Assalamualaikum.

Alhamdilillah.

Setiap kurniaan Allah.

1001 kesyukuran dan tidak terhitung kasih sayang Allah pada kita.

Ok. Topik hot malam ni. Fresh dari ladang.

Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mengenai kemenangan Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mama Lynd fans Fattah Amin ke?

Hahaha.. tak ngaku nanti kata tipu pulakkan. Tapi i just love his journey.

Ok. Taknak ulas pasal dia punya personal lah kan sebab itu semua kerja fan fanatik dia. Tapi Mama Lynd tertarik dengan perjalanan dan semangat dia.

Dan dia mengamalkan teknik NLP atau boleh dikatakan sebagai Law of Attraction.

Bermula dengan kisah buku dia yang kena “kutuk” 1 Malaysia dulu. Mama Lynd tak beli pun tapi base on apa yang dikongsikan di media sosial, Mama Lynd perasan apa yang tertulis itu adalah “self talk” seseorang kepada diri sendiri.

Ok. Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya dalam diri masing-masing ni ada 1 suara yang selalu menemani dan pujuk kita.

Dan suara itu lah yang akan menjadi masa depan kita.

Cuba perhatikan..

Bila kita melihat orang lain ada kemewahan. Apa yang kita fikir? Suara apa yang berbisik?

“Nak menunjuk lah tu”

“Orang lain pun ada tapi takder lah berlebih-lebih macam tu”

“Peghhh.. 1 hari nanti aku mesti jadi macam dia”

Tanya diri sejujurnya.. apa yang kita rasa bila orang lain ada sesuatu yang kita inginkan.

Tidak bermaksud bila kita tak dapat apa yang orang lain ada.. Kita boleh membenci mereka. Jika kita mahu apa yang mereka ada maka kita perlu belajar menerima dan menyukai mereka.

Kerana itulah hukum Allah. Kita akan menarik sesuatu yang kita suka.

“Alah.. dah benda tu betul dan itu yang aku fikir nak buat macamana?”

Minda kita ni ni boleh dilatih untuk menyukai sesuatu. Memang pada awal-awal nampak macam poyo ja tiba2 nak paksa diri untuk fikir yang baik2 ja. Tapi lama kelamaan kita akan sudah biasa untuk tidak memikirkan sesuatu yang tidak penting atau berfikiran positif untuk setiap apa yang kita lihat.

Back to Fattah Amin, kata-kata dalam buku dia tu merupakan bisikan hati atau suara memujuk dalam hati dia yang dia cuba kongsikan.

Kita tak perlu pun ambil semua tapi kita cuba berfikiran begitu pada diri sendiri.

Bila MamaLynd tengok ahli Shaklee lain dapat 6 Star treatment tahun ni untuk yang layak pergi Jepun, saya rasa “Tahun depan aku layak gi holiday yang Shaklee belanja.”

Kelakarkan? Tahun ni baru nak merangkak tahun depan dah dapat gi trip?

Kelakar kalau ko bagitau orang yang tak tahu peluang yang ada dalam Shaklee tapi support bagi yang tahu.

So latih diri untuk bisikkan sesuatu yang baik kepada diri sendiri.

Macam Fattah Amin buat tu. Tapi tak.perlulah nak terbit buku tapi cukup lah kita tulis dalam diari kita.

Sebab kemenangan Fattah Amin tu maka Mama Lynd saja lah stalk Ig dia. So hadap lah Igs Fattah Amin ni dan Lynd perasan 1 benda. Gambar ni.

Kalau tak silap Mama Lynd ini hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang anugerah artis paling popular kan?

Dia bergambar dengan kereta yang “bakal” dimenangi. Tak menang lagi. Tapi ambil feel dulu.

Nampak tak?

Kita boleh apply benda tu dalam hidup kita. Masa Mama Lynd join IMKK dulu memang DAO ajar teknik “shopping impian”.

Kita keluar dan ambil gambar dengan impian kita. Selalu tengok impian kita tu. InsyaAllah.. impian itu 1 step closer to us.

So. Tak salah meminati artis ini tapi cuba arahkan minat tu ke arah kebaikan.

Even program Maharaja Lawak Mega tu pun menjadi inspirasi Lynd dalam bisnes Shaklee.

Nak tau?

InsyaAllah next entry Mama Lynd kongsikan ye.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. senyum.. syukur.. atas kurnian rezeki Allah.

Rezeki Allah itu luas dan sentiasa ada untuk hambaNya samada mereka beriman atau tidak.

Diharap setiap rezeki yang dikurniakan dapat kita gunakan sebagai “alat” untuk kita memberatkan timbangan amal soleh di “sana”

Hari ni Lynd nak sembang pasal rezeki suami. Senyum. Yes.. suami.. Setiap orang ada kisah suami masing-masing. Dan bagaimana pun orang menilai suami kita, seharusnya kita perlu melihat suami kita adalah yang terbaik.

Syukur.

Lynd suka sembang dengan suami Lynd. Macam-macam hal dan mengenai bisnes pun kami sembang. Dulu masa awal-awal join Shaklee (anyway suami juga yang galakkan Lynd berbisnes) Lynd suka sangat cerita mengenai kejayaan orang lain dalam Shaklee.

suami

Bonus orang tu banyak ni, orang tu beli kete guna duit Shaklee, orang tu beli rumah dan sebagainya.

