Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Sudah mau sampai penghujung August 2015.

Dok belek-belek Majalah Rapi September 2015.

Jumpa tips menarik ini.

Kebaikan Air Beralkali

Air Alkali Lebih Bagus Berbanding Air Kosong

Bagi kebanyakan orang, air kosong adalah yang paling baik. Namun, air alkali dipercayai mempunyai tahap pH yang lebih tinggi berbanding air kosong. Ada pendapat yang menyatakan bahawa air beralkali boleh meneutralkan asid dalam salur darah, meransang tenaga dan metabolisme dan membantu tubuh menyerap khasiat dengan lebih baik.

Ada juga yang menyatakan air beralkali membantu melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan. Namun begitu, belum ada kajian saintifik secara menyeluruh dibuat tentang pendapat ini. Apa pun, tidak salah emncuba berikutan ia memang berkhasiat – CUBALAH !

Then baru teringat yang Lynd tak pernah share mengenai rangkaian Get Clean Shaklee yang salah satunya mengandungi Water Pitcher Shaklee atau senang nak sebut Penapis air Shaklee

get clean

Kelebihan Water Pitcher Penapis Air Shaklee 

  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat.
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air – dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

 

Ini perbandingan antara produk penapis air yang sejenis dengannya.

getcleanwaterpitcher_zps3a5fbf73-1

Satu yang Lynd suka mengenai penapis air shaklee ni memang sangat cost effective dan mudah dibawa.

Tak perlukan tenaga elektrik atau bateri pun. Senang diangkut untuk travel so tak payah beli air meneral berbotol-botol.


Penapis air shaklee

Dengan penapis air Shaklee tak payah fikir nak maintenance ke, service of contract ke. Hanya perlu tukar filter dalam sahaja. 1 filter tu boleh menapis sehingga 80 gelen / 303 Liter. So average lebih kurang 3-4 bulan penggunaan.

gambar blok karbon penapis air shaklee

So dah tak payah fikir-fikir banyak-banyak benda. Just topup masuk dalam filter lepas tu minum. Kalau penggunaan ramai boleh isi masuk dalam botol air biasa.

Betul ke berkesan?

testimoni penapis air shaklee 5

Nampak tak perbezaan warna air selepas di tapis?

Berbezakan.

Memang sudah ramai yang mencuba dan berpuas hati dengan Penapis Air Shaklee ini.

testimoni penapis air shaklee

Berapa harga Penapis Air Shaklee ?

Harga Penapis Air Shaklee

Kenapa nak bayar lebih?

Nak jimat lagi beli terus dengan harga ahli.

Boleh contact saya terus bagaimana nak mendapatkan penapis air Shaklee dengan harga Ahli.

Harga Penapis Air Shaklee 2

Haaa… yang ni memudahkan untuk faham kenapa Water Pitcher Shaklee memang berbaloi dimiliki dengan harga yang lebih murah berbanding dengan jenama lain. Kualiti semestinya terbaik.

Berminat dengan Penapis Air Shaklee ini?

Hubungi Lynd sekarang untuk pesanan anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dipertemukan dengan Jumaat Seterusnya.

Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Jumaat adalah penghulu segala hari bagi ummat islam. Bertapa kasihnya Allah kepada kita sentiasa memberikan bonus pada kita. Bulan Ramadhan yang diberikan setahun sekali dan Jumaat dikurniakan seminggu sekali.

Berikut adalah Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Amalan Hari Jumaat

#Mandi

Semua orang mandi tetapi mandi hari jumaat disertakan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, kita dikurniakan pahala untuk mandi itu. Allah, mudahnya Islam.

#Memakai Wangi-wangian dan pakaian terbaik.

Pada yang sudah biasa melawa jadi super melawan (patuh syariah) kepada yang dok kat rumah dan biasanya selekeh je, hari jumaat silalah melawa walaupun dalam rumah.

#Memotong Kuku

Macam Lynd 2x seminggu potong kuku so adjust lah sampai hari jumaat pun kita potong kuku. Potong kuku anak-anak dan kalau perlu suami sekali.. Heeeee

cara potong kuku

Hari yang disunatkan untuk potong kuku:
Isnin, Khamis dan Jumaat

# Membaca Surah Al-Kahfi

Kelebihan Al Kahfi

Surah Al Kahfi yang mengandungi 110 ayat memang agak sukar untuk orang yang tak biasakan diri. Untuk memudahkan untuk kita menghabiskan 1 surah ini dalam masa 1 hari bahagikan kepada selepas Mahgrib, Isyak, Subuh, Dhuha, Zohor dan Asar.

