Assalamualaikum.

Alhamdullillah.. Cik Indah ku dah berusia lebih 5 bulan.

Perkembangan Bayi 5 Bulan Bernama Cik Indah

Tak lama je lagi Cik Indah dah nak mula solid food.

Alhamdulillah sangat. Dia seorang budak yang sangat senang dijaga.

Indah Bayi 5 Bulan

Disukai oleh semua orang.

Orang kata dia comel dan baik… Alhamdulillah..
Kadang-kadang terfikir kalau semua anak macam Cik Indah ni sanggup beranak lagi 3 orang.

Hahahahah… bersabar la Cik Lynd oiiii..

Apa yang mudahnya Cik Indah ni ?

Perkembangan Bayi 5 Bulan

Dia tak banyak kerenah dan dia jarang menangis tanpa sebab maksudnya menangis minta didodoi ke.

Biasa kalau dia nangis pun sebab po-po, lapar, mengantuk atau nak sendawa.
And actually dia bukan menangis pun.. dia mengeluarkan bunyi.. Heeeee… What Ever terms lah.. Interaksi ibu dan anak memang kami je yang faham.

Plus.. since awal bulan hari tu lepas seminggu Cik Indah dirawat kat rumah sebab selsema dan batuk, dengan suspennya saya minta kebenaran Mr Papa untuk menjaga Cik Indah sendiri kat rumah sepenuhnya dan proposal diluluskan. (InsyaAllah.. next entry kenapa kami masih menghantar Cik Indah ke nursery)

Walaupun menjaga bayi 5 bulan kat rumah saya masih meneruskan bisnes online saya ini dengan lancar and even masih boleh menguruskan rumah tangga yang lain sebabnya Cik Indah ni kuat tido.

Dia ada rutin. Kalau bangun kol 7 tu, sengeh2 dan main-main ngan kakak-kakak. Dalam kol 9 lepas kakak-kakak dah pegi sekolah dia sambung tido balik, kadang-kadang tak sempat mandikan pun.

Then kol 11-12 pagi dia bangun, mandi dan sengeh dalam kol 1 tido lagi dan begitulah dia. Time tido memang dibiar aje meniarap sendiri dan tido.

Then yang paling best, Cik Indah ni sangat mesra Car Seat. Mama masih bebas kemana-mana walaupun ada baby. Paling jauh Cik Indah dok dalam car seat masa gi HQ Shaklee kat Pinnacle Tower, Sunway.

Posisi kegemaran tido dia adalah meniarap.

20151008_071844

Haaaa.. dia da pandai meniarap dan 2-3 hari ni dah start guling-guling. So tilam / toto kecik tu memang dah tak muat.

Memang suka masuk jari dalam mulut. Kadang2 2 belah tangan. Heeee.. What Everlah Cik Indah.

Sekarang ni mama da start buat research mengenai solid food. Sebab tak lama lagi Cik Indah dah boleh makan. Wahhhh.. excited lah jugak sebab 1st time Indah start solid food dengan mama berstatus WAHM.

Kalau dulu, Kakak Kaseh dan Kakak Awatif mama memang bekalkan homemade baby’s food. (Kat sini ada cerita solid food mereka)

Cik Indah lagilah mama akan berikan yang terbaik juga.

20151017_094050

Selamat Ulang Bulan Yang Ke 5 Cik Indah

Assalamualaikum.

Tajuk tu tak ingat.. Ketagih tu..

Waaaaa.. serius.. Kalau kena dengan perkara yang kita nak memang leka lah dok scroll gambar.

Melampau tak kalau Lynd kata pinterest ni lagi best dari InstaGram / Facebook

Apa yang best di Pinterest.

Pinterest ni memang tempat lambakan gambar yang sangat menarik yang disusun mengikut kategori. Kita boleh search topik yang kita inginkan.

Contoh : Girls Bedroom Idea

Bilik Tidur Perempuan

Maka berlambaklah gambar berkaitan. Di setiap gambar ada link ke blog / website sumber gambar tersebut dan kita boleh klik pada gambar jika kita nak tau lebih lanjut mengenai gambar tu.

Macam Lynd memang suka tengok gambar je. Heeee…

Then kalau kita nak simpan gambar tu untuk idea-idea kita tengok lain kali kita leh “Pin” dan save di “Board” akaun Pinterest kita. Tapi sebelum tu create akaun dulu lah. Mudah je just sign in cam biasa je.

Macam Lynd ni contoh “Board” Lynd.

Pinterest

Dah ada 10 board sekarang.

Pinterest 2

Board Gardening and Gardens yang paling menggila sekarang.

Board tu dinamakan ikut suka kita je nanti senang kita nak tenung balik.

Succulent Garden

Kegilaan Cik Lynd terhadap succulent garden ni sudah kembali.

