SEBALIK VITALYND EMPIRE
—————————

Assalamualaikum..

Hari ni Lynd excited sangat nak share pasal nama Vitalynd Empire ni.

Ok. Kepada sesiapa yang serius nak bisnes Shaklee memang digalakkan.. Ermmm.. “Diwajibkan” membina Empire / Nama kumpulan.

Barulah lebih mudah kita mentadbir bisnes kitakan.

Pengedar Shaklee ramai jadi kita perlu letakkan identiti pada perniagaan kita.

Dan tak semua pengedar shaklee komited. Ramai yang join atas sebab trend. Jadi nak kenal yang komited melalui nama kumpulan mereka dan Vitalynd adalah salah 1 nya.

Ok.. berbalik pada Vitalynd Empire.

Nama Vitalynd tu dicadangkan oleh upline Lynd. Kombinasi antara Vitamin + Lynd.

Tapi serius Lynd suka kembang semangkuk lah bila dapat nama tu. Yelah.. nama kita tertulis gah kan sebagai sebuah kedai.

Maka tertubuh lah www.vitalynd.com
Blog bisnes Lynd.
Masa tu memang bangga lah.
Cuba korang bayangkan nama korang sebagai sebuah website.
Hahahah.. Tipu lah kalau korang tak seronok.

Then..
Dok pikir pulak nama group Lynd. Masa tu konon nak letak ReLynd Empire.
Kombinasi antara nama suami Redo + Lynd.
Suuwitttt sangat

Tapi sebab sakit hati dan kecewa dia bukak bengkel tak letak pun nama kita. Redoz Motorsports Autoservice

Frust tau..
Kita konon nak suwit. Dia balas dengan kemasaman.
ReLynd Motorsport Autoservice..
Tak ke suwit tu..
(Jauh dilubuk hati rasa gak nama tu agak manja untuk sebuah bengkel kereta)
Ahhhhh.. Tak kira.. Sakit ati juga.

Maka tertubuhlah..
Vitalynd Empire..
Sebuah kumpulan yang menjadi tempat berkumpulnya orang-orang yang ingin berjaya.

Lynd anggap ahli yang berdaftar dengan Vitalynd Empire ini sebagai amanah dan tanggungjawab Lynd.
Memberikan konsultansi kesihatan dan latihan untuk menjalankan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah..
Ahli semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Tapi Lynd perasan tiap kali Lynd nak taip nama Vitalynd kat google.. Mesti akan keluar perkataan “Vital”

So last week Lynd hilang focus kejap.. Search maksud perkataan “Vital”.

Wahhh.. terharu.. bergenang air mata Lynd.
Maksud Vital tu sangat kena dengan Lynd dan macam satu doa pulak.

Vital = Lively, energetic

Dan yang buat lagi best.. Masa zaman mrsm dulu cikgu pernah suruh cari 1 perkataan yang menggambarkan diri kita dan bermula dengan huruf yang sama dengan nama kita.

So..
Buka kamus..
Jumpa perkataan Lively.. So Lynd gunalah nama “LiveLy Lynd” bertahun jugak la sebagai fb name. Iya sebab nak bisnes punya pasal tukar letak nama sebab untuk personal branding.

Masa keremajaan kan suka buat signature pelik2.. konon2 trademark even pernah guna nama “Lively_best” as my email adress.

Wahhhhhh.. panjang pulak cerita pasal Lively ni.

Tapi apa2 pun ai is suka..
Rasa macam Allah turunkan ilham nama Vitalynd tu mmg special setepek untuk Lynd ja.
Walaupun bukan Lynd yang come out with that name kan.

Semoga Allah sentiasa limpahkan semangat dan tenaga yang membuak-buak kepada ahli dibawah Vitalynd Empire

Syukur sangat

Lynd akan jalankan tanggungjawab Lynd kepada ahli Vitalynd Empire dengan penuh semangat dan bertenaga.

