Assalamualaikum.

Apa khabar semua ?

Last week Lynd order buku Zero Hutang yang ditulis oleh salah seorang mentor kewangan saya Tuan Zulkifli.

cover-buku-zero-hutang

Memang terinspirasi bagaimana beliau “nekad” dan berazam untuk membebaskan diri dari bebanan hutang yang kebanyakkan orang anggap hutang itu hutang “normal” dimana yang biasa sahaja. Hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah dan lain-lain lagi.

Dan kemudian hidup “dibawah kemampuan”.

Impian Zero Hutang.

Memang terinspirasi bagaimana kita tidak perlu hidup bermewah-mewah jika kita tak mampu. Ermmm.. bukan soal tak mampu tetapi rasanya mampu tetapi kita lebih “mengutamakan” perkara lain berbanding SIMPANAN.

Yesss.. Selain membayar hutang kita perlu ada simpanan. Ada 1 soalan yang buat Lynd berfikir agak lama..

“Jika kita kurang upaya hari ini untuk bekerja, bermaksud pendapatan kita tiba-tiba ZERO, berapa lama kita boleh survive?”

Termenung sejenak.

1. Dengan apa aku nak bayar HUTANG aku bulan depan.

2. Dari mana aku nak dapat untuk perbelanjaan harian aku lepas ni?

2 perkara itu membuatkan Lynd… Ermmm.. tersedar..

Yelah.. simpanan pun segan silu je nak membukit, baru jadi busut dah kena tarah..

Hutang or so call as “pinjaman” memang ambil separuh dari income makan gaji.

Komitmen mak, ayah dan tampung perbelanjaan rumah bantu husband.

Apa yang Tuan Zulkifli buat, beliau makan gaji sambil tambah pendapatan. Bermula dengan perniagaan MLM dimana beliau merupakan pengguna kepada 1 rangkaian produk ini dan suka dengan produk tersebut. Kemudian mengedarkan kepada rakan-rakan dan orang terdekat. Dapat bonus sikit-sikit dah cukup bersyukur.

Kelebihan mula berniaga dengan perniagaan MLM ini adalah Modal dan risiko rendah. Boleh baca mengenai cara memilih MLM yang betul boleh refer pada entry beliau.

Mulakan Perniagaan Dengan MLM

Dan Lynd ada juga terangkan mengenai Shaklee sebagai perniagaan MLM

Dan kemudian beliau menjadi dealer emas yang benar-benar membawa beliau kearah Financial Freedom dan kemudian itu baru beliau berhenti kerja kerana dari segi financial beliau sudah “secure” dan kukuh.

Berbeza dengan Lynd.

Saya nak berhenti kerja secepat mungkin. Lynd nak fokus pada bisness Shaklee dan keluarga. Dari segi potensi perniagaan Shaklee, memang pendapatan dan peluang yang Shaklee tawarkan memang melebihi dan berlipat kali ganda dari pendapatan Lynd sebagai jurutera sekarang.

Lynd “terdesak” untuk berhenti kerja. Sebab Lynd taknak menganiaya rakan-rakan sekerja bila Lynd tak dapat beri komitment sepenuhnya. Bukan sebab bisnes yang mengganggu tumpuan Lynd, tapi lebih kepada keluarga.

Lynd betul-betul sentap bila Kaseh tanya “Kenapa cuti sekolah masih kena sekolah?”. Memanglah. Hanya tadika yang cuti tapi dia masih perlu ke nursery kerana mama kerja. Sampai bila..?

Dan kerana itu sebenarnya Lynd terjebak untuk berbisnes dan Shaklee pilihan Lynd. Sebab Lynd nak tunaikan impian anak-anak untuk melihat ibu mereka sentiasa berada di rumah bila cuti sekolah. Bebas masa.. dalam masa yang sama berusaha untuk bebas wang.

Yesss.. Lynd terdesak.. Bila tengok rakan-rakan Shaklee akhirnya berhenti kerja dena buat full time Shaklee malahan Full time house wife dengan pendapatan berlipat kali ganda dari Lynd membuatkan Lynd bersemangat yang Lynd akan jadi salah seorang dari mereka.

Kalau mereka boleh kenapa Lynd tak boleh?

Tuan Zulkifli, impian kita sama iaitu Zero Hutang, tapi saya pilih jalan berisiko dan mencabar sedikit.

Semoga impian Lynd akan tercapai pada October 2015

 WAHM

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak discuss sikit pasal kewangan.

Lynd memang suka sangat baca dan ambil tahu pasal pengurusan kewangan ni. Dari dulu lagi. Masa baca blog-blog mat salleh pasal badgeting, invesment, income management, dept management dan lain-lain tu, rasa seronok sangat tengok cara mereka uruskan kewangan.

Lynd paling suka cara menguruskan hutang baca mengenai cara menguruskan hutang.

Dan yang Lynd perasan mereka lebih banyak guna perkaraan DEPT instead of LOAN.

Kalau kita ni lagi suka guna perkataan PINJAMAN yang bermaksud HUTANG.