Dulu pernah demam benda alah ni sekali. Masa tu sama ngan cik suami. Pastu ada kesilapan teknik sikit… (yang tu lah nanti Lynd cerita lain kali) so stop la cerita succulent garden ni.

Sekarang dah mula balik. Tapi buat masa sekarang cuci mata dulu next move nanti Lynd share.

So yang tengah active Lynd search sekrang selain succulent garden ni, indoor plant, small bathroom, file organising, budget, small office dan banyak lagi. Ikut mood hari tu.

Lynd takder lah explore semua lagi function kat Pinterest ni sebabnya “tak sempat”. Sebab bila dah bukak je memang sibuk dok klik gambar pastu pin. So tak sempat nak boring dan memberi ruang untuk mengeksplore segala function yang ada.

Ermmmm.. tak taulah kenapa kat Malaysia tak glamer benda ni. Tapi Lynd perasan ada juga yang gunakan Pinterest ni untuk berniaga. Ada info lain lagi pasal Pinterest ni Lynd share lagi ye.

————————————————————————-

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Kali ni Lynd nak kongsi 1 lagi testimoni Set Berpantang Shaklee. Yang menariknya sang suami yang belikan dan perkongsian ini dari kaca mata suami.

Testimoni Set Berpantang

Testimoni Dari Kaca Mata Suami Set Berpantang Shaklee

———————————-

“kali ni Papaglamz nak sharing testimoni Shaklee. Ni testi wife sendiri la. Senang. Depan mata kita nampak. Nak tipu pun buat ape kan? Bukan dapat manfaat. Lagi berdosa ade la kn kn kn kn.. Hehehe..

Papaglamz start kenal Shaklee ni dari kawan. Masa tu wife nak bersalin anak kami yang sulung. Nak tunjuk keROMANTISAN diri la kononnye cari kan Shaklee. 

Sebab ramai org cakap terbaek, terelok kau memang da bomb Shaklee ni. So, dapat la Papaglamz beli FULL set berpantang. Full set okay. Nampak tak Papaglamz sayang wife ketat-ketat. Hahaha.

Full set tu ade la ESP, Vitamin C, B-complex, Vita-lea, Zinc, dan Alfalfa. Lepas je bersalin wife Papaglamz pun makan la kesemua Vitamin yang Papaglamz belikan tu. Ni Papaglamz nak cerita. First week lepas consume semua tu, tetibe mak bidan yang mengurut wife Papaglamz tu puji yang rahim wife cepatnye mengecut. Yela die bidan kan die tau la macam mana rahim kecut atau pun tak kan? Siap gurau-gurau manje lagi dengan Papaglamz “UNTUNG KO FAIZAL RAHIM CEPAT KECUT”. Ok kat sini Papaglamz terkesima. Kenapakah aku yang beruntung? (Budget-budget otak ni suci murni kan). Hehehehe. Bila dah abes pantang baru Papaglamz faham. Ni tips, kalau nak bagi wife tu sihat sepenuhnya anda ayah-ayah sila la berpantang juga selama 100 hari. Faham bagus, tak faham dah. Hahahaha  Ok habis bab ni.

Ni pasal penyusuan. Alhamdulillah anak Papaglamz dah berumur 8 bulan masih lagi menysu ibu die. Rezeki die tuhan nak bagi kan. Walaupun wife Papaglamz tu kurus. Boleh bayangkan beratnya cuma 38, dah la tak duduk sama ngan Papaglamz. Bila tak duduk sama ni macam-macam la emosi ibu ni. Dengan tak lalu nak makanye la, makan yang tak tetap. Ditambah ngan kerja lagi. Haa kat sini peranan suami tu penting. Bagi support yang terbaik. Papaglamz suruh teruskan makan Shaklee. Dan Alhamdulillah. Die dapat menempuh hidup bersama anak walau jauh di sisi Papaglamz.

Ni lagi Papaglamz nak cerita. Pasal anak pulak. Yela, bila baby minum susu ibu ni, ape yang ibu tu makan forsure la kan baby akan makan sekali. Haaa ni nak habaq mai. Selama umur 8 bulan ni Alhamdulillah sehat. Demam sekali je masa tu umur 7 bulan sebab ibu die makan seafood banyak sangat then alah merah-merah sampai demam. Nasib baik time tu tengah cuti sekolah, wife bercuti duduk dengan Papaglamz. Mungkin vitamin yang wife Papaglamz makan tu Imtiyaz pun dapat jugak tu yang sistem pertahanan badan die pun kuat.

Haaa ni last, bila tgk wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je Papaglamz tengok.

So, Papaglamz pun curi-curi makan jugakz. Sekarang ni Papaglamz makan Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Alhamdulillah. Hidung tak la gatal-gatal. Dah jarang. “Performance” dengan wife pun subhanallah Allah sahaja yang tahu. Hehehe.

