Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. dari hari ke hari urusan menjalankan bisnes bersama Shaklee bertambah mudah. Shaklee sentiasa komited untuk menambah nilai dan upgrade sistem mereka untuk memudahkan ahli-ahli Shaklee.

Ada yang bertanya bagaimana daftar keahlian Shaklee Malaysia.

Untuk mendaftar samada melalui kaedah yuran keahlian Shaklee Rm 79.50 atau keahlian percuma Shaklee dengan pembelian bernilai 200UV anda hanya perlu SMS / WhatApps :

Daftar ahli

Saya akan uruskan pendaftaran anda melalui online termasuk juga pembelian anda terus menggunakan harga ahli.

Tetapi ada juga yang gemar untuk mendaftar sendiri keahlian Shaklee.

 Anda hanya perlu ke cawangan Shaklee berdekatan anda. Dapatkan borang pendaftaran keahlian Shaklee dikaunter dengan harga Rm 4.00 dan juga borang pesanan produk.

Atau download borang di www.shaklee.com.my print dan isi sebelum ke cawangan.

Isi maklumat peribadi anda dan juga maklumat sponsor seperti berikut :

 Siti Norhaslinda binti Abu Bakar (SID 1090071).

Diborang pesanan produk, tandakan di ruang Shaklee Opportunity Kit  dan jika anda ingin membeli produk lain, boleh terus isikan borang pesanan.

Pembayaran dan pendaftaran akan dilakukan terus di kaunter.

Selepas itu, anda boleh menghubungi saya  untuk mendapatkan consultation dan cara pemakanan supplemen yang dibeli,

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Selain dari menggunakan kaedah online, Shaklee juga boleh didapati di beberapa cawangan yang terdapat di seluruh Malaysia.

Tetapi untuk mendapatkan produk di kaunter Shaklee anda perlu mempunyai Shaklee Independent Distributor ID. Anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan cara yang terdapat di sini –> Cara Mendaftar Keahlian Shaklee.

Berikut adalah Lokasi Branch Shaklee dan Cawangan Shaklee Malaysia

Shaklee Head Quarters

Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199

Monday to Friday:
10:00 am – 07:00 pm

HQ Shaklee

Kuala Lumpur

No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat :10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Cawangan Shaklee Branch Pulau Pinang 

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,

Pusat Komersial Sunway Perdana,

13700 Seberang Jaya,Pulau Pinang.

Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Cawangan Shaklee Branch Perak

 32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260

Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Cawangan Shaklee Branch Johor

14, Jalan Molek 1/10,Taman Molek,81100 Johor Bahru.

Telefon: 607-352 5188

Fax: 607-352 4188

Isnin hingga Jumaat : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Cawangan Shaklee Branch Kelantan

19, Section 25, Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.

Telefon: 609-747 8688

Fax: 609-747 7711

Ahad hingga Khamis : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Cawangan Shaklee Branch Sarawak

Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron,Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.

Telefon : 6088-393 848

Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga) : 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Saturday:
10:00 am – 07:00 pm

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ni Lynd rasa nak share mengenai pengalaman bersalin secara pembedahan. Selective Czer sebabnya masa bersalinkan Awatif Lynd mengalami third degree tear. So untuk bersalin kali ini Lynd diberi pilihan samada bersalin normal atau czer.

Doctor prefer bersalin secara pembedahan kerana risiko parut tempat koyakan lama untuk koyak lagi sekali agak tinggi.

So Lynd agree untuk czer walaupun masih menyimpan harapan untuk bersalin normal. Tapi Lynd redha je serah je kat Allah untuk berikan yang terbaik dan memudahkan segala urusan Lynd.

So Lynd diberi tarikh 10 May untuk register di bahagian bersalin Hospital Sungai Buluh. Daftar dalam pukul 11 pagi dan tukar baju hospital. So sepanjang hari Lynd buat CTG, pemeriksaan perut dan darah. Then briefing dengan doctor pakar bersalin pembedahan dan pakar bius.

Lynd diberitahu mengenai prosedur dan risiko bius dan pembedahan.

So selebihnya Lynd hanya tunggu masa untuk dapat wad. Sambil tu sembang-sembang dengan ibu-ibu lain. Ada yang selective czer macam Lynd dan ada yang tunggu bukaan sambil layan contraction. Nanti Lynd citer pengalaman Lynd sepanjang jadi pemerhati kat sana.