PINJAMAN Perumahan

PINJAMAN PTPTN

PINJAMAN Kad Kredit

PINJAMAN Kereta.

Cuba tukar perkataan pinjaman jadi HUTANG.

Saya pun start terbuka mata pasal HUTANG ni bila baca blog sifu kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli  : Tips Urus Hutang

Barulah saya sedar mengenai ada orang yang hidup tanpa PINJAMAN kat zaman sekarang ni.

Then bila kita ada matlamat nak settle hutang kita akan mula fikir macamana nak settle hutang ini dengan cepat

Mula-mula nak kena kena tahu hutang mana yang kena settle dulu, yang mana boleh transfer ke atau apa-apa lah. Dan sebenarnya entry tu saya tak layak lagi nak buat pun dan bukan itu pun saya nak share sebenarnya.

Then.. Bila saya tengok blog mat salleh cara dorang handle duit keluar masuk ada ruang “income” beberapa kali sebulan. So saya terfikir camner boleh ada beberapa kali income kalau saya makan gaji yang gaji sebulan sekali.

Antara Blog kegemaran saya

A Bowl Full of Lemon

Saya mula tertarik dengan bisnes Shaklee sebab blog ni lah. Tapi sistem marketing Shaklee dorang lain sikit rasanya.

So mulalah dari cerita.. Uruskan bajet.. Urus Hutang.. dan sekarang tambah pendapatan dan next is menabung.

Menabung atau dengan kata lain uruskan kewangan juga lah sebab income dah ada 2 kali (belum kira lagi untung runcit). Akhir bulan gaji bulanan kerja hakiki yang biasanya habis untuk bayar hutang / pinjaman dengan kadar yang sudah ditetapkan, nafkah mak ayah yang average tak jauh beza pun dari tahun lepas increament sikit-sikit je secara tahunan dan belanja harian keluarga.

Biasanya cukup je duit gaji tu tapi yang jadi isu bila ada breakdown / nak balik kampung / melancong.

Takkan nak korek simpanan dari potongan gaji yang sepatutnya untuk betul-betul emergency.

So datanglah cerita 2nd income which is bonus Shaklee yang biasa masuk 13-16 haribulan setiap bulan.

Awal-awal dulu hilang pedoman jugak lah mau taknya dah biasa ada 1x gaji bila dah dapat gaji 2x ni macam seronok terlebih.

Tapi sekarang dah sedar diri. Masa gi IMKK hari tu Doc Azizan Osman ada ajar mengenai 6 tabung.

Tip menyimpan Duit kaedah 6 Tabung Simpanan

The-Money-Jars-System

Masa awal-awal belajar tu, “Aduh tabung NEC pun dah 90% camner nak agihkan ke tabung-tabung lain”

Apa Maksud 6 Tabung ni?

Moldiv_1428893021242

NEC (Neccesity) = Peruntukan keperluan seperti perbelanjaan harian, pakaian, pinjaman / hutang dan duit kepada ibu bapa. Kiranya duit yang habis untuk dibelanjakan keperluan bulanan.

LTSS (Long Term Spend Saving for Spending)

Seperti simpanan untuk haji / umrah. Dan pada Lynd duit ini juga untuk seperti road tax tahunan / kenduri kahwin anak / kenduri akikah anak / duit belanja anak masuk universiti.

EDU (Education)

Duit yang kita akan gunakan untuk menambah ilmu kita sendiri. Bukan untuk education anak-anak ye. Seperti kelas-kelas marketing, kelas kewangan, kelas keagamaan, seminar kekeluargaan dan pelbagai lagi peluang untuk kita menambah ilmu kita sendiri.

FUN 

Duit berseronok. Duit untuk belanja diri sendiri dan keluarga. Duit tengok wayang, spa, beli baju-baju idaman dan “perlu” dihabiskan untuk belanja diri selepas bekerja. Kalau macam plan nak gi bercuti ke 3 bulan lagi, maka hold dulu duit ini dari digunakan so bila dah 3 bulan baru habiskan untuk hotel atau perbelanjaan semasa berjalan.

FFA (Financial Freedom Account)

Ok.. Duit ni penting. Ia merupakan duit tabungan yang tidak boleh diusik LANGSUNG.

Duit ini merupakan duit yang akan digunakan untuk diberanakkan. Bila boleh guna?

Bila amount yang dikumpul cukup untuk menjana income sama seperti keperluan kita.

Maksud, jika setiap bulan kita perlukan Rm 400o untuk keperluan kita, maka duit dari FFA mestilah cukup untuk beranak dengan sendiri untuk menjana Rm 4000 sebulan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.

Contoh : Kita kumpul duit FFA sehingga Rm 700K, beli / bina rumah sewa. Dan setiap bulan hasil kutipan sewa itu adalah Rm 4000 sebulan. Jika terjadi apa-apa pada kita atau kita tak kerja pun takper sebab kita sudah ada duit yang beranak sendiri.

Jadi buat masa sekarang ini kita perlu bekerja untuk kumpul FFA supaya 1 hari nanti kita tak perlu risau mengenai kewangan kita.

