Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Impian jadi Kenyataan

Rasanya belum terlambat lagi untuk Lynd ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog kecil ini.

Alhamdullillah.. terlalu banyak yang ingin disyukuri.

Terlalu banyak kurnia Dia kepada kita.

Allah Maha Besar.

Lynd tak tahu mana nak mula tapi apa yang Lynd katakan salah 1 impian 2015 Lynd tercapai.

Dengan ini diumumkan bahawasanya Lynd bukan lagi pekerja makan gaji. Lynd sudah bekerja sendiri sepenuhnya. Rasanya belum masa lagi nak bergelar Work At Home Mom. Anak-anak masih ke nursery dan Lynd masih keluar menguruskan hal-hal kerja.

Impian jadi kenyataan. Begitu cepat dan mudah.

Kejadian itu menyakinkan Lynd pada Power of Visualisation.

Allah Maha Besar. Bila kita inginkan sesuatu minta pada Dia dan yakin maka Allah akan tunaikan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Dunia ini milik Dia.. Dia yang mengawal segala kejadian dan makhluk di dunia ini maka kenapa kita masih ragu-ragu nak minta pada Dia?

Terima kasih Allah.

Apa lynd nak buat?

Lynd dah brainstorming dengan husband, ada beberapa projek yang kami akan jalankan. Dan semestinya Shaklee masih berjalan seperti biasa malah lebih besar-besaran sebab masa bukan lagi penghalang.

Bisness Shaklee adalah bisnes yang paling mudah dijalankan dan pulangannya lumayan jika kena caranya. Allah.. tak sabar rasanya nak buat segala apa yang Mentor Lynd ajar sebelum ini.

Disamping itu Lynd akan bantu suami untuk uruskan bengkel kereta kami iaitu Redoz Motorsports Auto service

Redoz Motorsports

Bengkel kami sudah beroperasi selama hampir 1 tahun. Alhamdulillah bisnes ni membuatkan kami banyak belajar.

Kepada pembaca yang berada di sekitar Puncak Alam boleh jemput ke bengkel kami untuk membaiki dan servise kereta anda dengan perkhidmatan terbaik.

Lokasi Redoz Motorsports

No 3, Jalan Astana D 13/D, Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam
Kuala Selangor
Kalau ada sebarang soalan atau nak tau lokasi tepat bengkel kami boleh call En Ridho 019-313 1128 atau call Lynd sendiri 019 – 603 8353
Kalau terus datang bengkel boleh bagitau yang kawan-kawan ni pembaca blog Lynd, so boleh dapat diskaun nanti.
Seriously rasa “segar’ sebab kita merancang sendiri apa kita nak buat setiap hari dan bos kita hanya yang Satu itu. Tak perlu bodek sapa-sapa.
Time solat adalah “meeting” saya dengan Allah. Seriously best.
Cukup ke Income nak cover perbelanjaan bila tak makan gaji?
Bab ini saya sangat yakin bila ber Boskan Allah. Kita ‘bodek” Dia  je.
Kalau Allah tak makbulkan?
Itu pun saya senyum.. sebab Allah “simpan’ dulu untuk perkara yang lebih baik. Saya sangat yakin dengan itu.
Saya sangat bertuah kerana Suami saya jenis yakin yang hidup kami diatur oleh Allah. Kami usaha tetapi yang tentukan Dia. Kami Doa yang beri Dia. Daaaannnnnn.. kami yakin yang Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Indahnya perasaan itu.. Bukan perasaan tak makan gaji tu.. Tapi perasaan ‘berserah’ pada Dia. Allah.. tenang je rasa walaupun orang lain melihatnya sukar. Kami sendiri tak sedar yang kami sedang susah sebab kami sentiasa tenang. Terima kasih Allah atas kurniaan Suami yang sempurna untuk ku.
So ther journey begin. Disini Lynd akan kongsikan dari masa ke semasa perkembangan life Lynd.
Lynd kena betul-betul menjaga kesihatan supaya Lynd sentiasa sihat untuk mengejar impian dan menikmati impian jadi kenyataan. Tak guna kalau bertenaga bekerja tetapi bila saat kita mencapai kejayaan kesihatan kita menjadi penghalang.
Robin Sharma

Assalamualaikum.

