Assalamualaikum.

Pengedar Shaklee Klang

pengedar-shaklee-klang

Saya Kaseh.
Saya adalah Marketing Director untuk Vitalynd Empire.

Vitalynd Empire
.
Vitalynd Empire adalah empayar yang diasaskan oleh mama saya Mama Lynd untuk mengedarkankan rangkaian produk Shaklee.

Tugas saya adalah memberikan nasihat dalam menjalankan marketing dalam memasarkan produk Shaklee.
.
Saya nak pastikan ramai orang tahu kebaikan produk Shaklee dan lebih ramai orang sihat dengan Shaklee.

Antara cadangan yang pernah saya buat tapi sampai sekarang mama tak buat adalah tampal nombor telifon di pokok-pokok sekitar tempat tinggal saya.

Pernah juga saya curi-curi edarkan business card mama di sekitar kedai rumah saya.

Saya tahu produk Shaklee ni bagus sebab saya pernah ikut mama pergi Bengkel Nutrisi Shaklee.
.
Sebab tu saya tengok mama sungguh hebat dalam memberikan consultansi kepada pelanggan mama.

Yang paling seronok setiap 15 hb mama belanja kami jalan-jalan sebab mama dah dapat BONUS.???

Aunty & Akak2 semua nak jadi macam mama?
Nak join sebahagian dari Vitalynd Empire dan membina empayar sendiri ?


Boleh contact mama Pengedar Shaklee Klang cepat2
Nanti mama guide macamana nak jadi hebat macam mama..?

WhatApps Lynd terus ke

? 019-603 8353
? 019-603 8353
InsyaAllah.. Lynd akan bantu sebaik mungkin.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Salam Isnin.. Macamana hari anda hari ni?

Cik Lynd hari ni super excited sebab masak special menu dan juga make over family area sikit.

Entry ni special nak cerita apa yang Cik Lynd masak hari ni. Dari malam tadi lagi dah susun segala bagai menu yang akan disediakan.

Apa yang kecoh sangat Cik Lynd?

Hahahaha.. Alkisahnya since dah pindah ke penempatan baru ni agak sukar nak dapat sayur-sayur kampung kat sini. Tak tahulah kenapa sedangkan jarak tak sampai 10km pun dari tempat dulu. So dalam seminggu 2 ni memang asyik teringat dah lama tak makan pucuk meranti.

Ahad lepas singgah pasar Meru. Ya Allah rambang mata tengok sayur-sayur kampung yang segar dan murah. 3 ikat 5ringgit. So Cik Lynd rembat pucuk meranti 2 ikat dan pucuk ketereh 1 ikat.

Sebab dah ada pucuk ketereh yang fresh dan muda tu maka kena lah ada budukan. Setelah sekian lama Cik Lynd dan budu perang dingin maka kami istihar genjatan senjata. Mau tak hangin ngan budu ni kalau dok kat dapur tu nampak macam melambai-lambai ja ajak makan nasi. Kalau dah makan mesti takdernya sikit-sikit mesti bertambah. So setelah sekian lama budu tidak dibenarkan masuk ke rumah akhirnya kali ini Cik Budu dijemput hadir.

Dah cukup meraban pasal budu.

So pagi Isnin tu kol 10 dah start masuk dapur dah bila Cik Indah tidur. Tak sempat dah nak menyapu dulu ka apa ka memang terus tuju ke fridge.

20160829_101945

Ini lah rupa pucuk meranti itu.

Tengah dok potong sayur tu Cik Indah bangun makan jadi assistant lah dia.

20160829_104736

Asal dia diam takperlah. Susah jugak kalau tak kasi nanti dia dok pegang kaki lagi susah nak bergerak.

Ketung ketang kol 11 lebih dah siap hidang. Peghhhh.. tak sabar nak makan pulak tapi nak kena tunggu The Kakaks balik sekolah dulu.

20160829_113537

Ikan kembung tu ada yang goreng ada yang bakar tanpa garam dan kunyi. Memang nikmat dunia lah. Syukurrrrrrr… menu tak seberapa ni memberi kenikmatan yang tak terhingga.

Belum pun santap makan tengahari kaseh nampak jagung tin, maka dia minta pulak bubur kacang hijau + jagung.

