Assalamualaikum.

Diari Untuk My Girls

Lamanya tak cerita pasal anak-anak kat sini.

Oklah.. nak dapat rentak menulis balik tu agak sukar. Tapi apa salahnya kita mulakan balik kan.

Rasanya mama belum pernah cerita lagi mengenai sekolah baru Kaseh dan Awatif.

Masa December tahun 2015 bermulah pemburuan mama mencari tadika baru untuk anak-anak. Walaupun berat hati nak tinggalkan Tadika Pintar Sayang. tapi hidup mesti diteruskan dengan kehidupan baru iaitu hijrah.

Walaupun diikutkan kawasan sekitar tempat tinggal kami ada je beberapa tadika samada yang jenis francais atau pun tidak. Tapi tu lah.. kami bukan mencari nama Tadika tapi kami mencari tadika yang lebih baik atau at least sama baik macama tadika Pintar Sayang.

Ciri-ciri Tadika Yang Mama Cari

  1. Amali Solat setiap hari
  2. Penekanan terhadap agama Islam.

 

Dalam beberapa senarai Tadika yang mama pergi, mama sangat tertarik dengan Tadika Dzul Iman. Sebenarnya mama “jumpa” tadika Dzul Iman ni apabila Ummi Zai Pengusaha Pintar Sayang yang rekemen. Katanya Teacher lama Kaseh kerja kat tadika tu. Teacher Rahmah.

Bila kami melawat tadika tu saya sangat tertarik dengan pendekatan yang tadika tersebut amalkan iaitu Khalifah Method dimana ia menekankan sahsiah instead of education oriented.

Dari briefing yang diberikan, Tadika Dzul Iman diasaskan oleh sekumpulan pensyarah UIA yang pada asalnya menyediakan tempat untuk anak-anak mereka.

Pensyarah-pensyarah ini  membangunkan sistem tadika untuk anak mereka sahaja tetapi disebabkan kebaikan sistem ini disebarkan dari mulut ke mulut maka ia semakin berkembang sehingga sekarang.

Tadika Dzul Iman merupakan sebuah tadika francais tetapi mereka tidak membuat sebarang marketing di media kerana mereka lebih percaya kepada “recommendation” dari ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika Dzul Iman.

Saya rasa tiada masalah sangat untuk anak-anak saya ke tadika walaupun tadika baru. Alhamdulillah dipermudahkan.

Cuma pada awalnya mereka tak biasa “balik tengahari’. Yelah.. dulu nursery sampai ke petang tapi sekarang hanya ke tadika dan tak perlu bawak baju.

Yang paling mama suka pasal tadika baru ini adalah mama tak payah iron baju setiap hari. Hahahah.. sebab dari Isnin – Khamis mereka mengenakan sport attire dan hanya jumaat mereka pakai uniform rasmi. Lega mama.. kalau tak pening jugak la nak iron 2 pasang baju sehari.

awatif Dzul Iman

Kaseh Awatif

Gelagat budak 2 ketui ni masa first time dapat uniform. Mana la dorang belajar posing ala-ala haper ntah ni.

2016-01-05 08.10.15

2016-01-05 08.10.16

Ni masa 1st day dorang gi school.

Haisss.. Kakak Kaseh masih nampak sememeh sampai sekarang walaupun dah 4 bulan bertudung. Adeh.. Awatif ok lagi lah.. comey jugak la..

Apa-apa pun sangat puas hati dengan Tadika Dzul Iman ni.

Semoga anak-anak mama jadi anak yang beradab dan berjaya.

Muaaaahhh cikid anak.

