Senarai Harga Produk Shaklee Terbaru

Berikut adalah senarai terkini Harga Runcit (Retail Price).

Sebenarnya tiada perubahan Senarai Harga Produk Shaklee dari segi harga runcit di Vitalynd.Com.

GST kami tanggung.

Anda ada lebih peluang untuk mendapat harga Produk Shaklee dengan lebih murah.

Boleh Refer caranya disini.

Cara Dapat Produk Shaklee Murah

Senarai Harga Produk Shaklee

Senarai Harga Produk Shaklee 2 Senarai Harga Produk Shaklee 3

Untuk sebarang mendapatkan product Shaklee, pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

What Woman Want Cara Atasi Penat Part 2

2-3 menjak ni ni newsfeed Facebook Lynd ada beberapa viral yang Lynd tak berapa gemar nak baca. Bukan sebab tak setuju dengan apa yang mereka buat cuma Lynd takut apa yang dibaca terjangkit dengan Lynd walaupun pada hakikatnya benar juga sesetengah perkara tu.

So bila dah separuh baca tu kalau macam dah boleh agak apa kesudahannya memang Lynd terus stop baca.

Apa viralnya Cik Lynd?

Mengenai perkongsian suri rumah yang mengatakan mereka tiada masa untuk diri sendiri. Menguruskan rumah tangga dari pagi sampai ke malam. Makin perit bila suami dan orang ingat mereka bersenang-senang dirumah.

Itu 1 kisah.

Ada juga perkongsian ibu bekerjaya penat keluar bekerja, balik rumah uruskan keluarga, kelam kabut pagi-pagi, suami tak tolong dan macam-macam lagi.

Allah.. beratnya tanggungjawab wanita.


Cara Atasi Penat 1

Walau siapa pun kita samada suri rumah atau keluar bekerja. Semuanya ada sebab dan kepentingan yang perlu dijaga. Tiada istilah siapa yang lebih beruntung dan siapa yang lebih senang.

Perasan tak persamaan antara 2 kes ni ?

PENAT.

Jika sebelum ni Lynd explain Cara Mengatasi Penat Part 1 menggunakan rangkaian produk Shaklee

Tapi entry kali ini Lynd fokus pada keperluan protein.

Kenapa Kita perlukan protein dalam diet harian kita ?

Why we need protein

Kerana badan kita terdiri dari binaan-binaan asas protein. Protein menjadi sumber tenaga berpanjangan yang menjadikan badan kita sentiasa bertenaga.

Protein mengambil masa yang lama untuk dihadam dan ditukarkan kepada tenaga maka kita akan merasa kenyang lebih lama dan bertenaga lebih lama.

Kenapa Wanita Hebat Perlukan Lebih Protein ?

Kerana wanita hebat perlukan tenaga berpanjangan, kepuasan diri dengan menjaga tubuh badan yang langsing dan juga untuk membaiki otot yang tercedera akibat aktiviti lasak.

Luna-IG_Protein_thumb

Pentingkan protein ni kepada wanita-wanita hebat ?

Dengan pengambilan protein yang mencukupi kita dapat kekal bertenaga dan dapat menjaga kecantikan dalam masa yang sama.

Protein kita boleh dapat dari 2 sumber samada protein tumbuhan dan protein dari daging.

Protein dari tumbuh-tumbuhan lebih menjadi pilihan kerana ia tidak mengandungi lemak dan kolesterol.

Berikut adalah tumbuhan yang boleh membekalkan protein kepada kita.

sources-plant-based-protein-illustrator-vector-44584901

Wahhhhh… Tempe ataupun soya boleh membekalkan protein paling tinggi berbanding dengan sayur lain.

Ok.. ini 1 lagi perbandingan hebat antara protein haiwan dan protein tumbuhan.

image-21

Kajian menunjukkan protein dalam kacang soya mengandungi asid amino yang paling lengkap diperlukan oleh badan kit.

Oleh yang demikian Shaklee telah mencipta Energized Soy Protein (ESP Shaklee) yang merupakan minuman protein berasakan soya pertama yang dicipta sebelum kewujudan jenama-jenama lain.

