Assalamualaikum.

Alhamdilillah.

Setiap kurniaan Allah.

1001 kesyukuran dan tidak terhitung kasih sayang Allah pada kita.

Ok. Topik hot malam ni. Fresh dari ladang.

Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mengenai kemenangan Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mama Lynd fans Fattah Amin ke?

Hahaha.. tak ngaku nanti kata tipu pulakkan. Tapi i just love his journey.

Ok. Taknak ulas pasal dia punya personal lah kan sebab itu semua kerja fan fanatik dia. Tapi Mama Lynd tertarik dengan perjalanan dan semangat dia.

Dan dia mengamalkan teknik NLP atau boleh dikatakan sebagai Law of Attraction.

Bermula dengan kisah buku dia yang kena “kutuk” 1 Malaysia dulu. Mama Lynd tak beli pun tapi base on apa yang dikongsikan di media sosial, Mama Lynd perasan apa yang tertulis itu adalah “self talk” seseorang kepada diri sendiri.

Ok. Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya dalam diri masing-masing ni ada 1 suara yang selalu menemani dan pujuk kita.

Dan suara itu lah yang akan menjadi masa depan kita.

Cuba perhatikan..

Bila kita melihat orang lain ada kemewahan. Apa yang kita fikir? Suara apa yang berbisik?

“Nak menunjuk lah tu”

“Orang lain pun ada tapi takder lah berlebih-lebih macam tu”

“Peghhh.. 1 hari nanti aku mesti jadi macam dia”

Tanya diri sejujurnya.. apa yang kita rasa bila orang lain ada sesuatu yang kita inginkan.

Tidak bermaksud bila kita tak dapat apa yang orang lain ada.. Kita boleh membenci mereka. Jika kita mahu apa yang mereka ada maka kita perlu belajar menerima dan menyukai mereka.

Kerana itulah hukum Allah. Kita akan menarik sesuatu yang kita suka.

“Alah.. dah benda tu betul dan itu yang aku fikir nak buat macamana?”

Minda kita ni ni boleh dilatih untuk menyukai sesuatu. Memang pada awal-awal nampak macam poyo ja tiba2 nak paksa diri untuk fikir yang baik2 ja. Tapi lama kelamaan kita akan sudah biasa untuk tidak memikirkan sesuatu yang tidak penting atau berfikiran positif untuk setiap apa yang kita lihat.

Back to Fattah Amin, kata-kata dalam buku dia tu merupakan bisikan hati atau suara memujuk dalam hati dia yang dia cuba kongsikan.

Kita tak perlu pun ambil semua tapi kita cuba berfikiran begitu pada diri sendiri.

Bila MamaLynd tengok ahli Shaklee lain dapat 6 Star treatment tahun ni untuk yang layak pergi Jepun, saya rasa “Tahun depan aku layak gi holiday yang Shaklee belanja.”

Kelakarkan? Tahun ni baru nak merangkak tahun depan dah dapat gi trip?

Kelakar kalau ko bagitau orang yang tak tahu peluang yang ada dalam Shaklee tapi support bagi yang tahu.

So latih diri untuk bisikkan sesuatu yang baik kepada diri sendiri.

Macam Fattah Amin buat tu. Tapi tak.perlulah nak terbit buku tapi cukup lah kita tulis dalam diari kita.

Sebab kemenangan Fattah Amin tu maka Mama Lynd saja lah stalk Ig dia. So hadap lah Igs Fattah Amin ni dan Lynd perasan 1 benda. Gambar ni.

Kalau tak silap Mama Lynd ini hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang anugerah artis paling popular kan?

Dia bergambar dengan kereta yang “bakal” dimenangi. Tak menang lagi. Tapi ambil feel dulu.

Nampak tak?

Kita boleh apply benda tu dalam hidup kita. Masa Mama Lynd join IMKK dulu memang DAO ajar teknik “shopping impian”.

Kita keluar dan ambil gambar dengan impian kita. Selalu tengok impian kita tu. InsyaAllah.. impian itu 1 step closer to us.

So. Tak salah meminati artis ini tapi cuba arahkan minat tu ke arah kebaikan.

Even program Maharaja Lawak Mega tu pun menjadi inspirasi Lynd dalam bisnes Shaklee.

Nak tau?

InsyaAllah next entry Mama Lynd kongsikan ye.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. 1 hari lagi Allah berikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.

Bermaksud 1 lagi peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik “Demi Allah”

Pagi tadi Lynd terlihat 1 status di facebook suami my bff.

Status beliau adalah :

kerana-allah

Persoalan ni sebenarnya dah lama nak ajak Lea sembangkan tapi asyik lupa. So this time memang tak tunggu lagi terus whatApps dia.

“Boleh tak bila kita buat sesuatu bukan mengharap pahala dari Allah tapi paling tidak untuk minta Allah hapuskan dosa kita”

” Contoh bila kita zikir ke, istighfar ke, kita fikir ini pahala tak tau la dapat ka tak tapi at least dapat hapus dosa dan bersihkan hati pun dah cukup bagus”

“Boleh tak?”

