Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur.. itu yang hanya boleh Lynd sampaikan.

Kehidupan Lynd bertambah baik dari hari ke hari. Ini bukanlah bermaksud sebelum ini tidak baik tetapi sebelum ini dirasakan sudah cukup baik tapi makin hari makin banyak rahmat Allah yang dikurniakan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sudahnya mulut dan hati hanya mempu melafazkan syukur.

Bila dah terlebih excited tapi tak tahu nak descibe macamana sudahnya hanya mampu SENYUM.

Saat ditanya “Dalam keadaan macamni pun ko mampu senyum ?”

Rahmat Allah.. saat macamana pun saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk senyum walaupun tanpa sebab.

Hikssss…

Panjang pulak intro.

Salah 1 kesyukuran adalah saya sudah terjebak dalam golongan orang yang suka join aktiviti sedut ilmu.

Jika dulu baca pun taknak malah sekarang sanggup invest masa, keringat dan wang demi ilmu. Mungkin ramai yang tak faham kepentingannya, it’s ok, teruskan berdoa untuk anda dibukakan hati dan dibawa oleh Allah untuk terjebak dalam sesuatu yang bermanfaat dalam hidup anda. It can be anything but i already found mine.

7 November 2015, saya telah menyertai Program Cash Flow Mega anjuran Mekanik Wang aka Abang Abu.

Jujur saya baru sahaja mengenali insan hebat dan humble ini tetapi disebabkan jatuh cinta dengan update beliau di facebook maka saya nekad untuk join program ni disamping para panel yang hebat-hebat.

Siapa itu Abang Abu ?

Terus terang cakap saya memang tak mengenali beliau terlalu detail dan yang saya hanya tahu mengenai tips pengurusan kewangan beliau dan saya yakin saya hanya baru mendapat ilmu dari beliau terlalu lah sedikit.

Dan saya sudah memasukkan nama beliau dalam senarai-senarai mentor yang saya hormati dan kagumi.

Allah.. tak terluah dengan kata-kata.

Terlalu banyak perkongsian yang bukanlah tak mampu untuk saya kongsikan disini tetapi errrrmmmmmmm… shut up Lynd.. stop with the excuse.

Hahahaha.. ok lah.. Lynd share antara point-pointnya.

5 Rukun Kekayaan

1 # SENYUM – dalam apa jua keadaan. Yes.. what ever.. dan selagi orang tak kata anda gila anda takkan kaya.

2 # ENERGY HIGH – Selalu tinggi. Bangun pagi dan dalam apa jua keadaan. Energy high akan menarik perkara baik datang kepada kita.

3# NIAT – Sentiasa beritahu otak apa niat kita untuk menjadi kaya.

4 # SYUKUR – No complaint. Orang yang sentiasa excited adalah orang yang selalu bersyukur.

5 # IKHLAS – Allah bagi rezeki berdasarkan keikhlasan dan level keikhlasan kita hanya Allah yang tahu.

Antara Panel yang terlibat selain Abang Abu sendiri adalah Fizo Omar, Dr Zaharuddin dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Saya sudah beberapa kali mendengar perkongsian Fizo Omar semasa program Doctor Azizan Osman tetapi setiap sesi sentiasa memberikan pengajaran yang baru dalam kisah hidup Fizo Omar.

cashflow program fizo

Selain kes saman 8 Juta dan bagaimana dia bangkit membina FOC (Fizo Omar Channel) kali ini beliau menceritakan mengenai bagaimana “keterpaksaan” dalam melakukan sesuatu pekerjaan membuatkan beliau sentiasa mengupgrade diri.

Dan point ini saya sangat pegang.

Setiap ujian yang Allah berikan pada kita adalah untuk menjadikan kita yang lebih baik.

Bagaimana keterpaksaan menjadi kebiasaan dan kemudian kepakaran dan seterusnya boleh menjadi sumber pendapatan dan kekayaan.