Tetapi, lama kelamaan Lynd berhenti bercerita. Tak tau lah kebetulan takder topik atau Lynd mula risau nak cerita kisah orang sebab takut suami Lynd tanya “kisah awak macamana?”

Itu 1 fasa. Tapi 2-3 hari ni Lynd berada di fasa yang baru. Iaitu fasa “I have to make my own story because my husband is waiting”

Iya. Kejayaan bukanlah demi diri sendiri tetapi demi orang-orang yang kita sayang.

Sememangnya dia memang tidak meminta apa-apa dari Lynd. Tetapi Lynd rasa ia menjadi tanggungjawab Lynd untuk lakukan sesuatu demi membalas kasih sayang dan kesabaran dia dalam mejaga kami.

Ya Allah. Syukur. Allah kurniakan dia sebagai suami Lynd. Bukan kerana siapa dia tetapi kerana Allah kurniakan rasa ini.

Dan.. segala kasih sayang dan rasa ini semoga diambil kira oleh Allah sebagai pemberat amal soleh kami di akhirat kelak.

cameron

The waiting for my story.

Assalamualaikum.

Tajuk tu tak ingat.. Ketagih tu..

Waaaaa.. serius.. Kalau kena dengan perkara yang kita nak memang leka lah dok scroll gambar.

Melampau tak kalau Lynd kata pinterest ni lagi best dari InstaGram / Facebook

Apa yang best di Pinterest.

Pinterest ni memang tempat lambakan gambar yang sangat menarik yang disusun mengikut kategori. Kita boleh search topik yang kita inginkan.

Contoh : Girls Bedroom Idea

Bilik Tidur Perempuan

Maka berlambaklah gambar berkaitan. Di setiap gambar ada link ke blog / website sumber gambar tersebut dan kita boleh klik pada gambar jika kita nak tau lebih lanjut mengenai gambar tu.

Macam Lynd memang suka tengok gambar je. Heeee…

Then kalau kita nak simpan gambar tu untuk idea-idea kita tengok lain kali kita leh “Pin” dan save di “Board” akaun Pinterest kita. Tapi sebelum tu create akaun dulu lah. Mudah je just sign in cam biasa je.

Macam Lynd ni contoh “Board” Lynd.

Pinterest

Dah ada 10 board sekarang.

Pinterest 2

Board Gardening and Gardens yang paling menggila sekarang.

Board tu dinamakan ikut suka kita je nanti senang kita nak tenung balik.

Succulent Garden

Kegilaan Cik Lynd terhadap succulent garden ni sudah kembali.

Dulu pernah demam benda alah ni sekali. Masa tu sama ngan cik suami. Pastu ada kesilapan teknik sikit… (yang tu lah nanti Lynd cerita lain kali) so stop la cerita succulent garden ni.

Sekarang dah mula balik. Tapi buat masa sekarang cuci mata dulu next move nanti Lynd share.

So yang tengah active Lynd search sekrang selain succulent garden ni, indoor plant, small bathroom, file organising, budget, small office dan banyak lagi. Ikut mood hari tu.

Lynd takder lah explore semua lagi function kat Pinterest ni sebabnya “tak sempat”. Sebab bila dah bukak je memang sibuk dok klik gambar pastu pin. So tak sempat nak boring dan memberi ruang untuk mengeksplore segala function yang ada.

Ermmmm.. tak taulah kenapa kat Malaysia tak glamer benda ni. Tapi Lynd perasan ada juga yang gunakan Pinterest ni untuk berniaga. Ada info lain lagi pasal Pinterest ni Lynd share lagi ye.

————————————————————————-

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum. Alhamdullah.

Selepas hampir 5 hari blog ni mengalami gangguan sejak tengahari sabtu. Alhamdulillah sudah kembali.

SID_Logo_11Vitalynd

Akak frust sebab masa blog ni down post 5 Langkah Cara Mudah Lipat baju tengah viral.

Tapi semuanya ada Hikmah sebalik kejadian. Saya terima dengan redha.

Luahan saya di Facebook Page Vitalynd Beauty and Health

[ Bukan Senang Melihat Yang Positif ]

Hari ni hari ke 3 blog www.vitalynd.com ditutup. Katanya ada maintenance dari pihak webhosting.
Agak “frust” pada awalnya kerana ada entry tengah viral.

Dan bila hari ini Isnin, hari ke 3 pagi tadi lagi kecewa sebab sepatutnya hari ini saya sepatutnya “bekerja” menaip entry dan mempromosikan blog. Tapi sebab kedai dah tutup nak buat apa. Seakan-akan mati kutu.

Dalam kekecewaan mencari “hikmah” sebab saya sangat berpegang kepada janji Allah “Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia”

Saya percaya itu tapi sebagai manusia kita ada kelemahan bila sesuatu yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan. Maka saya selalu berdoa supaya saya mudah melihat hikmah setiap kejadian.