20160829_140105

Dah.. berbubur pulak petang tu. Nasibaik santan beli lebih so tak payah gi kedai dah. Kaseh makan beria sampai dia lupa nak tinggalkan untuk papa dia. Hahaha..

Settle hal menu hari ni dengan cemerlangnya. Esok dah mula balik pening tak tau nak masak apa.

Seronok sangat bila dapat sediakan makan minum anak-anak sendiri. Paling best dapat lunch dan hidangkan makanan sendiri untuk keluarga.

Ini adalah salah 1 kehidupan impian Lynd. Dan banyak lagi Impian yang sedang dikejar dan dipermudahkan dengan Shaklee.

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Malam ahad. Kaseh dan Indah dah tido..

Kepenatan dan dipaksa tidur. Tinggal Awatif  je yang still membebel bawah meje kerja mama smbil menulis. Dia ni memang susah nak tidur tapi mudah nak bangun pagi.

Ok. Hari ni Lynd nak citer pasal Dzul Iman Smart Khalifah Awesome Adventure (SKAA) 2016. Sebenarnya ala-ala sukaneka aka sport day.

SKAA diadakan di Taman Pertanian Negara / Taman Botani Negara / Bukit Cerakah Shah Alam. Macam-macam nama tapi tempatnya sama je.

DzulIman SKAA 14

Best juga sesekali join event macam ni exercise sebab menapak dengan stroller bagai dari parking ke tempat menunggu trem. Lepas tu berjalan lagi ke Kem Rimba.



DzulIman SKAA 10

DzulIman SKAA

Nasibaik lah teachers dah pesan supaya bawak stroller dan payung. Memang jauh jugak menapak sambil menikmati permandangan dan juga haiwan seperti kuda, rusa, angsa dan lain-lain.

DzulIman SKAA 11

DzulIman SKAA 13

Sampai je di venue acara kami dah nampak dah kolam renang yang kebiru-biruan.

DzulIman SKAA 2

Adeh.. mama sengaja taknak bawak baju renang sebab takut papa nak balik awal sebab bengkel tak tutup pun tapi bawak la baju sepersalinan incasekan.

DzulIman SKAA 3

Program kali ni adalah gabungan  DzulIman sekitar Puchong-Shah Alam. So memang agak ramailah peserta dan keluarga. Tapi best lah tempat tu tenang dan redup je.

Inilah kami sekeluarga baru sampai. Gambar dari camera teacher Kaseh. Susah nak dapat amik gambar dari camera orang lain ni. Hahaha.

DzulIman SKAA 15

Yang baju merah tu Geng Pokok Sena. Pernah citer pasal geng ni kat blog lama. Kawan masa sekolah rendah tahun 1996. Wife fairus teacher kat salah satu cawangan DzulIman yang join.

Ouhh.. tema merah tapi mak ngah ada baju maroon je so bantai ja la.

DzulIman SKAA 16

Sorang budak main 2 acara. Awatif main kumpul air guna span dan juga baling bola dalam bakul. Kaseh pulak main kepit bola pingpong guna pipi dengan kawan dan juga pass getahguna straw.

DzulIman SKAA 8

DzulIman SKAA 6

DzulIman SKAA 9

Acara belum habis aku tengok dah ada yang mula terjun kolam. Ada yang pakai uniform ja masuk kolam so tiada alasan yang boleh diguna pakai untuk mereka tidak terjun. hahaha.. Papa pun kasi green light maka senang kerja mama.

DzulIman SKAA 4

DzulIman SKAA 5

Dah settle semua kami balik dalam kol 1. Tak kuasa nak tunggu trem dah maka kami menapak beb. Nasibaiklah semua semangat waja lagi nak jalan.

Tapi malam tu mama telan ostematrix lah sebab takut kaki lenguh ka kejang ka sebab dah lama sangat tak melasakkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua orang seronok. Terima kasih penganjur program SKAA DzulIman 2016.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Cantik tarikh hari ini..

1.6.16

Sudah masuk June. Maka lagi 5 hari kita akan menyambut ketibaan ramadhan.

Ada beberapa posting mengenai ramadhan yang menarik dan yang ini yang paling menyentuh hati Lynd.