Ini soalan Lynd pada Lea. Tapi Lea forward jawapan seseorang yang berbunyi.

“Samada kerana nak syurga, takut neraka, penghapusan dosa / kifarah, bersihkan hati.. Kata ulama : Itu tidak salah dan dibolehkan cuma kesempurnaan keikhlasan itu tiada”

“Saya berpegang, kalau dah kerana Allah, semua itu automatik kita akan dapat”

“Jadi kenapa kita perlu pilih untuk apa? Orang Muqorrabin kata, seolah-olah kita lebih bijak dari Allah. Serahkan kepada Allah yang mana Dia hendak beri”

Lynd tak pasti jawapan itu dari siapa tapi Lea cakap dorang tengah diskus topic ni dekat group sebelah sebab tulah husband dia up topic ni di Facebook.

Senyum.

Walau dari siapa pun jawapan itu Lynd tak kisah. Tetapi Lynd dapat sesuatu hari ini.

Dalam hidup kita menuju akhirat iaitu alam hakiki dimana ia menjadi tujuan kita hidup atas muka bumi ini, kita mengharapkan “pahala” dan “pengampunan” dari Allah.

Kita menjadi lumrah manusia yang hina ini sentiasa melakukan kesalahan.

Jika kita buat baik kita harap pahala.

Jika kita buat dosa kita harap pengampuan.

2 perkara itu yang kita ummat manusia ini perlukan untuk dibawa ke alam sana.

Untuk 2 perkara diatas kita lakukan untuk siapa?

Untuk Allah.

Ia ke?

Bukan kerana kita takut pada balasan neraka?

Kerana kita yang takut kan?

Kerana kita mahukan syurga bukan?

Tapi.. apa itu kerana Allah?

Ok. Jom kita renungkan.

Kerana Allah.

Segala amal dan ibadah kita kerana Allah.

Kita buat je atas alasan Allah suruh.

Dan ingat tak statement diatas “kita mengharap pahala dan pengampunan dari Alah”

Pahala dan pengampunan itu milik siapa?

Jika kita buatlah segala amal tetapi pemilik pemberi pahala dan pengampunan tu taknak kasi macamana?

Jadi kenapa kita perlu mengambil buah dari kebun orang lain yang belum tentu dapat sedangkan kita boleh minta dan buat baik dengan tuan punya kebun dan dia memang akan kasi kita ambil dengan galah yang disediakan.

Allah Maha Memberi.

Janji Allah itu pasti.

Kejar keredhaan Allah, dunia pasti mengejarmu.

Allah sudah menjanjikan segala bagai ganjaran pahala dan pengampunan jika kita buat apa yang disuruh.

Jadi buatlah apa yang disuruh kerana Allah semata-mata.

Usah difikir apa yang kamu akan dapat. Kerana apa yang Allah beri pasti akan membawa kamu ke syurga. Janji Allah pasti.

Tegakkan Tiang dan hiasi dirimu dengan apa yang Allah suka.

Tanpa tiang segala hiasan tidak bermakna.

Jaga solat mu kerana solat tiang agama.

Kerana Allah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 21 Ogos 2016.

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei atas kejayaan pingat perak di Olympic Rio 2016. We love you. You win my heart.

Hari ni datang mood nak menaip sambil diiringi music meditasi.

Hope this will help me to focus untuk menghabiskan entry ini.

My Life..

Hari ini ada sembang dengan kawan lama di UKM merangkap customer yang membeli Vitalea Multivitamin yang bertujuan untuk menaikkan bacaan HB.

Lepas sisi konsultansi, kami sembang santai. Dia tanya pasal saya jual rumah dan tinggal berhampiran dengan tempat keje suami saya. (Lynd tak ingat pernah cerita ke tak kat sini). Dan jawapan saya “YES” sebagai jawapan mengiyakan perkabaran itu.

Wahhh.. kenapa macam formal sangat ayat ni?

Inilah kehidupan “baru’ yang saya pilih. Sebenarnya keputusan untuk jual rumah tu dah lama even sebelum saya bersalin dan berhenti kerja. Tapi percaturan Allah itu indah. Cantik susunanNya.

Urusan jual rumah ni selesai selepas beberapa bulan saya berhenti kerja. Bulan November 2015 saya berpindah ke tingkat atas bengkel suami Redoz Motorsport Autoservice.

Selain mengambil kira faktor kewangan dan mengundur selangkah ke belakang demi mengejar langkah seterusnya ke arah impian kami, 1 lagi kebahagian y saya kecapi adalah saya berada dekat dengan suami saya.

Tenang.

Itu yang boleh saya gambarkan. Suami tak perlu ulang alik malam-malam balik kerja dengan motor. Saya tak perlu tunggu update suami nak balik pukul berapa untuk makan malam sama-sama.

