berpantang kena minum air kunyit tu fungsinya sama macam b-complex ni. So, kepada yang tak boleh telan air kunyit tu boleh ambil b-complex Shaklee ni.

Tambah lagi bagi baby yang ada jaundise ni memang nurse tak bagi ambil air kunyit and even nurse tak bagi makan masakan berkunyit. Jadi untuk memulihkan badan selepas bersalin B-Complex Shaklee lah gantinya.

Vitamin C LAGIIIIII penting bila bersalin c-zer ni. Sebabnya bila nak bersin / batuk memang kena hati-hati dan bila saya tanya2 orang lain yang ada pengalaman bersalin secara pembedahan ni batuk adalah “azab”. Takut jahitan renggang.. Waaaaa… takut. So saya memang sangat pastikan antibodi saya kuat sebab memang taknak batuk-batuk masa luka belum pulih ni.

Then tiap kali lepas makan saya akan ambil 1 kapsul Omega Guard Shaklee.

 20150525_171733

Saya baru tahu sebenarnya selain dari kebaikan Omega Guard dalam Set Slimming Shaklee, Omega Guard Shaklee berfungsi sebagai pencair darah.

Haaaa… sangat penting untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tahu perkara ini. And even saya perlu ambil suntikan pencair darah selama 5 hari selepas keluar hospital. Kerana jika berlaku darah beku even sekecil biji sawi, ia boleh menyebabkan risiko kematian. Nurse dan doctor sangat pentingkan perkara ini. Beberapa kali mereka pesan mengenai risiko darah beku ini. Sebab itulah bila saya tahu omega berperanan mencairkan darah dan disarankan diambil semasa tempoh berpantang, tanpa segan silu saya ambil.

Lagi pun Omega Guard ni memang gula-gula anak-anak saya. Heee tumbang sekali lah ambil.

Dan akhir sekali sebelum tidur, pun wajib saya ambil

Ostematrix Shaklee.

20150525_171334

4 biji sebelum tidur membekalkan kalsium lengkap keperluan wanita yang menyusukan bayi. Tambah lagi saya memang tak minum susu so inilah sumber kalsium harian saya.

Ada sebab lain kenapa saya tak pernah skip Ostematrix dari mengandung hingga lah berpantang. Sebabnya saya memang sangat pentingkan kesihatan usus besar saya. Dengan kata lain hidup saya akan lengkap dan aman damai jika saya dapat membuang setiap pagi. Saya tak suka perut berangin tapi taknak membuang ni. Soooo.. Ostematrix lah menjamin kelancaran proses membuang saya.

Itu je rutin Set Berpantang saya. Mak saya tanya kenapa dah tak minum pati haruan? Heeee… cukup-cukuplah saya menyiksa diri. Tak sanggup nak telan dah. Lagi pun mahal pun ye. Cukup lah dengan Set Berpantang Shaklee.

Lengkap dan Selamat untuk ibu bersalin secara pembedahan dan juga bayi Jaundise.

So saya boleh berpantang dengan aman. Just sapu minyak panas / krim panas dan pakai stokin.

Alhamdulillah sangat. Saya tak sangka proses berpantang, penyembuhan dan pemulihan saya semudah dan selancar ini.

Alhamdulillah sangat.

Sekarang target saya nak slim dan fit sebab saya dah anak 3, tanggungjawab saya besar. Impian yang dikejar juga besar maka saya kena cepat pulih dan sihat.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set berpantang Shaklee boleh diperolehi di sini

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Lynd selamat bersalin puteri ke-3 Lynd pada 12 May 15 dihospital Sungai Buloh.

Perkenalkan

IMG-20150512-WA0001

Indah Azra Syafiah

Permata hati kami. Semoga Indah membesar menjadi anak yang

Indah keimanan,

Indah budi pekerti,

Indah tutur kata

Alhamdulillah dan insyaAllah semoga anak-anak mama membesar menjadi anak-anak syurga.

18820_1152079454808941_4901614838708271333_n

Kaseh Melissa Lyana

Hannah Damia Awatif

Indah Azra Syafiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...