Bila sudah dijadikan amalan, insyaAllah lebih mudah.

# Berselawat

Selawat Nabi

Ini antara amalan harian kegemaran Lynd.

Selawat 1000x setiap hari. Kalau sesiapa yang tengah belajar atau melatih diri untuk berfikiran positif paksa diri untuk selawat 1000 kali ini.

Kat entry ni Lynd ada explain mengenai kelebihan selawat.

Power of Selawat

# Berdoa

Jumaat ada beberapa waktu bonus dimana doanya sangat mustajab.

jumaatdoamustajab-1

Lynd selalu fokus time-time waktu lepas asar tu. Ada ketika bila berpeluang Lynd kurangkan bercakap. Lynd banyak berdoa waktu-waktu begitu tak pun ingatkan dan bayangkan impian-impian Lynd walaupun masa tu tengah buat kerja rumah atau uruskan anak-anak.

Berdoa bukanlah hanya bermaksud menadah tangan di tikar sejadah.

Semoga perkongsian Lynd ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Dan kita akan mengambil peluang hari jumaat sebaik-baiknya.

keep-calm-today-is-friday-5

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Kelebihan Dan Cara Solat Dhuha

Sejak ada facebook, ada beberapa orang dok up post
“Jom Solat Dhuha“,
“Dah Dhuha ke belum”

Baru terfikir “oooooooo.. ada orang buat rupanya. Ingatkan on paper je”

Dulu ingat Solat Dhuha dan Solat Tahajjud ni adalah amalan orang “super” alim dan dia memang dok kat masjid je.
Bertemankan tikar sejadah sahaja.
Amalan Sunat Dhuha ini hanya diajar dalam buku, kitab dan ceramah sahaja.
.
Alah.. mana ada orang buat pun. Lagi pun sunat je pun. Lagi pun time tu waktu orang tengah rancak bekerja mana ada orang nak berhenti buat keje dan buat yang “sunat je pun”
.
Tapi En Suami ada cakap kat salah satu tempat kerje lama dia amalan Dhuha tu boleh dianggap biasa. Surau akan dikunjungi dalam waktu Dhuha. Bestkan?
.
Dhuha bukan hanya untuk orang berniaga..
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja..
Dah buat baru rasa best..

Cara Solat Dhuha

 Cara Solat Dhuha

@ Dilaksanakan sebanyak 2 / 4 / 8 / 12 Rakaat dalam waktu dhuha dan paling afdhal pukul 10 pagi.

(Lynd dulu masa masuk kerja kol 8.30 pagi, ikhtiar sampai ofis pukul 8 pagi sebab nak dhuha dulu. Boleh cari masa yang sesuai untuk orang yang makan gaji)

@ Rakaat Pertama Al-Fatihah – As Syam, Rakaat ke 2 Alfatihah – Ad-Dhuha
(Atau mana-mana surah yang dihafal)

Cara Solat dhuha

Doa Solat Dhuha

Ya- Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu,
Kecantikannya kecantikan Mu,
Keindahannya keindahan Mu,
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkan lah,

Berkat waktu dhuha,
Kecantikan Mu
Keindahan Mu,
Kekuatan Mu
Kekuasaan Mu

Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh.

Amin.

Indah sungguh doa ni.

Nak mudah hafal boleh nasyidkan doa ni.

Jom jadikan Dhuha sebagai salah 1 amalan harian kita.

Dhuha

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..

Pengedar Shaklee Klang Terbaik dengan Bengkel Nutrisi

Syukur tak terhingga kerana saya diberi kesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi 2015 anjuran Shaklee Malaysia pada sabtu lepas.

Bengkel Nutrisi 2015 7

Tujuan saya menghadiri bengkel tersebut adalah untuk menambah pengetahuan saya mengenai rangkaian produk Shaklee meliputi bagaimana nutrisi yang diperlukan oleh badan bertindak, kelebihan produk shaklee dan bagaimana saya boleh memberikan konsultansi terbaik dan membantu masyarat mendapatkan vitamin terbaik untuk penyakit mereka.