Kehidupan sekarang, setelah hantar kaseh dan Awatif ke sekolah pukul 8.30 pagi, balik tunggu suami bersiap dan siapkan Indah, kami keluar sarapan sama-sama. Melilau mencari tempat sarapan samapi kadang-kadang dah mati kutu nak sarapan kat mana.

Kadang-kadang ikut suami pegi spare part atau hantar barang engineering. Untung suami sebab ada isteri yang sentiasa menemani.

Lepas sarapan, biasanya Indah akan tidur balik so masa untuk saya bersilat di dapur untuk siapkan lunch. Salah satu nikmatnya disini adalah saya tak perlu simpan stok makanan dalam bentuk beku. Saya beli barang nak masak setiap hari di kedai berdekatan, kalau ikan dah siap siang. So senang je hidup saya sekarang.

Dah siap masak gi ambil The Kakaks dari sekolah dalam pukul 12 tengahari and lunch sama-sama dengan suami.

Alhamdulillah kehidupan yang sungguh menyenangkan.

Tetapi itu tidak bermakna saya akan terus dengan kehidupan begini. Saya mahukan yang lebih baik untuk orang-orang yang saya sayang.

Dengan semangat Shaklee, saya akan terus membantu ramai orang untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan.

Impian saya adalah untuk menunaikan umrah pada tahun ini 2016, membeli tanah dan membina rumah impian kami.

Selain itu saya juga akan membeli kereta yang lebih selesa untuk kami anak beranak dan juga menghadiahkan sebuah kereta untuk mertua saya.

Allah.. dengan keberanian saya menaip impian saya disini dan mengharap rakan-rakan dapat mengaminkan doa saya ini.

Ada yang tanya apa yang kami buat dengan duit hasil jualan rumah tersebut.

Kami melangsaikan segala hutang jahat kami dan juga untuk simpanan.

Alhamdulillah kami tak pernah menyesal dengan keputusan kami.

So terbaru kontrak sewaan bengkel ni kami sambung lagi 2 tahun. Saya nekad untuk kekal disini sehingga 2 tahun lagi dan menggelarkan rumah ini sebagai…….

Where The Master Was Born. (WtMWB)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Cantik tarikh hari ini..

1.6.16

Sudah masuk June. Maka lagi 5 hari kita akan menyambut ketibaan ramadhan.

Ada beberapa posting mengenai ramadhan yang menarik dan yang ini yang paling menyentuh hati Lynd.

Assalamualaikum Tak terasa…!!!
✔6 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH…
✔6 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH…
✔6 hari lagi DOA di IJABAH.
✔6 hari lagi PAHALA dilipat gandakan… Tetapiii…
Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati Saudara2ku…
Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk…
✔Lisan yang tdk berkenan…
✔Janji yang terabaikan…
✔Hati yang berprasangka, dan
✔Semua sikap yang menyakitkan…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ….
Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga Kita Diberi Umur Panjang nan Barokah Sehingga Bolih dan diizinkan utk Dipertemukan Bulan Suci Ramadhan… Aamiiin yaa rabbal ‘alamiiin.
MARHABAN YAA RAMADHAN…!!

Bertapa besarnya kurniaan Ramadhan yang Allah berikan pada ummat Muhammad SAW.

Tahun ini juga istimewa kerana Lynd dan anak-anak membuat persiapan sebelum Ramadhan demi memeriahkan dan menerapkan bertapa pentingnya Ramadhan dalam diri Kaseh dan Awatif.

Sesungguhnya pengaruh media sosial sangat besar kerana Lynd mendapat idea ini dari rakan-rakan facebook. Dan sesungguhnya Lynd syukur kerana ia memudahkan penerangan dan memberi pemahaman kepada Kaseh dan Awatif.

Antara perkara yang Lynd dah buat sebagai tanda Ramadhan yang bakal tiba adalah memberi sumbangan kurma kepada guru-guru tadika Kaseh dan Awatif.

Selain tu dapat juga menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak.

Lynd beli kurma untuk setiap guru dan tampal ucapan “Selamat Berpuasa” di kotak buah kurma. Lynd serahkan pada jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula.

Lynd libatkan anak-anak semasa membeli dan tampal kad ucapan pada kotak kurma.

Aktiviti yang ke 2 adalah.. sediakan banner ” Welcome Ramadhan”.

Pada awalnya mama ni lah y tercongok sorang-sorang gunting alphabet dan tampal. Mungkin sebab mereka tak faham apalah yang mama cuba buat ni.

20160531_215718

Bila dah mula gantung baru mereka excited siap nak tumpang lukisan sendiri lagi kat area ni.

20160531_233803

(Gambar Kaseh snap sendiri sebab tu goyang)

Bila dah siap ni baru mereka excited tanya “Ok mama. What’s Next?”.