ESP Shaklee

Fakta Menarik Mengenai ESP Shaklee

# Mengandungi 9 Asid Amino lengkap yang diperlukan oleh badan.

# Mengandungi 500mg Kalsium dalam setiap hidangan yang bersamaan 1 gelas susu.

#Dihasilkan dari soya Non-GMO terpilih dan  berkualiti tinggi.

#Minuman  protein berasaskan soya yang pertama dicipta.

# Mempunyai Index Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 yang selamat diambil oleh pesakit diabetis.

Apa Itu GMO ?

Boleh refer entry ini untuk mengetahui apa itu GMO.

Sekarang faham kenapa protein penting untuk wanita hebat dapat mengatasi rasa penat dengan rutin harian anda ?

Cara Atasi Penat

Dapatkan ESP Hari Ini dengan penjimatan hebat.

PAKAT BORONG ESP SEMPENA PROMO SEPTEMBER

cara elak penat

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Sebab Lynd berpeluang mengkaji dan berkongsi 1 lagi ilmu baru mengenai makanan kita.

Fakta Menakutkan Kesan GMO dalam makanan

Sebelum ni Lynd fikir kalau dapat makan tomato begitu sahaja memang dah sihat sgt lah. Bangga cakap “I makan salad” tapi bila terstudy pasal GMO ni rasa macam..

“Ermmmm…uuuuuu… aaaaaa.. leh makan ke ni?”

This world are so scary.

Apa itu GMO ?

Kesan GMO dalam makanan 1

GMO adalah bahan yang digunakan dalam industri pertanian untuk menjadikan hasil tanaman dan haiwan yang nampak “berkualiti” dengan kaedah mengubah genetik tumbuhan tersebut.

Antara makanan yang terkenal dengan penggunaan bahan GMO ini adalah :

GMO Food

Tujuan Penggunaan GMO dalam pertanian

1# Menghasilkan haiwan/buah yang besar dalam masa yang cepat

CHICKEN-1428

GMO-Feature

Nampak tak? Nampak tak?
Sebab tu GMO ni digunakan secara berleluasa, sebabnya syarikat pengusaha hasil pertanian ni perlu mendapatkan hasil yang cepat dan “berkualiti”.

Apa maksud “berkualiti” ?

Sebab penilaian manusia ni bila nampak besar dan tiada cacat cela itulah yang bagus.

 

2# Hasil Tanaman GMO lebih tahan lama

Hasil pertanian berskala besar biasanya untuk pasaran yang besar maka sangat penting untuk produk mereka tahan lebih lama sebelum sampai kepada pengguna.

GMO Test

Atas 2 sebab inilah GMO digunakan secara berleluasa hari ini.

Biar gambar ini berbicara.

map-v5

Menakutkan..!!!!!

Malaysia Pengimport maksudnya pengguna produk-produk ber-GMO.

Apa kesan penggunaan produk GMO ini secara berlebihan.

Haaaa.. takut  nak tempek gambar-gambar menggelikan so Lynd letak gambar yang susah nak faham ini.

194

Ini perbezaan keadaan perut tikus yang diberi makanan GMO dan non-GMO. Yang ber GMO akan mengalami tumbesaran sel yang luar biasa.

Kajian keatas manusia memang belum ada tetapi kita boleh lihat kesanya ke atas tikus-tikus makmal yang dijalankan. Kita boleh lihat pertumbuhan sel secara tidak normal.

Memang menakutkan. Tapi kenapa GMO masih digunakan secara berleluasa ?

Bila melibatkan wang tambah lagi tiada kajian khusus ke atas manusia memang susah lah nak stop terus.

Tapi ada juga negara-negara yang sudah mula stop mengimport hasil ber GMO ni dan ada yang menguatkuasakan peraturan melabel makanan ber GMO.

Macamana nak kenal pasti ?


Kesan GMO dalam makanan
GMO-labelled-tomatoes

So kita sebagai mak-mak ni kena hati-hati memilih.

Habis tu macamana nak beli kalau beli kat peniaga pasar dan semestinya tiada lable.