Testimoni Vivix Untuk Diabetis

Alhamdulillah. Syukur sangat sebab hari ni Lynd  berpeluang untuk berkongsi penyelesaian untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam mengatasi masalah diabetis ataupun dikenali sebagai kencing manis.

Dalam entry peranan Resveratrol dalam Vivix Shaklee, ada menerangkan bagaimana resveratrol membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Apabila badan kita sensitif terhadap perubahan paras gula dalam darah, maka insulin dapat dihasilkan untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Vivix Shaklee bukanlah baru dalam pasaran Malaysia, maka sudah pasti ramai yang sudah mendapat manfaat dari teknologi Shaklee yang pertama dalam kelasnya.

Di sini Lynd nak kongsi beberapa testimonial Testimoni Vivix Untuk Diabetis Kencing Manis ini.

ViVix Kencing Manis 2

Nini Kopiah Kait : semua dah tahu kot, vivix untuk mak saya ritu. Sungguh terkejut sebab lama dah mak saya diabetis. And tak pernah turun sampai belas-belas. Tapi lepas amall vivix tak sangka dari 20 ke 11.

Cuma kena ambil ubat jugalah. Jangan skip pulak.

And yang paling best, mak saya naik basikal. Dah lama dia tak naik basikal dari saya umur 10 tahun kot. Sekrrang saya dah 28 tahun. Almost 18 tahun tak naik basikal. Hooohhooo.. serius… terkejut… dia jadi energetic. Sekarang nak bagi mak mertua pulak.

Mak mertua ada sakit lutut (pernah operate), kanser payudara (pernah operate) kemungkinan kanser ovari (minta jauh)

Husband pulak ada histori tibi dan muka berjerawat.

nanti nak bagi.

ViVix Kencing Manis 3. Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darah mula naik mendadak. Apabila masalah ini berlarutan penglihatan mak makin kabur dan makin kabur. Mak kata apa yang beliau rasa adalah.. mata jadi kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tidak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tidak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya sedikit terjejas akibat masalah kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi sebab mak saya selesa dengan vivix, dia mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume. Tak sampai sebulan, penglihatan mak bertambah baik. Mak rasa kedudukan mata mak bertambah baik, tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah.. mak saya sudah boleh melihat semula tak perlu duduk dekat dengan tv untuuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabut. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur Allah atas izinNYA jua. Pengambilan Vivix sangat membantu.

Ini pula keadaan kaki pesakit diabetis yang sepatutnya dipotong. Tetapi alhamdullillah beliau mengambil keputusan untuk ikhtiar menggunakan Vivix Shaklee terlebih dahulu. Vivix dapat membantu menurunkan bacaan gula dalam darah yang man dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka kaki pesakit diabetis.

ViVix Kencing Manis 4

Lagi Testimoni Vivix untuk penyakit kencing manis / diabetis

Alhamdulillah kita dijumpakan dengan cara yang selamat untuk merawat diabetis. Tidak salah mencuba kerana Vivix Shaklee bertindak secara semulajadi dan selamat.

Berminat untuk mendapatkan manfaat Vivix dengan lebih jimat ?

Dapatkan 2 botol vivix Shaklee hari ini sempena YES Pack dan nikmati penjimatan dan tawaran hebat berikut.

Vivix Promo 2

Atau lebih nilai dengan Promosi Buy 6 Free 1 Bottle sempena promosi July 2015. Grap promo ini dengan cara kongsi dengan rakan-rakan dan anda mendapat keistimewaan promo ini.

Promo vivix buy 7@6

PROMO INI HANYA PADA JULAI 2015 SAHAJA.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Assalamualaikum.

Hari ini Lynd nak share mengenai peranan Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee kepada kesihatan kita.

Dalam post ini Lynd akan kongsi :

Apa itu Resveratrol

Manfaat Resveratrol kepada kesihatan

Keistimewaan Resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee

Apa itu Resveratrol ?

