Assalamualaikum.

Alhamdulillah sampai ke hari ini Baby Indah membesar dengan sihat dan masih menyusu badan. Baby Indah jenis anak yang kurang kuat menyusu, bila malam pun jarang sangat dia menyusu, kalau ada pun dalam sekali sahaja untuk 1 malam. Alhamdulillah walaupun ada baby newborn tidur mama masih mewah. Tapi sebenarnya itu tak berapa bagus ye untuk ibu yang ingin menyusukan bayi dalam masa yang lama.

Kadang-kadang tu bila breast sudah rasa penuh Lynd akan paksa Indah bangun dan menyusu. So kalau dia menyusu pun slow lah, tak berapa nak gelojoh sangat. Heeee.. Apa lah baby Indah ni.

Bila baby Indah menyusu dalam keadaan relax, disini datangnya bahaya bila berlaku let down reflex.

Apa itu Let Down Reflex?

You may feel fleeting pain in your breasts when your milk lets down. The letdown reflex, also called the milk ejection reflex, is set off by the hormone oxytocin. It stimulates the muscle cells in your breasts to squeeze out milk. Oxytocin is released whenever your baby feeds in the first few days after she’s born.

 

Breast pain – BabyCentre

www.babycentre.co.uk/a8489/breast-pain
let down reflex
Ok.. Nak tau macamana nak tahu bila terjadinya let down reflex?
Ia terjadi bila kita rasa “sengal” / kebas / sakit di bahagian payudara samada semasa menyusukan atau tidak. Ketika itu kalau anda perasan, susu anda akan menitik/keluar dengan sendiri jika ketika itu anda tidak menyusu.
Jika anda sedang menyusu, pada ketika ini susu akan memancut keluar dengan laju dan pada payudara sebelah lagi susu akan menitik.
Ini yang selalu disalah guna oleh sesetengah penjual “milk booster” yang mengatakan susu memancut keluar disebabkan oleh penambah susu mereka tetapi sebenarnya ia adalah situasi normal bagi ibu menyusu.

Apa bahaya Let Down Reflex kepada bayi menyusu?

Jika berlakunya let down reflex ini semasa menyusukan bayi, susu akan “memancut” keluar dengan laju. Dan pada ketika ini bayi ada risiko untuk tersedak.
Ia terjadi sendiri pada Lynd, beberapa kali Indah tersedak semasa let down reflex terjadi. Kadang-kadang bayi akan berhenti “menghisap” kerana susu ibu keluar dengan sendiri.
Dan jika terlampau penuh atau laju bayi akan melep askan sendiri bayudara. Maka kita akan lihat susu ibu memancut keluar. Jika ketika itu ibu tak sedar, maka muka bayi akan basah dengan susu. (Situasi biasa bagi saya)
So, jika terasa sakit / kebas semasa menyusukan bayi berikan lebih perhatian kepada bayi dan tinggikan sedikit kepala bayi.

Let Down Reflex (LDR) merupakan anugerah untuk ibu mengepam susu.

Bagi ibu yang sedang mengepam susu, LDR memang dicari, dinanti dan diinginkan. Kerana ketika inilah susu akan keluar dengan laju semasa memerah susu.
Ada ketikanya ibu merasakan payudara mereka “penuh” tetapi bila diperah, susu tidak habis keluar. Ketika inilah LDR sangat diharapkan. Ada beberapa punca LDR tidak terjadi, mungkin kerana stress dan ibu dalam keadaan penat.

LDR boleh diransang.

Ada pelbagai cara dan idea yang dikongsi oleh rakan-rakan saya 1 ketika dahulu. Ada yang berjaya mendapat LDR dengan cara melihat gambar / video bayi mereka. Ini kerana penyusuan susu ibu adalah berkaitan dengan hormon oxytocin dan prolactin yang berkaitan dengan hormon keibuan.
Ada yang meransang LDR dengan urutan payudara dan ada yang dengan melihat gambar suami. Ada sesetengah individu menggunakan kaedah marmet kerana mereka tidak mendapat LDR dengan pam tetapi sangat mudah dengan kaedah marmet kerana  Ia terpulang dan anda boleh explore cara anda sendiri.