Pesanan khidmat masyarakat :

1. Nak join Vitalynd Empire kena fikir siap2 nama Empayar atau Legasi anda. Kita bincang sama2 pun boleh.

2. Kena berjiwa besar dan kita akan sama2 saling beri semangat nak bina empayar masing-masing.

3. Once dah join.. jangan salahkan Lynd jika anda sentiasa dihantui keterujaan Lynd

🤔🤔 Terpikir.. kalau letak nama Relynd Empire dulu ni agak2 keje bersuwit dengan suami ja la kot. Asyik beranak ja la keje. Beranak anak Shaklee takpa juga.

Merapu dah.. Ok bai..

#VitalyndEmpire
#JomFikirNamaEmpayarAnda


Berminat menyertai Vitalynd Empire?

Daftar Ahli Shaklee Bersama Vitalynd

Ingin mempunyai empayar dengan nama sendiri?

Website / Blog dengan nama sendiri?

Daftar Ahli Shaklee bermasa Vitalynd Empire.

Lynd akan ajar dan sama-sama bekerja membesarkan empayar masing-masing.

Assalamualaikum..

Aceceh tajuk.. Bukan main.. Ini bukan sebarang tajuk novel tau..

Anyway.. Alhamdulillah.. Sudah hampir ke penghujung October.. Mama Lynd masih setia bersama Shaklee, sebagai pengguna dan pengedar Shaklee yang sentiasa komited.

Komited untuk menjaga tubuh badan ini bersama rangkaian produk Shaklee, komited untuk terus mengejar impian bersama Shaklee dan komited untuk terus membantu lebih ramai orang membaikit taraf kesihatan dan kewangan bersama Shaklee.

Dalam ber facebook banyak bisnes yang lalu di newsfeed..
Alhamdulillah..
Maksudnya lebih ramai orang sedar bahawa banyak peluang untuk kita bantu orang dalam bisnes.

Maksudnya produk kita bantu orang selesaikan masalah mereka.

Dalam banyak2 bisnes Shaklee yang jadi pilihan Lynd.

daftar-keahlian-shaklee

??Kenapa ???

1. RISIKO RENDAH????Dengan keahlian Rm 79.50 sahaja. Tak payah modal besar untuk mula bisnes.

2. TUNJUK AJAR????Join je dengan Rm 79.50 terus anda diserap masuk ke support group dan lubuk ilmu bisnes from hero to zero. Takder alasan “tak reti” nak bisnes untuk bermula.

3. REPUTASI????Beb.. Shaklee ni dah berusia 60 tahun. Even di Malaysia pun ada y ber Shaklee leboh 20 tahun. So xder keraguan.

4. SELAMAT???? Dan sebab itu lah bertahun dah orang ambil supplement Shaklee so sah selamat dan berkesan. Segala report dan kajian Shaklee y telus juga buat Lynd rasa yakin nak share kebaikan Shaklee dengan orang lain.

5. BONUS?????Tak daya nak kira beb segala peluang yang Shaklee offer. Anda buat anda dapat.. Tiada unsur penindasan.

So sebab 5 faktor tu lah buat Lynd yakin untuk terus bersama dengan Shaklee.

Untuk mendaftar sebagai ahli shaklee juga cukup mudah dengan hanya bermodalkan Rm 79.50 atau secara percuma dengan terus beli produk Shaklee sebanyak 200UV.

Caranya mudah sahaja, sama ada kawan-kawan terus WhatApps Lynd di 019-603 8353 dan Lynd akan daftarkan

Daftar ahli

atau boleh juga daftar sendiri di

Klik Link < Daftar Keahlian Shaklee >

Atau Copy Paste Alamat

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1090071

Boleh juga ikut step by step di sini.

Kaedah Daftar Keahlian Shaklee Sendiri

Berbekalkan keyakinan dan kecekalan untuk sama-sama berjaya Lynd akan guide step by step untuk kita sama-sama berjaya.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Daftar Keahlian Shaklee

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..