Resveratrol adalah merupakan unsur tumbuhan dari kumpulan polyhenols yang merupa sumber antioksidan yang membantu kita untuk mengurangkan kemusnahan sel tubuh badan yang menyebabkan kanser dan penyakit jantung.

Biasanya Resveratrol terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan yang paling terkenal pada kulit anggur merah.

Manfaat Resveratrol ?

Penyakit Jantung. Resveratrol membantu kita mengurangkan keradangan, mengelakkan penghasilan kolesterol jahat dimana menyukarkan platlet dari melekat dan tersumbat yang menyebabkan serangan jantung.

Cancer. Resveratrol mengurangkan risiko pembentukan sel kanser.

Penyakit Alzheimer (Pelupa/Nyanyuk). Resveratrol melindungi sel saraf dari rosak dan mengelakkan pembentukan plak yang menyebabkan nyanyuk.

Diabetis. Resveratrol membantu mengelakkan badan kita tidak sensitif pada perubahan tahap gula dalam darah. Ia menyebabkan insulin tidak dihasilkan pada tahap yang sepatutnya yang menyebabkan masalah kencing manis.

Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup seperti obesiti. Kerana resveratrol dapat membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori dengan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung adalah berkaitan dengan faktor umur selain dari masalah persekitaran dan pemakanan. Maka ia adalah sesuatu yang tidak boleh dielak apabila usia semakin meningkat.

Tetapi resveratrol dapat membantu melambatkan proses penuaan / kemerosotan sel badan.

Manfaat resveratrol boleh didapati pada sumber makanan berikut.

resveratrol_sources

 Mahu lebih mudah dan manfaat resvaratrol diperolehi secara maksimum?

Vivix Shaklee Pilihan Tepat

vivix-resveratrol

Kenapa Vivix Shaklee lebih hebat dari resveratrol ?

Vivix 1

Dalam 1 botol Vivix Shaklee manfaat resveratrol diperolehi secara maksimum.

Tidak Percaya?

Rahsia 18tahun!!

—————

Master Farah
.
Farah sebenarnye 30an dh tp masa cek Karada Scan, bacaan Body Age menunjukkan umur badannya 18tahun
Terbako ke x Terbako?
.
Apa rahsia dia ye??
.
Jaga makan dan gaya hidup sihat bersama
Shaklee!!
.
Tu je rutinnye.Rutin Master Farah Wahida dalam mencapai usia badannya 18tahun iaitu hampir 13 tahun lebih muda dr usia sebenarnya sekarang!!!! Adalagi tambahan pada rutin diatas iaitu Collagen pada awal pagi.Memang special kan
.
Alhamdulillah; berkat konsisten makan Shaklee; Farah dapat menjaga kesihatan dgn baik dan terus berkongsi dgn orang lain akan manfaat yang sama dgn Shaklee
.
Shaklee adalah vitamin dan makanan tambahan; walaupun brShaklee…aktiviti bersukan dan keluar peluh juga digalakkan bg menjaga gaya hidup sihat.
Alhamdulillah

[VIVIX untuk yang tersayang]

Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan Vivix

Ayah kembali ceria

Vivix

Siapa xrisau akan kesihatan orang tuanya yang kini sedang memulihkan diri kesan dr berhenti rokok 3tahun lepas

Alhamdulillah, ikhtiar dgn Vivix; bertindak menarik keluar segala
radikal bebas dr dalam badan

Alhamdulillah; ayah sy kembali ceria dan segar

Ini kisah ayah sy sendiri
Ayah sy yang disayangi Che Mohd Zulkifli
serta ibuku yang disayangi
Sharifah Maimunah

InshaAllah; anakanda berikan suppplement terbaik buat kalian semestinya Shaklee

Ingin tahu mengenai lebih lagi Keistimewaan Vivix Shaklee sebagai Agen Anti Penuaan?