Perasaan saya sepanjang berada dalam bengkel tersebut adalah “Besarnya kuasa Allah”. Kami diberi penerangan bagaimana sistem badan kita berfungsi. Bila tahu semua tu rasa macam “Hebatnya Allah” dan mula rasa semakin sayang dengan tubuh badan kita.

Lynd rasa lebih menghargai kesihatan dan tubuh badan yang Allah kurniakan. Bila belajar mengenai kencing manis, sakit jantung, kesihatan wanita rasa macam kesian kat badan kita, bekerja begitu kuat tapi kita bantai makan entah apa-apa tambah lagi dengan pencemaran.

Rasa macam nak jadikan Bengkel Nutrisi Shaklee ni sebagai acara wajib. Walaupun produk yang sama tapi ilmu pasti ada beza juga sikit sebanyak setiap sesi.

Bukan susah pun, bayar Rm 40 termasuk dengan lunch penuh kemewahan. Alhamdulillah. Rasanya Rm 40 tu nak cover lunch sekali pun tak lepas kot.

Bengkel Nutrisi 2015 6

Dulu masa kat Time Square pun sama. Rasa macam heran, berbaloi ke dorang buat macam ni ? Sekarang dah tak heran sebab Shaklee full of surprise dan mereka layan pengedar dorang macam “harta karun”.

Anak-anak boleh dihangkut sekali. Ni yang bestnya Shaklee. Apa je event boleh bawak anak. Kalau tengok stroller bergelimpangan masa event Shaklee tu perkara biasa.


Pengedar Shaklee Klang 2

Kalau training kat HQ memang ada kemudahan tempat permainan dalam kawasan yang sama. (Patutlah HQ Shaklee dipanggil Home Office). So anak-anak memang berbesar hati ikut mama gi “sekolah”

Allah tak tau nak cakap macamana perasaan saya semakin sayang dengan Shaklee, antara sebabnya :

#Apa yang diwarwarkan dalam iklah atau sesi penerangan mereka adalah perkara sebenar. Bukan strategi marketing. Ini disaksikan sendiri oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dibawa ke Head Quarters Shaklee di US. Merek ditunjuk bagaimana para Saintis menjalankan ujikaji dalam setiap produk dan juga bagaimana mereka bekerja untuk menghasilkan produk Shaklee yang terbaik dan selamat untuk manusia.

# Shaklee terlalu menghargai manusia. Terlalu menghargai kesihatan manusia. Kajian keatas sistem tubuh badan manusia menyebabkan mereka rasa bertanggungawab untuk menghasilkan 1 produk yang dapat membantu manusia untuk hidup dengan sihat dan gembira. Bukan hanya atas dasar perniagaan / duit sahaja. Kalau tak kenapa perlu mereka melabur berjuta USD untuk menggunakan saintis untuk membuat kajian. Sedangkan sekarang berlambak je produk yang dihasilkan yang tanpa menitik beratkan kesannya terhadap manusia. Buat dikilang entah kat mana-mana lepas tu offer “Awak nak letak nama apa produk awak?”

Atas 2 sebab baru ini lah membuatkan saya lebih menghargai diri dan saya nak pastikan kesihatan saya ni dijaga dengan baik. Dan bukan untuk saya sorang tapi saya nak lebih ramai orang diluarsana menghargai kesihatan mereka.


Product Shaklee

Maka dengan itu, saya sebagai Pengedar Shaklee Klang dan juga Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia berjanji akan menyebarkan kebaikan Shaklee demi memberikan yang terbaik untuk anda.

Pengedar Shaklee Klang

Hargai kesihatan anda kerana ia merupakan 1 amanat dari Allah.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah..

Tip Memilih Supplement Yang Bagus

Entah kenapa hari tu terasa macam nak beli majalah dan semestinya bila terasa nak beli majalah je mesti Majalah Rapi yang menjadi pilihan.