Kali ni Lynd nak kongsi salah 1 Cara Daftar Keahlian Shaklee dan terbaru anda boleh mengisi maklumat peribadi sendiri tanpa perlu melalui Lynd.

Cara Daftar Keahlian Shaklee Sendiri

Langkah 1 :

Klik Link < Daftar Keahlian Shaklee >

Atau Copy Paste Alamat

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1090071

Langkah 2 :

Apabila paparan dibawah kelihatan, klik “JOIN NOW

Membership Express 2

Langkah 3 :

Isi Maklumat yang diperlukan dan tandakan “I consent to Shaklee assigning me a sponsor.” sebelum menekan butang “JOIN NOW

Membership Express 3

Langkah 4 :

Tekan “Continue To Member Center”

Membership Express 4

Langkah 5 :

Anda akan dibawa ke www.shaklee2u.com.my yang merupakan website rasmi ahli Shaklee.

Membership Express 5

Anda perlu mengaktifkan keahlian anda dengan membuat pembelian opportunity kit. Dan juga anda boleh terus membuat pembelian produk denga  harga ahli secara serta merta.

Membership Express 6

Untuk bahagian ini rasanya tiada masalah bagi sesiapa yang sudah biasa shopping online.

Tapi jika anda ada masalah untuk mendaftar keahlian Shaklee, tanpa segan silu boleh hubungi Lynd di 019 – 603 8353

Side Income With Shaklee The Series

——————————————————————–

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..

Pengedar Shaklee Klang Terbaik dengan Bengkel Nutrisi

Syukur tak terhingga kerana saya diberi kesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi 2015 anjuran Shaklee Malaysia pada sabtu lepas.

Bengkel Nutrisi 2015 7

Tujuan saya menghadiri bengkel tersebut adalah untuk menambah pengetahuan saya mengenai rangkaian produk Shaklee meliputi bagaimana nutrisi yang diperlukan oleh badan bertindak, kelebihan produk shaklee dan bagaimana saya boleh memberikan konsultansi terbaik dan membantu masyarat mendapatkan vitamin terbaik untuk penyakit mereka.

Perasaan saya sepanjang berada dalam bengkel tersebut adalah “Besarnya kuasa Allah”. Kami diberi penerangan bagaimana sistem badan kita berfungsi. Bila tahu semua tu rasa macam “Hebatnya Allah” dan mula rasa semakin sayang dengan tubuh badan kita.

Lynd rasa lebih menghargai kesihatan dan tubuh badan yang Allah kurniakan. Bila belajar mengenai kencing manis, sakit jantung, kesihatan wanita rasa macam kesian kat badan kita, bekerja begitu kuat tapi kita bantai makan entah apa-apa tambah lagi dengan pencemaran.

Rasa macam nak jadikan Bengkel Nutrisi Shaklee ni sebagai acara wajib. Walaupun produk yang sama tapi ilmu pasti ada beza juga sikit sebanyak setiap sesi.

Bukan susah pun, bayar Rm 40 termasuk dengan lunch penuh kemewahan. Alhamdulillah. Rasanya Rm 40 tu nak cover lunch sekali pun tak lepas kot.

Bengkel Nutrisi 2015 6

Dulu masa kat Time Square pun sama. Rasa macam heran, berbaloi ke dorang buat macam ni ? Sekarang dah tak heran sebab Shaklee full of surprise dan mereka layan pengedar dorang macam “harta karun”.

Anak-anak boleh dihangkut sekali. Ni yang bestnya Shaklee. Apa je event boleh bawak anak. Kalau tengok stroller bergelimpangan masa event Shaklee tu perkara biasa.


