SEBALIK VITALYND EMPIRE
—————————

Assalamualaikum..

Hari ni Lynd excited sangat nak share pasal nama Vitalynd Empire ni.

Ok. Kepada sesiapa yang serius nak bisnes Shaklee memang digalakkan.. Ermmm.. “Diwajibkan” membina Empire / Nama kumpulan.

Barulah lebih mudah kita mentadbir bisnes kitakan.

Pengedar Shaklee ramai jadi kita perlu letakkan identiti pada perniagaan kita.

Dan tak semua pengedar shaklee komited. Ramai yang join atas sebab trend. Jadi nak kenal yang komited melalui nama kumpulan mereka dan Vitalynd adalah salah 1 nya.

Ok.. berbalik pada Vitalynd Empire.

Nama Vitalynd tu dicadangkan oleh upline Lynd. Kombinasi antara Vitamin + Lynd.

Tapi serius Lynd suka kembang semangkuk lah bila dapat nama tu. Yelah.. nama kita tertulis gah kan sebagai sebuah kedai.

Maka tertubuh lah www.vitalynd.com
Blog bisnes Lynd.
Masa tu memang bangga lah.
Cuba korang bayangkan nama korang sebagai sebuah website.
Hahahah.. Tipu lah kalau korang tak seronok.

Then..
Dok pikir pulak nama group Lynd. Masa tu konon nak letak ReLynd Empire.
Kombinasi antara nama suami Redo + Lynd.
Suuwitttt sangat

Tapi sebab sakit hati dan kecewa dia bukak bengkel tak letak pun nama kita. Redoz Motorsports Autoservice

Frust tau..
Kita konon nak suwit. Dia balas dengan kemasaman.
ReLynd Motorsport Autoservice..
Tak ke suwit tu..
(Jauh dilubuk hati rasa gak nama tu agak manja untuk sebuah bengkel kereta)
Ahhhhh.. Tak kira.. Sakit ati juga.

Maka tertubuhlah..
Vitalynd Empire..
Sebuah kumpulan yang menjadi tempat berkumpulnya orang-orang yang ingin berjaya.

Lynd anggap ahli yang berdaftar dengan Vitalynd Empire ini sebagai amanah dan tanggungjawab Lynd.
Memberikan konsultansi kesihatan dan latihan untuk menjalankan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah..
Ahli semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Tapi Lynd perasan tiap kali Lynd nak taip nama Vitalynd kat google.. Mesti akan keluar perkataan “Vital”

So last week Lynd hilang focus kejap.. Search maksud perkataan “Vital”.

Wahhh.. terharu.. bergenang air mata Lynd.
Maksud Vital tu sangat kena dengan Lynd dan macam satu doa pulak.

Vital = Lively, energetic

Dan yang buat lagi best.. Masa zaman mrsm dulu cikgu pernah suruh cari 1 perkataan yang menggambarkan diri kita dan bermula dengan huruf yang sama dengan nama kita.

So..
Buka kamus..
Jumpa perkataan Lively.. So Lynd gunalah nama “LiveLy Lynd” bertahun jugak la sebagai fb name. Iya sebab nak bisnes punya pasal tukar letak nama sebab untuk personal branding.

Masa keremajaan kan suka buat signature pelik2.. konon2 trademark even pernah guna nama “Lively_best” as my email adress.

Wahhhhhh.. panjang pulak cerita pasal Lively ni.

Tapi apa2 pun ai is suka..
Rasa macam Allah turunkan ilham nama Vitalynd tu mmg special setepek untuk Lynd ja.
Walaupun bukan Lynd yang come out with that name kan.

Semoga Allah sentiasa limpahkan semangat dan tenaga yang membuak-buak kepada ahli dibawah Vitalynd Empire

Syukur sangat

Lynd akan jalankan tanggungjawab Lynd kepada ahli Vitalynd Empire dengan penuh semangat dan bertenaga.