Berapa kali LDR boleh berlaku?

Ia juga bergantung pada individu. Ada yang sekali dan ada yang lebih. Jika anda rasa payudara masih belum kosong, cuba ransang LDR lagi atau, berhenti berehat seketika untuk meransang LDR seterusnya.
Jadi setiap perkara yang dijadikan oleh Allah itu bersebab. Termasuk juga rasa “sakit” semasa menyusu. Ia mempunyai tujuan yang sesungguhnya memberikan manfaat.
Harap Info ini dapat membantu perjalanan dalam penyusuan susu ibu anda.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ni Lynd rasa nak share mengenai pengalaman bersalin secara pembedahan. Selective Czer sebabnya masa bersalinkan Awatif Lynd mengalami third degree tear. So untuk bersalin kali ini Lynd diberi pilihan samada bersalin normal atau czer.

Doctor prefer bersalin secara pembedahan kerana risiko parut tempat koyakan lama untuk koyak lagi sekali agak tinggi.

So Lynd agree untuk czer walaupun masih menyimpan harapan untuk bersalin normal. Tapi Lynd redha je serah je kat Allah untuk berikan yang terbaik dan memudahkan segala urusan Lynd.

So Lynd diberi tarikh 10 May untuk register di bahagian bersalin Hospital Sungai Buluh. Daftar dalam pukul 11 pagi dan tukar baju hospital. So sepanjang hari Lynd buat CTG, pemeriksaan perut dan darah. Then briefing dengan doctor pakar bersalin pembedahan dan pakar bius.

Lynd diberitahu mengenai prosedur dan risiko bius dan pembedahan.

So selebihnya Lynd hanya tunggu masa untuk dapat wad. Sambil tu sembang-sembang dengan ibu-ibu lain. Ada yang selective czer macam Lynd dan ada yang tunggu bukaan sambil layan contraction. Nanti Lynd citer pengalaman Lynd sepanjang jadi pemerhati kat sana.

Then bila dah dapat wad dalam kol 8 malam, mandi dan rehat. Lynd diminta berpuasa mula pukul 12 malam dan Lynd kes-3 untuk selective czer esok.

Pukul 5 pagi nurse kejut untuk mandi dan tukar baju OT. Then Lynd dipasang drip dan tiub kencing. So proses menunggu pun bermula. Dalam kol 9.30 pagi nurse cakap kes ke-2 dah masuk OT. So i’ll be next. Call husband dan minta dia standby kat OT tingkat 3. Tunggu dan tunggu.

Kami sudah diberitahu sehari sebelum tu keutamaan diberi kepada emergency czer. So yang selective czer ni akan dianjak ke belakang. So makcik redha je.

Sampai waktu melawat tengahari pun belum turn. Sambil-sambil tunggu tu sempat layan whatapps customer pun. Heeee..

Dipendekkan cerita, sampailah ke petang. Sudahnya dalam kol 7.30 malam decide tanya nurse. Penerangan diberikan bahawa ada 22 kes emergency czer hari tersebut maka OT penuh aje.

Dorang tanya samada Lynd masih tahan berpuasa tak? Kalau tak boleh buka puasa dan start balik puasa kol 12 malam dan pembedahan esok aje. So Lynd pilih untuk tunggu sebab ini antara lapar dan dahaga je. Orang lain antara hidup dan mati.

Husband tunggu kat kereta bila habis waktu melawat. Sampailah kol 8 malam nurse kata turn saya ditunda ke esok.

Tak putus ayat minta maaf mereka. Mula-mula nurse then doctor pulak yang datang. Ada yang cakap kesian sebab berlapar sepanjang hari. Lynd bukan lah tak kisah tapi it’s ok. Apa sangatlah kesusahan yang Lynd tanggung berbanding orang lain. Bukan sakit pun.

Then call husband belikan makanan. Kesian En Husband menunggu sepanjang hari.