Hahahaha.. bukan main mama buat checklist project cuti sekolah untuk persiapan ramadhan dorang tak layan. Dah cantik baru nak teruja. Ok mama faham dah trick macamana nak tarik minat kamu ya anak-anak.

Then.. projek seterusnya “Ramadhan Countdown”.

Ni idea tak sengaja. Because Kaseh keep asking bila puasa. (Dia cakap dia nak puasa tahun ni).

So Lynd buatlah ulat countdown ni. So tiap kali azan maghrib dorang boleh potong 1 gelung ni. So balance gelung tu menunjukkan berapa hari lagi nak ramadhan.

Itu antara project yang dah siap. Coming up next..

# Surau Kecil Kami

# Solat Clock

# Ramadhan Checklist.

Beside that.. mama pun terkejar-kejar nak kemas rumah. Kiranya ala-ala Ramadhan Cleaning. Kalau mat salleh ada spring cleaning kita buat Ramadhan Cleaning.

Sekarang ni pun Lynd tengah google pasal Kaseh nak puasa. Lynd tak pernah suruh dia puasa lagi sebab Lynd nak dia solat dulu dan alhamdulillah dah hampir sebulan ni dia solat 4 waktu kecuali subuh. (Mama tak sampai hati nak kejut.. adeh.. mama kena tabah)

Tapi disebabkan dia baca dalam majalah Ana Muslim mengenai kebaikan berpuasa jadi dia nak juga puasa.

Ermmmm.. so Lynd tengah cari idea macamana nak buat puasa ni bermakna untuk Kaseh.

So far ini sahaja persiapan berpuasa kami. Ada 5 hari lagi. InsyaAllah Ramadhan ini kita sambut dengan penuh meriah dan berpesta ibadat.

 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur.. itu yang hanya boleh Lynd sampaikan.

Kehidupan Lynd bertambah baik dari hari ke hari. Ini bukanlah bermaksud sebelum ini tidak baik tetapi sebelum ini dirasakan sudah cukup baik tapi makin hari makin banyak rahmat Allah yang dikurniakan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sudahnya mulut dan hati hanya mempu melafazkan syukur.

Bila dah terlebih excited tapi tak tahu nak descibe macamana sudahnya hanya mampu SENYUM.

Saat ditanya “Dalam keadaan macamni pun ko mampu senyum ?”

Rahmat Allah.. saat macamana pun saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk senyum walaupun tanpa sebab.

Hikssss…

Panjang pulak intro.

Salah 1 kesyukuran adalah saya sudah terjebak dalam golongan orang yang suka join aktiviti sedut ilmu.

Jika dulu baca pun taknak malah sekarang sanggup invest masa, keringat dan wang demi ilmu. Mungkin ramai yang tak faham kepentingannya, it’s ok, teruskan berdoa untuk anda dibukakan hati dan dibawa oleh Allah untuk terjebak dalam sesuatu yang bermanfaat dalam hidup anda. It can be anything but i already found mine.

7 November 2015, saya telah menyertai Program Cash Flow Mega anjuran Mekanik Wang aka Abang Abu.

Jujur saya baru sahaja mengenali insan hebat dan humble ini tetapi disebabkan jatuh cinta dengan update beliau di facebook maka saya nekad untuk join program ni disamping para panel yang hebat-hebat.

Siapa itu Abang Abu ?

Terus terang cakap saya memang tak mengenali beliau terlalu detail dan yang saya hanya tahu mengenai tips pengurusan kewangan beliau dan saya yakin saya hanya baru mendapat ilmu dari beliau terlalu lah sedikit.

Dan saya sudah memasukkan nama beliau dalam senarai-senarai mentor yang saya hormati dan kagumi.

Allah.. tak terluah dengan kata-kata.

Terlalu banyak perkongsian yang bukanlah tak mampu untuk saya kongsikan disini tetapi errrrmmmmmmm… shut up Lynd.. stop with the excuse.

Hahahaha.. ok lah.. Lynd share antara point-pointnya.

5 Rukun Kekayaan

1 # SENYUM – dalam apa jua keadaan. Yes.. what ever.. dan selagi orang tak kata anda gila anda takkan kaya.

2 # ENERGY HIGH – Selalu tinggi. Bangun pagi dan dalam apa jua keadaan. Energy high akan menarik perkara baik datang kepada kita.

3# NIAT – Sentiasa beritahu otak apa niat kita untuk menjadi kaya.

4 # SYUKUR – No complaint. Orang yang sentiasa excited adalah orang yang selalu bersyukur.

5 # IKHLAS – Allah bagi rezeki berdasarkan keikhlasan dan level keikhlasan kita hanya Allah yang tahu.

Antara Panel yang terlibat selain Abang Abu sendiri adalah Fizo Omar, Dr Zaharuddin dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Saya sudah beberapa kali mendengar perkongsian Fizo Omar semasa program Doctor Azizan Osman tetapi setiap sesi sentiasa memberikan pengajaran yang baru dalam kisah hidup Fizo Omar.

cashflow program fizo

Selain kes saman 8 Juta dan bagaimana dia bangkit membina FOC (Fizo Omar Channel) kali ini beliau menceritakan mengenai bagaimana “keterpaksaan” dalam melakukan sesuatu pekerjaan membuatkan beliau sentiasa mengupgrade diri.