Pengedar Shaklee Klang 2

Kalau training kat HQ memang ada kemudahan tempat permainan dalam kawasan yang sama. (Patutlah HQ Shaklee dipanggil Home Office). So anak-anak memang berbesar hati ikut mama gi “sekolah”

Allah tak tau nak cakap macamana perasaan saya semakin sayang dengan Shaklee, antara sebabnya :

#Apa yang diwarwarkan dalam iklah atau sesi penerangan mereka adalah perkara sebenar. Bukan strategi marketing. Ini disaksikan sendiri oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dibawa ke Head Quarters Shaklee di US. Merek ditunjuk bagaimana para Saintis menjalankan ujikaji dalam setiap produk dan juga bagaimana mereka bekerja untuk menghasilkan produk Shaklee yang terbaik dan selamat untuk manusia.

# Shaklee terlalu menghargai manusia. Terlalu menghargai kesihatan manusia. Kajian keatas sistem tubuh badan manusia menyebabkan mereka rasa bertanggungawab untuk menghasilkan 1 produk yang dapat membantu manusia untuk hidup dengan sihat dan gembira. Bukan hanya atas dasar perniagaan / duit sahaja. Kalau tak kenapa perlu mereka melabur berjuta USD untuk menggunakan saintis untuk membuat kajian. Sedangkan sekarang berlambak je produk yang dihasilkan yang tanpa menitik beratkan kesannya terhadap manusia. Buat dikilang entah kat mana-mana lepas tu offer “Awak nak letak nama apa produk awak?”

Atas 2 sebab baru ini lah membuatkan saya lebih menghargai diri dan saya nak pastikan kesihatan saya ni dijaga dengan baik. Dan bukan untuk saya sorang tapi saya nak lebih ramai orang diluarsana menghargai kesihatan mereka.


Product Shaklee

Maka dengan itu, saya sebagai Pengedar Shaklee Klang dan juga Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia berjanji akan menyebarkan kebaikan Shaklee demi memberikan yang terbaik untuk anda.

Pengedar Shaklee Klang

Hargai kesihatan anda kerana ia merupakan 1 amanat dari Allah.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengedar Shaklee Klang

Shaklee Klang

Saya Haslinda (Lynd) merupakan pengedar Shaklee Klang yang berada di Pekan Meru.

5 Sebab Kenapa Kami Menjadi Pilihan Sebagai Pengedar Shaklee Klang Terbaik :

# 1 Service Penghantaran Terus Ke Rumah Anda

Jika anda tinggal di sekitar Klang, Shah Alam, Puncak Alam dan kawasan sekitarnya, saya manawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda selepas masa dan lokasi dipersetujui. Penghantaran adalah PERCUMA

Shaklee Puncak Alam 6

# 2 Penghantaran Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju / GDex Setiap Hari

Proses penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Pos Laju dibuat setiap hari.

Pos Laju

Kadar bayaran perkhidmatan pos laju

Semenanjung
RM 6.30 / RM 10.60 

Sabah / Sarawak
RM 10.60 / RM 21.20

Dan pembayaran sebelum pukul 2.00 petang, pengeposan akan dilakukan pada hari yang sama.

#3 Kami Sentiasa Mempunyai Ready Stok

Shaklee Klang 4

Tanpa perlu menunggu lama, kami sentiasa menyimpan stok terutama untuk produk-produk hot selling. Jika ada permintaan diluar jangkaan yang memerlukan stok segera, kami komited untuk terus ke Cawangan Shaklee berdekatan.

#4 Agen Shaklee Sepenuh Masa

Saya menjalankan perniagaan Shaklee sepenuh masa, disebabkan itu segala tumpuan dan keutamaan saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami di www.vitalynd.com

Shaklee Puncak Alam 2

Saya juga sentiasa komited untuk meningkatkan pengetahuan mengenai produk dari masa ke semasa demi memberikan konsultansi terbaik kepada pelanggan.

#5 Pengguna Tegar Shaklee

Sebelum menjadi pengedar Shaklee secara serius, saya adalah pengguna Shaklee yang bermula dengan Set Kesuburan Shaklee.