Then esoknya kol 7 baru Lynd sedar. Heeee.. Syok tidur. Nurse pun takder kejut. (ke makcik tak sedar? Heeee..)

Dalam kol 8.00 nurse dah suruh standby, bila-bila masa Lynd akan ditolak ke OT. Call husband, dia still kat rumah. Kol 8.30 Lynd ditolak ke OT, memang tak sempat nak jumpa husband sebelum masuk OT.

Yang ni kelakar, sebelum masuk OT, sambil tunggu2 team nak masuk OT. saya rasa nak buang air besar. Dok berkira, nak gi buang dulu ke tak payah. Tapi fikir, kalau tak membuang sekarang, nanti lepas bedah perut berangin camner? Baik gi sekarang masa sihat dari terpaksa bangun masa dah tak larat.

Huuuuu.. panggil nurse yang ada kat situ. Dorang risau sebab takut teran nak beranak. 2-3 kali dorang tanya. Then saya cakap..

“confirm nak buang air besar sebab dah memang time-time gini biasa saya membuang”

Hahahahaha..  Sudahnya Lynd di escord ke toilet tanpa selipar dan baju OT yang terbelah kat belakang. Terima kasih Cik Misi yang escord saya dalam keadaan saya yang rabun ini. Heeeee..

Then dah masuk OT, hanya doa ini yang Lynd baca. Lynd bagitau tubuh Lynd jangan stress, relax dan semuanya mudah.

Alhamdullah.. Dari proses bius tulang belakang sampailah tiba-tiba je Lynd dengar suara tangisan Indah yang pertama, semuanya dipermudahkan.

Indah di letakkan di dada Lynd sekejap dan Lynd rasa ni 1st time dapat tengok baby dengan ada sedikit-sedikit darah dan cecair putih tu. Kiranya freshlah.

Then nurse minta untuk cuci baby. Tak lama lepas tu, Baby Indah dihantar lagi sekali dan disusukan. Wahhhhh.. terus dia nyot..nyot.. Kebesaran Allah.. siapa yang ajar dia menyusu? Huuuu.. itu namanya fitrah.

Sepanjang tu Lynd tak rasa apa pun yang dorang buat kat perut. Suasana agak tenang berbanding kat OT masa bersalinkan Awatif, kecoh dorang bersembang.

Haaaaa.. yang ni pun dorang ada sembang. Pasal seseorang yang asyik main handphone, bila kemas fridge suka buang makanan orang. Heeee.. Tapi yang tu sebelum masuk OT. (Hahahah.. tiba-tiba teringat pulak hari ni sembangan mereka)

Baby Indah keluar dalam pukul 9.15 pagi. Lynd ditolak keluar OT pukul 10 pagi, dapatlah jumpa husband kat depan OT. Katanya dia dah jumpa baby. Heeee..

Indah

Then ditolak ke wad, ditukar baju dan pad. Lepas tu Lynd tidur je. Sampailah Lynd tersedar ada 1 tangan suam usap dahi Lynd.

Mak..

Then Lynd tengok mertua dan adik-adik ipar Lynd pun ada. Husband still kat bawah jaga Kaseh dan Awatif.

Lynd diberi ubat tahan sakit yang jenis picit sendiri tu. Morfin kot. Picit butang tu bila rasa sakit je. Ermmm.. sakit ke? Tak sangatlah.. lebih kepada takut. Nurse cakap guna bila betul-betul sakit je.

Kadang-kadang nurse datang tanya ada sakit tak dan feedback ikut rate.

1-3 sakit sikit-sikit je

4-6 sakit tapi boleh tahan

7-10 sakit sangat

dan tak semua dipasang mesin tu. Lynd tengok orang lain takder pun pasang so drip drg pasang sebelah je lah. Yang Lynd ni 2 belah kena.

Rupanya, yang tak dipasang alat tu dah diberikan morfin masa kat OT lagi. Macam Lynd dorang tak guna so Lynd kawal sendiri perlu ke tak morfin tu.