Then bila dah dapat wad dalam kol 8 malam, mandi dan rehat. Lynd diminta berpuasa mula pukul 12 malam dan Lynd kes-3 untuk selective czer esok.

Pukul 5 pagi nurse kejut untuk mandi dan tukar baju OT. Then Lynd dipasang drip dan tiub kencing. So proses menunggu pun bermula. Dalam kol 9.30 pagi nurse cakap kes ke-2 dah masuk OT. So i’ll be next. Call husband dan minta dia standby kat OT tingkat 3. Tunggu dan tunggu.

Kami sudah diberitahu sehari sebelum tu keutamaan diberi kepada emergency czer. So yang selective czer ni akan dianjak ke belakang. So makcik redha je.

Sampai waktu melawat tengahari pun belum turn. Sambil-sambil tunggu tu sempat layan whatapps customer pun. Heeee..

Dipendekkan cerita, sampailah ke petang. Sudahnya dalam kol 7.30 malam decide tanya nurse. Penerangan diberikan bahawa ada 22 kes emergency czer hari tersebut maka OT penuh aje.

Dorang tanya samada Lynd masih tahan berpuasa tak? Kalau tak boleh buka puasa dan start balik puasa kol 12 malam dan pembedahan esok aje. So Lynd pilih untuk tunggu sebab ini antara lapar dan dahaga je. Orang lain antara hidup dan mati.

Husband tunggu kat kereta bila habis waktu melawat. Sampailah kol 8 malam nurse kata turn saya ditunda ke esok.

Tak putus ayat minta maaf mereka. Mula-mula nurse then doctor pulak yang datang. Ada yang cakap kesian sebab berlapar sepanjang hari. Lynd bukan lah tak kisah tapi it’s ok. Apa sangatlah kesusahan yang Lynd tanggung berbanding orang lain. Bukan sakit pun.

Then call husband belikan makanan. Kesian En Husband menunggu sepanjang hari.

Then esoknya kol 7 baru Lynd sedar. Heeee.. Syok tidur. Nurse pun takder kejut. (ke makcik tak sedar? Heeee..)

Dalam kol 8.00 nurse dah suruh standby, bila-bila masa Lynd akan ditolak ke OT. Call husband, dia still kat rumah. Kol 8.30 Lynd ditolak ke OT, memang tak sempat nak jumpa husband sebelum masuk OT.

Yang ni kelakar, sebelum masuk OT, sambil tunggu2 team nak masuk OT. saya rasa nak buang air besar. Dok berkira, nak gi buang dulu ke tak payah. Tapi fikir, kalau tak membuang sekarang, nanti lepas bedah perut berangin camner? Baik gi sekarang masa sihat dari terpaksa bangun masa dah tak larat.

Huuuuu.. panggil nurse yang ada kat situ. Dorang risau sebab takut teran nak beranak. 2-3 kali dorang tanya. Then saya cakap..

“confirm nak buang air besar sebab dah memang time-time gini biasa saya membuang”

Hahahahaha..  Sudahnya Lynd di escord ke toilet tanpa selipar dan baju OT yang terbelah kat belakang. Terima kasih Cik Misi yang escord saya dalam keadaan saya yang rabun ini. Heeeee..

Then dah masuk OT, hanya doa ini yang Lynd baca. Lynd bagitau tubuh Lynd jangan stress, relax dan semuanya mudah.

Alhamdullah.. Dari proses bius tulang belakang sampailah tiba-tiba je Lynd dengar suara tangisan Indah yang pertama, semuanya dipermudahkan.

Indah di letakkan di dada Lynd sekejap dan Lynd rasa ni 1st time dapat tengok baby dengan ada sedikit-sedikit darah dan cecair putih tu. Kiranya freshlah.

Then nurse minta untuk cuci baby. Tak lama lepas tu, Baby Indah dihantar lagi sekali dan disusukan. Wahhhhh.. terus dia nyot..nyot.. Kebesaran Allah.. siapa yang ajar dia menyusu? Huuuu.. itu namanya fitrah.

Sepanjang tu Lynd tak rasa apa pun yang dorang buat kat perut. Suasana agak tenang berbanding kat OT masa bersalinkan Awatif, kecoh dorang bersembang.

