Assalamualaikum Canteks Sihat..

Hari ni, hati macam dijentik untuk berkongsi pendapat peribadi mengenai impian setiap pasangan suami isteri. Impian memiliki zuriat.

Bermula dengan wassap dari customer 1 ketika dulu. Asalnya bertanya mengenai “Set Hamil Shaklee”, saya terus excited tanya pasal dia mengandung ke, berapa bulan?

Sekali jawapan dia belum hamil tapi dia nak tahu pasal set pregnant dan pasal set kesuburan sekali.

Ermmmmm.. ni bukan insiden pertama salah faham macam ni.

So sepanjang drive balik kepala dok fikir “Apa perasaan dia bila saya tersasul macam tu?”.. Harap dia tak kecik hati or salah faham.

Kalau dia kawan saya yang rapat nak je saya bagi tips ni. Tapi tu lah tak berapa rapat so tak berani nak bagi cakap lebih-lebih.

Tips Mudah Hamil ni dari pemerhatian saya dan cuba kaitkan dengan dari segi logik / dari segi mind set.

Gini.. pernah jadi tak bila 1 orang pregnant mesti akan ada 2-3 orang mengandung jugak. Macam kat tempat kerja saya sekarang. Bila saya tahu saya mengandung, tersebut dekat kawan, Fareha sekali dia pun cakap dia pun mengandung jugak.

So dah excited mengandung ada geng. Lepak kat surau citer-citer.. then tak lama lepas tu Azlin pun kata dia mengandung.

Dah macam penyakit berjangkit pulak so kat ofis sekarang memang due berderet Fareha April, Lynd May, Azlin June.

Tu 1 peristiwa jangkit bejangkit.

Then 1 hal lagi masa saya belum tahu yang saya mengandung saya suka pegi urut perut sorang lagi kawan ni. Dan selalu sebut minta berjangkit. Asal lalu ofis dia je saya singgah gentel perut boyot dia. Anddddd… berjangkit lah dia.

Sooooooo… kesimpulan yang saya boleh buat adalah :

Jika kita ingin hamil selalu dekati orang hamil.

Ada sesetengah orang dia terlalu ingin hamil tapi dia tak nak dekat ngan orang hamil. Mungkin sebab sedih sebab dia tak berpeluang lagi. Cuba dekati dan suka dengan orang hamil.

Pakar motivasi ada sebut “Dekati dan sukalah dengan orang yang kita ingin jadi”

Kalau kita nak jadi jutawan maka kita kena suka dan dekati jutawan

Jika kita nak jadi orang yang cantik dan pandai bergaya maka dekati dan sukalah orang yang sama minat dengan gitu.

Soooo.. jika kita ingin hamil dekatilah mereka yang sedang hamil.

Dan 1 lagi jangan segan / kekok bercerita mengenai kehamilan. Look things at positive side.

Macam kes saya, terlalu mengharap untuk hamil walaupun saya period pun tunggang langgang. 1 hari tu ada sorang kawan sekerja lelaki tegur saya “Ko ni mengandung ke? Sebab aku tengok ko ni kembang semacam je”

Saya jawab “Amin.. kalau lah betul mesti saya mesti seronok”

Tapi ada juga sisi negatif berbisik “Aku gemuk sangat ke? Waaaaaaa… dia kata aku gemuk..!!!”

So rumusan pada pengalaman saya ni jika kita ingin hamil, dekati dan suka pada kehamilan. Sediakan diri untuk seronok bercerita atau dekati apa sahaja kehamilan.

Even Doktor Zubaidi pakar sakit puan pun pernah berkata “Jika kita ingin hamil, siapkan diri dengan zat atau nutrien atau supplemen yang diambil orang hamil seperti acid folic”

Sebab tu Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin asas yang diperlukan wanita hamil.

Means supplemen pun dah boleh mula ambil bila kita mula merancang untuk hamil. So like attract like.

Betul tak?

Mungkin tips ni takder kajian siantifik tapi dari segi physiology memang ada.

Trust me.. “You need to like something that you want”

Saya ada share beberapa tips kesuburan atau tips mudah hamil yang lain disini. Boleh la refer ye.

Jujur dari hati, bila ada customer order Set Kesuburan, berat hati saya sebab saya bukan hanya jual produk tapi saya jual harapan.

Harapan besar orang yang berjiwa besar untuk iktiar mendapatkan zuriat.

Cartoon-expectant-mothers-Vector-03-Vector-16573Saya doakan semua pelanggan saya mendapat apa yang diimpikan.

Petikan dari Facebook Dr Zubaidi Haji Ahmad

SOYA MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dala, soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.

Walau bagaimana pun amalan ini hanyalah mencegah bagi wanita yang berisiko terutama jika ibu atau ibu saudara mereka pernah mengalami kanser payudara. Ia bukanlah kaedah rawatan untuk kanser payudara.




Shaklee Independent Distributor Anda:

Siti Norhaslinda (SID 1090071)
SMS / Wassap : 019-6038353
FB Page : Mama Sihat Keluarga Sihat 
COD : Shah Alam / Klang / Puchong / Kuala Selangor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...