Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Malam ahad. Kaseh dan Indah dah tido..

Kepenatan dan dipaksa tidur. Tinggal Awatif  je yang still membebel bawah meje kerja mama smbil menulis. Dia ni memang susah nak tidur tapi mudah nak bangun pagi.

Ok. Hari ni Lynd nak citer pasal Dzul Iman Smart Khalifah Awesome Adventure (SKAA) 2016. Sebenarnya ala-ala sukaneka aka sport day.

SKAA diadakan di Taman Pertanian Negara / Taman Botani Negara / Bukit Cerakah Shah Alam. Macam-macam nama tapi tempatnya sama je.

DzulIman SKAA 14

Best juga sesekali join event macam ni exercise sebab menapak dengan stroller bagai dari parking ke tempat menunggu trem. Lepas tu berjalan lagi ke Kem Rimba.



DzulIman SKAA 10

DzulIman SKAA

Nasibaik lah teachers dah pesan supaya bawak stroller dan payung. Memang jauh jugak menapak sambil menikmati permandangan dan juga haiwan seperti kuda, rusa, angsa dan lain-lain.

DzulIman SKAA 11

DzulIman SKAA 13

Sampai je di venue acara kami dah nampak dah kolam renang yang kebiru-biruan.

DzulIman SKAA 2

Adeh.. mama sengaja taknak bawak baju renang sebab takut papa nak balik awal sebab bengkel tak tutup pun tapi bawak la baju sepersalinan incasekan.

DzulIman SKAA 3

Program kali ni adalah gabungan  DzulIman sekitar Puchong-Shah Alam. So memang agak ramailah peserta dan keluarga. Tapi best lah tempat tu tenang dan redup je.

Inilah kami sekeluarga baru sampai. Gambar dari camera teacher Kaseh. Susah nak dapat amik gambar dari camera orang lain ni. Hahaha.

DzulIman SKAA 15

Yang baju merah tu Geng Pokok Sena. Pernah citer pasal geng ni kat blog lama. Kawan masa sekolah rendah tahun 1996. Wife fairus teacher kat salah satu cawangan DzulIman yang join.

Ouhh.. tema merah tapi mak ngah ada baju maroon je so bantai ja la.

DzulIman SKAA 16

Sorang budak main 2 acara. Awatif main kumpul air guna span dan juga baling bola dalam bakul. Kaseh pulak main kepit bola pingpong guna pipi dengan kawan dan juga pass getahguna straw.

DzulIman SKAA 8

DzulIman SKAA 6

DzulIman SKAA 9

Acara belum habis aku tengok dah ada yang mula terjun kolam. Ada yang pakai uniform ja masuk kolam so tiada alasan yang boleh diguna pakai untuk mereka tidak terjun. hahaha.. Papa pun kasi green light maka senang kerja mama.

DzulIman SKAA 4

DzulIman SKAA 5

Dah settle semua kami balik dalam kol 1. Tak kuasa nak tunggu trem dah maka kami menapak beb. Nasibaiklah semua semangat waja lagi nak jalan.

Tapi malam tu mama telan ostematrix lah sebab takut kaki lenguh ka kejang ka sebab dah lama sangat tak melasakkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua orang seronok. Terima kasih penganjur program SKAA DzulIman 2016.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Cantik tarikh hari ini..

1.6.16

Sudah masuk June. Maka lagi 5 hari kita akan menyambut ketibaan ramadhan.

Ada beberapa posting mengenai ramadhan yang menarik dan yang ini yang paling menyentuh hati Lynd.

Assalamualaikum Tak terasa…!!!
✔6 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH…
✔6 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH…
✔6 hari lagi DOA di IJABAH.
✔6 hari lagi PAHALA dilipat gandakan… Tetapiii…
Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati Saudara2ku…
Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk…
✔Lisan yang tdk berkenan…
✔Janji yang terabaikan…
✔Hati yang berprasangka, dan
✔Semua sikap yang menyakitkan…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ….
Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga Kita Diberi Umur Panjang nan Barokah Sehingga Bolih dan diizinkan utk Dipertemukan Bulan Suci Ramadhan… Aamiiin yaa rabbal ‘alamiiin.
MARHABAN YAA RAMADHAN…!!