Baby Indah diletak sebelah Lynd dari petang sampai malam. Dia tidur je. So Lynd espek dia dah diberi FM lah kot. Sekali nurse datang tanya “Awak tak susukan baby awak ke? Nanti hypo” masa nurse check 3.2 kandungan gula. Nurse suruh kejut dan berikan susu. Tapi masalahnya susah nak amik sebab 2 belah tangan drip dan tangan tak sampai nak capai baby cot tu.

So Indah diangkat dan diletak di baby cot dengan bantuan nurse. Tu pun harapkan baby Indah tu memang dia tidur aje. Sampailah nurse check bacaan gula drop ke 2.9 sudahnya nurse letak Indah kat sebelah (Patutnya tak boleeh ibu tidur ngan baby), so Lynd bagi lah menyusu sambil baring.

Sebenarnya Indah tidur je, tak bangun pun. Kol 5 Lynd risau, biar betul budak ni tidur sepanjang malam, kita yang tak lena tidur.

Esoknya dalam kol 8 kot baru wayar dibuka, fuh lega boleh gerak. Bangun tukar pad dan basuh muka semua. Just bag kencing je yang tak buka lagi.

Baby Indah.. tidur jeee.. bacaan gula tak naik-naik masih 2.9 sekali bila nurse cakap ” Awak kena susukan baby banyak ni kalau gula tak naik awak tak boleh balik”… Wahhhh.. taknak.. gigihlah maknya ni mengejutkan baby Indah untuk menyusu.

Mama dah rindu dendam dah ni dengan kakak-kakak awak, kita kena balik.

Malam tu baby Indah dah mula aktif, kencing berak nangis dan menyusu. So pagi esok, bacaan naik 3.0, yeayyyyy.. boleh balik..

Ehhhh.. lupa cerita pasal mama. Ok je.. boleh gerak. Kakak-kakak sekeliling yang beri semangat. Tengok dorang ok je jalan. Ada sorang sebelah katil Lynd tak tau lah sabahan atau indonesia dia ajar macamana nak bangun dan dia tolong amik selipar Lynd sebab masa tu dia dah bukak beg kencing, Lynd belum so senang sikit dia nak tunduk-tunduk.

Untuk bersalin secara pembedahan kita kena stay at least 2 malam. Macam Lynd 5 hari 4 malam. 2 malam tanpa baby 2 malam dengan baby.

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Ada yang tanya sakit ke?

Ada bius tak rasa sakitlah. Dah habis bius tu sakit tu ada tapi sebenarnya lebih kepada gerun. Heeee..

Bersalin normal atau secara pembedahan ada kelebihan dan kekurangannya.

Semua ada bahagian masing-masing. Kita just minta semoga dipermudahkan segala urusan.

Indah

Anak syurga mama.. semoga membesar menjadi insan yang

Indah Keimanannya

Indah Tutur katanya

Indah Tingkah lakunya

Indah Akal Fikirannya

Mama sayang anak-anak mama.

Assalamualaikum Canteks Sihat.

Berikut adalah surah-surah yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu ketika hamil.

8-surah-ibu-hamil

Surah Amalan Ketika Mengandung

Lynd nak share kisah Lynd masa mengandungkan anak ke 2, Awatif.

Klau ikutkan Lynd over due dekat 9 hari. Setiap pagi Lynd mengharap yang hari tersebut merupakan hari kelahiran Awatif. Sampai 1 tahap Lynd menggelarkan hari melahirkan itu adalah hari di mana satu-satunya sakit yang dinanti.

Yelah, mana ada sakit lain yang kita cari dan tunggu hanya sakit bersalin je yang kita tunggu dan nantikan.

Dari hari ke hari masih juga belum bersalin. Kepala asyik dok fikir apa lagi yang “tersangkut” salah dengan siapa lagi aku belum minta maaf.

Tapi 1 malam tu entah macamana terdapat “petunjuk” yang bahawasanya yang Lynd tak pernah lengkap semua surah amalan ketika hamil. Asyik separuh jalan je. Dah baca surah at-Taubah, lepas tu lupa, then baca lagi 1 round so tak proceed jugak to the next surah.