Haaaaa.. yang ni pun dorang ada sembang. Pasal seseorang yang asyik main handphone, bila kemas fridge suka buang makanan orang. Heeee.. Tapi yang tu sebelum masuk OT. (Hahahah.. tiba-tiba teringat pulak hari ni sembangan mereka)

Baby Indah keluar dalam pukul 9.15 pagi. Lynd ditolak keluar OT pukul 10 pagi, dapatlah jumpa husband kat depan OT. Katanya dia dah jumpa baby. Heeee..

Indah

Then ditolak ke wad, ditukar baju dan pad. Lepas tu Lynd tidur je. Sampailah Lynd tersedar ada 1 tangan suam usap dahi Lynd.

Mak..

Then Lynd tengok mertua dan adik-adik ipar Lynd pun ada. Husband still kat bawah jaga Kaseh dan Awatif.

Lynd diberi ubat tahan sakit yang jenis picit sendiri tu. Morfin kot. Picit butang tu bila rasa sakit je. Ermmm.. sakit ke? Tak sangatlah.. lebih kepada takut. Nurse cakap guna bila betul-betul sakit je.

Kadang-kadang nurse datang tanya ada sakit tak dan feedback ikut rate.

1-3 sakit sikit-sikit je

4-6 sakit tapi boleh tahan

7-10 sakit sangat

dan tak semua dipasang mesin tu. Lynd tengok orang lain takder pun pasang so drip drg pasang sebelah je lah. Yang Lynd ni 2 belah kena.

Rupanya, yang tak dipasang alat tu dah diberikan morfin masa kat OT lagi. Macam Lynd dorang tak guna so Lynd kawal sendiri perlu ke tak morfin tu.

Baby Indah diletak sebelah Lynd dari petang sampai malam. Dia tidur je. So Lynd espek dia dah diberi FM lah kot. Sekali nurse datang tanya “Awak tak susukan baby awak ke? Nanti hypo” masa nurse check 3.2 kandungan gula. Nurse suruh kejut dan berikan susu. Tapi masalahnya susah nak amik sebab 2 belah tangan drip dan tangan tak sampai nak capai baby cot tu.

So Indah diangkat dan diletak di baby cot dengan bantuan nurse. Tu pun harapkan baby Indah tu memang dia tidur aje. Sampailah nurse check bacaan gula drop ke 2.9 sudahnya nurse letak Indah kat sebelah (Patutnya tak boleeh ibu tidur ngan baby), so Lynd bagi lah menyusu sambil baring.

Sebenarnya Indah tidur je, tak bangun pun. Kol 5 Lynd risau, biar betul budak ni tidur sepanjang malam, kita yang tak lena tidur.

Esoknya dalam kol 8 kot baru wayar dibuka, fuh lega boleh gerak. Bangun tukar pad dan basuh muka semua. Just bag kencing je yang tak buka lagi.

Baby Indah.. tidur jeee.. bacaan gula tak naik-naik masih 2.9 sekali bila nurse cakap ” Awak kena susukan baby banyak ni kalau gula tak naik awak tak boleh balik”… Wahhhh.. taknak.. gigihlah maknya ni mengejutkan baby Indah untuk menyusu.

Mama dah rindu dendam dah ni dengan kakak-kakak awak, kita kena balik.

Malam tu baby Indah dah mula aktif, kencing berak nangis dan menyusu. So pagi esok, bacaan naik 3.0, yeayyyyy.. boleh balik..

Ehhhh.. lupa cerita pasal mama. Ok je.. boleh gerak. Kakak-kakak sekeliling yang beri semangat. Tengok dorang ok je jalan. Ada sorang sebelah katil Lynd tak tau lah sabahan atau indonesia dia ajar macamana nak bangun dan dia tolong amik selipar Lynd sebab masa tu dia dah bukak beg kencing, Lynd belum so senang sikit dia nak tunduk-tunduk.

Untuk bersalin secara pembedahan kita kena stay at least 2 malam. Macam Lynd 5 hari 4 malam. 2 malam tanpa baby 2 malam dengan baby.

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Ada yang tanya sakit ke?