Assalamualaikum Tak terasa…!!!
✔6 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH…
✔6 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH…
✔6 hari lagi DOA di IJABAH.
✔6 hari lagi PAHALA dilipat gandakan… Tetapiii…
Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati Saudara2ku…
Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk…
✔Lisan yang tdk berkenan…
✔Janji yang terabaikan…
✔Hati yang berprasangka, dan
✔Semua sikap yang menyakitkan…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ….
Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga Kita Diberi Umur Panjang nan Barokah Sehingga Bolih dan diizinkan utk Dipertemukan Bulan Suci Ramadhan… Aamiiin yaa rabbal ‘alamiiin.
MARHABAN YAA RAMADHAN…!!

Bertapa besarnya kurniaan Ramadhan yang Allah berikan pada ummat Muhammad SAW.

Tahun ini juga istimewa kerana Lynd dan anak-anak membuat persiapan sebelum Ramadhan demi memeriahkan dan menerapkan bertapa pentingnya Ramadhan dalam diri Kaseh dan Awatif.

Sesungguhnya pengaruh media sosial sangat besar kerana Lynd mendapat idea ini dari rakan-rakan facebook. Dan sesungguhnya Lynd syukur kerana ia memudahkan penerangan dan memberi pemahaman kepada Kaseh dan Awatif.

Antara perkara yang Lynd dah buat sebagai tanda Ramadhan yang bakal tiba adalah memberi sumbangan kurma kepada guru-guru tadika Kaseh dan Awatif.

Selain tu dapat juga menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak.

Lynd beli kurma untuk setiap guru dan tampal ucapan “Selamat Berpuasa” di kotak buah kurma. Lynd serahkan pada jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula.

Lynd libatkan anak-anak semasa membeli dan tampal kad ucapan pada kotak kurma.

Aktiviti yang ke 2 adalah.. sediakan banner ” Welcome Ramadhan”.

Pada awalnya mama ni lah y tercongok sorang-sorang gunting alphabet dan tampal. Mungkin sebab mereka tak faham apalah yang mama cuba buat ni.

20160531_215718

Bila dah mula gantung baru mereka excited siap nak tumpang lukisan sendiri lagi kat area ni.

20160531_233803

(Gambar Kaseh snap sendiri sebab tu goyang)

Bila dah siap ni baru mereka excited tanya “Ok mama. What’s Next?”.

Hahahaha.. bukan main mama buat checklist project cuti sekolah untuk persiapan ramadhan dorang tak layan. Dah cantik baru nak teruja. Ok mama faham dah trick macamana nak tarik minat kamu ya anak-anak.

Then.. projek seterusnya “Ramadhan Countdown”.

Ni idea tak sengaja. Because Kaseh keep asking bila puasa. (Dia cakap dia nak puasa tahun ni).

So Lynd buatlah ulat countdown ni. So tiap kali azan maghrib dorang boleh potong 1 gelung ni. So balance gelung tu menunjukkan berapa hari lagi nak ramadhan.

Itu antara project yang dah siap. Coming up next..

# Surau Kecil Kami

# Solat Clock

# Ramadhan Checklist.

Beside that.. mama pun terkejar-kejar nak kemas rumah. Kiranya ala-ala Ramadhan Cleaning. Kalau mat salleh ada spring cleaning kita buat Ramadhan Cleaning.

Sekarang ni pun Lynd tengah google pasal Kaseh nak puasa. Lynd tak pernah suruh dia puasa lagi sebab Lynd nak dia solat dulu dan alhamdulillah dah hampir sebulan ni dia solat 4 waktu kecuali subuh. (Mama tak sampai hati nak kejut.. adeh.. mama kena tabah)

Tapi disebabkan dia baca dalam majalah Ana Muslim mengenai kebaikan berpuasa jadi dia nak juga puasa.

Ermmmm.. so Lynd tengah cari idea macamana nak buat puasa ni bermakna untuk Kaseh.

So far ini sahaja persiapan berpuasa kami. Ada 5 hari lagi. InsyaAllah Ramadhan ini kita sambut dengan penuh meriah dan berpesta ibadat.