2016-01-08 13.19.28

Cik Indah pun nak pakai tudung.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Seperti dijanjikan dalam entry pengalaman Awatif menjalani pembedahan Hernia di DEMC sebelum ini, kat sini Lynd nak share sikit secara mudah untuk memahami

Apa itu Hernia atau Angin Pasang

Macam biasalah, penerangan Lynd semestinya dalam bahasa yang mudah difahami dan bahasa mak-mak sebab senang nak faham. 1 hal lagi Lynd bukanlah pakar dalam bidang ni jadi Lynd just base on artikel dan penerangan dari doctor. Dan 1 hal lagi Lynd tak nak lah copy paste dari mana-mana sebab baik baca sendiri kan kat blog asal.

Untuk memahami mengenai angin pasang @ hernia ni Lynd ada baca kat Harian Metro ini. Bagus juga penerangannya mudah difahami.

Angin Pasang @ Hernia dikalangan kanak-kanak perempuan.

Angin pasang ni adalah sebenarnya usus yang ditolak keluar melalui “bukaan” pada abdomen kita.

angin pasang 2

Sebenarnya angin pasang atau hernia bukanlah penyakit. It’s just bukaan tu tak tertutup sendiri selepas lahir. Dan menurut Doctor Jamal, kalau bukaan tu tak tertutup sendiri selepas umur 2 tahun biasanya memang ia takkan tertutup.

The only way is melalui pembedahan untuk menutup bukaan itu.

Ada yang mengurut tapi sebenarnya mengurut tu sekadar menolak usus tu masuk tetapi lubang itu masih kat situ. So anytime akan terkeluar balik.

angin pasang 3

Kenapa hernia kebanyakkan dikaitkan dengan lelaki ?

Yang itu Lynd kurang pasti, mungkin juga struktur tulang dan badan budak lelaki yang berbeza berbanding perempuan yang menyebabkan “bukaan” itu senang terbentuk.

angin pasang hernia

Macam kes Awatif bila pagi atau dalam keadaan terbaring memang kita takkan nampak benjolan tu tapi bila sebelah petang selepas dia melasak / bermain benjolan tu akan kelihatan.

Sakit ke?

Ikutkan cakap doktor katanya tak menyakitkan tapi bila tanya Awatif dia kata sakit tapi still leh senyum. Kadang-kadang dia cakap geli sambil sengeh-sengeh so maknya ni pun tak tau nak kata sakit betul ke tidak. Rasa nak tepuk dahi dia pun ada. Heee..

So kepada ibu yang anaknya ada angin pasang atau hernia ni tak perlulah risau. Just bawak pegi jumpa doktor dan confirmkan samada hernia atau bukan.

Dan jika buat pembedahan pun tak perlu risau sebab apa yang Lynd leh cakap it’s just a minor operation.

Pembedahan tu less than 1 hour then lepas tu dah boleh melasak cam biasa dah.

Ada juga hospital yang menawarkan walk-in dan day care sahaja untuk pembedahan angin pasang ini. Boleh buat research dulu ye.

Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

 UPDATE Untuk Nad

Lokasi yang mungkin boleh terjadinya Hernia.

common-places-hernias

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

3 anak Lynd semuanya dihantar ke nursery yang sama iaitu Taska Pintar Sayang. Masih ingat lagi, masa mula-mula pindah sini tahun 2009 saya tengah mengandung.

Bila kandungan dah masuk 8 bulan dah mula fikir mana nak hantar anak lepas pantang nanti dan rezeki Kaseh tiba-tiba ada nursery baru bukak di taman ni.

Terus jumpa owner iaitu Puan Zaidah untuk booking. Masa tu saya memang cakap yang saya nak beri susu ibu pada baby nanti. So Ummi Zai tak kisah dan minta tunjuk ajar macamana nak handle EBM nanti.

So since umur Kaseh 2 bulan memang Kaseh dok nursery tu.

63rd Day 63rd Day1

Gambar 1st day Kaseh nak dihantar ke Nursery.

Macam tau je.. lain macam ragamnya pagi tu. Menangis tak hengat. Saya saja hantar seminggu awal sebelum saya masuk kerja sebab saya nak test banyak mana EBM yang Kaseh nak guna nanti.