Ada bius tak rasa sakitlah. Dah habis bius tu sakit tu ada tapi sebenarnya lebih kepada gerun. Heeee..

Bersalin normal atau secara pembedahan ada kelebihan dan kekurangannya.

Semua ada bahagian masing-masing. Kita just minta semoga dipermudahkan segala urusan.

Indah

Anak syurga mama.. semoga membesar menjadi insan yang

Indah Keimanannya

Indah Tutur katanya

Indah Tingkah lakunya

Indah Akal Fikirannya

Mama sayang anak-anak mama.

Siapa kata nak kurus ni kita tak dapat menikmati hidangan yang sedap?

Keistimewaan Set Kurus Shaklee ini, kita boleh olah menjadi hidangan yang menyelerakan dan menyihatkan.

Rahsianya ada pada

cinch smoothie

Kita boleh jadikan ia smoothies buah-buahan kegemaran masing-masing.

Ini salah 1 resepi best dan menyelerakan.


wpid-img_1317144540178

Fuhhhh.. memang sedap lah.

Ini satu lagi resepi best..

Resepi-Cinch-

Kalau tak kena gaya orang yang takder niat nak diet pun rembat sekali. Takder hal lah. Hidangan sihat untuk seisi keluarga.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?

Lynd ada 2 cadangan Set

SET 1 : Set Pengurusan Berat Badan Pilihan

Set Kurus Shaklee

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bagaimana Set Kurus Shaklee Bertindak (Menjawab Soalan Kevin Zahri)

Untuk adjust set ini mengikut bajet dan keperluan pengguna boleh call Lynd 019 – 603 8353.

Set 2 : YES PACK Set Pengurusan Berat Badan

YES Set Healthy Fitness

Set Pengurusan Berat Badan dan jimat. Set ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja sehingga October 2015.

Kelebihan set ini adalah, ia bertindak secara menyeluruh dengan fungsi badan dan yang paling penting harga lebih jimat.

Siapa yang ambil set ini dan amalkan tip-tips yang Lynd akan kongsikan memang selim melim lah di hari raya.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Jarum kat penimbang tu tak gerak pun tiap kali timbang. Dah sebulan ambil pun macam takder kesan pun. Tapi….

Tang tapi tu ramai yang tak perasan.

Asalkan syarat pemakanan sihat diamalkan, Set Kurus Shaklee diambil dengan betul dan konsisten anda tak perlu risau.

Kenapa?

Pertama, anda perlu faham bahawa untuk pengurusan berat badan yang betul kita perlu MEMBUANG LEMAK.

Fat Lost

Contoh gambar diatas, dengan berat badan yang sama tapi dari segi shaping, yang belah kanan lebih slim kerana kandungan lemak adalah kurang.

Ok.. mari kita cuba faham, badan kita terdiri dari lemak dan otot. Bila kita nak cantik kita mesti nak kurangkan lemak dan kekalkan otot sebab lemak tu yang membuatkan kita menggeleber dan kembang.

Tapi pada hakikatnya…

fat-vs-muscles

Saiz 2 kg lemak lebih besar dari 2 kg otot. Jika kita berjaya menurunkan berat badan tetapi yang kurang adalah otot dan air maka badan kita masih tetap menggeleber.

Jadi fokus kita adalah untuk membuang lemak dan mengekalkan tanpa mencederakan otot untuk menjadikan badan kita lebih ramping.

Body-Transformation-Girl-with-Abs-muscle-66-kg

Ini bukan testimoni Set Kurus Shaklee tapi saya cuba nak terangkan perbezaan antara fat los dan inchloss. Dari gambar di atas mana yang kita nak? Berat sama tapi 1 menggeleber 1 lagi nampak ramping (abaikan yang ketak-ketak itu)

Sooo.. makanya.. bagi menjawab TAPI diatas.. mostly ramai yang tak perasan..

Berat tak turun.. TAPI..

Jeans lama dah boleh butang lah

Baju kurung lama dah boleh masuk

T-Shirt adik yang saiz M dah boleh sarung.

So masih kisahkan pasal berat tak turun-turun dengan meriahnya?

Jadi macamana nak pastikan lemak yang disingkirkan bukan otot?