Itu lah yang dinamakan Financial Freedom.

Charity 

Duit sedekah juga adalah duit pendapatan pasif kita.

Yang kita hanya perlu percaya dan tak perlu pandai kira.

Doc Azizan cakap, takper kalau tak dapat agihkan ikut percentage ini lagi, tapi yang penting kita adjust dari masa ke semasa dan set target bila kita nak capai income / kewangan yang kita dapat asingkan mengikut sistem tabung ini.

Bagaimana pengagihan semasa kita sekarang?

Jika NEC sahaja sudah 80-90%?

Atau 110%?

Dan disinilah datangnya cerita Tingkatkan Pendapatan.

Maksudnya kita dah tak boleh nak adjust NEC kita.

Contoh :

INCOME : RM 3000

NEC = RM 2500 = 85 %

FFA / LTSS = Rm 500 = 15 %

So macamana nak NEC tu jadi 55% jika kita dah adjust NEC kita memang rm 2500?

Disinilah datangnya cerita tingkatkan pendapatan.

Silapnya mindset kita ni, meningkat pendapatan, maka meningkatnya NEC. Cari ruang loan apa bleh apply lagi, kereta mana boleh tukar lagi.

Sepatutnya :

Untuk NEC 55% = Rm 2500

Income kita kena = RM 4545

Maka selagi income kita tak cecah Rm 4545 kita “Tak Boleh” atau “Tak Patut” menaikkan NEC kita lebih dari Rm 2500.

Sepatutnya

Income = Rm 4545

NEC = Rm 2500 = 55%

FUN = RM 454.50 = 10%

FTTS = RM 454.50 = 10%

FFA = RM 454.50 = 10%

EDU = RM 454.50 = 10%

CHARITY = RM 227 = 5%

Bila dah sampai tahap ini, baru lah tingkatkan pendapatan untuk tingkat NEC kita.

Maka buat masa sekarang ni Lynd tengah pulun nak tingkatkan pendapatan bersama Shaklee supaya saya dapat agihan % tabungan saya macam kat atas tu.

Nak belajar dan nak tahu macamana Shaklee dapat membantu anda meningkatkan pendapatan?

Lebih info mengenai Side Income With Shaklee by LyndSide Income with Lynd

Daftar sebagai Ahli Shaklee

Atau

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Hari ni Lynd nak bicara santai.

Santai tapi sesak dada juga lah.

Mengenai IMPIAN.

Sejak join bisnes Shaklee dan juga join program Dr Azizan Osman, Lynd di ajar untuk berimpian.

Jika sebelum ini, hanya follow the flow dan tunggu apa Allah beri.

Bila tengok orang berjaya Lynd akan fikir “Untung dia, Allah kurniakan kejayaan”

Lynd sebelum ni pernah join Program Prof Muhaya juga, tapi lebih kepada kekeluargaan dan kebahagiaan jiwa.

Prof Muhaya punyer moto ada mention “Live by Design”

Tapi tak faham sangat.

Then dengan bisnes Shaklee, tengok tips-tips kejayaan mentor-mentor salah satunya adalah vision board.

Kita kena visualizekan impian kita dan tampal.

debt1

Ni contoh.

Ini Law of Attraction lah.

Then.. impian.. semua orang nak impian bagus-bagus dan best.

Kerete besar, rumah selesa, duit banyak, pergi melancong.

Dan memang banyak benda best.

Pun kadang-kadang stuck jugak sebab banyak sangat benda yang kita nak dan kalau boleh nak time-time tu juga.

Masa IMKK, DAO ada bagi gambaranlah lebih kurang gini.

Kehidupan kita ni sebenarnya boleh di design which is impian.

Kita set dulu apa yang kita nak.

Apa, bila, siapa detail.

Tanam dalam kepala.

Dan ACTION datang kemudian.

Kita pulak jenis takut nak letak goal / Impian sebab tak tau macamana nak capai impian tu. (HOW)

Lynd tersentap dan pegang ayat ni ” Allah mengikut sebagaimana sangkaan hambaNya”

So kita set dulu “sangkaan” kita mengenai masa depan kita dan Allah akan beri dan ikut apa yang kita sangka itu dengan memberikan idea, mentor, ilmu, petunjuk dan lain-lain lagi untuk menjadikan Action kepada impian kita.

Ermmm.. Get it?

Lebih kurang gini lah.

Lynd dulu fikir.. bestnya kalau boleh jadi suri rumah dan handle rumah tangga sendiri.

Tak payah kerja.

Tapi keadaan kewangan tak membenarkan Lynd berhenti keje.

So Lynd jadi takut nak berimpian “Suri rumah”

Then.. Baca blog oversea on Home Organising, dan mostly blog yang Lynd follow mereka tak bekerja makan gaji.

Mostly buat part- time.

Ada yang buat consultation, ada yang blogger dan ada yang jual Shaklee..!!!!!

Tapi hanya pandang je lah.

Makin lama makin macam terfikir.. bestnya life dorang.

So mula terfikir “Suri rumah berpendapatan”

Dan Lynd mula jadikan itu sebagai IMPIAN.