Dah hantar tu saya yang tak senang duduk, risaukan atau dengan kata lain rindukan Kaseh. Almaklumlah anak pertama. Telinga ni macam terngiang-ngiang suara Kaseh nangis. Padahal nursery blok sebelah dan rumah paling hujung.

Then sampai lah ke Awatif. Saya takder masalah dengan nursery ni dan mana-mana pengasuh kat sini. Saya rasa dorang jaga anak-anak saya lagi bagus dari saya jaga.. Heeee.. Yela baju siang aje sampai 3 pasang. Kalau kat rumah paling banyak pun 2x kalau mandi tengahari.

Masa zaman Kaseh dulu ada jugak saya pergi nursery secara mengejut buat-buat nak hantar EBM. Then mereka memang benarkan saya masuk dan naik jumpa baby. Kalau nak breastfeed terus pun takder hal. Sebab saya dengar ada sesetengah nursery memang tak bagi parent masuk.

Pada saya nursery ni agak terbuka. Termasuk juga sesetengah hal boleh cakap direct dan alhamdulillah memang saya takder masalah.

Kaseh dulu memang ada hari-hari yang dia meragam gi nursery terutama hari Isnin. Al-maklumlah cuti dah lama 2 hari. Isnin mula la drama.

Awatif? Budak ni?

Awatif

Budak ni memang takder masalah, mama yang ada masalah ngan budak ni. Hantar la hari apa pun macamana pun nak gi hantar mana pun dia layan. Kalau Kaseh takut ngan Ummi Zai sebab suara dia kuat kot. Budak ni semua dia layan sama rata. Hahahahaha.. Sampai 1 tahap terfikir “budak ni tak sayang aku ke sebab takder pun sedih aku nak tinggal dia” ok mama sentap.

Cik Indah pulak sah-sah dia takder masalah, orang pun takder masalah ngan dia sebab dia tido je. Ummi kat nursery pernah cakap masa mandi tengahari pun layan tido.

Kat rumah pun gitu, kalau kat nursery je camtu risau jugak. InsyaAllah takder masalah.

Pengasuh kat sana dorang panggil Ummi just yang muda-muda je panggi “Kakak”. Ada sekali tu salah sorang ummi tu cakap “Anak-anak awak 3-3 takder masalah nak jaga. Semua senang. Bagi susu diam, tapi tak tau la anak lelaki esok” Heeeee.. sengeh je la.

Alhamdillah sangat.

Sini Lynd nak share Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan nursery berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan seangkatan dengannya.
  • Tanya bilangan kanak-kanak dan pengasuh untuk mengetahui nisbah pengasuh dan anak-anak jagaan. Seingat saya untuk bayi 1 pengasuh 3 bayi.
  • Keterbukaan pengasuh dan pemilik untuk berbincang.
  • Sesekali buat lawatan mengejut terutama waktu tengahari.
  • Aktiviti harian dan pemakanan mereka.

Ini yang asas sahaja. Kepada ibu bapa boleh go detail lagi.

Ada yang tanya Lynd nursery atau pengasuh lebih baik? Ermmmm.. kalau ikut Lynd mestilah Lynd kata nursery sebab tu Lynd hantar kat sana. Tapi sebenarnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Pendapat peribadi Lynd, nursery kekurangannya adalah budak ramai-ramai 1 tempat tu je. Tapi yang Lynd suka sebab pengasuh fokus pada hal menjaga anak-anak sahaja, bukan nak masak atau urusan lain.

1 hal lagi nursery ni ramai yang memerhati, kalau 1 pengasuh yang buat hal akan ada pengasuh lain yang tengok dan paling cikai pun budak lain yang tengok.

Tapi tula pendapat masing-masing dan rezeki saya dapat nursery dan pengasuh yang baik.

Terima kasih kepada Ummi-ummi dan Kakak-kakak Taska dan Tadika Pintar Sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...