Rahsianya ada pada

Cinch

Cinch Shake Shaklee yang terdapat dalam perisa Choc, Vanilla dan Latte

Keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini adalah

  • Diperbuat dari sumber protein soya Non-GMO
  • Mengandungi GI (Glisemik Index) yang rendah GI-22 dan rendah lemak
  • Mengandungi LEUCINE yang membantu membakar kalori dan mengekalkan jisim otot.
  • Mengandungi multivitamin tambahan

Maka persoalan kenapa berat tak turun banyak mana pun lepas amalkan tips yang Lynd share bersama dengan Set Kurus Shaklee terjawab.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?

Lynd ada 2 cadangan Set

SET 1 : Set Pengurusan Berat Badan Pilihan

Set Kurus Shaklee

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bagaimana Set Kurus Shaklee Bertindak (Menjawab Soalan Kevin Zahri)

Untuk adjust set ini mengikut bajet dan keperluan pengguna boleh call Lynd 019 – 603 8353.

Set 2 : YES PACK Set Pengurusan Berat Badan

YES Set Healthy Fitness

Set Pengurusan Berat Badan dan jimat. Set ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja sehingga October 2015.

Kelebihan set ini adalah, ia bertindak secara menyeluruh dengan fungsi badan dan yang paling penting harga lebih jimat.

Siapa yang ambil set ini dan amalkan tip-tips yang Lynd akan kongsikan memang selim melim lah di hari raya.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Hari ni Lynd dapat tau Kaseh tidur masa jawab exam semalam. Jiran yang selalu ambil Kaseh balik tadika yang bagitau.

Adehhh.. tiba-tiba tak tau rasa nak marah ke nak gelak ke frust ke. Heee..

Kaseh 5 tahun kot. Ujian tadika tak payah nak stress sangat lah. Hahahaha.. Ni gara-gara tidur lambat malam sebelumnya tu lah. Berbuka kat rumah nenek, gi terawih, sembang-sembang dah dekat kol 12 baru balik.

Mak nya ni macam takder lah kisah sangat pasal result tapi yang kesal sebab tertidur so tak siaplah ujian matematik katanya.

Hari ni nak membebel pasal anak-anak lah.

Anak-anak Lynd ni memang dok nursery dari lepas pantang lagi. Lebih kurang time 2 bulan lah. Macam Kaseh bila 4 tahun Lynd kasi masuk tadika di bawah pengurusan yang sama dengan nursery.

20131224_183017

Sesi mencuba pakaian tahun lepas yang disibukkan dengan Awatif nak try juga.

Anak di tadika

20140102_073403

Masa tu dah besau anak mama, dah pegi sekolah pakai uniform. Emosi sangat maknya ni.

Tiba-tiba jumpa gambar masa konsert dorang tahun lepas. Alolo comeynya anak mama..

Hehahaha.. Bleh cakap anak sendiri comel?

10450939_847170688652929_1226358545753428976_n

Kaseh Concert2

Kaseh Dapat anugerah tokoh pelajar.

Kaseh Concer3t Kaseh Concert

Nampak tak budak kecil comel itu?

1948080_847170458652952_3713894477222910446_n

10403238_847170541986277_2035595925651436520_nPakai mekap sampai masa mula-mula tengok dari jauh tak perasan anak sendiri. Sadis mak.

Motif entry?

Baru ku sedar anak semakin membesar.

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Jom berangan.

Kalau sesiapa yang follow blog Lynd ni mesti tau apa impian terbesar Lynd untuk 2015 ni.

Maka sekarang memang Lynd tengah berusaha untuk melangkah lebih dekat dengan impian Lynd.

Salah 1 nya Lynd guna POWER OF VISUALIZATION.

Power-of-Visualization

Mungkin ramai yang tak faham mengenai power of visualization. Tapi percaya tak ramai jutawan dan orang-orang berjaya seluruh dunia menggunakan kaedah ini untuk mendapat apa yang mereka inginkan.

Robin Sharma, Tony Robins, Bob Proctor dan malahan orang tempatan kita Dr Azizan Osman menekankan kaedah ini.

Ehhh.. tertinggal Mentor Shaklee saya dalam kumpulan Jutawan iaitu PM Cery juga ada menerangkan dan menjadikan kaedah ini sebagai aktiviti rutin dan dimasukkan dalam master checklist kami.