Lynd ada tanya kawan Lynd yang keje bahagian pertanian ni, dia kata kalau petani local memang tak dibenarkan guna benih GMO.

Alhamdulillah benar atau tidak tak pasti tapi atleast kita still ada pilihan.

As i said.. this world are scary..

Kita tak tahu pun apa yang kita makan even benda tu “semulajadi” dan bukan makanan dalam tin.

So apa yang kita boleh kawal kita kawal. Kita nak stop terus tu susah juga.

Contohnya boleh lihat lable makanan yang telah dihighlight Non Gmo

ESP Non GMO

Yang mana boleh kawal kita kawal. Dan pastinya kita mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Harap perkongsian Lynd kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca vitalynd.com

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Seperti dijanjikan dalam entry pengalaman Awatif menjalani pembedahan Hernia di DEMC sebelum ini, kat sini Lynd nak share sikit secara mudah untuk memahami

Apa itu Hernia atau Angin Pasang

Macam biasalah, penerangan Lynd semestinya dalam bahasa yang mudah difahami dan bahasa mak-mak sebab senang nak faham. 1 hal lagi Lynd bukanlah pakar dalam bidang ni jadi Lynd just base on artikel dan penerangan dari doctor. Dan 1 hal lagi Lynd tak nak lah copy paste dari mana-mana sebab baik baca sendiri kan kat blog asal.

Untuk memahami mengenai angin pasang @ hernia ni Lynd ada baca kat Harian Metro ini. Bagus juga penerangannya mudah difahami.

Angin Pasang @ Hernia dikalangan kanak-kanak perempuan.

Angin pasang ni adalah sebenarnya usus yang ditolak keluar melalui “bukaan” pada abdomen kita.

angin pasang 2

Sebenarnya angin pasang atau hernia bukanlah penyakit. It’s just bukaan tu tak tertutup sendiri selepas lahir. Dan menurut Doctor Jamal, kalau bukaan tu tak tertutup sendiri selepas umur 2 tahun biasanya memang ia takkan tertutup.

The only way is melalui pembedahan untuk menutup bukaan itu.

Ada yang mengurut tapi sebenarnya mengurut tu sekadar menolak usus tu masuk tetapi lubang itu masih kat situ. So anytime akan terkeluar balik.

angin pasang 3

Kenapa hernia kebanyakkan dikaitkan dengan lelaki ?

Yang itu Lynd kurang pasti, mungkin juga struktur tulang dan badan budak lelaki yang berbeza berbanding perempuan yang menyebabkan “bukaan” itu senang terbentuk.

angin pasang hernia

Macam kes Awatif bila pagi atau dalam keadaan terbaring memang kita takkan nampak benjolan tu tapi bila sebelah petang selepas dia melasak / bermain benjolan tu akan kelihatan.

Sakit ke?

Ikutkan cakap doktor katanya tak menyakitkan tapi bila tanya Awatif dia kata sakit tapi still leh senyum. Kadang-kadang dia cakap geli sambil sengeh-sengeh so maknya ni pun tak tau nak kata sakit betul ke tidak. Rasa nak tepuk dahi dia pun ada. Heee..

So kepada ibu yang anaknya ada angin pasang atau hernia ni tak perlulah risau. Just bawak pegi jumpa doktor dan confirmkan samada hernia atau bukan.

Dan jika buat pembedahan pun tak perlu risau sebab apa yang Lynd leh cakap it’s just a minor operation.

Pembedahan tu less than 1 hour then lepas tu dah boleh melasak cam biasa dah.

Ada juga hospital yang menawarkan walk-in dan day care sahaja untuk pembedahan angin pasang ini. Boleh buat research dulu ye.

Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

 UPDATE Untuk Nad

Lokasi yang mungkin boleh terjadinya Hernia.

common-places-hernias

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Kepada yang follow facebook saya Haslinda Lynd, tahu last week Awatif menjalani pembedahan hernia.