Jadi, kami sekeluarga masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee ni. Di tambah pula Papaglamz sekarang ni jadi SID, tiap2 bulan la usha-usha vitamin ape yang nak di beli. Sebab murah beb..!!! Hahaha.

—————————————————————————–

Wahhhhhh… Suami kat Malaysia ni kalau baca entry ni mesti nak order produk shaklee untuk wife masing-masing yang lagi best boleh tumpang sekali makan.

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum

Alhamdulillah kerana setiap hari Lynd sentiasa diberi peluang untuk belajar dan mengerahui perkara baru dalam Shaklee.

Kali ini Lynd nak kongsi kisah benar seorang ibu yang berkongsi Cara-cara Atasi Asthma Kanak-Kanak dengan Omega Guard Shaklee dan Mealshakes Shaklee.

Selamat mengikuti kisah

Cara-cara Atasi Asthma Kanak-Kanak

KISAH ANAKKU & ATHMA…

Hati ibu mana tak sedih kalau hampir setiap bulan anaknya terpaksa ambik nebuliser akibat athma…sikecil makin susut akibat kerap diserang athma..pantang cuaca sejuk..pantang tersilap makan..athma akan menyerang..

Itu yg Chek Yam alami..bila salah seorang dari kembar Chek Yam..Saffy Adleia@Dede kerap diserang athma..hingga satu ketika kerana terlalu kurang oksigen..terpaksa warded..tinggallah si kembar Dada dengan ayah dirumah..

Takdir menyaksikan keikhlasan seorang ibu saudara memberi Omega Guard secara percuma..tujuan asal utk anak anak dpt fokus pada pelajaran kerana Omega Guard berfungsi sebagai meransang kecergasan otak disamping pelbagai khasiat..sikecil ini pun nak juga..nampak selamba dia kunyah OG tu..masa tu usia baru 1 tahun 2 bulan..tapi teruskan juga..akhirnya Chek Yam beli lagi..diteruskan dengan Mealshake..

Sekian lama setelah berbulan bulan..Chek Yam perasan athma Dede hampir tiada…tiada lagi selsema dan batuk yg teruk..tiada lagi nebuliser setiap bulan..atau paling teruk seminggu sekali..

Alhamdulillah..syukur sangat sangat..Dede semakin pulih..makin berisi..Ini sebab kenapa Chek Yam pilih Shaklee..konsistensi menunjukkan kesihatan yg semakin cemerlang..sehingga hari ini Omega Guard dan Mealshake pilihan terbaik Chek Yam untuk Anak anak…tiada bau minyak ikan yg hanyir dengan Omega Guard..tak percaya tgk Dede dgn selamba kunyah Kapsul Omega..

Cara Atasi Athma Kanak-Kanak 2

Cara Atasi Athma Kanak-Kanak

Ya Allah.. berbunga-bunga hati Lynd baca sebab asthma atau lelah di kalangan kanak-kanak ni menjadi perkara hampir biasa tetapi dengan testimoni ini, ia memberi harapan baru kepada ibu bapa di luar sana.

Syukur sangat.

Sebelum ini pelanggan Lynd sendiri yang merupakan pelakon cilik Qistina, berjaya mengatasi masalah semput setelah mengamalkan mealshake.

Testimoni Meal Shake 2

Ikuti Feedback Ibu Qistina disini.

Dan lebih banyak testimoni Omega dapat membantu masalah athma atau lelah kanak-kanak –> Disini

Tiada yang lebih membahagiakan apabila melihat anak-anak sihat dan jika mereka sihat kita pun dapat menjalankan rutin harian lebih lancar.

Diharap perkongsian ini dapat memberikan sinar harapan kepada anak-anak kita.

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd “jalan-jalan’ kat closed group jutawan, terjumpa testimoni salah seorang pengguna ESP Shaklee sebagai Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee.

Jom ikuti perkongsian beliau.

Testimoni ESP Shaklee Untuk Set Ibu Hamil Shaklee

Testimoni ESP

Kisah Elin,Dari tak kenal, tak percayakan suplemen. akhirnyaaa.. tak boleh tahannnn.. TERJATUH CINTA jugak. lepas satu .. satu .. keajaiban bersama suplemen ini.. dgn izinNya.. jom baca

——————————–

Tak kenal maka tak cinta..”Saya mula kenal dengan Shaklee ketika naik kerja setelah habis pantang pada tahun 2012. Waktu tu suami cerita tentang ESP Shaklee yang boleh tingkatkan pengeluaran susu. Ketika itu saya hanya mengepam susu dan bagi pada anak saya, Nafisah menggunakan botol. Tiada “direct feed” sebab Nafisah tidak pandai menghisap. Pelik juga. Tapi saya biarkan je sebab pada saya lebih selesa . Masuk office saya pon bercerita tentang ESP tu dan terkejut Fai (mummy Shaklee saya) yang merupakan officemate rupanya SID. Saya tanya ada stock tak? Dia terus cakap ada dan promote saya set untuk breastfeeding. Waktu tu seingat saya, dia beri saya ESP, alfalfa dan b complex. Saya hanya mampu minum ESP setengah tong dan selebihnya terbiar. Begitu juga dengan vitamin lain. Sebab dalam fikiran saya seakan tidak berkesan. Saya mengharapkan kesan yang sangat cepat dan power. Ketika itu saya hanya mengamalkan air halba dan sup lobak putih. Alhamdulillah lebih berkesan dari Shaklee, saya katakana pada Fai.