Sebenarnya Lynd bukan nak explain apa itu Power of Visualization. Tapi Lynd nak berangan di entry ini. Kehidupan yang Lynd diidamkan setelah bergelar WAHM nanti.

Macamana nak buat tu Lynd just share apa yang Lynd jumpa kat sini.

mind-power-and-sports-26-728

Bila nak buat tu terpulang. Ada yang cakap sebelum tido paling mustajab.

Secara generalnya, power of visualization ni sebenarnya melatih / membuatkan kita memberitahu otak dan sel-sel badan mengenai apa yang kita nak. Latih setiap hari, gambarkan impian kita. Bila otak dan badan sudah “tahu” impian kita maka mereka akan “bergerak / bertindak” untuk membawa kita ke arah impian yang dikehendaki. Bukan bermaksud kita gambarkan sahaja dan tak perlu berbuat apa-apa. Ia juga merupakan peringatan untuk kita setiap hari. Bila jari ni rasa malas je nak update blog, maka bila tiba masa kita bayangkan impian kita maka kita cuba menyuntik kembali semangat itu.

Tapi harus diingatkan ye, teknik ini juga berkesan terhadap perkara yang negatif. Berhati-hati bila berfikir perkara yang tidak baik kerana kita sedang memberitahu badan kita mengenai perkara tak baik itu maka dikhuatiri akan membawa kita lebih dekat terhadap perkara negatif itu.

Sebab itu kita perlu fikir yang baik-baik, fokus pada apa yang kita nak.

Dan juga, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita lihat, itulah doa.

Maka fikir yang baik-baik aje ye teman-teman.

Ehhhh.. dah panjang pulak citer pasal power of visualization ni.

daydreaming_visualization

Jom ikut Lynd “berangan”.

Lynd impikan bangun seawal 4.30 pagi untuk bertahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir. Bercinta dengan Allah. Kalau study rutin orang-orang berjaya memang bangun awal even for non-muslim. Because they trust start your day early will make you stronger. Kita yang muslim ni lagi bertuah sebab Allah dah ajar kita dalam al-Quran.

Then baca al-quran sambil dan selepas solat subuh. Pukul 6.30 kejut anak-anak pegi sekolah dan sempat siapkan bekal or simple breakfast untuk mereka.

Hantar anak-anak di sekolah. Buat kerja rumah sikit-sikit. Uruskan bisnes then kol 10 pagi mula solat Dhuha dan baca al-quran.

Lepas tu sambung buat keje online dan mula masak simple2 je. Lepas settle amik anak dan bagi anak lunch dan solat zohor. Boleh mula keluar pos barang dan uruskan hal-hal luar rumah. Masa ni nak berjimba-jimba pun takperlah sebab hal rumah dan bisnes dah settle pagi.

Kalau takder urusan kat luar boleh beraktivit dengan anak-anak sambil lipat baju. Wahhhh.. heaven.

Petang masak simple-simple untuk suami dan malam dikhaskan untuk anak dan suami sahaja. No-no mengadap laptop malam-malam.

creative-visualization

Itu rutin impian Lynd. Itu kekayaan yang Lynd idamkan. Belum masuk lagi rumah, kereta, percutian dan kewangan yang diidamkan.

Itu boleh masuk Vision Board.

Hari-hari Lynd bayangkan rutin tu. Lynd sedang bagi tau sel-sel badan Lynd.

So readers, jom capai impian masing-masing dengan

Tetapkan apa Impian Anda – Apa Impian Anda

Kalau takder impian macamana nak gambarkan impian tu?

Lepas tu bayangkan..

Jom sama-sama mulakan hari ini. Bergerak ke impian kita.

11391389_840399359330062_8285714959543679205_n

Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?

Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Dah hari ke 3 Ramadhan. Harap semua dah dapat biasakan diri dengan rutin 1 bulan yang diberkati ni.

Hari ini Lynd nak share altenatif menu ketika bersahur.

Resepi Cinch Shake Yang Mengenyangkan.

Kelebihan Bersahur dengan cinch shake ini adalah :

1. Mengenyangkan dalam masa yang lama kerana cinch shake + ESP adalah berasaskan protein. Maka ia akan lambat dihadam dan menyebabkan kita akan berasa kenyang lebih lema berbanding pengambilan makanan jenis karbohidrat.