Rahsia Anti-Penuaan Vivix

Dan kepada yang ingin tahu Vivix Shaklee juga berfungsi sebagai :

VIVIX Untuk Diabetis

VIVIX untuk Cancer

Vivix Untuk Kesihatan Jantung

Vivix Untuk Perokok

VIVIX MURAH BULAN JULY 2015

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Langkah untuk berfikiran positif

Bismillah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur kerana Lynd dikelilingi oleh orang yang baik dan positif. Tak kiralah di depan Lynd atau di alam maya. Macam Lynd, masih berada dalam fasa “mengawal diri dan emosi” untuk menjadi orang yang lebih baik.

Kenapa Lynd kata begitu. Sejujurnya Lynd akui yang Lynd masih banyak kelemahan dari segi percakapan dan emosi maka Lynd berada dalam keadaan memaksa dan mengawal diri sendiri. Kerana ada orang yang Lynd lihat secara naturalnya mereka baik. Dan ia menjadikan “jadi baik” itu mudah untuk mereka.

Sebagai contoh, jika dulu kita memang suka bercerita pasal orang samada baik atau buruk. Tetapi bila timbul kesedaran bahawa ia adalah perkara yang tidak baik, maka kita cuba mengawal percakapan kita. Kadang-kadang Lynd terfikir, kalau tak sembang pasal orang kita nak bersembang pasal apa?

Bermula dengan bercakap pasal orang tetapi hanya perkara yang baik-baik sahaja.

Next bercerita mengenai informasi. Contohnya hal pengurusan kewangan, hal kecantikan dan hal keibubapaan. Kawal dari menyebut sebarang nama. So fasa ini Lynd panggil fasa mengawal diri.

Lama kelamaan ia akan menjadi mudah. So ia akan menjadi cara kita bercakap.

So itu dari segi percakapan.

Dari segi pemikiran dan emosi. Yang ini sebenarnya paling sukar dikawal. Sebab ia melibatkan hal-hal dalaman.

Maka bagaimana / apa langkah untuk berfikiran positif ?

Maka Lynd pegang statement ini :

Apa yang kita lihat, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, itulah doa.

Maka kita perlu mengawal semua yang diatas. Terutama apa yang kita LIHAT. Apa yang kita lihat itu termasuk apa yang kita baca. Bacaan itu termasuklah newsfeed facebook, gosip artis, surat khabar dan website. Lynd sangat percaya ini bila beberapa perkara yang terjadi depan mata.

Sebagai contoh, bila Lynd baca orang up difacebook mengenai ada orang tikam dari belakang, dikhianati, kawan sendiri dengki dll, Lynd fikir “manalah dorang dapat kawan macam ni?”. Lama kelamaan ada 1 ketika Lynd terkena macam cerita kat facebook tu.

Nampak tak? Bermula dengan mata, membuatkan kita rasa dan berfikir.. maka Allah memberikan jawapannya.

Since that Lynd terlalu takut even nak baca gosip artis. Setiap langkah Lynd seakan-akan ada yang memerhati dan banyak bisikan dari diri yang menakutkan diri sendiri. Ia sudah lebih kepada “bersangka buruk”.

Maka sejak tu Lynd merehat dari facebook dan segala online aktiviti.Dekat sebulan Lynd memperkasakan diri Lynd, membersihkan kepala dari semua ketakutan.

Then bila Lynd log in facebook Lynd, perkara pertama yang Lynd buat adalah unfollow / unfriend sesiapa yang suka merungut / sentap di facebook. Yang hidup dia bermasalah dan diluahkan di facebook. Bukan bermaksud apa yang dia buat itu salah tetapi Lynd lebih kepada menjaga diri.

Sekarang alhamdulillah, newsfeed Lynd dipenuhi dengan bekas-bekas alumni program Doctor Azizan Osman yang mana mereka sentiasa memberikan tips dan kata-kata motivasi.

Ada juga pakar-pakar kewangan, perniagaan dan ekonomi yang berkongsi maklumat menjurus kepada situasi yang terjadi tanpa sebarang judgement.

Kenapa kita perlu berfikiran positif ?

Jawapanya mudah. Kerana kita inginkan yang positif dalam kehidupan kita. Jika kita sendiri negatif bagaimana yang positif mahu datang. Percaya atau tidak memang itu hakikat yang kita terima.