Dan point ini saya sangat pegang.

Setiap ujian yang Allah berikan pada kita adalah untuk menjadikan kita yang lebih baik.

Bagaimana keterpaksaan menjadi kebiasaan dan kemudian kepakaran dan seterusnya boleh menjadi sumber pendapatan dan kekayaan.

1 lagi sentiasa melihat masalah sebagai peluang. Dan kita gunakan kepakaran kita untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Perkongsian Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula menyedarkan saya bahawa kenapa kita orang islam atau bangsa kita perlu bangkit berniaga. Bagaimana orang berniaga berjihad untuk agama.

Beliau adalah bekas presiden Johor Corporation, menceritakan bagaimana kepentingan umat Islam khususnya di Malaysia dalam memastikan kita mendapatkan makanan yang disahkan Halal dengan pengambilan KFC Malaysia.

Sebuah syarikat Malaysia yang dijalankan oleh orang islam semestinya mereka faham dan tahu mengenai kepentingan makanan halal kepada umat islam.

Dan banyak lagi perkongsian beliau yang membuka mata mengenai pentingnya kita menerajui syarikat besar dengan bermulanya denga perniagaan kecil.

cashflow program 1

Manakala perkongsian Ustaz Zaharudin lebih menjurus kepada pandangan islam terhadap kekayaan.

Rukun Islam ke 4 menyatakan kepentingan umat islam menunaikan zakat. Seperti yang kita tahu zakat dalam islam ada beberapa jenis. Zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat simpanan dan lain-lain.

Setiap zakat tersebut ada kritiria yang melayakkan kita membayar zakat tetapi secara asasnya makan banyak pandapatan  / simpanan kita makin banyak kita perlu bayar zakat. Makin banyak zakat kita sumbangkan lebih banyak umat islam dapat dibantu dan semestinya ia menjadi pelaburan untuk saham akhirat kita.

Allah..

Terlalu banyak yang Lynd boleh share tetapi feel tu mungkin tak sama dengan jika anda menghadiri sendiri program-program begini.

Sekarang kita tak hanya belajar dengan cikgu. Tetapi kita belajar dengan orang yang orang berjaya yang willing to share bagaimana mereka boleh berjaya.

Allah.. syukur.. itu hanya yang boleh nyatakan. Dibukakan hati untuk terjerumus dalam dunia gila ilmu disaat ramai orang mereka sudah bagus dengan apa yang ada.

Allah.. jauhkan aku dari rasa itu dan jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa merendah diri dan gilakan ilmu-Mu.

Amin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

What Woman Want Cara Atasi Penat Part 2

2-3 menjak ni ni newsfeed Facebook Lynd ada beberapa viral yang Lynd tak berapa gemar nak baca. Bukan sebab tak setuju dengan apa yang mereka buat cuma Lynd takut apa yang dibaca terjangkit dengan Lynd walaupun pada hakikatnya benar juga sesetengah perkara tu.

So bila dah separuh baca tu kalau macam dah boleh agak apa kesudahannya memang Lynd terus stop baca.

Apa viralnya Cik Lynd?

Mengenai perkongsian suri rumah yang mengatakan mereka tiada masa untuk diri sendiri. Menguruskan rumah tangga dari pagi sampai ke malam. Makin perit bila suami dan orang ingat mereka bersenang-senang dirumah.

Itu 1 kisah.

Ada juga perkongsian ibu bekerjaya penat keluar bekerja, balik rumah uruskan keluarga, kelam kabut pagi-pagi, suami tak tolong dan macam-macam lagi.

Allah.. beratnya tanggungjawab wanita.


Cara Atasi Penat 1

Walau siapa pun kita samada suri rumah atau keluar bekerja. Semuanya ada sebab dan kepentingan yang perlu dijaga. Tiada istilah siapa yang lebih beruntung dan siapa yang lebih senang.

Perasan tak persamaan antara 2 kes ni ?

PENAT.

Jika sebelum ni Lynd explain Cara Mengatasi Penat Part 1 menggunakan rangkaian produk Shaklee

Tapi entry kali ini Lynd fokus pada keperluan protein.

Kenapa Kita perlukan protein dalam diet harian kita ?

Why we need protein

Kerana badan kita terdiri dari binaan-binaan asas protein. Protein menjadi sumber tenaga berpanjangan yang menjadikan badan kita sentiasa bertenaga.

Protein mengambil masa yang lama untuk dihadam dan ditukarkan kepada tenaga maka kita akan merasa kenyang lebih lama dan bertenaga lebih lama.

Kenapa Wanita Hebat Perlukan Lebih Protein ?