Bila difikirkan 1 per 1 hikmah yang saya dapat dari breakdown blog saya.
1. Masa inilah terbaik untuk saya berkongsi ilmu di Vitalynd Empire. Closed group saya dimana tempat saya berkongsi ilmu perniagaan bersama Shaklee. Kalau ada blog saya lebih fokus pada blog.

2. Memperkukuhkan Facebook Page dan Instagram. Setiap hari saya lebih fokus pada blog dan FB page ini dan IG jatuh no seterusnya. Bila dah jadi gini saya dah mula terfikir mengenai kepentingan FB dan IG.

Sudahnya Alhamdulillah.
Itu yang hanya saya ungkapkan.
Allah berikan ujian untuk upgrade diri ini.

Terima kasih Allah atas ujian dan Kau berikan aku nampak HikmahNya.
Syukur Ya Allah.

Berfikiran positif perlu dididik dimana ia bermula dengan SABAR.

Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..

Assalamualaikum.

Aplikasi See Your Memory di Facebook

Tak tahu start bila di facebook ada aplikasi baru iaitu See Your Memory. Dimana kita akan dapat notification update kita di facebook pada tahun-tahun sebelum ini pada tarikh yang sama.

See Your Memory di Facebook

Memang best. Kita tinggal agree je nak share to public ke tak. So setiap hari akan ada gambar 2-3 tahun yang lepas kita tengok.

Kaseh awatif

Gambar 2013. 

Serius best. Masa tu baru perasan yang anak-anak da besar.

Macam Kaseh, saya baru sedar yang sekarang dia boleh diharap. Dah boleh tolong jagakan Awatif, cuma dapat rasa beza dulu comel je sekarang gigi da rongak.

Awatif

Awatif tetap penghibur mama cuma sekarang dia dah tak bolat cam dulu dan sekarang dia manja dalam kegarangan.

kaseh indah

Indah masih baru dalam hidup kami tapi Indah membawa cerita dia tersendiri.

Nasib baik ada Aplikasi See Your Memory di Facebook ni. Sesekali mengimbau kenangan. Kalau harap nak tengok balik gambar-gambar lama yang beribu kat dalam folder tu memang tak sempat lah.

I Love My Kids.

============================================

Haslinda Lynd

Your Committed Shaklee Indipendent Distributor

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tips Blog Mesra SEO

Tips Blog Mesra SEO

Disini Lynd senaraikan beberapa tips untuk mendapatkan Tips Blog Mesra SEO

1. Setiap entry / posting mempunyai at least 500 patah perkataan.

2. Tetapkan “Focus Keyword” dan ulang focus keyword dalam content sebanyak 3-5 kali.

3. Letakkan tajuk entry / post yang mengandungi Focus Keyword.

4. Masukkan Tajuk Entry yang mengandungi focus keyword dan set as “Header” di dalam content. Kalau boleh pada permulaan entry.

5. Jika ada beberapa perkataan lain yang ingin di fokuskan, Bold kan perkataan tersebut.

6. Letak sekurang-kurangnya 1 gambar dan gambar tersebut mestilah di “title” kan mengikut focus keywords.

7. Blog mempunyai Page yang banyak dan entry-entry utama diletakkan di dalam page.

8. Cara menetapkan Focus keywords adalah dengan memikirkan “apa si penggoogle akan taip dan search”.

9. Ejaan kena penuh dan tiada short form digunakan dalam content entry.

10. Banyakkan Internal Link pada entry tersebut.

Lynd bukanlah pakar dalam dunia blogging ini. 10 Tips Blog Mesra SEO Lynd study dan belajar sendiri. Bermula dengan blogspot 5 tahun dahulu hanya bercerita mengenai anak, breastfeeding dan merapu meraban masa tu.

Tak fikir pun pasal SEO ke, traffic tinggi ke apa sahajalah. Cukup sekadar tempat berkongsi cerita dan blogwalking atas niat kawan dan bertukar pendapat.

Sekarang sejak blogging menggunakan domain dan web hosting sendiri untuk urusan bisnes, memang terasa amat penting Lynd berblogging dengan ilmu. Lynd hanya belajar di google, bertukar tips di group bisnes melalui whatApps dan juga facebook group.

Pelikkan?

Kami boleh dikatakan “pesaing’ disebabkan kami menjual Produk Shaklee yang sama. Itulah keistimewaan kumpulan kami, we built each other. So takkan ada isu jika ada ahli baru yang ingin berbisnes tetapi tiada basic bisnes untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Jika daftar ahli Shaklee dengan Vitalynd.Com anda akan mendapat bimbingan dan sokongan menjalankan bisnes secara online dan offline dari Lynd dan upline-upline hebat kami.

Apa yang Lynd kongsikan disini adalah dari study di internet, forum dan eksperimen Lynd sendiri. Lynd teringin dan berimpian 1 hari nanti Lynd berpeluang untuk mengikuti kelas-kelas IM. InsyaAllah.

Jika ada blogger-blogger disini atau sesiapa yang berminat untuk join Group Vitalynd Empire boleh hubungi Lynd ye.

Cara Daftar Ahli Shaklee bersama Vitalynd Empire

Vitalynd Empire

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...