Jika kita rasa kehidupan kita banyak masalah. “Kita Rasa” ramai orang tak puas hati dengan kita, apa kata kita ubah suasana itu dengan mengubah diri kita sendiri. Jika kita tak mampu mengubah orang adalah lebih baik kita keluar dari kelompok itu. Cari kawan-kawan atau golongan yang positif supaya kita boleh berjangkit aura positif itu.

Maka mulakan dengan kawan-kawan di facebook, kemudian kawan lepak kita masa lunch dan group whatApps.

Prinsip senang, jika kita taknak apa yang orang cerita itu jadi dekat kita maka JANGAN DENGAR dan paling penting JANGAN SEBUT.

Kalau yang positif takperlah mcam kisah orang berjaya ke usaha orang ke. Kita dengar dan cakap apa yang kita nak jadi SAHAJA.

Haaaa.. apa yang Lynd tulis kat atas tu baru 1st level of berfikiran positif. Next level ni lagi susah dan mencabar. Iaitu melihat sesuatu kejadian / ujian / musibah / masalah itu dari sudut positif.

Yang tu nanti-nantilah Lynd sambung sebab tajuk mencabar so ambil masa sikit nak dapat ilham.

Nak tambah orang positif di newsfeed anda?

Meh sini add Facebook personal Lynd

Haslinda Lynd

Selamat Berfikiran Positif.

think positif 4

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sampai ke hari ini Baby Indah membesar dengan sihat dan masih menyusu badan. Baby Indah jenis anak yang kurang kuat menyusu, bila malam pun jarang sangat dia menyusu, kalau ada pun dalam sekali sahaja untuk 1 malam. Alhamdulillah walaupun ada baby newborn tidur mama masih mewah. Tapi sebenarnya itu tak berapa bagus ye untuk ibu yang ingin menyusukan bayi dalam masa yang lama.

Kadang-kadang tu bila breast sudah rasa penuh Lynd akan paksa Indah bangun dan menyusu. So kalau dia menyusu pun slow lah, tak berapa nak gelojoh sangat. Heeee.. Apa lah baby Indah ni.

Bila baby Indah menyusu dalam keadaan relax, disini datangnya bahaya bila berlaku let down reflex.

Apa itu Let Down Reflex?

You may feel fleeting pain in your breasts when your milk lets down. The letdown reflex, also called the milk ejection reflex, is set off by the hormone oxytocin. It stimulates the muscle cells in your breasts to squeeze out milk. Oxytocin is released whenever your baby feeds in the first few days after she’s born.

 

Breast pain – BabyCentre

www.babycentre.co.uk/a8489/breast-pain
let down reflex
Ok.. Nak tau macamana nak tahu bila terjadinya let down reflex?
Ia terjadi bila kita rasa “sengal” / kebas / sakit di bahagian payudara samada semasa menyusukan atau tidak. Ketika itu kalau anda perasan, susu anda akan menitik/keluar dengan sendiri jika ketika itu anda tidak menyusu.
Jika anda sedang menyusu, pada ketika ini susu akan memancut keluar dengan laju dan pada payudara sebelah lagi susu akan menitik.
Ini yang selalu disalah guna oleh sesetengah penjual “milk booster” yang mengatakan susu memancut keluar disebabkan oleh penambah susu mereka tetapi sebenarnya ia adalah situasi normal bagi ibu menyusu.

Apa bahaya Let Down Reflex kepada bayi menyusu?

Jika berlakunya let down reflex ini semasa menyusukan bayi, susu akan “memancut” keluar dengan laju. Dan pada ketika ini bayi ada risiko untuk tersedak.
Ia terjadi sendiri pada Lynd, beberapa kali Indah tersedak semasa let down reflex terjadi. Kadang-kadang bayi akan berhenti “menghisap” kerana susu ibu keluar dengan sendiri.
Dan jika terlampau penuh atau laju bayi akan melep askan sendiri bayudara. Maka kita akan lihat susu ibu memancut keluar. Jika ketika itu ibu tak sedar, maka muka bayi akan basah dengan susu. (Situasi biasa bagi saya)
So, jika terasa sakit / kebas semasa menyusukan bayi berikan lebih perhatian kepada bayi dan tinggikan sedikit kepala bayi.