Majalah Rapi

Dah lama juga tak beli sebab ermmmm.. bila beli majalah rasa addicted nak beli, habis baca simpan sudah menimbun nak buang sayang, nak kasi kat orang takder orang nak and nak jual surat khabar lama pun sayang. Sebabnya ilmu dalam Majalah Rapi memang bermanfaat dan dekat dihatiku sebab ia  mengenai kesihatan.

Dan patutlah bagaikan ada magnet menarik saya untuk beli, rupanya ada isu yang sangat berkaitan dengan saya.

Kenapa Perlukan Supplement

Lynd memang jenis suka dengar / baca pendapat sesuatu perkara dari banyak pihak. Sebabnya lebih banyak segi yang kita tahu lebih kukuh pengetahuan kita.

Meh sini Lynd share beberapa point penting. Selebihnya boleh dapatkan sendiri Majalah Rapi edisi Ogos 2015

# Cara Bijak Memilih Supplement

Teliti dan selektif dengan membaca terlebih dahulu kandungan dan aturan penggunaannya. Ingatlah bahawa keadaan tubuh setiap orang adalah berbeza. Begitu juga keperluannya. Dapatkan nasihat atau pandangan dari pakar atau doctor jika anda ragu terhadap sesuatu supplemen.

Tip Memilih Supplement 2

# Kenapa Supplemen Penting Untuk Tubuh Badan

Badan kita terdiri dari berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan optimum. Sekarang ini, terdapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Sebab itulah suplemen penting untuk mengekalkan tubuh badan sihat sempurna.

Tip Memilih Supplement 3

Tip Memilih Supplement



Tip Memilih Supplement

# Baca label suplemen sembelum membeli

# Pastikan anda melihat tulisan “Dietary Supplement” pada label supplemen. Ini kerana tulisan ini telah ditentukan dalam Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA)

#Pastikan lable supplemen itu menulis informasi tentang pengeluaran, nama dan alamat pengeluaran.

# Teliti tarikh pengeluaran dan tamat tempoh supplemen yang anda beli.

# Pastikan anda mengetahui kandungan supplemen dengan jelas seperti nutrisi, jumlah kandungan bahan yang digunakan, saiz atau jumlah produk dalam bekas tersebut.

# Periksa informasi yang berkaitan dengan jumlah dan cara penggunaan supplement. Contohnya cara penggunaan (Direction for use / Suggested Use) dan jumlah hidangan (Serving Size)

Lebih info mengenai Kelebihan Rangkaian Produk Shaklee

Kelebihan Shaklee

Harap perkongsian ini akan membantu pembaca sekelian menilai kepentingan dan keperluan supplemen dan dapat memilih supplement yang terbaik untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

 

Assalamualaikum.

Selamat Pagi Semua.

Macamana pagi anda?

Untuk Gembira sepanjang hari ia bermula dengan pagi yang baik.

Jom kita tengok apa orang gembira lakukan setiap pagi.

6 Perkara Amalan Untuk Gembira Setiap Hari

6 Perkara Amalan Untuk Gembira Setiap Hari

1# Don’t Hit Snooze.

Happy Couple Wake Up In Bed

Siapa biasa buat ni? Angkat tangan. 2-3 kali alarm bunyi asyik dok Snooze sahaja. Tahukan anda perbuatan tersebut menyebabkan anda akan lebih penat. So buka mata, senyum dan katakan Alhamdulillah dan terus bangun.

2# Start With Affirmation

affirmation

Bila dah duduk, lafazkan kata kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Syukuri nikmat yang Allah berikan. Berdiri depan cermin katakan sesuatu yang positif pada diri sendiri dan sebutkan impian anda sambil merasainya.

“Lynd you are awesome, beautiful and successful businesswoman.”

“I am a great and the best mom in the world”

3# Eat Breakfast

healthy-breakfast-3

Jangan pulak diet anda skip sarapan atau kerana kelam kabut terus tak sarapan. Sarapan sangat penting untuk meningkatkan daya tumpuan anda semasa bekerja.

4# Exercise Early

Morning Excersice

Tak Perlu yang berat. Simple dan tak perlu ambil masa yang lama. Kajian menunjukkan senaman pada waktu pagi dapat memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.

5# Unplug For An Hour

000561282_prevstill

Apa kata semasa bersarapan tu, nikmati hidangan anda tanpa perlu memegang segala gadget. Tak perlu rosakkan pagi anda dengan scroll newsfeed facebook atau membaca surat khabar. Just enjoy your peacefull moment.