Dan Lynd tak tahu cara lagi.

Impian.

Lynd mula search lagi mengenai peluang-peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Tapi masih tak nampak kerja dari rumah yang boleh memberikan pulangan sekurang-kurangnya menyamai gaji Lynd sekarang.

Tapi Lynd tak habis-habis nampak botol Shaklee kat blog mat salleh ni.

Bukan Lynd tak pernah dengar pasal Shaklee ni, tapi tulah.. ada “ke-anti-an” sedikit.

Kenapa anti xpayah lah citer ye.

So 2 tahun berlalu.. pencarian masih diteruskan..

Sampai lah 1 masa terfikir “Bisness Shaklee ni ada kelas jugak ke? Mat salleh ni susun botol Shaklee ni cantik je”

Dan dipendekkan cerita.. register sebagai ahli (sebab nak bisnes) dan ambil la 2 botol produk.

Niat hati konon nak test produk dulu pastu baru boleh promote.

Tapi saya tak sangka yang saya tergolong dalam golongan yang bertuah.

Rupa-rupanya group yang saya join tu adalah group yang aktif dan terbesar kat Malaysia. Iaitu kumpulan Jutawan Shaklee.

Dan kelebihanya, saya dicampak ke dalam 4 kumpulan Closed Group Facebook. Hanya ahli berdaftar bawah Jutawan sahaja yang ada access.

Kat situ baaaaaaaaaaaanyak sangat guide line untuk orang nak berbisnes, tips kejayaan, kisah kejayaan, motivasi, kelebihan produk Shaklee, amalan rohani dan tips lebih merapatkan diri dengan Allah dan banyak lah.

Dan masa tu saya fikir, bisness Shaklee boleh bawa orang sejauh tu ke?

Barulah saya sedar Shaklee berikan banyak peluang sebenarnya.

Ok.. saya taknak citer pasal peluang bisnes Shaklee sebenarnya dalam entry ini.

Back to IMPIAN.

Bila saya sedar mengenai Shaklee adalah HOW yang tuhan hantar untuk saya capai impian “suri rumah berpendapatan”..

Saya mula berimpian “BESAR”.

Macam-macam saya nak. Buat vision board bagai.

Tapi tu lah.. semangat turun naik.

Kejap rasa “ok je keje, ada kawan-kawan, bisnes shaklee sambil-sambil buat duit jajan anak je pun ok”

Bila musim dapat bonus “Ok je keje ni bonus dah gerenti tiap-tiap tahun”

Tapi bila datang musim stress keje mula fikir nak berenti keje.. nak buat shaklee betul-betul.. tengok vision board balik.. than terfikir kenapa impian aku ni tak tercapai?

Hidup diteruskan..

Sampai lah saya tak ingat macamana tapi it’s a learning and cara tuhan mengajar sebenarnya.

Impian saya lengkap tetapi kekurangannya adalah..

WHY..

Kenapa deretan impian tu seakan-akan jauh.

Rupanya Push Factor dan kenapa saya nak sangat jadi “Suri Rumah Berpendapatan”

Jujur.. sebabnya..

Saya dah taknak bangun pagi-pagi rutin sama kelam kabut gi keje, Kalau tak keje boleh bersantai-santai uruskan rumah sendiri. Tak perlu nak fikir pasal bos ke apa ke. Saya nak menjalani kehidupan santai dan tenang.

Ermmmmmm…

Tak tahu macamana yang saya boleh sedar kesilapan “WHY” saya tu.

Mungkin sebab dari doa atau istigharah “tanpa sebab” saya. Seolah-olah petunjuk yang menyedarkan saya.

 Impian saya mesti ada WHY yang betul.

Dan saya kongsi jawapan adalah WHY kepada impian saya adalah :

WHY 1 : Kerana Dia..Kerana Allah..

Bila baca tips kejayaan PM Cery, amalan-amalan rohani yang dia cadangkan. Amalan dengan Allah. Masa tu terfikir “Tak keje boleh lah buat tu semua”.

Dan itulah jawapannya.. saya perlu berhenti kerja supaya masa saya hanya untuk Bos saya iaitu Allah.

Tapi tak bermaksud saya tak buat semua amalan tu.

Amalan macam Dhuha, saya kena bijak urus masa saya kelam kabut datang awal ke pejabat untuk dhuha sebelum waktu keje kol 8.30 am. Tapi cabarannya tetap ada. So cabaran tu yang saya jadikan push factor saya untuk keje keras lagi untuk mencapai impian saya.

Aku kene berenti keje supaya Bos aku Hanya Allah.

Makan Gaji dengan Allah.

Sebab ganjarannya bukan hanya di dunia.. ganjarannya juga diakhirat.

Dan itu matlamat kita semua.

Semoga Allah terima “susah payah” saya untuk mengadap dia ni sebagai saham.

Apa je Impian kita mesti end up kerana Allah.

Macam sekarang, Lynd tengah dalam proses jual rumah teres yang Lynd dok sekarang, impiannya nak cari tapak rumah dan bina istana kecil kami.