Pesanan khidmat masyarakat :

1. Nak join Vitalynd Empire kena fikir siap2 nama Empayar atau Legasi anda. Kita bincang sama2 pun boleh.

2. Kena berjiwa besar dan kita akan sama2 saling beri semangat nak bina empayar masing-masing.

3. Once dah join.. jangan salahkan Lynd jika anda sentiasa dihantui keterujaan Lynd

🤔🤔 Terpikir.. kalau letak nama Relynd Empire dulu ni agak2 keje bersuwit dengan suami ja la kot. Asyik beranak ja la keje. Beranak anak Shaklee takpa juga.

Merapu dah.. Ok bai..

#VitalyndEmpire
#JomFikirNamaEmpayarAnda


Berminat menyertai Vitalynd Empire?

Daftar Ahli Shaklee Bersama Vitalynd

Ingin mempunyai empayar dengan nama sendiri?

Website / Blog dengan nama sendiri?

Daftar Ahli Shaklee bermasa Vitalynd Empire.

Lynd akan ajar dan sama-sama bekerja membesarkan empayar masing-masing.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Salam Isnin.. Macamana hari anda hari ni?

Cik Lynd hari ni super excited sebab masak special menu dan juga make over family area sikit.

Entry ni special nak cerita apa yang Cik Lynd masak hari ni. Dari malam tadi lagi dah susun segala bagai menu yang akan disediakan.

Apa yang kecoh sangat Cik Lynd?

Hahahaha.. Alkisahnya since dah pindah ke penempatan baru ni agak sukar nak dapat sayur-sayur kampung kat sini. Tak tahulah kenapa sedangkan jarak tak sampai 10km pun dari tempat dulu. So dalam seminggu 2 ni memang asyik teringat dah lama tak makan pucuk meranti.

Ahad lepas singgah pasar Meru. Ya Allah rambang mata tengok sayur-sayur kampung yang segar dan murah. 3 ikat 5ringgit. So Cik Lynd rembat pucuk meranti 2 ikat dan pucuk ketereh 1 ikat.

Sebab dah ada pucuk ketereh yang fresh dan muda tu maka kena lah ada budukan. Setelah sekian lama Cik Lynd dan budu perang dingin maka kami istihar genjatan senjata. Mau tak hangin ngan budu ni kalau dok kat dapur tu nampak macam melambai-lambai ja ajak makan nasi. Kalau dah makan mesti takdernya sikit-sikit mesti bertambah. So setelah sekian lama budu tidak dibenarkan masuk ke rumah akhirnya kali ini Cik Budu dijemput hadir.

Dah cukup meraban pasal budu.

So pagi Isnin tu kol 10 dah start masuk dapur dah bila Cik Indah tidur. Tak sempat dah nak menyapu dulu ka apa ka memang terus tuju ke fridge.

20160829_101945

Ini lah rupa pucuk meranti itu.

Tengah dok potong sayur tu Cik Indah bangun makan jadi assistant lah dia.

20160829_104736

Asal dia diam takperlah. Susah jugak kalau tak kasi nanti dia dok pegang kaki lagi susah nak bergerak.

Ketung ketang kol 11 lebih dah siap hidang. Peghhhh.. tak sabar nak makan pulak tapi nak kena tunggu The Kakaks balik sekolah dulu.

20160829_113537

Ikan kembung tu ada yang goreng ada yang bakar tanpa garam dan kunyi. Memang nikmat dunia lah. Syukurrrrrrr… menu tak seberapa ni memberi kenikmatan yang tak terhingga.

Belum pun santap makan tengahari kaseh nampak jagung tin, maka dia minta pulak bubur kacang hijau + jagung.

20160829_140105

Dah.. berbubur pulak petang tu. Nasibaik santan beli lebih so tak payah gi kedai dah. Kaseh makan beria sampai dia lupa nak tinggalkan untuk papa dia. Hahaha..

Settle hal menu hari ni dengan cemerlangnya. Esok dah mula balik pening tak tau nak masak apa.

Seronok sangat bila dapat sediakan makan minum anak-anak sendiri. Paling best dapat lunch dan hidangkan makanan sendiri untuk keluarga.

Ini adalah salah 1 kehidupan impian Lynd. Dan banyak lagi Impian yang sedang dikejar dan dipermudahkan dengan Shaklee.

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Wahhhh.. semangat berbelog sudah kembali lagi..

