Assalamualaikum.

2-3 hari ni mood berbisik mula kembali.

Tapi kali ni bukan di facebook.

Tapi di blog Vitalynd.com ini.

Dan belum datang mood nak cerita mengenai perkembangan terkini kehidupan ni dimana memang masih dalam mode menyesuailan diri.

Ok. (Baru lepas tengok calender).

Dah 9 January sudah.

Perumpamaan hidup Lynd sekarang..

Seperti.. sebuah meja yang berselerak dengan kertas. Macam-macam kertas ada. Yang penting.. nota.. bil-bil dan segalanya. Lynd cuba nak mula kerja dan menggunakan meja tu tapi dah berselarak.. jadi tak tahu mana nak mula dan guna dahulu.

Bisnes Shaklee Alhadulillah.. Allah kurniakan rezeki melalui blog comel ini. Ada sahaja stranger yang contact untuk dapatkan produk Shaklee

Lynd baru lancarkan bisnes baru iaitu LadyLynd Beauty House. Dimana Lynd menyediakan rawatan spa seperti facial, lulur dan urutan secara mobile dan juga home spa.

Alhamdulillah. Dalam proses marketing dan mencari pelanggan.

Alhamdulillah juga Lynd dalam proses menceburkan diri dan sedang belajar untuk membuat pelaburan property. Alhamdulillah. Lynd masih dalam proses belajar

Bulan January jadual sabtu Lynd dipenuhi dengan seminar dan proses pembelajaran.

Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk Lynd belajar.

Doa Lynd semoga Lynd diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengamalkan segala ilmu yang dipelajari dan kemudiannya diberi bimbingan oleh Allah untuk terus melangkah jalan yang benar.

Tiada tempat lain untuk Lynd meminta dan mengadu. Hanya Allah.

allah-forgive-us_l

Allah.

Lynd.. jika rasa tak tahu mana nak mula.. Allah ada

Jika rasa tak berdaya Allah ada

Jika rasa malas Allah ada

Jika rasa lost Allah ada

Jika rasa “tak kuasa” Allah ada

Allah ada.. Allah ada.. Allah ada..

Lynd beruntung kerana tidak pernah diberi uiian yang berat.

Atau Allah kuniakan kekuatan untuk Lynd rasa setiap ujian itu adalah ringan.

Allah menyayangi kita.

Allah..

Jangan Kau golongkan aku dalam golongan yang sesat dan rugi.

Allah..

Berikan aku kekuatan dan petunjuk untuk menuju kejayaan iaitu Syurga-Mu.

Allah..

Pilihlah aku.. Untuk menjadi Hamba-Mu yang beriman.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

2 January 2016

Alhamdulillah kerana buku baru 2016 sudah bermula.

Azam?

Impian?

Sememangnya untuk menjadi yang lebih baik.

Kehidupan yang aman dan tenang mengharungi perjalanan hidup.

Lynd punya segalanya dalam hidup ini.

Terima kasih Allah.

2016 perjalanan agak berbeza dari 2015

Bukan lagi bekerja menunggu gaji dan kemudian membayar hutang.

Alhamdulillah salah 1 impian Lynd 2015 termakbul iaitu berhenti dari makan gaji.

Dan seterusnya bebas hutang.

Alhamdulillah.

Maka 2016 dilalui untuk berniaga dengan lebih serius dan kemudian belajar mengenai pelaburan hartanah.

Itu impian 2016 Lynd.

Tapi sebelum Lynd melanglah lebih jauh dalam 2016 ni.

3 perkara penting yang Lynd nak focus pada awal tahun ni.

Iaitu :

  1. Jaga SOLAT
  2. Bangun AWAL
  3. Jaga SEDEKAH

Bila mula?

Hari ini.

Bermulanya cabaran 60 menjaga 3 perkara di atas semoga menjadi habit

Wish me luck girls.Happy-New-Year-2016-Best-Wishes-Wallpaper

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...