2. Mengurangkan Berat badan dan membantu Inch loss.

Haaaa.. ambil peluang Ramadhan ini untuk mendapatkan tubuh langsing dan sihat. Nak harap bulan lain kawal makan memang tipis maka ambil peluang Ramadhan ini dengan pengambilan cinch shake semasa sahur.

Ini merupakan panduan yang diberikan oleh Kevin Zahri mengenai pemakanan semasa bersahur.

10984602_10153285066820210_7355687819457470531_n

Maka di sini Lynd share Resepi Cinch Shake Yang Mengenyangkan.

Cinch Resepi

Cinch Shake + ESP + Kurma

Cinch Shake + ESP + Prune

Untuk 2 resepi ini, Lynd hanya blend sekali semua dalam blender Shake and Take ni.

Cinch Resepi 3

Senang je.

Cinch Resepi 2

Cinch Shake + ESP + Oat
Oat perlu direndam dulu dengan air panas sebelum dicampur dengan air kosong + Cinch Shake + ESP.

Cinch + ESP + Cinch Tea Shaklee

Yang ni nak shake dalam shaker boleh nak blend pun boleh.

Resepi ni feveret Lynd sebab ada cinch tea. Fuhhhh.. Kalau dah amik ngan cinch tea ni badan memang bertenaga aje sebab cinch tea ni berfungsi meningkatkan metabolisme badan. So memang sesuai sangat lah kepada sesiapa yang nak loose weight dan kembali langsing di hari raya nanti. Macam Lynd kembali langsing selepas bersalin lah kan?

Ramai yang tak tahu, Set Kurus Shaklee / Set  Pengurusan Berat Badan Shaklee ni bagus diamalkan semasa berpuasa kerana ia mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari dan sesuai diamalkan bagi sesiapa yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat.

Lynd ada 2 cadangan Set

SET 1 : Set Pengurusan Berat Badan Pilihan

Set Kurus Shaklee

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bagaimana Set Kurus Shaklee Bertindak (Menjawab Soalan Kevin Zahri)

Untuk adjust set ini mengikut bajet dan keperluan pengguna boleh call Lynd 019 – 603 8353.

Set 2 : YES PACK Set Pengurusan Berat Badan

YES Set Healthy Fitness

Set Pengurusan Berat Badan dan jimat. Set ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja sehingga October 2015.

Kelebihan set ini adalah, ia bertindak secara menyeluruh dengan fungsi badan dan yang paling penting harga lebih jimat.

Siapa yang ambil set ini dan amalkan tip-tips yang Lynd akan kongsikan memang selim melim lah di hari raya.

Oklah.. selamat mencuba resepi yang Lynd berikan dan Jom kurus beramai-ramai di hari raya.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Salam Cantik Sihat

Turunkan Berat Badan Dengan Breastfeeding

Haaaa.. Terpaksa tu.

Kenapa?

Tahukah anda..

640

Nak kurus lepas bersalin?

Mampu nak joging selama 1 jam sehari?

Menyusukan Bayi adalah penyelesaian. Sebab tu kalau menyusukan baby kita “terpaksa” kurus dan cantik.

Sebab tu ibu menyusu selalu lapar dan dahaga. Sebab proses menyusukan anak itu sendiri membakar kalori yang tinggi dan menggunakan tenaga.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu-ibu menyusu adalah menggunakan alasan,

“Takper makan banyak sebab menyusu baby”

Maka bila berat badan tak turun / meningkat maka fakta mengatakan boleh kurus semasa menyusukan bayi mula disangkal.

Macamana nak kurus kalau kalori dibakar semasa menyusu dikatakan everage 500 cal untuk 1 hari tetapi disebabkan alasan di atas, kita ambil sampai 700 cal extra setiap hari makanya memang berat tak turun lah. Naik lagi ada.

Maka kita sebagai ibu menyusu perlu mengekalkan pengambilan makanan secara sihat tanpa perlu makan secara berlebihan.

Jom disini Lynd kongsi tips pemakanan untuk ibu menyusu.

Tips 1 : Pengambilan Air 2-3 Liter

picture of beautiful woman with glass of water .

picture of beautiful woman with glass of water .