So malam 29 April tu Lynd nekad maraton lengkapkan semua surah-surah tersebut. Memang tidur lewat malam tu.

Dan Alhamdulillah, bangun esok pagi tu memang ada contraction. Call Suami, mandi, makan nasi (topup energy) the terus ke hospital. Maka memang hari tu Lynd bersalin dengan “mudah”nya Hannah Damia Awatif 3.89kg.

Heeee.. maka kepada ibu-ibu hamil sekelian, tunaikan hak baby kita. Lengkapkan surah-surah amalan tersebut.

Dan untuk kali ni sebab Lynd dah dapat date C-zer, so memang target and buat check list terus surah-surah harus di selesaikan.

Surah Amalan

So ibu-ibu sekelian, jom lengkapkan hak anak kita itu.

Assalamualaikum Ibu Cantik.

Kali ni Lynd nak share mengenai passion Lynd dalam parenting ini iaitu penyusuan susu ibu atau breastfeeding.

Dan kepada sesiapa yang mengikuti Persiapan Ibu Hamil The Series by Lynd ini memang akan perasan yang Lynd memang sangat tekankan persiapan ibu hamil menghadapi hari kelahiran bayi adalah penyusuan susu ibu / breastfeeding.

Selain pengalaman Lynd menyusukan 2 orang anak sebelum ini, Lynd juga mengikuti beberapa kelas / seminar mengenai breastfeeding dan Lynd juga menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam membantu ibu baru bersalin yang menghadapi masalah untuk menyusukan anak mereka.

Lynd memang seronok untuk berkongsi cara dan tips untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu.

Topik yang Lynd nak kongsi kali ni memang agak pelik untuk orang yang “menjual” supplemen.

Sebab Lynd nak kongsi

Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplemen

Tak ke pelik tu?

Ok. Untuk memahami lagi macamana cara untuk banyakkan susu ibu, kita kena faham dulu bagaimana susu ibu dihasilkan.

Dan saya bagitahu awal-awal ye, penerangan saya ni menggunakan ayat-ayat orang biasa yang mungkin lebih difahami dan ayat ini bukan copy-paste mana-mana sebab penerangan ini mengikut pemahaman saya dari pembacaan dan penerangan semasa seminar dan ada yang saya ambil dari blog lama saya iaitu Kasehku_Hidupku

So ayat saya ni kalau mahu dibuat buku memang tak sesuai.


oxytocincycle

Mula-mula mari kita berkenalan dulu dengan 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.

Hormone BF

Hormon Prolactin – Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu. Bila kita dah meransang / stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping, otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Hormon Oxytocin – untuk mengeluarkan susu dari badan. Juga dikenali sebagai motherhood hormone. Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu, Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast. Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast. That why ia dipanggil motherhood hormone.

Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar. Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.

Itulah indahnya penyusuan susu ibu.

oxytocincycle

Jadi, dari peranan 2 hormon tadi dah boleh gambarkan tak bagaimana kitaran penyusuan / penyusuan susu ibu dihasilkan?

breast-feeding-flow-1

Ia bermula dari RANSANGAN / STIMULATION. Maksudnya kita meransang payudara samada melalui penyusuan direct atau pumping adalah pemulaannya.

Jika ada ransangan, otak akan memberi isyarat supaya badan menghasilkan susu.

Apa bila susu dihasilakan dan berada di payudara, ketenangan dan hormon motherhood akan meransang susu untuk keluar dari badan. Dan jika ibu-ibu perasan ada rasa “kebas” pada payudara dan dalam waktu yang sama susu keluar dengan laju itulah dipanggil “Let Down Reflex” dan itu adalah idaman wanita yang mengepam susu.

Dan jika ada sesetengah keadaan yang payudara terasa penuh dengan susu tapi susu tak keluar, itu menunjukkan hormon Oxytocin tidak menjalankan tugasnya. Dan ketika ini merupakan petanda bahawa ibu sedang stress, jadi ibu perlu tenang supaya susu dapat dikeluarkan dari payudara.