Semakin hari, Shaklee mula glamour di FB. Saya ikuti blog dan Fb fai. Setiap hari ada saja testimony pengguna yang mengatakan Shaklee ni bagus. Dalam hati, ye ke. Okla layankan aje.

Mengandung dengan set hamil Shaklee

Bulan June 2013, saya ditakdirkan mengandung anak kedua. Kali ni saya cakap dengan suami nak try vitamin Shaklee. Saya contact Fai, saya cakap nak beli Vitalea dan b complex. Hanya mampu beli itu saja. Vitamin dari klinik saya tak makan. Suatu pagi, bangun dari tidur saya rasa kaki saya sakit mencucuk-cucuk, bagitau Fai dia kata kurang kalsium, try ambik Ostematrix. Dia bagi saya sample 1 biji. Hurm memang takde kesan. Hati terbukak untuk beli sebotol. Alhamdulillah lepas 2-3 hari saya rasa kesannya. Tiada sakit kaki, sakit pinggang, kebas-kebas kaki. Sepanjang pregnant tu saya memang tak putus bekalan Ostematrix dan saya langsung tak amik susu untuk ibu mengandung. Seabnya saya memang tak gemar susu, jadi berita baik saya berkenalan dengan pil kalsium Shaklee ni.

Jadi antara vitamin yang saya ambil sepanjang kehamilan adalah Vitalea, b complex dan ostematrix. Setiap kali check-up di Klinik Kesihatan Masai, HB saya semuanya atas 13. Nurse puji dan tanya apa rahsia. Saya jawab saya ambil vitamin Shaklee. Dia kata teruskan sampai pantang. Mengandung kali ni agak berlainan sebab saya kena uruskan anak sulung Nafisah. Setiap pagi kena dukung dia dari tingkat atas ke bawah, masuk dalam kereta dan hantar rumah pengasuh. Saya lakukan sendiri. Tiada istilah penat atau lenguh badan. Alhamdulillah sangat bertenaga sehingga hari bersalin.

Berpantang dengan Shaklee – bersalin secara ceaseran

Tanggal 19hb March 2014, saya selamat melahirkan Anas seberat 3.2kg secara ceaseran. Saya da cuba untuk normal namun tiada rezeki. Sama seperti anak sulung, low progress maksudnya jalan buka lambat. Saya minta dengan doctor pakar untuk ceaser sebelum mereka induce. Hari pertama bersalin, saya terus beri Anas hisap susu. Hebat, tak macam kakak dia. Pantas dia menghisap. Maklumla baru bersalin susu mungkin tidak banyak tetapi baby asyik menghisap sampai saya rasakan pedih, tapi sabar je la. Melihat anak orang lain terjerit-jerit sebab tak eknyang menysusu. Alhamdulilah Anas tak buat ragam, kata nurse dia menyusu puas la tu..

Selepas 3 hari di hospital, gembira dihati sebab dapat pulang melepaskan kerinduan pada suami dan Nafisah. Terus mesej Fai nak order set berpantang. Saya order Vitalea, B complex, Ostematrix dan zinc complex. Melalui pembacaan saya zinc sangat elok untuk penyembuhan luka ceaser. Pantang kali ni sangat unik sebab saya hanya ambil vitamin Shaklee, param dan pilis. Tiada maajun dan teh herba seperti pantang kali pertama dulu. Alhamdulillah sangat cergas, susu pun banyak, dalam seminggu da boleh bersin dan orang yang melawat tengok baby pon kagum saya sangat cergas. Dalam pantang pon boleh menyapu rumah, masak dan hidang air untuk tetamu.

Bisul pada baby Anas

Kami diuji apabila Anas mengalami bisul bernanah dikawasan antara dubur dan “bird” dia. Risau sebab pelik baby pon ada bisul. Bawa jumpa doctor di Pakar Soh Kluang. Doktor kata mungkin sebab infection dari najis, so kena kerap tukar pampers. Yela baby kan asyik membuang je dalam sehari. Saya dapat antibiotic dalam bentuk cecair. Harga ubat tu rm120 tau. Kata doctor lepas seminggu kena datang semula untuk susulan. Aduh risau hati bayi dalam pantang kena makan ubat cecair, memang sukar nak bagi, tapi kuatkan semangat dan alhamdulillah senang je Anas telan. Setelah seminggu, bisul tu still tak elok. Siap ada keluar mata bisul lagi. Memang seram tiap kali nak bersihkan najis, takut tersentuh dan pecah.ok

Pergi klinik lagi,  doctor bagi antibiotic yang lebih kuat katanya. Kenala rm60. Kalau elok, tak perlu datang semula sebab saya cakap saya da nak balik JB. Alhamdulillah bisul tu hilang.