6# Take A Shower

Haaa.. semua orang mandi tapi mandi yang paling bagus adalah mandi air sejuk pada waktu pagi. Selain Sunnah Rasul ia juga pasti menyegarkan dan ‘membangunkan’ tubuh badan dengan air sejuk.

Harap

Selamat menjadi orang yang gembira..!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengedar Shaklee Klang

Shaklee Klang

Saya Haslinda (Lynd) merupakan pengedar Shaklee Klang yang berada di Pekan Meru.

5 Sebab Kenapa Kami Menjadi Pilihan Sebagai Pengedar Shaklee Klang Terbaik :

# 1 Service Penghantaran Terus Ke Rumah Anda

Jika anda tinggal di sekitar Klang, Shah Alam, Puncak Alam dan kawasan sekitarnya, saya manawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda selepas masa dan lokasi dipersetujui. Penghantaran adalah PERCUMA

Shaklee Puncak Alam 6

# 2 Penghantaran Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju / GDex Setiap Hari

Proses penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Pos Laju dibuat setiap hari.

Pos Laju

Kadar bayaran perkhidmatan pos laju

Semenanjung
RM 6.30 / RM 10.60 

Sabah / Sarawak
RM 10.60 / RM 21.20

Dan pembayaran sebelum pukul 2.00 petang, pengeposan akan dilakukan pada hari yang sama.

#3 Kami Sentiasa Mempunyai Ready Stok

Shaklee Klang 4

Tanpa perlu menunggu lama, kami sentiasa menyimpan stok terutama untuk produk-produk hot selling. Jika ada permintaan diluar jangkaan yang memerlukan stok segera, kami komited untuk terus ke Cawangan Shaklee berdekatan.

#4 Agen Shaklee Sepenuh Masa

Saya menjalankan perniagaan Shaklee sepenuh masa, disebabkan itu segala tumpuan dan keutamaan saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami di www.vitalynd.com

Shaklee Puncak Alam 2

Saya juga sentiasa komited untuk meningkatkan pengetahuan mengenai produk dari masa ke semasa demi memberikan konsultansi terbaik kepada pelanggan.

#5 Pengguna Tegar Shaklee

Sebelum menjadi pengedar Shaklee secara serius, saya adalah pengguna Shaklee yang bermula dengan Set Kesuburan Shaklee.

Ikuti kisah saya dan Set Kesuburan Shaklee

Dan sejak itu saya mula yakin dan jatuh cinta dengan Product Shaklee dan merasakan tanggungjawab saya untuk berkongsi produk terbaik dan selamat ini.

Disebabkan 5 faktor di atas, saya sentiasa memberikan perkhidmatan konsultansi terbaik dan pantas.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

3 anak Lynd semuanya dihantar ke nursery yang sama iaitu Taska Pintar Sayang. Masih ingat lagi, masa mula-mula pindah sini tahun 2009 saya tengah mengandung.

Bila kandungan dah masuk 8 bulan dah mula fikir mana nak hantar anak lepas pantang nanti dan rezeki Kaseh tiba-tiba ada nursery baru bukak di taman ni.

Terus jumpa owner iaitu Puan Zaidah untuk booking. Masa tu saya memang cakap yang saya nak beri susu ibu pada baby nanti. So Ummi Zai tak kisah dan minta tunjuk ajar macamana nak handle EBM nanti.

So since umur Kaseh 2 bulan memang Kaseh dok nursery tu.

63rd Day 63rd Day1

Gambar 1st day Kaseh nak dihantar ke Nursery.

Macam tau je.. lain macam ragamnya pagi tu. Menangis tak hengat. Saya saja hantar seminggu awal sebelum saya masuk kerja sebab saya nak test banyak mana EBM yang Kaseh nak guna nanti.

Dah hantar tu saya yang tak senang duduk, risaukan atau dengan kata lain rindukan Kaseh. Almaklumlah anak pertama. Telinga ni macam terngiang-ngiang suara Kaseh nangis. Padahal nursery blok sebelah dan rumah paling hujung.