Dan bagi membantu ibu-ibu mudah faham lagi bagaimana sistem susu dihasilkan oleh badan adalah seperti sistem flash air di toilet. (Minta maaf guna contoh ini)

Air dalam toilet bowl takkan berganti dengan air baru jika kita tak flash. Kita flash keluar masa air baru akan masuk. Bila kita biar sahaja dalam waktu yang lama air dalam toilet bowl itu akan mengering sendiri.

Jika susu tidak dikeluarkan dari breast, otak takkan memberi isyarat kepada kilang susu untuk menghasilkan susu baru. Maka bila sudah lama tak diransang, maka produktiviti akan mengurang dengan sendiri kerana otak memberi isyarat bahawa tuan punyer badan tidak memerlukan susu yang banyak.

Maka kuncinya disini adalah, teruskan memberikan isyarat kepada otak supaya memberikan arahan kepada badan supaya menghasilkan susu yang lebih.

1. Power Pumping

“Tipu” badan melalui kaedah power pumping. Jangan kisah mengenai hasil yang keluar sebab itu bukan tujuan power pumping. Power pumping adalah untuk memberikan isyarat pada badan untuk hasilkan lebih susu.

2. Kerapkan Ransangan.

Dari 2 kali sesi mengepam kepada 3-4 kali sesi. Dari 4 jam sekali kepada 2 jam sekali. Sama juga prinsipnya, ia untuk memberi isyarat kepada badan.

3. Tenang / Berehat.

Jika ibu sentiasa dalam keadaan terkejar-kejar untuk mengepam maka susu ibu  juga sukar untuk keluar. Cuba cari ketenangan dengan melihat gambar / video anak. Maka hormon keibuan itu akan membantu susu untuk dihasilkan dan keluar.

Ok sekarang sudah faham bagaimana susu ibu dihasilkan?

Jika kita faham “kunci” itu maka penyusuan susu ibu akan lebih lancar dan kita tahu apa boleh dibuat jika kita berada difasa kemeruduman hasil susu ibu.

Untuk lebih info mengenai penyusuan susu ibu atau bagaimana Rangkaian Produk Shaklee dapat membantu melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum..

Menu Ikan Haruan Semasa Berpantang

Ikan haruan adalah Perkara yang agak sinonim dengan wanita berpantang.

Kenapa Ikan Haruan Bagus untuk ibu selepas bersalin?

Ini kerana, kandungan Zinc dalam ikan haruan dapat membantu penyembuhan luka ibu selepas bersalin dengan cepat selain dari kandungan protein ikan haruan.

Tapi….

Lynd tak suka ikan haruan…!!!!!

Tak tahu lah kenapa. Sebab mungkin Lynd bukan penggemar ikan darat.

Ingat lagi masa bersalinkan Kaseh, Lynd kena stay kat hospital kerana Kaseh kena tahan sebab demam. Suami datang bawak sup ikan haruan yang sah-sah dia masak sendiri.

Adeh kembang tekak. Tapi telan jugak la sebab suami dah gigih gi cari ikan haruan dan masak lak tu.

Belum lagi bahagian kena paksa makan pati ikan haruan.

Ermmmmm… adeh.. nasibaiklah mahal pati tu so cakap siap-siap ngan suami kalau dah habis 6 botol ni dah lah beli. Mahal.

Heeeee…

Sampailah Lynd jumpa pengganti ikan haruan tu.

Iaitu Zinc Complex Shaklee.

Zinc Shaklee

Yeayyyyy… Dah tak payah makan ikan haruan dah. Nanti leh cakap kat en Suami dah tak payah susah-susah cari ikan haruan. Zinc Complex Shaklee kan ada.

Zinc Complex

Ingin Tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Set Berpantang Shaklee ?

Set Berpantang

Boleh ke link Set Berpantang Shaklee

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya

Kali ni Lynd nak share mengenai persiapan untuk ibu menyusu bekerjaya. Apa yang kita perlukan.

Kaedah Memerah Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM)

Kaedah 1 : Marmet

Pam susu bukanlah kewajipan. Saya pernah jumpa beberapa wanita yang menyediakan EBM dengan kaedah marmet. Katanya breast lagi mudah kosong dan tak payah mengangkut dan membasuh kelengkapan pam susu.