Bertapa besarnya kurniaan Ramadhan yang Allah berikan pada ummat Muhammad SAW.

Tahun ini juga istimewa kerana Lynd dan anak-anak membuat persiapan sebelum Ramadhan demi memeriahkan dan menerapkan bertapa pentingnya Ramadhan dalam diri Kaseh dan Awatif.

Sesungguhnya pengaruh media sosial sangat besar kerana Lynd mendapat idea ini dari rakan-rakan facebook. Dan sesungguhnya Lynd syukur kerana ia memudahkan penerangan dan memberi pemahaman kepada Kaseh dan Awatif.

Antara perkara yang Lynd dah buat sebagai tanda Ramadhan yang bakal tiba adalah memberi sumbangan kurma kepada guru-guru tadika Kaseh dan Awatif.

Selain tu dapat juga menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak.

Lynd beli kurma untuk setiap guru dan tampal ucapan “Selamat Berpuasa” di kotak buah kurma. Lynd serahkan pada jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula.

Lynd libatkan anak-anak semasa membeli dan tampal kad ucapan pada kotak kurma.

Aktiviti yang ke 2 adalah.. sediakan banner ” Welcome Ramadhan”.

Pada awalnya mama ni lah y tercongok sorang-sorang gunting alphabet dan tampal. Mungkin sebab mereka tak faham apalah yang mama cuba buat ni.

20160531_215718

Bila dah mula gantung baru mereka excited siap nak tumpang lukisan sendiri lagi kat area ni.

20160531_233803

(Gambar Kaseh snap sendiri sebab tu goyang)

Bila dah siap ni baru mereka excited tanya “Ok mama. What’s Next?”.

Hahahaha.. bukan main mama buat checklist project cuti sekolah untuk persiapan ramadhan dorang tak layan. Dah cantik baru nak teruja. Ok mama faham dah trick macamana nak tarik minat kamu ya anak-anak.

Then.. projek seterusnya “Ramadhan Countdown”.

Ni idea tak sengaja. Because Kaseh keep asking bila puasa. (Dia cakap dia nak puasa tahun ni).

So Lynd buatlah ulat countdown ni. So tiap kali azan maghrib dorang boleh potong 1 gelung ni. So balance gelung tu menunjukkan berapa hari lagi nak ramadhan.

Itu antara project yang dah siap. Coming up next..

# Surau Kecil Kami

# Solat Clock

# Ramadhan Checklist.

Beside that.. mama pun terkejar-kejar nak kemas rumah. Kiranya ala-ala Ramadhan Cleaning. Kalau mat salleh ada spring cleaning kita buat Ramadhan Cleaning.

Sekarang ni pun Lynd tengah google pasal Kaseh nak puasa. Lynd tak pernah suruh dia puasa lagi sebab Lynd nak dia solat dulu dan alhamdulillah dah hampir sebulan ni dia solat 4 waktu kecuali subuh. (Mama tak sampai hati nak kejut.. adeh.. mama kena tabah)

Tapi disebabkan dia baca dalam majalah Ana Muslim mengenai kebaikan berpuasa jadi dia nak juga puasa.

Ermmmm.. so Lynd tengah cari idea macamana nak buat puasa ni bermakna untuk Kaseh.

So far ini sahaja persiapan berpuasa kami. Ada 5 hari lagi. InsyaAllah Ramadhan ini kita sambut dengan penuh meriah dan berpesta ibadat.

 

Assalamualaikum.

Diari Untuk My Girls

Lamanya tak cerita pasal anak-anak kat sini.

Oklah.. nak dapat rentak menulis balik tu agak sukar. Tapi apa salahnya kita mulakan balik kan.

Rasanya mama belum pernah cerita lagi mengenai sekolah baru Kaseh dan Awatif.

Masa December tahun 2015 bermulah pemburuan mama mencari tadika baru untuk anak-anak. Walaupun berat hati nak tinggalkan Tadika Pintar Sayang. tapi hidup mesti diteruskan dengan kehidupan baru iaitu hijrah.