Ikuti kisah saya dan Set Kesuburan Shaklee

Dan sejak itu saya mula yakin dan jatuh cinta dengan Product Shaklee dan merasakan tanggungjawab saya untuk berkongsi produk terbaik dan selamat ini.

Disebabkan 5 faktor di atas, saya sentiasa memberikan perkhidmatan konsultansi terbaik dan pantas.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tips Blog Mesra SEO

Tips Blog Mesra SEO

Disini Lynd senaraikan beberapa tips untuk mendapatkan Tips Blog Mesra SEO

1. Setiap entry / posting mempunyai at least 500 patah perkataan.

2. Tetapkan “Focus Keyword” dan ulang focus keyword dalam content sebanyak 3-5 kali.

3. Letakkan tajuk entry / post yang mengandungi Focus Keyword.

4. Masukkan Tajuk Entry yang mengandungi focus keyword dan set as “Header” di dalam content. Kalau boleh pada permulaan entry.

5. Jika ada beberapa perkataan lain yang ingin di fokuskan, Bold kan perkataan tersebut.

6. Letak sekurang-kurangnya 1 gambar dan gambar tersebut mestilah di “title” kan mengikut focus keywords.

7. Blog mempunyai Page yang banyak dan entry-entry utama diletakkan di dalam page.

8. Cara menetapkan Focus keywords adalah dengan memikirkan “apa si penggoogle akan taip dan search”.

9. Ejaan kena penuh dan tiada short form digunakan dalam content entry.

10. Banyakkan Internal Link pada entry tersebut.

Lynd bukanlah pakar dalam dunia blogging ini. 10 Tips Blog Mesra SEO Lynd study dan belajar sendiri. Bermula dengan blogspot 5 tahun dahulu hanya bercerita mengenai anak, breastfeeding dan merapu meraban masa tu.

Tak fikir pun pasal SEO ke, traffic tinggi ke apa sahajalah. Cukup sekadar tempat berkongsi cerita dan blogwalking atas niat kawan dan bertukar pendapat.

Sekarang sejak blogging menggunakan domain dan web hosting sendiri untuk urusan bisnes, memang terasa amat penting Lynd berblogging dengan ilmu. Lynd hanya belajar di google, bertukar tips di group bisnes melalui whatApps dan juga facebook group.

Pelikkan?

Kami boleh dikatakan “pesaing’ disebabkan kami menjual Produk Shaklee yang sama. Itulah keistimewaan kumpulan kami, we built each other. So takkan ada isu jika ada ahli baru yang ingin berbisnes tetapi tiada basic bisnes untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Jika daftar ahli Shaklee dengan Vitalynd.Com anda akan mendapat bimbingan dan sokongan menjalankan bisnes secara online dan offline dari Lynd dan upline-upline hebat kami.

Apa yang Lynd kongsikan disini adalah dari study di internet, forum dan eksperimen Lynd sendiri. Lynd teringin dan berimpian 1 hari nanti Lynd berpeluang untuk mengikuti kelas-kelas IM. InsyaAllah.

Jika ada blogger-blogger disini atau sesiapa yang berminat untuk join Group Vitalynd Empire boleh hubungi Lynd ye.

Cara Daftar Ahli Shaklee bersama Vitalynd Empire

Vitalynd Empire

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. dari hari ke hari urusan menjalankan bisnes bersama Shaklee bertambah mudah. Shaklee sentiasa komited untuk menambah nilai dan upgrade sistem mereka untuk memudahkan ahli-ahli Shaklee.

Ada yang bertanya bagaimana daftar keahlian Shaklee Malaysia.

Untuk mendaftar samada melalui kaedah yuran keahlian Shaklee Rm 79.50 atau keahlian percuma Shaklee dengan pembelian bernilai 200UV anda hanya perlu SMS / WhatApps :

Daftar ahli

Saya akan uruskan pendaftaran anda melalui online termasuk juga pembelian anda terus menggunakan harga ahli.