Kerana wanita hebat perlukan tenaga berpanjangan, kepuasan diri dengan menjaga tubuh badan yang langsing dan juga untuk membaiki otot yang tercedera akibat aktiviti lasak.

Luna-IG_Protein_thumb

Pentingkan protein ni kepada wanita-wanita hebat ?

Dengan pengambilan protein yang mencukupi kita dapat kekal bertenaga dan dapat menjaga kecantikan dalam masa yang sama.

Protein kita boleh dapat dari 2 sumber samada protein tumbuhan dan protein dari daging.

Protein dari tumbuh-tumbuhan lebih menjadi pilihan kerana ia tidak mengandungi lemak dan kolesterol.

Berikut adalah tumbuhan yang boleh membekalkan protein kepada kita.

sources-plant-based-protein-illustrator-vector-44584901

Wahhhhh… Tempe ataupun soya boleh membekalkan protein paling tinggi berbanding dengan sayur lain.

Ok.. ini 1 lagi perbandingan hebat antara protein haiwan dan protein tumbuhan.

image-21

Kajian menunjukkan protein dalam kacang soya mengandungi asid amino yang paling lengkap diperlukan oleh badan kit.

Oleh yang demikian Shaklee telah mencipta Energized Soy Protein (ESP Shaklee) yang merupakan minuman protein berasakan soya pertama yang dicipta sebelum kewujudan jenama-jenama lain.

ESP Shaklee

Fakta Menarik Mengenai ESP Shaklee

# Mengandungi 9 Asid Amino lengkap yang diperlukan oleh badan.

# Mengandungi 500mg Kalsium dalam setiap hidangan yang bersamaan 1 gelas susu.

#Dihasilkan dari soya Non-GMO terpilih dan  berkualiti tinggi.

#Minuman  protein berasaskan soya yang pertama dicipta.

# Mempunyai Index Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 yang selamat diambil oleh pesakit diabetis.

Apa Itu GMO ?

Boleh refer entry ini untuk mengetahui apa itu GMO.

Sekarang faham kenapa protein penting untuk wanita hebat dapat mengatasi rasa penat dengan rutin harian anda ?

Cara Atasi Penat

Dapatkan ESP Hari Ini dengan penjimatan hebat.

PAKAT BORONG ESP SEMPENA PROMO SEPTEMBER

cara elak penat

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dipertemukan dengan Jumaat Seterusnya.

Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Jumaat adalah penghulu segala hari bagi ummat islam. Bertapa kasihnya Allah kepada kita sentiasa memberikan bonus pada kita. Bulan Ramadhan yang diberikan setahun sekali dan Jumaat dikurniakan seminggu sekali.

Berikut adalah Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Amalan Hari Jumaat

#Mandi

Semua orang mandi tetapi mandi hari jumaat disertakan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, kita dikurniakan pahala untuk mandi itu. Allah, mudahnya Islam.

#Memakai Wangi-wangian dan pakaian terbaik.

Pada yang sudah biasa melawa jadi super melawan (patuh syariah) kepada yang dok kat rumah dan biasanya selekeh je, hari jumaat silalah melawa walaupun dalam rumah.

#Memotong Kuku

Macam Lynd 2x seminggu potong kuku so adjust lah sampai hari jumaat pun kita potong kuku. Potong kuku anak-anak dan kalau perlu suami sekali.. Heeeee

cara potong kuku

Hari yang disunatkan untuk potong kuku:
Isnin, Khamis dan Jumaat

# Membaca Surah Al-Kahfi

Kelebihan Al Kahfi

Surah Al Kahfi yang mengandungi 110 ayat memang agak sukar untuk orang yang tak biasakan diri. Untuk memudahkan untuk kita menghabiskan 1 surah ini dalam masa 1 hari bahagikan kepada selepas Mahgrib, Isyak, Subuh, Dhuha, Zohor dan Asar.

Bila sudah dijadikan amalan, insyaAllah lebih mudah.

# Berselawat

Selawat Nabi

Ini antara amalan harian kegemaran Lynd.

Selawat 1000x setiap hari. Kalau sesiapa yang tengah belajar atau melatih diri untuk berfikiran positif paksa diri untuk selawat 1000 kali ini.

Kat entry ni Lynd ada explain mengenai kelebihan selawat.

Power of Selawat

# Berdoa

Jumaat ada beberapa waktu bonus dimana doanya sangat mustajab.

jumaatdoamustajab-1

Lynd selalu fokus time-time waktu lepas asar tu. Ada ketika bila berpeluang Lynd kurangkan bercakap. Lynd banyak berdoa waktu-waktu begitu tak pun ingatkan dan bayangkan impian-impian Lynd walaupun masa tu tengah buat kerja rumah atau uruskan anak-anak.

Berdoa bukanlah hanya bermaksud menadah tangan di tikar sejadah.