Tipu badan kita yang mengatakan kita lapar dengan mengisi perut dengan air. Sebenarnya bila kita lapar terutama ibu menyusu sebenarnya badan kita perlukan air tetapi kita tertipu yang mengatakan kita lapar.

Maka setiap kali selepas menyusu atau mengepam susu, minum 1 gelas air. InsyaAllah rasa lapar itu dapat diatasi.

Tip 2 : Pemakanan Seimbang

healthy-eating-plate-template

Boleh jadikan gambar diatas sebagai rujukan bila kita nak lunck / dinner. Lebihkan pengambilan serat sayur dan buah, pengambilan protein yang secukupnya (Awasi lemak yang tersembunyi dalam sesetengah sumber protein) dan kawal pengambilan karbobidrat.

Tips 3 : Makan 5-6 kali sehari

Ehhhh.. tadi kata jangan makan berlebihan tapi suruh makan 5-6 kali. Inilah rahsianya. Makan dengan lebih kerap dalam jumlah yang sedikit dan kawal jenis makanan yang ambil.

Elakkan pengambilan makanan bergula tinggi dan juga makanan proses.

Healthy-Snacks

Gantikan dengan biskut serat yang rendah lemak, buah-buahan, kekacang, buah-buahan kering dan juga jus. Ambil snack yang mudah dihadam. Kenapa? Supaya kita tidak rasa “terlalu lapar” sementara menunggu hidangan utama. Kalau kita tak lapar sangat maka kita dapat kawal jenis makanan yang kita ambil mengikut Tip 2 di atas.

Tips 4 : Amalkan Makanan Tambahan / Supplemen

Kenapa ibu menyusu amat disarankan pengambilan supplemen?

Ini kerana ibu menyusu menggunakan tenaga dan menggunakan nutrisi yang lebih dari ibu yang tidak menyusukan. Selain mendapatkan dari pemakanan harian yang seimbang, nutrisi tambahan juga boleh diambil melalui supplemen.

Bahasa senangnya, ibu menyusu memerlukan nutrisi lebih tapi tidak perlukan kalori lebih yang menyebabkan berat badan lain berlebihan. Maka amalan pemakanan tambahan amat penting. Malah bagi ibu yang tidak sempat menyediakan atau mendapatkan makanan seimbang.

Set Penyusuan Shaklee adalah pilihan yang tepat dan selamat.

Lebih info mengenai SET PENYUSUAN SHAKLEE

Set-Penyusuan-Shaklee

Testimoni Langsing selepas bersalin dengan Set Penyusuan.

Wahhhh.. excited tak? Boleh berikan yang terbaik untuk baby dan dalam waktu yang sama boleh turunkan berat badan.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Kepentingan Senaman Kagel.

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Hari ini Lynd nak share hasil kajian Lynd mengenai Senaman Kagel dan kepentingannya.

Apsal tiba-tiba pulak Lynd terdetik nak share topik ni?

Sebabnya sangat kena dengan terma berpantang Lynd sekarang. Senaman Kagel amat penting untuk wanita terutama untuk wanita yang baru lepas bersalin. Tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau bersalin normal. Kepentingan Senaman Kagel adalah sama.

Senaman Kagel adalah senaman yang dijalankan untuk menguatkan otot lantai pelvic dimana ia penting untuk membantu wanita yang mengalami masalah mengawal kencing yang biasa terjadi selepas bersalin.

Cara Senaman Kagel

senaman-kegel

Lynd cuba nak cari ayat yang paling senang nak describe.

Tahan kentut dan kencing dalam 1 masa tanpa mengempiskan perut.

Tahan selama 8-10 saat dan lepaskan.

Lakukan selama 3-5 minit sehari secara berkala. Boleh dilakukan 3x sehari dalam keadaan baring atau berdiri.

Lakukan semasa pundi kencing kosong.

Boleh juga ke website ini untuk cara-cara nak uji samada senaman kita tu betul dan berkesan ke tak.

BabyCenter

Kena rajin ye. Senang je. Boleh lakukan diam-diam tanpa pakai kasut sukan pun. Nama je exercise.

Wanita ni kena kerja keras untuk memastikan kita sentiasa sihat kerana wanita yang sihat dapat membahagiakan keluarga.

11391389_840399359330062_8285714959543679205_n

Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?

Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...