Then sampai lah ke Awatif. Saya takder masalah dengan nursery ni dan mana-mana pengasuh kat sini. Saya rasa dorang jaga anak-anak saya lagi bagus dari saya jaga.. Heeee.. Yela baju siang aje sampai 3 pasang. Kalau kat rumah paling banyak pun 2x kalau mandi tengahari.

Masa zaman Kaseh dulu ada jugak saya pergi nursery secara mengejut buat-buat nak hantar EBM. Then mereka memang benarkan saya masuk dan naik jumpa baby. Kalau nak breastfeed terus pun takder hal. Sebab saya dengar ada sesetengah nursery memang tak bagi parent masuk.

Pada saya nursery ni agak terbuka. Termasuk juga sesetengah hal boleh cakap direct dan alhamdulillah memang saya takder masalah.

Kaseh dulu memang ada hari-hari yang dia meragam gi nursery terutama hari Isnin. Al-maklumlah cuti dah lama 2 hari. Isnin mula la drama.

Awatif? Budak ni?

Awatif

Budak ni memang takder masalah, mama yang ada masalah ngan budak ni. Hantar la hari apa pun macamana pun nak gi hantar mana pun dia layan. Kalau Kaseh takut ngan Ummi Zai sebab suara dia kuat kot. Budak ni semua dia layan sama rata. Hahahahaha.. Sampai 1 tahap terfikir “budak ni tak sayang aku ke sebab takder pun sedih aku nak tinggal dia” ok mama sentap.

Cik Indah pulak sah-sah dia takder masalah, orang pun takder masalah ngan dia sebab dia tido je. Ummi kat nursery pernah cakap masa mandi tengahari pun layan tido.

Kat rumah pun gitu, kalau kat nursery je camtu risau jugak. InsyaAllah takder masalah.

Pengasuh kat sana dorang panggil Ummi just yang muda-muda je panggi “Kakak”. Ada sekali tu salah sorang ummi tu cakap “Anak-anak awak 3-3 takder masalah nak jaga. Semua senang. Bagi susu diam, tapi tak tau la anak lelaki esok” Heeeee.. sengeh je la.

Alhamdillah sangat.

Sini Lynd nak share Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan nursery berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan seangkatan dengannya.
  • Tanya bilangan kanak-kanak dan pengasuh untuk mengetahui nisbah pengasuh dan anak-anak jagaan. Seingat saya untuk bayi 1 pengasuh 3 bayi.
  • Keterbukaan pengasuh dan pemilik untuk berbincang.
  • Sesekali buat lawatan mengejut terutama waktu tengahari.
  • Aktiviti harian dan pemakanan mereka.

Ini yang asas sahaja. Kepada ibu bapa boleh go detail lagi.

Ada yang tanya Lynd nursery atau pengasuh lebih baik? Ermmmm.. kalau ikut Lynd mestilah Lynd kata nursery sebab tu Lynd hantar kat sana. Tapi sebenarnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Pendapat peribadi Lynd, nursery kekurangannya adalah budak ramai-ramai 1 tempat tu je. Tapi yang Lynd suka sebab pengasuh fokus pada hal menjaga anak-anak sahaja, bukan nak masak atau urusan lain.

1 hal lagi nursery ni ramai yang memerhati, kalau 1 pengasuh yang buat hal akan ada pengasuh lain yang tengok dan paling cikai pun budak lain yang tengok.

Tapi tula pendapat masing-masing dan rezeki saya dapat nursery dan pengasuh yang baik.

Terima kasih kepada Ummi-ummi dan Kakak-kakak Taska dan Tadika Pintar Sayang

Assalamualaikum. Alhamdullah.

Selepas hampir 5 hari blog ni mengalami gangguan sejak tengahari sabtu. Alhamdulillah sudah kembali.

SID_Logo_11Vitalynd

Akak frust sebab masa blog ni down post 5 Langkah Cara Mudah Lipat baju tengah viral.

Tapi semuanya ada Hikmah sebalik kejadian. Saya terima dengan redha.

Luahan saya di Facebook Page Vitalynd Beauty and Health

[ Bukan Senang Melihat Yang Positif ]

Hari ni hari ke 3 blog www.vitalynd.com ditutup. Katanya ada maintenance dari pihak webhosting.
Agak “frust” pada awalnya kerana ada entry tengah viral.