Menyusukan bayi dengan Shaklee

Selepas habis pantang 44 hari, saya pon mula bekerja dan meneruskan rutin mengepam. Alhamdulillah sehari paling banyak dapat 12-13 oz , dua sesi mengepam pagi dan petang. Apa yang best, orang tegur eh slim la awak. Kembang setaman dalam hati.Memang betul bila timbang sama dengan berat asal sebelum pregnant. Suka..Memang puas hati mengandung dan berpantang dengan Shaklee, terus bincang dengan suami nak register ahli. Yela tengok Fai da boleh jadi WAHM, kita pon teruja la. Tanggal 6hb May bersamaan hari lahir saya, saya pon bergelar SID.

Masalah kulit kering bayi

Anas mengalami masalah kulit kering disekitar muka. Saya pon search apa yang elok untuk masalah kulit kering ni. Saya jumpa tentang minyak kelapa dara baby tropika. Sebotol rm19 , beli dijusco. Hampir sebotol guna, tapi kurang berkesan. Google and search lagi, kali ni jumpa herbal blend cream. Shaklee taman molek out of stock untuk cream ni. Tanya rakan-rakan SID lain pon takde. At last rakan SID dari terengganu bersetuju jual pada saya. Saya pon gunakan untuk kulit kering Anas, alhamdulillah berkesan sangat. Cepat betul kesannya. Maka secara rasmi cream ni jadi peneman setia Anas.

 

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Bisul Anas datang tanpa diundang. Kali ni, saya tak pelru pergi ke klinik. Hanya sapukan herbal blend cream dan surprise bisul tu hilang tanpa tinggalkan kesan. Tanpa perlu telan ubat! Syukur ditemukan dengan cream ajaib ni. Semestinya semulajadi, selamat dan berkesan.

Selsema dan batuk dengan Shaklee

Ibu menyusu ni bukan suka-suka boleh ambil ubat kan? Jadinya saya memilih cara selamat dengan menelan vitamin C + garlic complex sewaktu selsema dan batuk. Alhamdulillah selsema hanya 2 hari, hingus tiada. Batuk mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh.

Alhamdulillah, sekarang Shaklee merupakan teman kami sekeluarga. Sedaya upaya kami tidak mahu ambil ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. Amalkan gaya hidup sihat, pemaknan seimbang dan tampung kekurangan nutrient dengan supplement Shaklee. Terbaik.

Semoga menjadi asbab kebaikan untuk semua orang diluar sana.

—————————————————————–

Seronok membaca perkongsian beliau dan Shaklee. Sebenarnya seronok bila kita dapat menjalani kehidupan yang sihat dan kemudian kita akan excited nak kongsi dengan orang lain apa yang kita amalkan.

Lebih klik link di bawah Info Mengenai

Set Kehamilan Shaklee

Set Berpantang Shaklee

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum..

Sejak mama bersalin ni Kaseh selalu cakap yang dia taknak mengandung. Sebab takut kena belah perut tapi dia nak jadi doktor belah perut.

So far dia tak tau bersalin “belah perut” tu bukannya normal. Buat masa sekarang mama masih rahsiakan sebab tak tau nak explain macamana hal bersalin normal ni.

Mama Nak Cucu Tapi Kaseh Takut Bersalin

Ok back to ke phobiaan dia nak bersalin tu.

Kaseh : Ma.. kita taknak bersalin lah.

Mama : Kenapa pulak ?

Kaseh : Yela.. kalau kita nak keluarkan baby sapa yang nak belah perut kita? Takkan kita nak belah sendiri. Biar kita je la yang belah perut orang.

Mama : Laaa.. kan kawan-kawan doktor belah perut kakak kan ada. Nanti dia tolonglah belah perut kakak.

Kaseh : Ehhhhhh… mana boleh kita je yang boleh belah perut orang.

Mama : Habis tu mama nak cucu dari Kaseh macamana?

Kaseh : Biar Awatif yang bagi mama 5 cucu (Dia dah bengang). Kita taknak kawin sampai bila-bila kita nak dok ngan papa ngan mama je.

Sudahhhh.. harap benda ni hanya ketika dia kecelaruan emosi kanak-kanak 5 tahun sahaja Takut Bersalin.

takut bersalin

Kakak Mama nak cucu..

Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal cita-cita mesti Kaseh yang paling petah sebab dia dah 5 tahun so dia dah mula faham lah.

Thank to upin ipin jugak lah sebab menimbulkan topik ni dalam salah 1 episod.

Cita-cita anak ku

Kaseh : Ma.. Cita-cita tu apa?

Mama : Cita-cita tu kakak nak kerja apa bila besar. Apa cita-cita Kakak ?

Kaseh : Kita nak jadi “Doctor bedah perut orang mengandung”
(Panjang betul cita-cita dia)

Mama : Awatif.. cita-cita awak nak jadi apa?

Awatif : Hentah….
(Lebih kepada tak faham topik perbualan)

Kaseh : Haaaa.. apa kata Awatif jadi “polis kat hospital”

Mama : Mana ada polis kat hospital kakak? Polis kat balai polis la.

Kaseh : Ada la mama. Yang pakai baju putih yang tak bagi budak-budak masuk tengok orang kat hospital tu.

Lepas gelak mama meletus

Mama : Kakak..!!!! Tu pak guard bukan polis..!!!

Sadiss.. dia nak adik beradik dia keje hospital semuanya. Sorang doktor sorang “polis”.. Adil kah?

20150906_135646

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur sebab saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi secebis ilmu dari insan kerdil ini.

Kali ni saya nak terangkan lebih detail lagi apa keistimewaan ibu-ibu sekelian akan dapat jika mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee atau juga Set Penyusuan Shaklee di Vitalynd.Com ini.

Salah satunya adalah bimbingan dan sokongan dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

3 Sebab kenapa saya yakin akan berjaya membimbing ibu hebat diluar sana menjayakan penyusuan susu ibu.

1 # Pengalaman Menyusukan 3 orang anak

3 beradik

Alhamdulillah.. rezeki Allah dengan semangat saya untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya dan juga dorongan dari orang yang betul bagi menjayakan penyusuan susu ibu, ke 3-3 anak saya mendapat kebaikan susu ibu walaupun saya adalah ibu bekerja.

2# Latihan secara formal

Rezeki saya berpeluang untuk mendapat latihan dalam membimbing ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan susu ibu.

Saya mendapat latihan dari MBFPC Malaysian Breastfeeding Peer Counselor dan tersenarai dalam Peer Counselor bagi kawasan Meru, Klang.

mbfpc-header-logo

MBFPC adalah satu pertubuhan sukarelawan yang sangat komited untuk membantu menaikkan kembali semangat / budaya penyusuan susu ibu.

mbfpc

Selain MBFPC saya juga mendapat latihan dari Persatuan Penasihat & Pakar Laktasi Malaysia.

mbfpc hkl

Alhamdulillah menimba ilmu mengenai penyusuan susu ibu adalah menjadi passion saya walaupun tidak mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit.

3# Pengalaman Membantu Ibu Bermasalah Dalam Penyusuan.

senarai mbfpc

Apabila mendapat latihan dari MBFPC nama kita akan tersenarai dalam Senarai MBFPC mengikut kawasan.

Anda akan dihubungi oleh ibu-ibu yang bermasalah mengenai penyusuan susu ibu dan memberi bimbingan secara sukarela dan semestinya percuma.

Ia bukanlah paksaan dari pihak MBFPC tetapi ia menjadi passion saya bila sebut mengenai breastfeeding.

Saya ada beberapa pengalaman dalam membantu ibu menyusu dan kebanyakkannya adalah ibu dalam pantang.

Ada beberapa kes yang saya akan ke rumah mereka jika saya berkelapangan dan juga lokasi yang berdekatan.

Kenapa perlu kerumah?

Sebab kebanyakkan ibu yang bermasalah menyusu kerana ada masalah teknik dan cara menyusu baby, so saya kena tengok sendiri dan tunjuk cara yang betul apabila menyusukan bayi. Selain itu saya juga berkongsi tips-tips penting dalam menjayakan perjalanan  breastfeeding mereka.

Semua ini dilakukan percuma kerana minat.

Dan pulangan kenikmatan paling best adalah selepas sesi follow up mereka menyatakan mereka berjaya menyusukan anak mereka.

senarai mbfpc klang

Seronok sangat. Saya akan berterima kasih kepada ibu itu sebab cekal dan buat keputusan yang tepat dengan menghubungi mana-mana peer counselor.

Mereka berjaya bukan sebab bagusnya peer counselor itu tetapi kerana kecekalan mereka.

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ini memang banyak kenangan manis saya membantu ibu-ibu hebat ini.

Atas alasan inilah, saya tidak pernah menyarankan Set Menambah Susu Ibu / Makanan tambah susu ibu kerana susu ibu tidak akan jadi banyak dengan tiba-tiba tanpa cara yang betul.