Dan Lynd selitkan siap-siap WHY impian Lynd tu perlu dicapai.

1. Lokasi rumah baru nak dekat dengan surau / masjid selain berpeluang gi surau dan masjid, Lynd nak bunyi azan sentiasa menyelubungi rumah Lynd setiap 5 waktu. Sebab sekarang ni susah nak dengar azan terutama subuh. Terjenguk2 kepala kot tingkap sebab nak dengar azan. Azan TV lain feelnya.

2. Design tandas dan tempat wudhuk.

Sound silly. Tapi itu impian. Lynd nak design toilet bowl dan shower asing. Supaya Lynd boleh ambil wuduk dan boleh baca Bismillah…

Korang tahu tak yang tak boleh baca bismillah dalam toilet..???

Tapi masa wuduk?

Rasa rugi tak baca bismillah.. rasa berdosa baca bismillah dalam toilet.

Ini adalah contoh on WHY..

Allah..

Mungkin dalam kes kawan-kawan yang lain setiap impian mesti diselitkan dengan Why yang kukuh untuk Tuan Punya Dunia bagi jalan dan permudahkan.

Baru lah dunia tak rugi.. Akhirat cemerlang..

Sekian bicara santai kita hari ini.

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Bagi yang biasa dengar mengenai Shaklee Malaysia, mesti ramai yang tahu memang ramai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia.

Ada yang join keahlian sebab untuk mendapatkan harga Produk Shaklee dengan harga ahli dan ada memang untuk bisnes dan menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain.

Kenapa ramai orang boleh tertarik dengan peluang bisnes Shaklee?

1. Keahlian tanpa syarat tersembunyi dengan Rm 65 (Postage Rm10)

2. Perniagaan Tanpa Modal / Tiada nilai minimum pembelian.

3. Tidak perlu menyimpan stok

4. Tawaran insentif yang terbaik untuk pengedar (5C)

5. Keberkesanan Produk dan kestabilan Syarikat yang berusia lebih 60 tahun.

Sebabkan terlalu ramai pengedar, ada yang tidak yakin kerana persaingan yang tinggi.

Tapi tahukah anda :

1. Pasaran Shaklee di Malaysia baru 3% jadi masih ramai lagi yang belum tahu mengenai kebaikan produk Shaklee. Rugi dan rasa bersalah jika kita tidak berkongsi kebaikan Produk Shaklee dengan orang disekeliling kita yang memerlukan.

2. Memang banyak pengedar diluar sana tetapi tidak semua yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik dengan niat “membantu”. Ramai yang mengedarkan atas dasar “menjual”. So.. jika anda ada niat untuk membantu orang, disinilah peluangnya.

3. Syarikat MLM / multilevel marketing, tumbuh bagai cendawan. Datang bagai tsunami. Habis dirempuh isi pantai, ditarik ke laut dan hilang. Tapi tidak bagi Shaklee. bertapak berpuluh tahun di Malaysia kekal kukuh walau badai menimpa / fitnah melanda. Ia kekal disini, terus membantu orang lain menjalani kehidupan lebih berkualiti dari segi kesihatan dan ekonomi.

Shaklee perlu teguh berdiri kerana ramai yang memerlukan kebaikanya.

Pada Lynd, persaingan bukan satu halangan tetapi menjadi booster untuk Lynd mencari idea bagaimana memberi perkhidmatan terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Lynd juga seorang pelanggan untuk produk-produk lain. Jadi Lynd tahu perkhidmatan apa yang Lynd perlukan selain dari dari produk itu sendiri.

Disebabkan itu, Lynd cuba menyelesaikan “masalah” orang dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Rugi jika Produk Terbaik tidak disampaikan dengan Cara Terbaik.

Sebab itu pagi tadi datang idea, Lynd nak buat 90 Days Program Customer Bonding untuk pelanggan Vitalynd.com

90 Days Bonding

Program ini layak untuk SEMUA pelanggan Vitalynd.Com termasuk ahli dan bukan ahli.

Lynd nak bantu semua pelanggan supaya tujuan dan masalah mereka dapat diselesaikan. Bukan berniaga Touch & Go.

Itu 1 yang menarik mengenai peluang bisness Shaklee. Lynd dapat membentuk / mencorak sendiri bisness Lynd dibawah jenama Shaklee.

Vitalynd

Orang dengar Shaklee mereka kenal Vitalynd.Com as the best distributor.

Dan.. Lynd juga mahu lebih banyak distributor berkualiti ada di seluruh Malaysia. Membawa jenama Shaklee dengan perkhidmatan terbaik.

Penambah Nilai Pengedar Shaklee

Lynd akan membantu ahli yang ingin berjaya dalam bisnes Shaklee untuk membina empayar mereka sendiri.

Semua ni insyaAllah Lynd akan berkongsi dengan ahli yang berdaftar dibawah Vitalynd Empire.