 

Sambutan Hari Ibu Dan Tips Mengajar Anak Solat

mothersday_MainBanner2016

Assalamualaikum.

Hari ni ramai yang update di facebook ucapan Selamat Hari Ibu. Seronok tengok dan macam-macam sambutan.

Lynd memang tak celebrate and tak wish pun. Hehehhe.. Hari-hari hari ibu.

Tapi dalam banyak-banyak yang ni macam buat Lynd tersentuh.

Wardina

So true.. banyak sangat lagi kelemahan saya sebagai ibu kepada anak-anak.

Kelemahan saya melayan kerenah mereka dan juga kelemahan saya dalam mendidik mereka. Risau saya.. jika saya gagal menerapkan keutamaan solat dalam anak-anak saya.

Ya Allah saya nak sangat pastikan anak-anak saya sudah cukup solatnya di usia  tahun.

Ya Allah, sedangkan Lynd masih masih merangkak dalam menyempurnakan solat dalam waktu yang sama Lynd nak pastikan anak-anak Lynd menjadi insan yang menjaga solat dari kecik lagi.

Doa tetapkan solat

Kalau diikutkan semua ibu bapa inginkan anak mereka menjadi insan yang baik.

Lynd baru baca 1 buku “Bertanya Allah Dahulu” menyatakan kita perlu berdoa secara spesifik dan Lynd sedang belajar mempraktiskannya.

Termasuk juga dalam mendoakan anak-anak Lynd yang menjadi insan yang terpelihara solatnya kerana solat yang menjadi perisai untuk anak-anak Lynd.

Dan memang Lynd cuba untuk jadikan hari ibu ini sebagai hari untuk memuhasabah diri Lynd untuk menjadi ibu yang memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan dari segi material sahaja tetapi dari segi rohaninya kerana Lynd nak kami sekeluarga berada di syurga bersama-sama  kelak.

Antara bacaan yang bagus dalam mendidik anak-anak solat.

Tips Mengajar Anak Solat

Dr Hj Tengku Asmawi

Sirap Limau

Lynd mempunyai impian untuk membawa anak-anak ke Makkah untuk menunaikan umrah tahun ni.

“Ya Allah, Tunaikanlah Impian ku untuk menunaikan umrah sekeluarga pada November 2016 nanti”

Jadi sebagai persediaan Lynd kena make sure at least Kaseh yang dah nak masuk 7 tahun dah 2017 nanti supaya dah pandai solat dan menghayati solat itu sendiri.

Lynd memang teraspirasi dengan Sis Amrina bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau Lisa dan Hana dalam mendirikan solat.

Ya Allah.. aku diberi peluang untuk mendidik anak-anak ku dengan sendiri, kenapa harus aku bazirkan peluang ni?

Dan sebenarnya kerana mereka lah aku “perlu” jadi baik supaya mereka tidak jadi seperti aku.

Kepada anak-anak mama, mama akan cuba menjadi Mama yang lebih baik untuk kamu.

Didik Anak Solat


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Diari Untuk My Girls

Lamanya tak cerita pasal anak-anak kat sini.

Oklah.. nak dapat rentak menulis balik tu agak sukar. Tapi apa salahnya kita mulakan balik kan.

Rasanya mama belum pernah cerita lagi mengenai sekolah baru Kaseh dan Awatif.

Masa December tahun 2015 bermulah pemburuan mama mencari tadika baru untuk anak-anak. Walaupun berat hati nak tinggalkan Tadika Pintar Sayang. tapi hidup mesti diteruskan dengan kehidupan baru iaitu hijrah.

Walaupun diikutkan kawasan sekitar tempat tinggal kami ada je beberapa tadika samada yang jenis francais atau pun tidak. Tapi tu lah.. kami bukan mencari nama Tadika tapi kami mencari tadika yang lebih baik atau at least sama baik macama tadika Pintar Sayang.

Ciri-ciri Tadika Yang Mama Cari

  1. Amali Solat setiap hari
  2. Penekanan terhadap agama Islam.

 

Dalam beberapa senarai Tadika yang mama pergi, mama sangat tertarik dengan Tadika Dzul Iman. Sebenarnya mama “jumpa” tadika Dzul Iman ni apabila Ummi Zai Pengusaha Pintar Sayang yang rekemen. Katanya Teacher lama Kaseh kerja kat tadika tu. Teacher Rahmah.