Semoga perkongsian Lynd ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Dan kita akan mengambil peluang hari jumaat sebaik-baiknya.

keep-calm-today-is-friday-5

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Kelebihan Dan Cara Solat Dhuha

Sejak ada facebook, ada beberapa orang dok up post
“Jom Solat Dhuha“,
“Dah Dhuha ke belum”

Baru terfikir “oooooooo.. ada orang buat rupanya. Ingatkan on paper je”

Dulu ingat Solat Dhuha dan Solat Tahajjud ni adalah amalan orang “super” alim dan dia memang dok kat masjid je.
Bertemankan tikar sejadah sahaja.
Amalan Sunat Dhuha ini hanya diajar dalam buku, kitab dan ceramah sahaja.
.
Alah.. mana ada orang buat pun. Lagi pun sunat je pun. Lagi pun time tu waktu orang tengah rancak bekerja mana ada orang nak berhenti buat keje dan buat yang “sunat je pun”
.
Tapi En Suami ada cakap kat salah satu tempat kerje lama dia amalan Dhuha tu boleh dianggap biasa. Surau akan dikunjungi dalam waktu Dhuha. Bestkan?
.
Dhuha bukan hanya untuk orang berniaga..
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja..
Dah buat baru rasa best..

Cara Solat Dhuha

 Cara Solat Dhuha

@ Dilaksanakan sebanyak 2 / 4 / 8 / 12 Rakaat dalam waktu dhuha dan paling afdhal pukul 10 pagi.

(Lynd dulu masa masuk kerja kol 8.30 pagi, ikhtiar sampai ofis pukul 8 pagi sebab nak dhuha dulu. Boleh cari masa yang sesuai untuk orang yang makan gaji)

@ Rakaat Pertama Al-Fatihah – As Syam, Rakaat ke 2 Alfatihah – Ad-Dhuha
(Atau mana-mana surah yang dihafal)

Cara Solat dhuha

Doa Solat Dhuha

Ya- Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu,
Kecantikannya kecantikan Mu,
Keindahannya keindahan Mu,
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkan lah,

Berkat waktu dhuha,
Kecantikan Mu
Keindahan Mu,
Kekuatan Mu
Kekuasaan Mu

Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh.

Amin.

Indah sungguh doa ni.

Nak mudah hafal boleh nasyidkan doa ni.

Jom jadikan Dhuha sebagai salah 1 amalan harian kita.

Dhuha

Assalamualaikum.

Selamat Pagi Semua.

Macamana pagi anda?

Untuk Gembira sepanjang hari ia bermula dengan pagi yang baik.

Jom kita tengok apa orang gembira lakukan setiap pagi.

6 Perkara Amalan Untuk Gembira Setiap Hari

6 Perkara Amalan Untuk Gembira Setiap Hari

1# Don’t Hit Snooze.

Happy Couple Wake Up In Bed

Siapa biasa buat ni? Angkat tangan. 2-3 kali alarm bunyi asyik dok Snooze sahaja. Tahukan anda perbuatan tersebut menyebabkan anda akan lebih penat. So buka mata, senyum dan katakan Alhamdulillah dan terus bangun.

2# Start With Affirmation

affirmation

Bila dah duduk, lafazkan kata kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Syukuri nikmat yang Allah berikan. Berdiri depan cermin katakan sesuatu yang positif pada diri sendiri dan sebutkan impian anda sambil merasainya.

“Lynd you are awesome, beautiful and successful businesswoman.”

“I am a great and the best mom in the world”

3# Eat Breakfast

healthy-breakfast-3

Jangan pulak diet anda skip sarapan atau kerana kelam kabut terus tak sarapan. Sarapan sangat penting untuk meningkatkan daya tumpuan anda semasa bekerja.

4# Exercise Early

Morning Excersice

Tak Perlu yang berat. Simple dan tak perlu ambil masa yang lama. Kajian menunjukkan senaman pada waktu pagi dapat memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.

5# Unplug For An Hour

000561282_prevstill

Apa kata semasa bersarapan tu, nikmati hidangan anda tanpa perlu memegang segala gadget. Tak perlu rosakkan pagi anda dengan scroll newsfeed facebook atau membaca surat khabar. Just enjoy your peacefull moment.

6# Take A Shower

Haaa.. semua orang mandi tapi mandi yang paling bagus adalah mandi air sejuk pada waktu pagi. Selain Sunnah Rasul ia juga pasti menyegarkan dan ‘membangunkan’ tubuh badan dengan air sejuk.

Harap

Selamat menjadi orang yang gembira..!!!

Tips Mendidik Anak Soleh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Anak

What Woman Want, Apa yang wanita inginkan.

Keluarga dengan anak-anak soleh dan solehah dan senang diurus.

Betul tak?

Beberapa bulan lepas, semasa lepas bersalinkan Indah, Lynd memang tersadai aje lah. Takder peluk-peluk Kaseh dan Awatif sebab takut terlasak dekat Czer. Mak saya sebenarnya takut sangat. Dia siap mimpi anak-anak terkam nak peluk saya lepas tu luka jahitan terbuka.