Ini adalah video teknik marmet.

Kaedah 2 : Pam Susu / Breast Pump

Breastpump ada 2 jenis iaitu electrik atau manual.

Walau apa pun pilihan kita, faktor berikut perlu diambil kira :

 Keselesaan – setiap ibu mempunyai pandangan yang berbeza. Ada ibu yang sesuai dengan Jenama A tidak semestinya sesuai untuk ibu lain juga. Ada kedai-kedai yang menjual breastpump ini menyediakan kemudahan untuk ibu mencuba keserasian BP dan ibu.

Faktor keselesaan dan kesusuaian dengan ibu amat penting untuk memastikan susu ibu dapat dikeluarkan dari payudara dengan maksimum mungkin. Ini kerana susu ibu akan keluar dengan lancar jika ibu tenang dan selesa.

Pam Susu Manual / Manual Breastpump

Kelebihan Manual Breastpump ini adalah kita tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggunakannya. Kita boleh menggunakan pam ini tanpa perlu tercari-cari plug elektrik.

download Philips_Avent_Natural_Manual_Breast_Pump_AventStore.com.my_1__32871_zoom

Ada pelbagai jenama yang bagus di pasaran.

Breastpump pertama Lynd adalah Manual Avent. Sesuai dengan Lynd, selesa dan mudah dikendalikan.

Pam Susu Elektrik / Electric Breastpump

Breast electrik lebih cepat dan mudah untuk ibu bekerjaya. Lebih-lebih lagi double pumping. Selain menjimatkan masa, double pumping juga tidak memerlukan kita 2 kali let down reflex (LDR)

medelafreestylepump

Terdapat pelbagai jenama yang ada dipasaran sekarang. Lynd masih gunakan Breastpump Spectra 3 yang Lynd  beli 5 tahun dahulu dan dan masil elok bakal digunakan hingga anak ke 3 nanti.

Banyak berjasa.

290820121003

Ni Lynd pam susu semasa drive menggunakan spectra 3.

Kisah Lynd pam semasa drive ada diceritakan di blog lama Lynd.

Kasehku-Hidupku

Macam Lynd mention sebelum ini, faktor pemilihan breastpump adalah dari segi keselesaan. Lynd tak tekankan dari segi harga sebabnya, jika kita ada duit lebih mesti kita nak mudah dikendalikan dan ringan.

Tapi dari segi pulangan memang apa harga pun memang menjamin pulangan dari segi wang ringgit. Kalau susu formula bajet berapa sebulan? Katakan Rm 150 sebulan untuk susu formula.

Dan kita keluarkan modal breastpump katakan Rm 500 dalam masa 4 bulan modal tu dah dapat pulangan. Itu dari segi wang ringgitlah. Kalau dari segi benefit susu ibu, priceless.

EBM Storage.

Macamana kita nak simpan susu ibu. Ada 2 cara :

Storage Bottle

new-pp-bottle500

Plastic Linen

Autumnz Double Ziplock Storage Bag 12 oz - FINAL

Lynd suka guna plastic sebab jimat ruang dalam fridge.

11072012927-Optimized

Lynd susun macam ni.

1 plastic adalah untuk kegunaan 1-2 x dalam hari yang sama.

Cooler Bag

Cooler bag digunakan untuk kita simpan susu ditempat kerja jika tiada fridge dan membawa susu dari tempat keje ke rumah.

Ada yang dijual sekali 1 set dengan breastpump dan ada yang dijual berasingan.

Ada yang perlukan ais pack dan ada yang tak perlu.

Boleh buat research dulu ye yang mana yang sesuai dengan ibu-ibu,

Bubbles

So ini antara kelengkapan yang ibu bekerjaya kena ada dan perlu consider jika ingin menyusukan anak mereka.

Sekarang dah memang banyak gadjet yang memudahkan ibu-ibu. Cuma terpulang pada semangat dan kehendak ibu itu sendiri.

Goodluck ibu-ibu hebat..

Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...