Hernia tu kalau orang melayu kata angin pasang yang biasanya jadi kat lelaki. Ikutkan kata Doctor Jamal, iaitu doctor yang merawat Awatif biasa memang Hernia @ angin pasang ni biasa di kalangan lelaki dan sangat jarang berlaku pada budak perempuan tapi yang selalu datang untuk buat treatment biasanya perempuan.

Mostly soalan yang biasa orang tanya saya

“Macamana boleh kesan”

Saya boleh perasan semasa Awatif mencangkung kat atas toilet bowl yang jenis duduk tu, saya perasan ada “benjolan” pada pangkal paeha dia. Saya tekan memang ada sesuatu bila tanya dia kata sakit sambil sengeh. So tak sure sakit betul ke tak.

Dalam kepala memang terfikir hernia sebab my bff pun anak dia girl pun ada and dah operate pun. So malam tu jugak saya gi klinik kat depan taman ni tapi yang buat ralat tu takder doctor perempuan. Sebab risai so redah jelah. Bila dibaringkan tiba-tiba bengkak tu takder. Because of tak selesa kot doctor tu pun takder lah nak pegang and even saya yang tunjuk kat doc.

Sudahnya doktor tu bagi ubat tahan sakit dan krim yang semestinya saya letak entah kat mana. Ermmm.. apa punca pun tak tau takkan saya nak suka-suka bagi ubat tu.

Then dalam seminggu lepas tu saya perasan bengkak tu ada lagi sudahnya saya decide nak amik gambar tunjuk kat my bff sebab nak tau samada sama ke tak dengan anak dia. And she said “Yes’.

Then tengahari sabtu 30 August tu bawak Awatif gi ke klinik lain yang ada doctor perempuan and bila tengok je she said

“Ouh… ni mungkin hernia dan takder ubat. Saya buat surat refer hospital”

Perkataan “mungkin” tu menyebabkan saya goyang sikit ada potensi benda lain ke. So berlakulah segala teori dan tekaan dengan adik saya yang nurse tu. Ada beberapa term yang dia sebut tapi saya tak berapa amik kisah sebab saya fikir nak gi Hospital Sungai Buluh, jumpa paed once dah confirm hernia, baru operate kat hospital swasta nak guna medical card.

Alasan kenapa nak gi kerajaan dulu sebab risau swasta buat ujian yang bukan-bukan sebelum tahu punca sebenar.

Tapi malam tu contact dengan agen insuran Hanif nak bagitau kes ni. Dan ayat dia buat saya bertukar fikiran,

“Kalau hernia kenapa tak gi swasta terus kak, dorang boleh buat terus”

Dah mula balik sesi tanya orang sana sini. Dengan yang cakap hospital ni tak bagus, agen insuran tak boleh caya dan macam-macam lah.

So as usual my bff always give the answer that i want. Heeee…

So setelah segala pertimbangan kami decide nak bawak Awatif ke Darul Ehsan Medical Center.

Kenapa

Sebab utama adalah setau saya DEMC hospital yang ada pakar kanak-kanak dan bila check dengan agen insurance saya DEMC dari rate harga lagi rendah dari KPJ yang sesuai dengan rate medical card kami.

So pagi tu (Ermmmm.. xder la pagi sangat) dalam kol 11 gitu sampai DEMC tengok mak aiihh ramainya orang. Ni hospital ke supermarket. Terus ke customer service tunjuk surat refer dan dipermudahkan slot untuk jumpa surgeon ada kosong lagi so tak payah buat appointment hari lain. Dalam kol 1 gitu dapat jumpa Doc Jamal, check pun sambil duduk je and rezeki pulak tu lagi bengkak tu kelihatan.

Doctor Jamal : So awak nak buat ke? (Operate)

Saya : Yes, ada option lain ke?

Doc Jamal : Mana tau awak nak urut dulu ke, tapi tak membantu pun sebab lubang tu masih kat situ. So awak boleh pilih tarikh lah nak buat sabtu ni ke, lepas raya ke. (Siap angkat kalender)

Saya : Buat terus tak boleh ke? Saya dah mentally prepared dah ni.

Hahahahah.. saya nak kasi settle cepat2 lagi2 bila saya terasa macam sangat yakin ngan Doc Jamal ni.