Harap atas 3 sebab ini, ibu-ibu sekelian tidak berasa ragu-ragu lagi untuk memilih Set Bersalin Shaklee sebagai set berpantang terbaik anda.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum..

Hari ni Lynd nk kongsi

5 Sebab Kenapa Set Berpantang Shaklee Pillihan Terbaik

Sebab 1
 Mudah dan Lengkap

Set Bersalin Shaklee memudahkan urusan berpantang anda tanpa perlu mengabaikan amalan orang dulu-dulu

Sebagai contoh, wanita berpantang digalakkan meminum air kunyit untuk memulihkan badan selepas bersalin.

Kenapa kunyit ?

Kunyit semasa berpantang

Yes.. kerana kunyit mengandungi antioksidan dan juga anti keradangan yang sangat diperlukan oleh wanita lepas bersalin.

Dalam Set Berpantang Shaklee mengandungi B-Complex Shaklee yang menjalankan fungsi seperto kunyit malah pengambilan B-Complex semasa berpantang dapat memberikan rasa tenang kepada ibu yang dapat mengurangkan risiko meroyan.

Kesan Pengambilan B-Complex ketika Hamil

Satu lagi rahsia dan keistimewaan Set Bersalin Shaklee ini adalah terletak pada Zinc Complex.

Kenapa kita digalakkan makan ikan haruan semasa berpantang?

Suka tak ikan haruan?

Susah jugak nak cari kalau tak kena tempat.

Nak kena masak lagi.

Penyelesaiannya..

Ikan haruan semasa berpantang Ikan haruan mengandungi Zinc yang membantu proses merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin.

Set Berpantang Shaklee memudahkan hal berpantang wanita hebat luar sana dengan hanya perlu telan sahaja 1 tab Zinc setiap pagi.

Tak payah susah-susah cari ikan haruan.

Sebab 2 
Murah dan Jimat

Maksudnya?

Set Berpantang Shaklee adalah untuk kegunaan 3-4 bulan

Vitalea Multivitamin – 120 biji / 4 bulan

Sustained Release Vitamin C – 180 biji / 3-6 bulan

B-Complex – 120 biji / 4 bulan

Zinc Complex – 120 biji / 4 bulan

Ostematrix – 120 biji / 1 bulan

ESP Shaklee – 850 gram / 1.5 bulan

Sebab 3
Lengkap dan Menyeluruh

Set Asas Berpantang Shaklee boleh digunakan dari ketika hamil sehingga menyusukan bayi.

Set Berpantang Shaklee

Perghhhh.. tak ke senang tu. Tak payah fikir banyak-banyak untuk set yang berbeza.

Sebab 4
Selamat Untuk Ibu dan Bayi

Dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee ibu-ibu tak perlu risau samada pada diri ibu sendiri atau untuk bayi dalam kandungan atau bayi yang disusukan.

Malah rangkain produk Shaklee dapat membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin dan membekalkan susu ibu yang berkhasiat untuk bayi.

Sebab 5
Terbukti Berkesan

Saya sendiri mengamalkan produk Shaklee dari Set kesuburan sehingga set penyusuan. Alhamdulillah sangat berbeza rasanya berbanding dari berpantang anak sebelum ini.

Di bawak ini antara testimoni set Bersalin Shaklee

Testimoni kembali langsing selepas bersalin

testimoni bersalin3 testimoni bersalin

Ini adalah antara 5 Sebab Kenapa Set Berpantang Shaklee Pillihan Terbaik.

Maklumat lanjut mengenai Set Bersalin Shaklee

Dan saya tambah kelebihan mendapatkan Set Berpantang Shaklee melalui saya adalah :

Konsultansi Pengambilan dan pemakanan semasa berpantang dan juga guide line dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Siapa Saya Sebagai Pembimbing Penyusuan Susu Ibu.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Hampir 3 bulan bergelar work at home mom (WAHM), apa yang saya rasa…

Nak tau ?

Nak Tau?

Nak tau?

Rasanya…. SERONOK..!!!!

Tak payah terkejar-kejar masa waktu pagi, stress dengan orang, melayan “cerita orang”, dan macam-macam mensemakkan kepala.

Heeeee… Serius best…

Dulu.. Lynd selalu kenapa perlu kerja?

Lagi-lagi kerja yang kita tak suka.. yang kita tak suka apatah lagi kerja itu “menyakitkan”.

Sebab DUIT.

Takder ke benda yang kita leh dapat yang kita suka dan mendatangkan duit?

Contoh… penjual nasi lemak pada waktu pagi..

Seronok ke dorang bangun awal-awal pagi siapkan barang jualan dan lepas tu keluar berniaga.. dan lepas tu dapat duit..

Work at home mom

Heeee… viral hari ni.

Back to KERJA.

Kenapa kerja?

Jika matlamatnya hanyalah duit maka timbullah segala kelemauan yang BEKERJA.