Bila kami melawat tadika tu saya sangat tertarik dengan pendekatan yang tadika tersebut amalkan iaitu Khalifah Method dimana ia menekankan sahsiah instead of education oriented.

Dari briefing yang diberikan, Tadika Dzul Iman diasaskan oleh sekumpulan pensyarah UIA yang pada asalnya menyediakan tempat untuk anak-anak mereka.

Pensyarah-pensyarah ini  membangunkan sistem tadika untuk anak mereka sahaja tetapi disebabkan kebaikan sistem ini disebarkan dari mulut ke mulut maka ia semakin berkembang sehingga sekarang.

Tadika Dzul Iman merupakan sebuah tadika francais tetapi mereka tidak membuat sebarang marketing di media kerana mereka lebih percaya kepada “recommendation” dari ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika Dzul Iman.

Saya rasa tiada masalah sangat untuk anak-anak saya ke tadika walaupun tadika baru. Alhamdulillah dipermudahkan.

Cuma pada awalnya mereka tak biasa “balik tengahari’. Yelah.. dulu nursery sampai ke petang tapi sekarang hanya ke tadika dan tak perlu bawak baju.

Yang paling mama suka pasal tadika baru ini adalah mama tak payah iron baju setiap hari. Hahahah.. sebab dari Isnin – Khamis mereka mengenakan sport attire dan hanya jumaat mereka pakai uniform rasmi. Lega mama.. kalau tak pening jugak la nak iron 2 pasang baju sehari.

awatif Dzul Iman

Kaseh Awatif

Gelagat budak 2 ketui ni masa first time dapat uniform. Mana la dorang belajar posing ala-ala haper ntah ni.

2016-01-05 08.10.15

2016-01-05 08.10.16

Ni masa 1st day dorang gi school.

Haisss.. Kakak Kaseh masih nampak sememeh sampai sekarang walaupun dah 4 bulan bertudung. Adeh.. Awatif ok lagi lah.. comey jugak la..

Apa-apa pun sangat puas hati dengan Tadika Dzul Iman ni.

Semoga anak-anak mama jadi anak yang beradab dan berjaya.

Muaaaahhh cikid anak.

2016-01-08 13.19.28

Cik Indah pun nak pakai tudung.

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.. Cik Indah ku dah berusia lebih 5 bulan.

Perkembangan Bayi 5 Bulan Bernama Cik Indah

Tak lama je lagi Cik Indah dah nak mula solid food.

Alhamdulillah sangat. Dia seorang budak yang sangat senang dijaga.

Indah Bayi 5 Bulan

Disukai oleh semua orang.

Orang kata dia comel dan baik… Alhamdulillah..
Kadang-kadang terfikir kalau semua anak macam Cik Indah ni sanggup beranak lagi 3 orang.

Hahahahah… bersabar la Cik Lynd oiiii..

Apa yang mudahnya Cik Indah ni ?

Perkembangan Bayi 5 Bulan

Dia tak banyak kerenah dan dia jarang menangis tanpa sebab maksudnya menangis minta didodoi ke.

Biasa kalau dia nangis pun sebab po-po, lapar, mengantuk atau nak sendawa.
And actually dia bukan menangis pun.. dia mengeluarkan bunyi.. Heeeee… What Ever terms lah.. Interaksi ibu dan anak memang kami je yang faham.

Plus.. since awal bulan hari tu lepas seminggu Cik Indah dirawat kat rumah sebab selsema dan batuk, dengan suspennya saya minta kebenaran Mr Papa untuk menjaga Cik Indah sendiri kat rumah sepenuhnya dan proposal diluluskan. (InsyaAllah.. next entry kenapa kami masih menghantar Cik Indah ke nursery)

Walaupun menjaga bayi 5 bulan kat rumah saya masih meneruskan bisnes online saya ini dengan lancar and even masih boleh menguruskan rumah tangga yang lain sebabnya Cik Indah ni kuat tido.