Peluang ini hanya diberi kepada orang yang betul-betul mahu mengubah nasib mereka. Lynd tidak mahu memaksa sebab hanya anda yang tahu apa PUSH FACTOR anda. Kenapa anda perlu mengubah nasib anda.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Produk Shaklee dan Peluang Bisness Bersama Shaklee.

Hubungi :

Haslinda (Lynd)

019 – 603 8353

Saya ada baca dan study sikit-sikit mengenai persediakaan menghadapi masalah ekonomi yang dijangka tidak baik ini. Ada 3 perkara basic yang dinyatakan :

1. Kurangkan / review perbelanjaan yang tidak penting

2. Elakkan membuat hutang baru

3. Mencari pendapatan sampingan

Kat sini saya nak share pasal point no 3 iaitu mencari pendapatan sampingan /  memulakan perniagaan.

Ada yang fikir “Ekonomi tak bagus takkan kita nak keluarkan modal untuk mulakan bisnes”

Siapa kata jana pendapatan sampingan kita nak kena ada modal besar?

Bagaimana Memulakan Perniagaan Tanpa Modal ?

Ada 2 jenis perniagaan tanpa modal

1. Jual kemahiran.

Siapa ada kemahiran menjahit / memasak / menulis atau apa sahaja kepakaran, kita boleh jual. Takat modal bahan-bahan seperti tepung, telur, benang or kain tu takder la sampai kena buat loan bank kan?

Kemahiran / perkhidmatan tu free je ganjaran tuhan cuma kita perlu kerahan tenaga / keinginan dan minat je modal kita.

2. Agen Dropship

Yang ni sekarang pun fenomena. Kita tak perlu ada produk sendiri pun untuk dipasarkan. Mulakan menjual produk orang lain. Kita hanya perlu buat marketing sahaja. Dan marketing tu perlu ilmu dan disitu usaha kita dinilai. Belajar dulu bagaimana memasarkan sesuatu produk menggunakan media yang ada gunakan ilmu tu, ambil order dan orang lain yang akan pos kan.

Banyak produk yang kita boleh pasarkan. Tengok pada minat kita. Kalau kita minat dengan pakaian / tudung dan kita tak pernah miss apa sahaja gelombang fashion yang datang apa kata kita jual minat kita tu. Ilmu yang kita ada mengenai fashion tu sangat membantu untuk kita pasarkan produk kita.

Sama juga dengan konsep bisness Shaklee. Kita boleh jalankan bisnes ini ala-ala dropship. Tak perlukan modal untuk memulakan perniagaan Shaklee.

Hanya Rm 65 ringgit untuk kita layak menerima Starter Kit yang mengandungi info mengenai produk. Itu sahaja. Tak perlu simpan stok. Tak perlu beli barang kalau kita tak guna atau tiada orang nak beli.

Iyaaaaa.. tak tipu..

Tapi Shaklee kan MLM, tak kena ambil stok dan cari orang bawahan ke?

TAK PAYAH.

Hanya register keahlian dibawah kumpulan yang dipercayai dan boleh membimbing kita bagaimana nak buat marketing atau guide kita untuk memulakan perniagaan. Dengan hanya pendaftaran Rm 65 + Rm 10 (Kos Penghantaran) anda sudah boleh menjalankan perniagaan dengan Shaklee.

Tanpa modal kerana kita hanya perlu cari pelanggan / buat marketing, bila ada pelanggan mahukan produk Shaklee kita hanya order dengan Shaklee Malaysia dan berikan kepada pelanggan.

Tiada minimum order. Boleh beli 1 produk pun takper.

So macamana nak tambah pendapatan dengan Shaklee?

Shaklee menawarkan ganjaran wang tunai dengan 3 + 1 cara.

Retail Profit (Untuk Runcit)

Personal Bonus ( Bonus Peribadi)

Leadership Bonus (Bonus Kepimpinan )

+ Car Bonus (Bonus kereta)

So bagi yang mahu memulakan dan hanya mahu menambah pendapatan sikit-sikit sahaja, 2 cara pertama sudah dapat. Means sekadar pasarkan produk sahaja.

Tapi bagi yang mahu melangkah jauh maka usaha kena lebih dan lebih usaha maka bonus pun lebih.

Ehhhhh… malas nak citer panjang-panjang kat entry ni.

Sebenarnya saya nak highlight yang jangan cari alasan modal sebagai sebab untuk kita tidak mula berniaga.

Banyak peluang perniagaan diluar sana yang tidak memerlukan modal yang besar. Kita hanya perlukan keinginan yang besar, impian yang besar, semangat yang kental dan jiwa yang sedia belajar. Free je kan? Tak payah buat loan pun.

20150128_012743

Sorry to say that.. Keinginan saya besar sebab tu saya perlu usaha besar..

Bagaimana Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

Ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan tanpa modal bersama Shaklee?

Ingin bersama dibimbing untuk menjalankan perniagaan bersama Shaklee?

Hubungi Saya Haslinda Lynd (SID 1090071)

SMS / WhatApps : 019 – 603 8353

Assalamualaikum Cantekss..

Ok hari ni rasa macam nak share hal ekonomi sikit. Bukan apa dalam awal tahun lepas kita dah dikhabarkan dengan “jangkaan” keadaan krisis ekonomi 2015.