Tidur pun asing, saya tidur dekat atas katil bujang anak-anak bentang toto tidur sebelah katil. Awatif lah paling sedih, dia memang manja dan tidur nak peluk aje. Pernah 1 malam dia minta saya hulurkan tangan pun jadilah masa tidur.

Sedih sangat. Masa tu saya memang fikir saya kena sihat cepat-cepat. Tu bab peluk cium dah kurang. Then bab menguruskan dorang, mandikan, pakaikan baju, sikat rambut dan makan minum dorang mostly diuruskan oleh mak saya.

Walaupun dorang buat sendiri tapi kita bantulah xder lah pandang je. Tapi masa dalam pantang memang pandang je lah.

Sampailah 1 tahap saya rasa anak-anak diluar kawalan. Lasaknya, tindakbalas mereka rasa macam perkara yang “mengerikan” jika ia dibiarkan berterusan. Tambah lagi bila anak dah masuk 3 ni.

Sampai 1 tahap saya fikir “Cukuplah anak 3 bukan sebab saya tak larat nak jaga tapi sebab saya takut tak mampu nak didik mereka menjadi anak solehantakut nanti Kat Sana kita disoal”

Puncanya adalah keadaan sekeliling. Sikap anak-anak ni memang cermin orang sekeliling. Mungkin masa tu terlalu banyak “jangan”.

Jangan bising nanti baby bangun.

Jangan sepah nanti mama tak larat nak kemas.

Jangan dok pangku mama nanti mama sakit.

Jangan lari-lari

Jangan membebel

Semua tu menjadi faktor perubahan sikap mereka.

Bila difikirkan, semuanya berpunca sebab saya tak berdaya. Bila tak sihat emosi saya juga tak sihat, senang marah, tak boleh fikir rasional tu yang jadi senang nak menjerit tu.

Kesihatan emosi dipengaruhi oleh kesihatan tubuh badan juga. Begitu juga sebaliknya.

So masa tu memang Lynd komited ambil Set Berpantang Shaklee secara berdisiplin sebab nak sihat cepat-cepat. Nasibaik Set Berpantang Shaklee ni mudah diambil sebab dalam bentuk tablet.

Seawal 5 hari lagi dari segi energy boleh dikatakan pulih cuma sebab luka bersalin secara pembedahan masih belum baik itu yang menyebabkan masih tak boleh melasak.

Set Bersalin Shaklee ni lengkap dan mudah diambil so tak perlu susahkan mak sangat untuk bancuh ke. Just letak sebelah katil je bila nak ambil capai je.

Selain itu, kalau siapa yang Friend Lynd di Facebook HASLINDA LYND, memang akan perasan Lynd banyak share pasal parenting. Lynd share sebab rasa berguna dan Lynd apply tips-tips tu. Selain itu info Tips Mendidik Anak Soleh memberi Lynd motivasi untuk bertindak, bukan melayan perasaan sedih melihat anak sebegitu dan merosakkan emosi.

Antara Tips Mendidik Anak Soleh yang paling best dan lengkap ini adalah :

Tips mendidik anak nakal menjadi soleh dan solehah..

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Lynd takder lah apply semua tapi at least ada yang Lynd ikut. Untuk apply tips begini apa yang penting ibu / bapa kena bertenang dahulu.

Bila jadi sesuatu keadaan, biasanya kita terus jerit dan marah-marah.

Sepatutnya, bawak bertenang dan ingatkan balik segala tips yang dibaca dan cuba apply. Then baru react.

Alhamdulillah sangat lepas sebulan memang nampak berkesan sangat. Kaseh sangat mendengar kata dan boleh diharap.

Target Lynd lepas ni nak kenal pasti personaliti anak-anak sebab lain anak lain cara nak handle. Kaseh and Awatif memang agak berbeza. Cara cakap dengan Kaseh tak sama dengan Awatif, cara minta tolong pun tak sama. So Lynd tengah belajar memahami anak-anak yang 2 ketui ni. Indah baru 3 bulan so just handle keperluan asas dia je.

So Lynd memang sangat belajar kepentingan kenapa Ibu kena sentiasa sihat dan bertenaga. Badan ibu sihat maka dari segi spiritual dan emosi juga akan sihat. Jika kita boleh handle perkara ini maka ibu akan dapat kurangkan rasa penat mengurukan keluarga,

So ini salah 1 perkongsian Lynd dalam cara mengelakkan penat secara Motivasi dan Spiritual.

BAHAGIAN 1 : Nutrisi

BAHAGIAN 2 : Home Organising

BAHAGIAN 3 : Motivasi dan Spiritual

 

Lynd akan teruskan berkongsi segala tips dan ilmu dalam What Woman Want by Lynd.

Semoga bermanfaat.

————————————————————-

Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee dengan Consultation Penuh dan Service Terbaik

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...