Dan bila hari ini Isnin, hari ke 3 pagi tadi lagi kecewa sebab sepatutnya hari ini saya sepatutnya “bekerja” menaip entry dan mempromosikan blog. Tapi sebab kedai dah tutup nak buat apa. Seakan-akan mati kutu.

Dalam kekecewaan mencari “hikmah” sebab saya sangat berpegang kepada janji Allah “Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia”

Saya percaya itu tapi sebagai manusia kita ada kelemahan bila sesuatu yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan. Maka saya selalu berdoa supaya saya mudah melihat hikmah setiap kejadian.

Bila difikirkan 1 per 1 hikmah yang saya dapat dari breakdown blog saya.
1. Masa inilah terbaik untuk saya berkongsi ilmu di Vitalynd Empire. Closed group saya dimana tempat saya berkongsi ilmu perniagaan bersama Shaklee. Kalau ada blog saya lebih fokus pada blog.

2. Memperkukuhkan Facebook Page dan Instagram. Setiap hari saya lebih fokus pada blog dan FB page ini dan IG jatuh no seterusnya. Bila dah jadi gini saya dah mula terfikir mengenai kepentingan FB dan IG.

Sudahnya Alhamdulillah.
Itu yang hanya saya ungkapkan.
Allah berikan ujian untuk upgrade diri ini.

Terima kasih Allah atas ujian dan Kau berikan aku nampak HikmahNya.
Syukur Ya Allah.

Berfikiran positif perlu dididik dimana ia bermula dengan SABAR.

Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Last week blog vitalynd.com ni ada problem, tak boleh nak access so dah settle uapdate untuk Vitalynd Empire maka tiba-tiba terasa lapang. Kalau tak sibuk cari idea nak up entry apa.

Makanya teringat amanat Si Suami minta carikan seluar kerja lama dia dan Adik Ipar pulak nak pinjam lapik dulang hantaran masa saya kawin dulu sebab dia nak guna untuk bertunang bulan depan. Maka jadilah tugasan hari tu menyelongkar stor bawah tangga.

Bila buka pintu stor..

20150812_090901

Macamana nak masuk..????

20150812_090909

Hekkkkkk… Adeh.. nampaknya kerja bertambah sukar. Ni gara-gara masa saya mengandung sampailah saya berpantang stor ni “terbiar”. Main lambak je semua benda.

Makanya sengseng kaki seluar, jom kemas stor.

Hasilnya..

20150814_235645

Fuh.. lega dan lapang.

20150814_235337

Apalah ku nak buat dengan motor letrik tu. Charger rosak so tak leh guna sudahnya jadi tukun. Adeh..

Barang yang dicari pun dijumpai. Mudah sebenarnya nak cari sebab storage box dah lable sebagai “Baju Papa” dan “Hantaran”

Yang jadi lama sebab mengemas tu hah.

So menyingkap kisah transformasi ruang bawah tangga ni, sejak hampir 6 tahun saya dok kat rumah ni.

Bermula sebagai hanya ruang Kosong.

Bawah Tangga 3

Bila dah makin lama tinggal kat rumah ni, barang makin banyak, maka dah jadi tempat sorok barang.

Bawah Tangga 4

Lepas tu terjebak dalam dunia HO ni, mula mencari idea untuk ruang aktiviti anak-anak.

Then bawah tangga ni jadi tempat pertapaan anak-anak.

Bawah Tangga 2

Tak praktikal sangat sebab takder lampu dan kipas. Main kejap je pastu berpeluh.

Tak lama.. dalam setahun lepas tu Suami decide nak menstorkan ruang bawah tangga ni. 

Bawah Tangga

Bulan puasa 2013 kot kerja-kerja DIY ni dilakukan sendiri oleh sang suami. Masa tu bajet Jen I Heart Organizing sangat.

Dan sekarang ia kekallah sebagai stor yang diharap terpelihara dari menjadi ruang lambakan barang. Dari masa ke semasa memang saya suka selongkar dan check barang apa boleh jual kat besi buruk atau pun buang.

Sebabnya kalau banyak sangat barang nanti bila nak cari barang jenuh menyelongkar.

Pembaca semua manfaatkan ruang bawah tangga macamana?

Jong kongsi idea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...