It’s good to know about what going to happen in the future tapi tak bermaksud kita kena ikut mood jangkaan itu.

Maksudnya kalau jangkaan mengatakan ekonomi dunia / Malaysia tidak bagus, adakah itu bermaksud yang ekonomi kita pun kena merudum juga?

Kita boleh baca dan kita boleh ambil tahu tapi itu tak sepatutnya mengganggu gugat IMPIAN kita. Maksudnya kalau kita berimpian nak tambah duit lebih, nak start bisness  atau nak jadi work at home mom, adakah kita perlu kuburkan impian kita tu disebabkan oleh masalah ekonomi.

Sooooo.. cara untuk menerima “jangkaan” ini secara positif adalah kita “berganjak / keluar” dari zone selesa kita.

Patut tak kita dah tahu pasal jangkaan ekonomi tak memberangsangkan tapi kita masih kekal di takuk lama / rutin lama tanpa berbuat apa-apa.

Dah tahu perkara tak best akan berlaku tapi kita dok diam-diam je dengan alasan apa?

“Kalau aku buat sesuatu nanti rugi”

“Kalau aku banyak bergerak, ekonomi tak best tu akan nampak aku dan akan menyerang aku”

Cuba tanya diri sendiri apa jawapan kita?

Atau adakah kita memilih untuk bergerak dan melakukan sesuatu supaya masalah ekonomi tak menggugat ekonomi peribadi kita?

Apa yang kita leh buat?

Apa yang ada dalam kawalan kita?

Adakah kita memilih untuk berhujah di media sosial meminta bantuan dari kerajaan? Dan adakah itu dalam kawalan kita? Kebarangkalian berhasil tu berapa %?

Adakah kita boleh minta majikan naikkan gaji kita tahun ni ? Adakah itu dalam kawalan kita?

Mana dalam kawalan kita? Meminta dari orang atau meminta diri kita melakukan sesuatu?

Inilah masa yang sesuai untuk berganjak dari takuk / zon selesa kita.

Lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan tambahan.

Tiada masa? Tiada tenaga?

Kalau kita tak bersedia untuk buat sesuatu lebih dari semalam macamana tuhan nak bagi rezeki lebih dari semalam?

Kalau usaha kita sama macam semalam macamana rezeki nak datang lebih dari semalam?

Jujur.. bisikan ni yang saya tiup kat diri saya setiapkali saya rasa lemah. Saya kena buat sesuatu supaya Allah nampak “sebab” kenapa Dia kena bagi rezeki lebih kepada saya hari ini.

So saya kena terus berimpian dan berfikiran yang baik-baik supaya kehidupan saya juga akan jadi baik dan excellent.

03-inspirational-quotes-16-638

images (1)

Good Day and have a good and great year.

Mencari Peluang Perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan?

Tiada asas perniagaan untuk memulakan bisness?

Tiada masa untuk mengendalikan perniagaan sepenuh masa?

Mempunyai Impian besar untuk membina organisasi sendiri?

SID_Logo_11Vitalynd

Cara Mendaftar Keahlian Shaklee

 

Keahlian Shaklee

KAEDAH 1. Yuran Keahlian :  Serendah Rm 65 + Postage (Rm 10 EM / RM 20 WM).

KAEDAH 2. Keahlian PERCUMA : Pembelian produk berjumlah UV 200 (Point Pembelian Produk). Nilai belian dalam anggaran Rm 650 – Rm 780.

(Yuran Keahlian Shaklee adalah seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui)

Ahli akan menerima Starter Kit Shaklee.

361896_691008

Bagaimana Vitalynd.Com boleh bantu?

Dengan mendaftar keahlian Shaklee dibawah kelolaan saya, Haslinda (SID 1090071) ahli akan dibimbing untuk menjalankan perniagaan Shaklee secara online / offline

Bimbingan yang disediakan termasuk :

1. Menjalankan perniagaan tanpa modal

2. Teknik pemasaran melalui online menggunakan medium Facebook / Instagram / Blog.

3. Teknik menyimpan rekod dan menguruskan perniagaan kecil.

4. Tips-tips menjalankan perniagaan Shaklee secara sambilan.

Bukan itu sahaja, ahli juga akan diserap masuk dalam support group yang sentiasa berkongsi info dan tips terbaru dalam menjalankan perniagaan bersama Shaklee.

Dan ini keistimewaan kami, kumpulan kami terdiri dari ahli yang datang dari pelbagai latar belakang.

Ada Work At Home Mom, golongan professional yang menjalankan perniagaan Shaklee secara sambilan, pelajar dan ada yang menjalankan perniagaan Shaklee secara sepenuh masa dan menikmati kehidupan apa yang dikenali sebagai Financial Freedom.

Happy cheering couple enjoying sunset at beach

Kami tidak memberikan harapan yang tinggi menggunung.

Tetapi kami bantu dan sama-sama mendaki puncak kejayaan.

Kerana setiap orang yang menyertai kami menpunyai harapa yang tinggi tetapi hasilnya masih bergantung kepada kesungguhan ahli itu sendiri.