1 lagi sentiasa melihat masalah sebagai peluang. Dan kita gunakan kepakaran kita untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Perkongsian Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula menyedarkan saya bahawa kenapa kita orang islam atau bangsa kita perlu bangkit berniaga. Bagaimana orang berniaga berjihad untuk agama.

Beliau adalah bekas presiden Johor Corporation, menceritakan bagaimana kepentingan umat Islam khususnya di Malaysia dalam memastikan kita mendapatkan makanan yang disahkan Halal dengan pengambilan KFC Malaysia.

Sebuah syarikat Malaysia yang dijalankan oleh orang islam semestinya mereka faham dan tahu mengenai kepentingan makanan halal kepada umat islam.

Dan banyak lagi perkongsian beliau yang membuka mata mengenai pentingnya kita menerajui syarikat besar dengan bermulanya denga perniagaan kecil.

cashflow program 1

Manakala perkongsian Ustaz Zaharudin lebih menjurus kepada pandangan islam terhadap kekayaan.

Rukun Islam ke 4 menyatakan kepentingan umat islam menunaikan zakat. Seperti yang kita tahu zakat dalam islam ada beberapa jenis. Zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat simpanan dan lain-lain.

Setiap zakat tersebut ada kritiria yang melayakkan kita membayar zakat tetapi secara asasnya makan banyak pandapatan  / simpanan kita makin banyak kita perlu bayar zakat. Makin banyak zakat kita sumbangkan lebih banyak umat islam dapat dibantu dan semestinya ia menjadi pelaburan untuk saham akhirat kita.

Allah..

Terlalu banyak yang Lynd boleh share tetapi feel tu mungkin tak sama dengan jika anda menghadiri sendiri program-program begini.

Sekarang kita tak hanya belajar dengan cikgu. Tetapi kita belajar dengan orang yang orang berjaya yang willing to share bagaimana mereka boleh berjaya.

Allah.. syukur.. itu hanya yang boleh nyatakan. Dibukakan hati untuk terjerumus dalam dunia gila ilmu disaat ramai orang mereka sudah bagus dengan apa yang ada.

Allah.. jauhkan aku dari rasa itu dan jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa merendah diri dan gilakan ilmu-Mu.

Amin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur atas segala rahmat Allah yang tidak terhingga.

Tidak dapat nak gambarkan dengan kata-kata atas segala yang Lynd lalui hingga ke hari ini.

Allah bukakan hati yang kita rasanya hanya seinci tetapi kerana seinci itu rupa-rupanya Allah membuka ruang yang lebih besar.

Dulu, Lynd hanyalah seorang ibu yang “redha” dengan apa yang Allah berikan. Redha dengan erti kata lain menerima segala yang ada depan mata dan membiarkan hidup Lynd ditentukan oleh “takdir”

Tidak berani berfikir selain dari apa yang ada depan mata.

Tapi kuasa Allah, usah ditanya bagaimana, dengan pendaftaran Rm 65.00 sebenarnya merupakan pelaburan pertama saya untuk saya mendapat yang lebih besar.

Dengan Rm 65 saya berani bermimpi dan seterusnya gagah untuk melangkah mengejar mimpi saya. Mimpi baru yang memusnahkan mimpi lurus saya.

Terima kasih Allah.

Terima kasih Jacky.

Terima kasih Group Jutawan.

Saya sepatutnya mengarang mengenai impian saya di posting ini. Tapi nampaknya ia menjadi posting kesyukuran.

Dengan Rm 65 membuka pintu untuk saya melangkah ke dunia baru.

Sangatlah rugi jika Allah tidak membuka pintu hati orang yang membaca posting ini untuk tidak mengambil langkah seterusnya dengan melabur Rm 65 untuk menjadi kunci kepada dunia baru.

Kerana Shaklee Impian ku untuk menjadi seseorang di syarikat orang lain berkecai.

Kerana Shaklee saya terpaksa membina impian baru saya. Impian yang menjadi bekalan saya dan keluarga di akhirat kelak.

Terima kasih Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...