So lepas segala urusan da settle maka kami admit lah petang tu.

Rezeki Awatif, kalau diikutkan rate kami layak untuk bilik 2 katil tapi disebabkan takder kekosongan kami diberi bilik VIP. Sangat bermanfaat dengan 2 orang budak yang tak reti diam memang kena diasingkan lah dari orang lain.



Awatif DEMC

Malam 1st tu memang seronok sangat lah Kaseh n Awatif sebab mungkin dorang ingat hotel ke apa. Sampai licin makanan hospital tu dorang makan. Sedap katanya.

Cik Indah tinggal dengan mertua ku so saya, Kaseh and Awatif bermalam kat spital. Ajak Kaseh bukan apa, buat kawan saya dan Awatif. Nanti berdua je ngan Awatif boring pulak. Kaseh? Apa je benda baru mesti menyeronokkan.

Disebabkan Awatif kena puasa sebelum pembedahan yang dijangka pukul 10 pagi so last boleh makan pukul 4 pagi dan last minum air kosong kol 7.

Awatif DEMC 2

So nak harap kejut dia “sahur” memang takder la. So malam tu memang kasi dia makan apa aje yang dia nak dan saya lewatkan sikit dia tidur dengan harapan esok pagi bangun lewat dan boleh terus mandi dan ke OT.

Agak berkesan la jugak cara tu. Sebelum anak-anak bangun mama dah sorok segala makanan dan minuman.

So Awatif bangun dan tukar baju OT. Masa ni mood dia macam bosan kot then maybe bangun agak awal so masih ada sisa-sisa mengantuk.

Saya ikut untuk ke OT sehingga proses bius. Bila dia dah tak sedar saya diminta tunggu kat wad. Tapi sebab tak makan lagi, papa dan Kaseh dah keluar gi tempat lain maka saya turun beli makanan dan lepas tu baru tunggu kat bilik.

Then, tak sempat pun makanan habis nurse dah panggil minta saya ke OT sebab operation dah siap.

Disebabkan saya tunggu tempat lain nurse kat OT tak jumpa so dia call kata anak saya dah bangun.

Masa tu fikir, eh cepatnya bius habis.

Awatif DEMC 3

Memang la jumpa masa tu dia tengah meraung peluk one of the staff kat situ. Then lepas tu saya dokong macam biasa.

Balik bilik dia cari papa dia pulak. Tak boleh tinggal, nak peluk aje lepas tu dia tidur je. Lama jgk dia tidur, sesekali saya gi cuit dia risau gak takut pengsan.

Dah bangun tu 2 jam pertama je yang buat gaya orang sakit. Nak baring ke minum air ke minta. Mama bagi layanan 5 star la.

20150902_152244

20150902_152302Yang kakak pun mungkin kesian kot tengok adik dia kena drip baru timbul rasa sayang. Kalau tak kejenya nak menyakat aje.

Itu 2 jam pertama la. Lepas tu?

Orang datang melawat pun dah tak tahu sapa yang sakit. Melasak cam biasa. Haisssss.. kita yang gerun. Doc Jamal ada cakap gak la memang macam tu. Pagi operate petang budak dah melompat dah. So mama pasrah je la.

Esoknya buka balutan luka dalam 2-3 cm sahaja. Masih on ubat tahan sakit. Ubat yang makan ok lagi sebab Awatif anak bertuah tu memang senang nak makan ubat and dia yang request nak makan ubat. Masalah sikit ubat yang nak masuk bontot tu.

Cabaran dan penuh drama bab tu. Nak gelak pun ada.

Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Awatif memang anak yang mudah dari kecik sampai sekarang. Cuma manjanya tu rasa nak cobet. Tapi dia memang sentiasa menghibur mama.

Tambah kesyukuran lagi sejak bekerja sendiri ni saya tak perlu fikir nak minta cuti ke, call sapa-sapa. Allah nikmat betul. Kalau tak nak kena inform orang sana sini, nak receive call tempat keje. Bila dah jadi kes-kes gini Ya Allah syukur sangat. Ni lah salah 1 sebab kenapa saya nak sangat jadi Work At Home Mom ni.

