Assalamualaikum.

Tanda Badan Bertoksik dan Kepentingan Detox

Ok..ok.. Lynd tak tahu macamana nak mula tapi Lynd “sentap” lepas buat cermin mata baru hari tu.

Apa yang Lynd perasan jerawat muka Lynd semakin subur.

Sebaik je pakai mata baru dan tengok cermin memang ter”cakap” kat dalam kedai tu “Kakak teruknya muka mama”

Memang Ya Allah.. moral down habis lah.. sebab selama ni tak perasan pun and tak sempat nak belek muka betuk-betul. Almaklumlah mata ni power dekat 1000 so memang tak nampak lah.

Tambah lagi viral “ 8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin” lagilah rasa “geli” sebab mengesahkan yang Lynd ni bertoksin. Huaaaaa…

Inilah info yang menjadi viral minggu lepas. Terima kasih kepada pihak yang menyedikan slide yang berguna ni.

Tanda badan bertoksin

Tanda badan bertoksin 2

  1. Sembelit – Anda perlu membuang air besar 2x sehari, bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama dalam badan dan membawa penyakit.
  2. Kembung Perut – Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.
  3. Sakit Kepala – Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, malah boleh menyerang anda setiap hari.
  4. Letih dan Lesu – Toksin yang terkumpul dalam badan umpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan yang menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.
  5. Mulut Berbau – Usus yang kotot dan tidak dibersihakn secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbul ketidakselesaan kepada orang lain disekeliling.
  6. Perut Buncit – Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi dan walaupun berat badan anda masih normal.
  7. Kulit Kusam – Jika Masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan terlebih dahulu.
  8. Kemaruk Makan – Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik. Malah menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

flush-toxins-759x419

Hampir semua / boleh dikatankan semua simptom tu ada pada Lynd. Serius sentap beb.

So Lynd cuba memahami apa itu proses detoks.

Detox-Torso

Kebanyakan orang faham bahawa proses detoks terjadi semasa kita membuang air besar. Tetapi sebenarnya banyak lagi organ dan proses yang terlibat semasa proses detox dalam badan.

Detox-phase-1-and-2

Organ-organ lain yang terlibat semasa proses detoks adalah :

Kolon – Mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria.

Hati – Menapis racun dan bakteria dalam darah

Paru-paru – mengeluarkan gas seperti karbon dioksida

Buah Pinggang – Menapis kotoran dalam darah.

Limfa – Mengeluarkan toksin dari sel darah

Kulit – Mengeluarkan toksin berlebihan dari kulit dan liang roma.

Dari mana toksin ni datang ?

Punca Toksin

Mostly yang kita tahu dari makanan tapi sebenarnya banyak punca. Even badan kita sendiri menghasilkan toksin dan perlu disingkirkan. Maka walaubagaimana baik pun pemakanan kita badan kita masih bertoksin cuma mungkin tahapnya tak setinggi orang yang tidak menjaga pemakanan. Dan juga ia bergantung juga sebaik mana badan kita dapat membuang toksin itu dengan sendirinya.

Bagaimana Untuk Detoks?

Lynd akan Sambung dalam next entry ok?

Sebagai pembakar semangat untuk anda detoks, meh kita tengok gambar ni dan fahami kenapa kita perlu detox.

Screen-shot-2014-12-07-at-10.40.23-AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...