Kipidap Cik Lynd..

Life as Work At Home Mom

Ermmm.. Lynd tak nak compare surirumah vs wanita bekerjaya ka apa. Apa pun pilihan kita semstinya terbaik untuk diri dan yang tersayang.

Hampir 1 tahun Lynd berhenti bertugas sebagai jurutera. Dan Lynd masih lagi ermmm.. bukanlah menyesuaikan diri tetapi masih lagi melakukan improvement dalam kehidupan Lynd.

Setiap hari mencari ruang untuk melakukan yang lebih baik sebagai Hamba Allah, Isteri, Ibu, Anak dan masyarakat.

Rutin harian Lynd bermula dengan menghantar anak-anak gi sekolah. Kaseh dan Awatif start sesi tadika pada pukul 8.20 pagi dengan assembly so Lynd hantar dalam kol 8 lebih la.

Tadika Dzul Iman jarak dalam 5 minit dari rumah, kadang-kadang tu angkut Cik Indah sekali kalau dia dah bangun and mood kakak-kakak cinta hati tu suruh bawak adik dia sekali.

WAHM

Ni berenti tepi tasik jap “tengok’ orang beriadah. Tengok ja sebab ada budak kecik tak mandi lagi ni dok melekat ja. Obettt nak? Orang ajak selpie tak nak senyum.

Balik dari hantar anak tu, mandikan Indah and sapu sampah sikit-sikit sementara tunggu papa siap mandi.

Rutin kami pagi sebelum bukak bengkel kami akan keluar sarapan sama-sama. Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak hala ke mana dah bersarapan.

Tapi macam hari ni ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebab nak renew lesen Redoz Motorsport Autoservice. Sarapan mee kari pekat likat hari ni.

Kadang-kadang ikut papa keluar macam gi spare part ka buat teman sembang papa plus mama saja ja la nak merayap.

Sampai rumah dah ngam-ngam amik budak balik tadika. Terus merayap ke Tesco. Tujuannya nak cari tempat po-po Siti and Situ, Yang kat Wondercat tu mahal sangat pulak tapi memandangkan sebab xdak juga, makanya memang kena rambat yang kat sanalah. Tak lalu dah Cik Lynd nak mencedok hari-hari.

Balik tu melepak lah dengan anak-anak.

WAHM 2

Life with 1 year old kid. (Almost 1 year)

Sabar ja la. Kadang-kadang biarkan aje.. malas nak layan perasaan mendidih tu budak buat sepah.

Masak?

Takder la tia hari sebab tengok la kalau tak ikut papa keluar masak lak kalau tak macam hari ni bungkus subway ja untuk papa kat tesco tadi.

Malam lagi lah jarang masak. Ermmm.. boring jugak makan kat rumah ja.. hahaha.. i know my husband..

Lepas maghrib ja kami 5 beranak ni mula la melilau cari tempat makan.

Malam ni sume tido awal termasuk lah En Suami tercinta. So mama masuk SOHO awal malam ni.

And tadi Lynd ada sesi bimbingan breastfeeding untuk pelanggan Set Berpantang Shaklee. Memang Lynd dah niat untuk pelanggan Lynd akan guide mengenai breastfeeding jika mereka memerlukan bantuan.

Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah.. Happy sangat dengan life sekarang dan proses improve diri setiap hari membuat Lynd sentiasa excited untuk mejalani kehidupan.

Alhamdulillah sangat sebab Allah sentiasa berikan kebahagian kepada Lynd dan keluarga.

Life as Work At Home Mom


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

2-3 hari ni mood berbisik mula kembali.

Tapi kali ni bukan di facebook.

Tapi di blog Vitalynd.com ini.

Dan belum datang mood nak cerita mengenai perkembangan terkini kehidupan ni dimana memang masih dalam mode menyesuailan diri.

Ok. (Baru lepas tengok calender).

Dah 9 January sudah.

Perumpamaan hidup Lynd sekarang..

Seperti.. sebuah meja yang berselerak dengan kertas. Macam-macam kertas ada. Yang penting.. nota.. bil-bil dan segalanya. Lynd cuba nak mula kerja dan menggunakan meja tu tapi dah berselarak.. jadi tak tahu mana nak mula dan guna dahulu.