Peluang Sudah Tersedia, Sistem Sudah terbina untuk kita duplicate, yang tinggal hanya kesungguhan kita.

ff-banner

 Hubungi Saya Untuk Keterangan Lanjut :

Siti Norhaslinda (SID 1090071)

Call / WhatApps / SMS : 019-6038353

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

Facebook : Haslinda Lynd

 

daftar-ahli-pengedar-shaklee-3

 

[NEXForms id=”4″ ]

Assalamualaikum.

Entry ini memang lahir dari hati saya.

Dari masa ke semasa mungkin saya akan update entry- entry mengenai pengurusan kewangan.

Kerana disebabkan Kajian saya atau pencarian saya mengenai pengurusan kewangan peribadi inilah yang menyebabkan saya dijodohkan bersama Shaklee.

Apa bila bercerita mengenai pengurusan kewangan topik-topik yang biasa dibincangkan adalah

“Cara menguruskan dan bebas hutang”

“Cara menguruskan pembelanjaan dan pendapatan”

“Cara menambah pendapatan”

“Cara mengumpul aset”

Semua perkara diatas juga melibatkan “ketenangan”

Ketenangan tidak perlu fikirkan mengenai hutang, perbelanjaan, keperluan dan kegembiraan untuk orang tersayang.

So dipendekkan cerita, pembacaan saya di blog Tuan Zulkifli Shafie, mengukuhkan dan menguatkan semangat saya untuk keluar dari kepompong cukup-cukup makan dan keluar dari jalan hidup orang kebanyakkan.

Kehidupan orang kebanyakkan, keluar pagi balik petang, cukup bulan dapat gaji, bayar duit kete, duit rumah, pinjaman pelajaran dan segala bagai bil.

Dan saya ingat itu kehidupan normal.

Sampai lah artikel-artikel mengenai kewangan di blog Tuan Zulkifli benar-benar membuka mata saya dimana memang ada sebuah kehidupan di bandar yang boleh hidup tanpa hutang.

debt-free-promo

Langkah-langkah yang dikongsikan untuk kehidupan bebas hutang memang membuat saya terus mengkaji segala peluang yang ada berpandu pada tip-tips yang dikongsikan.

Point yang membuat saya nekad untuk membuka lembaran impian baru.

Impian untuk Financial Freedom dimana bermula dengan bebas hutang.

Untuk bebas hutang kita perlu ada strategi dalam pengurusan kewangan.

Antara Tips yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie adalah :

Tips 1# Beli Secara Tunai

Tips 2 # Hidup Bawah Kemampuan Bukan Ikut Kemampuan

Tips 3 # Mula Tabiat Menyimpan Walaupun sedikit

Tips 4# Bina Pendapatan Kedua

 

Dan disebabkan point ke 4 tulah yang menyebabkan pencarian saya diteruskan ke peluang-peluang yang ada untuk membina pendapatan kedua.

Jika sebelum ini saya hanya berasa cukup dan “normal” dengan gaji dan hutang piutang yang perlu dibayar, di saat itu saya memang nekad untuk keluar dari kelompok “normal” itu.

Kajian demi kajian dijalankan mengenai bisness yang boleh diceburi dan mempertemukan saya dengan Shaklee.

financialfreedom

Shaklee bukanlah produk asing bagi saya, tetapi cuma tidak pernah terlintas untuk mengkaji peluang dan kebaikan produk Shaklee.

Untuk Info Asas Keistimewaan Keahlian Shaklee, boleh refer di entry dibawah.

Cara Daftar Keahlian Shaklee

Ok. Untuk entry ini saya lebih fokus pada Peluang Perniagaan Yang Ditawarkan oleh Shaklee.

Kenapa Shaklee sesuai untuk dijadikan bisnes atau perniagaan untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan?

Merujuk kepada artikel-artikel yang dikongsikan oleh Tuan Zulkifli Shafie, memang banyak membantu saya memilih bisness yang sesuai untuk saya.

Dan Shaklee adalah pilihan saya kerana :

1 # Modal keahlian rendah dan tiada syarat pembelian produk.

2# Produk yang menambahnilai kehidupan orang lain.

3# Peluang yang luas untuk membina sistem dan organisasi sendiri.

4# Mentor yang sentiasa rapat untuk membimbing.

5# Strategi yang tidak memerlukan komitmen penuh dan boleh dijalankan secara sambilan.

Jadi Shaklee boleh dijadikan langkah pertama untuk orang yang ingin dan mempunyai impian yang besar dalam kewangan.

Peluang disediakan adalah untuk orang yang dari ZERO .

Tidak tahu apa-apa mengenai bisness sehingga orang yang boleh membina empayar perniagaan sendiri.

Tidak memberi harapan palsu atau besar. Tetapi Shaklee menawarkan peluang besar untuk orang berjiwa besar.

ff-banner

Langkah pertama kearah impian saya adalah bersama Shaklee.

Bagaimana dengan anda?

SID_Logo_11Vitalynd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...