Let Down Reflex (LDR) merupakan anugerah untuk ibu mengepam susu.

Bagi ibu yang sedang mengepam susu, LDR memang dicari, dinanti dan diinginkan. Kerana ketika inilah susu akan keluar dengan laju semasa memerah susu.
Ada ketikanya ibu merasakan payudara mereka “penuh” tetapi bila diperah, susu tidak habis keluar. Ketika inilah LDR sangat diharapkan. Ada beberapa punca LDR tidak terjadi, mungkin kerana stress dan ibu dalam keadaan penat.

LDR boleh diransang.

Ada pelbagai cara dan idea yang dikongsi oleh rakan-rakan saya 1 ketika dahulu. Ada yang berjaya mendapat LDR dengan cara melihat gambar / video bayi mereka. Ini kerana penyusuan susu ibu adalah berkaitan dengan hormon oxytocin dan prolactin yang berkaitan dengan hormon keibuan.
Ada yang meransang LDR dengan urutan payudara dan ada yang dengan melihat gambar suami. Ada sesetengah individu menggunakan kaedah marmet kerana mereka tidak mendapat LDR dengan pam tetapi sangat mudah dengan kaedah marmet kerana  Ia terpulang dan anda boleh explore cara anda sendiri.

Berapa kali LDR boleh berlaku?

Ia juga bergantung pada individu. Ada yang sekali dan ada yang lebih. Jika anda rasa payudara masih belum kosong, cuba ransang LDR lagi atau, berhenti berehat seketika untuk meransang LDR seterusnya.
Jadi setiap perkara yang dijadikan oleh Allah itu bersebab. Termasuk juga rasa “sakit” semasa menyusu. Ia mempunyai tujuan yang sesungguhnya memberikan manfaat.
Harap Info ini dapat membantu perjalanan dalam penyusuan susu ibu anda.

Promo Vivix Shaklee Teknologi Terhebat

Bismillah.. Alhamdulilllah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekali lagi, sudah separuh dari 2015 kita sudah lalui. Terima kasih Allah kerana kita diberi peluang untuk terus memperbaiki diri dan kehidupan kita.

Bila masuk bulan baru mesti ada yang ternanti-nanti apa tawaran habat dari Shaklee Malaysia yang sentiasa menawarkan promosi hebat dari segi penjimatan harga dan semestinya kualiti produk yang terbaik.

Bulan ni mesti ada yang senyum lebar sebab giliran Super Star kepada Shaklee Produk menjanjikan penjimatan hebat.

Promo Shaklee July Vivix Teknologi Terhebat


Promo vivix buy 7@6

Promo 1 Vivix Beli 7 Botol dengan Harga 6 botol.

Dengan erti kata lain Beli 6 percuma 1

Apa istimewanya Promo Vivix Shaklee ni?

1. Pencuma 1 botol Vivix yang bernilai Rm 4++

2. Percuma keahlian yang bernilai Rm 69.50

3. Wang Tunai berjumlah Rm 176 ke akaun anda pada bulan August

4. Percuma Vitalea Multivitamin yang bernilai Rm 88 (YES Program)

5. Diskaun pembelian SEMUA produk Shaklee sehingga 25%

Kalau dikira semua sekali penjimatan jika anda ambil set Buy 7 at 6 ini adalah…

Lebih dari RM 1500

Bagaimana?

Diskaun 25% harga ahli vivix + Free 1 botol Vivix  + Yuran keahlian + Vitalea + Wang Tunai / Cash Back.

Promo 2 : Vivix Shaklee 5% Less for 2 bottles (YES Pack)
vivix 5

Keistimewaan YES Pack SET 4

1. PERCUMA Keahlian Shaklee yang bernilai Rm 79.50

2. Diskaun 5% untuk setiap YES PACK

3. Diskaun lagi 15-20% dengan keahlian Shaklee

Jika mendaftar sebagai ahli Shaklee

4. Rebat RM 39.00 diterima pada bulan berikutnya.

5. PERCUMA Vita-Lea Multivitamin Shaklee

Ingin tahu mengenai Keistimewaan Vivix Shaklee sebagai Agen Anti Penuaan?