Tipulah kalau sapa kerja taknak duitkan. Semua orang nak duit.

Tapi kita semua ni hidup.. we are alive..

Kita nak lalui hidup ini dengan seronok dan bahagia. Alangkah bahagianya jika kerja yang kita buat setiap hari semestinya menyeronokkan.

Walaupun apa kerja kita samada keje 8-5, bekerja sendiri atau apa sahaja semestinya 8-10 jam waktu kerja kita itu kita nak lalui dengan seronok.

Seronok pergi kerja, balik rumah keluarga yang membahagiakan dan hujung bulan dapat gaji dan berbelanja untuk kehidupan dengan selesanya.

Itu yang diingini WALAUAPA pun kerja anda.

So adakah kerja anda sekarang menawarkan kehidupan sebegitu?

Jika tidak, anda ada beberapa cara ke arah kehidupan yang menyeronokkan..

  1. Cari sisi seronok kerja anda
  2. Jadikan kerja anda seronok
  3. Cari kerja lain
  4. Jana duit dari apa yang anda suka buat.

Kita tak boleh kata yang kerja sendiri ni adalah yang terbaik sebab kehidupan kita ini masih perlukan pekerja. Jika semua orang nak jadi nelayan siapa nak tanam padi?

Lebih kurang gitulah semua PEKERJAAN saling berkait.

Next..

Pekerjaan Yang Memberi Manfaat

Walau apaaaaaaaaaa pun kerja anda, cari sisi yang memberi manfaat kepada orang lain pada pekerjaan anda itu.

Contoh kepada penjual nasi lemak tadi. Jika semua orang tak berniaga nasi lemak, jika kita nak makan nasi lemak kita terpaksa masak sendiri.

Beb… sapa yang tegar nak masak nasi semangkuk untuk makan sendiri setiap hari.

Maka penjual nasi lemak itu bekerja memberi manfaat kepada orang lain dengan menyediakan sarapan nasi lemak.

Contoh lain, jika anda seorang technician yang ditugaskan untuk membetulkan mesin yang rosak di sebuah kilang. Apa manfaat kerja anda pada orang lain? Sebabnya bila mesin rosak seronok je operator melepak tak perlu jalankan mesin. Siap kena perli lagi bila kita siapkan mesin dalam masa yang cepat. Sebab mereka kena kembali jalankan mesin…. Itu fikir pendek..

Fikir panjang.. mesin rosak.. kita tak dapat betulkan.. mesin tak jalan (Operator seronok).. tiada output dari mesin.. tak dapat supply kepada pelanggan.. pelanggan  tak happy.. no bisnes.. tiada duit masuk.. nak bayar gaji anda dan operator tu dengan apa?

Soooo… walau apa pun kerja anda.. cari sisi manfaat kerja anda kepada orang lain.

OFF TO WORK

Kerja..

Idea ni saya dapat lepas saya stalk IG retis-retis.. Melihat kehidupan mereka penuh glamer. Jumpa orang sana sini, having fun, nyanyi-nyanyi dan macam-macam lagi. Berbisik “Seronoknya life dorang”

Then… ada juga hari-hari tertentu artis-artis ni buat caption

“Off to work”.

Then saya terfikir.. “mereka bekerja”. Yes.. mereka bekerja dimana yang kita tak suka dengan perkataan “Pergi Kerja”.

Maka sel otak ni terus berhubung dan berfikir kenapa kita kerja. Kita nampak life artis ni menyeronokkan dan hakikatnya life yang mereka paparkan itu adalah ‘”pekerjaan” mereka.

Dengan kata lain pekerjaan mereka itu menyeronokkan.

Takkan jadi artis je hanya pekerjaan yang menyeronokkan.

Takkan takder kerja lain yang menyeronokkan?

Sooooooooo… itu yang menjadi tugas kita semua ni :

Mencari keseronokkan dalam kerja kita

@

Mencari pekerjaan yang menyeronokkan.

Apa yang menyeronokkan?

Tanyalah diri sendiri. Apa yang anda suka?

Just do it..

Dan jana DUIT darinya.

Work At Home Mom

images

Berstatus bekerja dari rumah.

Diulang ye… BEKERJA..

Mean WAHM juga kena bekerja. Cuma waktu kerja kami flexible.

Dan kerja yang nak dikerjakan pun pelbagai dan mempunyai ruang untuk seronok sebab apa yang dikerjakan itu adalah pilihan kita.

Yes… Entry ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri.

Sebab dari dulu Lynd selalu terfikir kenapa kena kerja selain sebab duit.

Makin lama makin Lynd jumpa jawapanya.

Semua orang perlu kerja untuk hidup. Tapi kita ada hak untuk bekerja dengan gembira kerana kerja juga sebahagian dari hidup kita. Maka jadikan kerja kita itu membahagiakan dan menjadi alat untuk kita mengumpul pahala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...