Tetapi ada juga yang gemar untuk mendaftar sendiri keahlian Shaklee.

 Anda hanya perlu ke cawangan Shaklee berdekatan anda. Dapatkan borang pendaftaran keahlian Shaklee dikaunter dengan harga Rm 4.00 dan juga borang pesanan produk.

Atau download borang di www.shaklee.com.my print dan isi sebelum ke cawangan.

Isi maklumat peribadi anda dan juga maklumat sponsor seperti berikut :

 Siti Norhaslinda binti Abu Bakar (SID 1090071).

Diborang pesanan produk, tandakan di ruang Shaklee Opportunity Kit  dan jika anda ingin membeli produk lain, boleh terus isikan borang pesanan.

Pembayaran dan pendaftaran akan dilakukan terus di kaunter.

Selepas itu, anda boleh menghubungi saya  untuk mendapatkan consultation dan cara pemakanan supplemen yang dibeli,

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Rutin Berpantang Sendiri

Hari ini hari ke 35 baby Indah.

Hari ke 5 setengah Bonda balik ke kampung aka berpantang sendiri.

Hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu.

Apa yang saya suka tentang hari ini?

Hari ini merupakan simulasi kepada rutin / kehidupan saya sebagai WAHM.

Cuma yang beza saya masih berpantang.

Berpantang interm of dari pemakanan, buat kerja berat dan merayap. Heeee..

So far alhamdulillah.. Baby Indah such a good girl.

Indah Botak

Dia seakan-akan ada rutin. Bangun pagi dalam pukul 8-9 am, mandikan dalam pukul 10 am, menyusu, urut-urut badan sikit, di bedung then dia akan tido dengan nyenyaknya.

Sesekali dia akan bangun menyusu dan mintak perhatian, then tido balik. Petang bangun dimandikan, susukan, mintak sembang then tido.

Kol 11 malam bangun kejap. Then tido balik. Malam pun bangun menyusu je. Alhamdullillah mudah jaga baby Indah.

Yang agak mencabar nak uruskan budak 2 ketui ni.

kaseh

Bukan susah apa, susah nak urus emosi mak ni hah. Cuti sekolah kerjanya sepah rumah dan bergaduh. Heee..

So macamana Lynd uruskan rutin harian Lynd.

1. Tiada Set Masa Tapi Set Tugasan.

Menguruskan baby ni agak unpredictable sebab mereka bangun bila-bila masa. So jangan set masa pukul 11 nak masak, pukul 10 sidai baju. Tapi just do it bila baby tido.

Macam Lynd bila Indah dah tido Lynd akan mula keluarkan barang-barang nak masak biarpun waktu tu baru pukul 10 pagi pun. Pukul 11 dah siap masak pun takper.

Baju-baju pun jalankan mesin basuh sebelah malam, set timer pun takper janji pagi bila ada masa terus sidai. Then lepas tu dah lapang sikit, nak bersantai sambil celup biskut ke, nak tengok TV ke nak update blog ke dah takder terkejar-kejar.

2. Masak sesimple mungkin untuk ibu dan anak.

Macam Lynd dalam pantang so variasi masakan tu kurang lah. So Lynd just suka masak sup ayam, campakkan sayur sawi / brokoli.

So ibu dan anak boleh makan sekali. Just variasikan sayur dan juga cara masakan. Kadang-kadang masak bening (Sayur air), masak sup (letak bunga lawang dan kayu manis) so anak dan ibu boleh makan.

Jangan pulak pergi masak ayam masak kicap. Anak je makan, mak kena masak benda lain. Tak ke menyusahkan. Ermmm.. mungkin Lynd bertuah sebab anak-anak Lynd tak cerewet makan, lagi-lagi Awatif, asal ada nasi dan sup dah settle.