Bisnes Shaklee Alhadulillah.. Allah kurniakan rezeki melalui blog comel ini. Ada sahaja stranger yang contact untuk dapatkan produk Shaklee

Lynd baru lancarkan bisnes baru iaitu LadyLynd Beauty House. Dimana Lynd menyediakan rawatan spa seperti facial, lulur dan urutan secara mobile dan juga home spa.

Alhamdulillah. Dalam proses marketing dan mencari pelanggan.

Alhamdulillah juga Lynd dalam proses menceburkan diri dan sedang belajar untuk membuat pelaburan property. Alhamdulillah. Lynd masih dalam proses belajar

Bulan January jadual sabtu Lynd dipenuhi dengan seminar dan proses pembelajaran.

Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk Lynd belajar.

Doa Lynd semoga Lynd diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengamalkan segala ilmu yang dipelajari dan kemudiannya diberi bimbingan oleh Allah untuk terus melangkah jalan yang benar.

Tiada tempat lain untuk Lynd meminta dan mengadu. Hanya Allah.

allah-forgive-us_l

Allah.

Lynd.. jika rasa tak tahu mana nak mula.. Allah ada

Jika rasa tak berdaya Allah ada

Jika rasa malas Allah ada

Jika rasa lost Allah ada

Jika rasa “tak kuasa” Allah ada

Allah ada.. Allah ada.. Allah ada..

Lynd beruntung kerana tidak pernah diberi uiian yang berat.

Atau Allah kuniakan kekuatan untuk Lynd rasa setiap ujian itu adalah ringan.

Allah menyayangi kita.

Allah..

Jangan Kau golongkan aku dalam golongan yang sesat dan rugi.

Allah..

Berikan aku kekuatan dan petunjuk untuk menuju kejayaan iaitu Syurga-Mu.

Allah..

Pilihlah aku.. Untuk menjadi Hamba-Mu yang beriman.

Assalamualaikum.

Lama menyepi di sini.

Bukan merajuk apatah lagi menghilang.

Cuma proses penghijrahan dan mengembara dalam diri untuk terus melangkah.

Bertuah kerana dipilih Allah untuk diuji.

Usah toleh ke belakang.

2016 bersedia untuk di teruskan.

Perjalanan ku menuju matlamat hakiki iaitu Syurga Allah entah bila akan berakhir.

Tapi sesungguhnya.. Perjalananku untuk menjadi orang yang paling dekat dengan Allah masih jauh.

Banyak perlu diperbaiki.

Banyak perlu dipelajari.

Banyak yang perlu dijaga.

Allah.. peliharalah aku dan keluargaku.

Untuk menjadi ahli syurga-Mu.

flowers2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tahun 1437 Hijrah  tahun baru menjengah.

Mungkin ramai yang macam tak aware sangat pasal tahun baru islam ini dan mungkin tak “glamer” sangat untuk azam baru.

Tapi personally pada Lynd, tak kisah bila pun kita patut berazam atau lebih tepat “berhijrah”.

Berhijrah kepada yang lebih baik.

Untuk Lynd hijrah tahun ini lebih bermakna kerana sememangnya Lynd benar-benar berhijrah.

InsyaAllah dalam bulan ni Lynd akan berpindah ke rumah baru. Mungkin ada yang kata ‘down grade” kehidupan tetapi ia lebih kepad “restructured” kehidupan.

Restructured yang membawa kami lebih dekat dengan impian-impian kami.

2x Lynd join Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) Doctor Azizan Osman, beliau menekankan untuk kita menyenaraikan 101 Impian kita.

Selepas 1st time buat dahulu Lynd pernah buat then lupa save kat mana. So sempena tahun baru ini Lynd dalam proses menyediakan senarai baru impian Lynd.

Orang kata bermimpi ni senang, tapi cuba senaraikan.
Haaaa.. dapat 30 pun dah kira banyak. Siapa kata bermimpi tu mudah?

Cer buat 101 Senarai Impian anda.
Dream-IT-Wish-It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...