Dia ada rutin. Kalau bangun kol 7 tu, sengeh2 dan main-main ngan kakak-kakak. Dalam kol 9 lepas kakak-kakak dah pegi sekolah dia sambung tido balik, kadang-kadang tak sempat mandikan pun.

Then kol 11-12 pagi dia bangun, mandi dan sengeh dalam kol 1 tido lagi dan begitulah dia. Time tido memang dibiar aje meniarap sendiri dan tido.

Then yang paling best, Cik Indah ni sangat mesra Car Seat. Mama masih bebas kemana-mana walaupun ada baby. Paling jauh Cik Indah dok dalam car seat masa gi HQ Shaklee kat Pinnacle Tower, Sunway.

Posisi kegemaran tido dia adalah meniarap.

20151008_071844

Haaaa.. dia da pandai meniarap dan 2-3 hari ni dah start guling-guling. So tilam / toto kecik tu memang dah tak muat.

Memang suka masuk jari dalam mulut. Kadang2 2 belah tangan. Heeee.. What Everlah Cik Indah.

Sekarang ni mama da start buat research mengenai solid food. Sebab tak lama lagi Cik Indah dah boleh makan. Wahhhh.. excited lah jugak sebab 1st time Indah start solid food dengan mama berstatus WAHM.

Kalau dulu, Kakak Kaseh dan Kakak Awatif mama memang bekalkan homemade baby’s food. (Kat sini ada cerita solid food mereka)

Cik Indah lagilah mama akan berikan yang terbaik juga.

20151017_094050

Selamat Ulang Bulan Yang Ke 5 Cik Indah

Assalamualaikum..

Sejak mama bersalin ni Kaseh selalu cakap yang dia taknak mengandung. Sebab takut kena belah perut tapi dia nak jadi doktor belah perut.

So far dia tak tau bersalin “belah perut” tu bukannya normal. Buat masa sekarang mama masih rahsiakan sebab tak tau nak explain macamana hal bersalin normal ni.

Mama Nak Cucu Tapi Kaseh Takut Bersalin

Ok back to ke phobiaan dia nak bersalin tu.

Kaseh : Ma.. kita taknak bersalin lah.

Mama : Kenapa pulak ?

Kaseh : Yela.. kalau kita nak keluarkan baby sapa yang nak belah perut kita? Takkan kita nak belah sendiri. Biar kita je la yang belah perut orang.

Mama : Laaa.. kan kawan-kawan doktor belah perut kakak kan ada. Nanti dia tolonglah belah perut kakak.

Kaseh : Ehhhhhh… mana boleh kita je yang boleh belah perut orang.

Mama : Habis tu mama nak cucu dari Kaseh macamana?

Kaseh : Biar Awatif yang bagi mama 5 cucu (Dia dah bengang). Kita taknak kawin sampai bila-bila kita nak dok ngan papa ngan mama je.

Sudahhhh.. harap benda ni hanya ketika dia kecelaruan emosi kanak-kanak 5 tahun sahaja Takut Bersalin.

takut bersalin

Kakak Mama nak cucu..

Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal cita-cita mesti Kaseh yang paling petah sebab dia dah 5 tahun so dia dah mula faham lah.

Thank to upin ipin jugak lah sebab menimbulkan topik ni dalam salah 1 episod.

Cita-cita anak ku

Kaseh : Ma.. Cita-cita tu apa?

Mama : Cita-cita tu kakak nak kerja apa bila besar. Apa cita-cita Kakak ?

Kaseh : Kita nak jadi “Doctor bedah perut orang mengandung”
(Panjang betul cita-cita dia)

Mama : Awatif.. cita-cita awak nak jadi apa?

Awatif : Hentah….
(Lebih kepada tak faham topik perbualan)

Kaseh : Haaaa.. apa kata Awatif jadi “polis kat hospital”

Mama : Mana ada polis kat hospital kakak? Polis kat balai polis la.

Kaseh : Ada la mama. Yang pakai baju putih yang tak bagi budak-budak masuk tengok orang kat hospital tu.

Lepas gelak mama meletus

Mama : Kakak..!!!! Tu pak guard bukan polis..!!!

Sadiss.. dia nak adik beradik dia keje hospital semuanya. Sorang doktor sorang “polis”.. Adil kah?

20150906_135646

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...