3. Berehat dan Makan.

Kalau sempat rehat lah dulu kalau tiada tugasan penting. Contoh, dah siap masak dan sidai baju boleh baring kejap dengan baby. Sebabnya kalau kita terkejar-kejar nak update blog (itu saya) atau nak lipat baju ke, nanti bila baby bangun kita tak sempat nak rehat. Sebab baby ni pun ada masa dia minta dodoi lah, minta pangku lah. So ibu-ibu kena handle dengan badan dan emosi yang sihat. So bila ada masa rehat.

Sama juga time makan. Bila ada masa makan dulu. Jangan tahan lapar dan settlekan kerj-kerja dulu kononnya sebab nnt ibu berlapar emosi pun tak stabil untuk handle baby. (Itu saya juga..hahaha)

995031_843252722378059_6769823778945585166_n

Sangat feel WAHM.

So Lynd harap tips ini dapat membantu ibu-ibu untuk manage rutin berpantang sendiri dengan lebih teratur dan aman damai.

11391389_840399359330062_8285714959543679205_n

Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?

Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Young Entrepreneur Program (YES)

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang tengah viral sangat mengenai YES Shaklee ni.

Tujuan YES ini adalah menggalakkan lebih ramai orang ramai untuk menyertai Shaklee bagi menambah pendapatan.

Dan kempen ini banyak memberi manfaat kepada ahli-ahli baru yang berdaftar mulai May 2015 – October 2015.

Apa yang ditawarkan melalui YES Shaklee

Incentive 1 :

PERCUMA Vitalea Multivitamin dengan berdaftar sebagai Ahli Baru Shaklee.

Poster

Incentive 2 : Bonus Tunai 100%Matching Penajaan

Untuk menggalakkan lebih ramai orang menikmati kebaikan produk Shaklee dengan harga jimat.

Incentive 3 : Rank Up Bonus

Memberikan bonus tambahan untuk ahli baru yang menjaya Rank Up. Bonus ini tidak termasuk dengan bonus jualan.

Incentive 4 : Yes Pack 

Yang terdiri dari

Healthy Prenatal Set (Set Kehamilan)

Healthy Postnatal Set (Set Berpantang)

Healthy Fitness

Healthy Young Living

Incentive 5 : Monthly Matching Bonus

Bonus tambahan mengikut mengikut kriteria yang ditawarkan.

1 Cover

Memang banyak tawaran-tawaran bonus tambahan untuk yang benar-benar serius ingin menceburkan diri dalam bisness Shaklee ini.

Shaklee menjadi pilihan kerana

Yes  10 Reason

Lebih info mengenai Side Income With Shaklee 

Jom Daftar Keahlian Shaklee Bersama Vitalynd Empire

Vitalynd Empire

Jom Yes With Shaklee

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Banyak pengumuman penting telah dibuat oleh pihak Shaklee pada bulan ini.

Salah 1 daripadanya adalah perlancaran Young Entrepreneur System (YES)

Banyak Keistimewaan yang ditawarkan terutama kepada ahli baru yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama Shaklee.

Tawaran ini bermula pada May 2015 hingga October 2015.

Untuk bahagian pertama ini, keistimewaan diberikan kepada ahli yang mendaftar bermula May 2015.

Dengan pendaftaran Keahlian Shaklee, ahli baru akan menerima 1 Set Starter Kit dan juga 1 botol Vitalea Multivitamin bernilai Rm88.75 (Retail Price) secara Percuma.

Poster

Promosi Istimewa ini adalah bersempena dengan ulang tahun  Shaklee Multivitamin pertama di dunia yang telah berusia 100 tahun, diasaskan oleh Dr Forrest C. Shaklee pada 1915.

Yes Vitalea

Cara Untuk Daftar Keahlian Shaklee YES :

1. YURAN Pendaftaran Rm 80 bersama dengan UV.

2. PERCUMA PENDAFTARAN dengan Pembelian Produk yang bernilai 200 UV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...