Rahsia Anti-Penuaan Vivix

Dan kepada yang ingin tahu Vivix Shaklee juga berfungsi sebagai :

VIVIX Untuk Diabetis

VIVIX untuk Cancer

Vivix Untuk Kesihatan Jantung

Vivix Untuk Perokok

Biasanya orang yang pertama kali mencuba sahaja yang akan beli 1 botol masa promo hebat Vivix Shaklee ini . (Kalau pengamal biasanya mereka akan borong time ni).

Jadi Lynd boleh berikan harga jimat untuk anda yang baru pertama kali ingin mencuba manfaat Vivix Shaklee ini.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Bismillah..

Assalamualaikum.. Hari ni “sibuk”, gara-gara JVC Shah Alam ditutup.

Apa kaitan Cik Lynd dengan JVC?

Lynd pernah kerja di JVC Shah Alam selama lebih kurang 3 tahun and tu tempat keje ke 2 Lynd lepas graduate.

Keje di JVC Shah Alam memang best dan memang tinggal kenangan yang special lah.

Kerja kat sana memang ermmmm.. nak cakap camner eak.. dari segi suasana, kawan-kawan sekerja rasa macam harmoni. Mungkin sebab yang keje tu masih “remaja” so nak life keje takder lah sestress tempat keje Lynd sekarang. (Atau faktor usia yang menyebabkan Lynd dah xleh cope dengan tekanan tempat keje.. Hahahaha)

Antara perkara yang Lynd sentiasa ingat pasal JVC Shah Alam.

Time keeping.. Kalau time break.. kalau nak gi kantin,, berlari woooo.. sebab selain dari ramai nak beratur beli makanan, waktu rehat 40 minit untuk lunch. Habis je waktu, loceng bunyi pak guard akan matikan lampu kantin so Time tu lah nak makan dan berehat. Tapi kalau wanita mengandung dorang akan bagi masa 5-10 minit awal keluar.

Kalau time balik pulak.. waktu slot out mesti 2 minit selepas waktu official berakhir. Maksudnya kalau balik 5.45 ptg waktu slot out kena 5.47 ptg. Heee.. sebab ada isu orang tunggu kat slot machine time balik.

Tapi rasanya itu situasi biasa untuk kilang jepun kot.

Lynd keje bahagian “Cosmetic”.. haaa.. buka mekap ye. Cosmetic tu bahan “binaan” sesuatu camcorder.  Macam part-part plastik and metal tu. Lynd handle bahagian development new product yang design dari designer Japan.

P1000907

P8280280

Team Cosmetic

So banyak deal dengan designer and supplier. Ulang alik gi supplier. Pernah balik kol 1 pagi masa pregnant. Supplier kat kajang tengah malam sorang-sorang nak balik ke Klang. Hahaha.. kenangan tu.

P1000876

Kakak-kakak Admin

P1000882

P1000886

Bos-bos ambe

P1000853

Geng Ibu Menyusu. Port kitorang dulu kat klinik yang ditemani oleh nurse yang comel ni. The best breastfeeding facilities at work place lah. Sambil pam.. sambil sembang.. sambil tolong nurse packing ubat. Dah settle sambung keje.

P1000805

Wallpaper terakhir masa keje kat sana. Masa ni anak sorang je baru.

Kenapa pulak hari ni ber throwback citer JVC ni?

Sebab kat newsfeed ramai yang share kenangan-kenangan kat sana. Ngan viral yang betul dan tak betul pun sama naik.

Cik Lynd pun godek-godek gambar-gambar lama. Terimbau kenangan keremajaan dolu-dolu. Walaupun JVC dah takder, still kawan-kawan dulu berhubung.

Semoga semuanya berjaya dan meneruskan kehidupan dengan bahagia. InsyaAllah rezeki dimana-mana janji usaha dan jangan lupa minta dengan tuan punyer dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...