Nanti next Lynd kongsikan apa itu hernia untuk kanak-kanak perempuan.

Kenapa Saya Suka Siti Nurhaliza

Siapa tak kenal dengan pemilik nama Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza 2

Ermmmm.. Dari dulu saya memang suka tengok dia sebab di cantik. Lagu-lagu dia pun boleh layan. Takder la fanatik tapi suka tengok kalau program ada dia.

Dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang. Macam saya cakap tadi saya suka tengok dia. Just tengok. Tapi recently baru saya rasa “kagum” dengan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin ni.

KUALA LUMPUR 15 January 2015. (UNTUK YATI/RAP SHJ) Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. NSTP/Munira Abdul Ghani

Sejak saya terlayan Instagram ni dia antara artis y saya suka tengok. Ermmmm… bukan seperti artis biasa kenapa saya suka follow dia. Ia gara-gara ada salah 1 video Dato’ Siti dalam kereta tengah promo 1 program dia ni dan saya terpandang “sesuatu” jari jemari beliau.

Saya ada screenshot “sesuatu” itu tapi saya dah terdelete kot dulu. Saya terpandang ada tasbih digital dijari beliau. (Kekaguman saya sampai tahap tak sampai hati nak guna “dia”).

Yess.. Start tu yang saya mula kaguuuuuummmm sangat ngan dia. Orang lain mungkin dah lama sedar dan mengkagumi dia tapi saya baru ok.

Memang terlambat Cik Lynd.

Apa yang buat saya tiba-tiba baru sedar?

Kerana saya baru sedar dia layak apa yang dia ada yang menjadi idaman setiap wanita. Dari segi kecantikan, kekayaan, kejayaan, budi pekerti dan pengiktiran. Dia cantik dari dalam.

Bila tengok video ni lagilah meremang bulu roma.

Yesssss.. video lama. Entah yang zaman bila tapi dia diiktiraf sebegitu dan tiada siapa yang dapat lawan level yang dia pernah capai.

Dia berjaya kerana kebersihan hati dia. Bertapa positifnya dunia dalaman dia dimana walau apa pun cabaran yang datang tak berjaya mengkotorkan perjalanan hidup dia.

Allah aturkan kehidupan dia. Maka Allah lambakkan segala Kekayaan kepada Dato’ Siti.

Adehhh.. camner nak explain eak. Kejayaan dia bukan nasib. Kejayaan dia sebab dia nak, dia minta dengan tuan punya dunia dan dia sabar saat diuji.

Siapa saya nak judge dia?

Biarlah. Saya Siti Norhaslinda.

Dia yang dah berjaya pun mengamalkan amalan menjemput rezeki. Kita?

Aduhhhh.. ketuk pala sendiri.

Patutlah kekayaan dia mencurah-curah.

Assalamualaikum.

welcome-september-7

September Menjengah.

Kejap aja dah September lagi 3 bulan berbaki sebelum tahun baru.

Bulan ni lebih istimewa bila Shaklee Malaysia menawarkan Energized Soy Protein ESP Shaklee.

Bagi yang sudah mengenali Shaklee pasti kenal sangat dengan ESP Shaklee kerana ia merupakan Hot Stuff rangkaian produk Shaklee.

Kepada penggemar Shaklee, apa lagi borong la buat stok sebab memang jimat sangat kalau time promo macam ni.

Apa Yang Istimewanya 1 Set Promo ESP September 2016?

# PERCUMA 1 Canister ESP dengan pembelian 6 Canister

# PERCUMA Keahlian Shaklee Seumur Hidup

# PERCUMA 1 Botol Vitalea Multivatimin yang bernilai Rm 88

# WANG TUNAI Rm 36 pada bulan October

# DISKAUN 10 – 20 % untuk semua rangkaian produk Shaklee

Siapa Perlukan ESP Shaklee ?

Siapa Perlukan ESP

Dapatkan Disini

Testimoni dan Segala Info Mengenai ESP Shaklee

Hubungi Lynd sekarang untuk pesanan anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...