Walaupun diikutkan kawasan sekitar tempat tinggal kami ada je beberapa tadika samada yang jenis francais atau pun tidak. Tapi tu lah.. kami bukan mencari nama Tadika tapi kami mencari tadika yang lebih baik atau at least sama baik macama tadika Pintar Sayang.

Ciri-ciri Tadika Yang Mama Cari

  1. Amali Solat setiap hari
  2. Penekanan terhadap agama Islam.

 

Dalam beberapa senarai Tadika yang mama pergi, mama sangat tertarik dengan Tadika Dzul Iman. Sebenarnya mama “jumpa” tadika Dzul Iman ni apabila Ummi Zai Pengusaha Pintar Sayang yang rekemen. Katanya Teacher lama Kaseh kerja kat tadika tu. Teacher Rahmah.

Bila kami melawat tadika tu saya sangat tertarik dengan pendekatan yang tadika tersebut amalkan iaitu Khalifah Method dimana ia menekankan sahsiah instead of education oriented.

Dari briefing yang diberikan, Tadika Dzul Iman diasaskan oleh sekumpulan pensyarah UIA yang pada asalnya menyediakan tempat untuk anak-anak mereka.

Pensyarah-pensyarah ini  membangunkan sistem tadika untuk anak mereka sahaja tetapi disebabkan kebaikan sistem ini disebarkan dari mulut ke mulut maka ia semakin berkembang sehingga sekarang.

Tadika Dzul Iman merupakan sebuah tadika francais tetapi mereka tidak membuat sebarang marketing di media kerana mereka lebih percaya kepada “recommendation” dari ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika Dzul Iman.

Saya rasa tiada masalah sangat untuk anak-anak saya ke tadika walaupun tadika baru. Alhamdulillah dipermudahkan.

Cuma pada awalnya mereka tak biasa “balik tengahari’. Yelah.. dulu nursery sampai ke petang tapi sekarang hanya ke tadika dan tak perlu bawak baju.

Yang paling mama suka pasal tadika baru ini adalah mama tak payah iron baju setiap hari. Hahahah.. sebab dari Isnin – Khamis mereka mengenakan sport attire dan hanya jumaat mereka pakai uniform rasmi. Lega mama.. kalau tak pening jugak la nak iron 2 pasang baju sehari.

awatif Dzul Iman

Kaseh Awatif

Gelagat budak 2 ketui ni masa first time dapat uniform. Mana la dorang belajar posing ala-ala haper ntah ni.

2016-01-05 08.10.15

2016-01-05 08.10.16

Ni masa 1st day dorang gi school.

Haisss.. Kakak Kaseh masih nampak sememeh sampai sekarang walaupun dah 4 bulan bertudung. Adeh.. Awatif ok lagi lah.. comey jugak la..

Apa-apa pun sangat puas hati dengan Tadika Dzul Iman ni.

Semoga anak-anak mama jadi anak yang beradab dan berjaya.

Muaaaahhh cikid anak.

2016-01-08 13.19.28

Cik Indah pun nak pakai tudung.

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.. Cik Indah ku dah berusia lebih 5 bulan.

Perkembangan Bayi 5 Bulan Bernama Cik Indah

Tak lama je lagi Cik Indah dah nak mula solid food.

Alhamdulillah sangat. Dia seorang budak yang sangat senang dijaga.

Indah Bayi 5 Bulan

Disukai oleh semua orang.

Orang kata dia comel dan baik… Alhamdulillah..
Kadang-kadang terfikir kalau semua anak macam Cik Indah ni sanggup beranak lagi 3 orang.

Hahahahah… bersabar la Cik Lynd oiiii..

Apa yang mudahnya Cik Indah ni ?

Perkembangan Bayi 5 Bulan

Dia tak banyak kerenah dan dia jarang menangis tanpa sebab maksudnya menangis minta didodoi ke.

Biasa kalau dia nangis pun sebab po-po, lapar, mengantuk atau nak sendawa.
And actually dia bukan menangis pun.. dia mengeluarkan bunyi.. Heeeee… What Ever terms lah.. Interaksi ibu dan anak memang kami je yang faham.

Plus.. since awal bulan hari tu lepas seminggu Cik Indah dirawat kat rumah sebab selsema dan batuk, dengan suspennya saya minta kebenaran Mr Papa untuk menjaga Cik Indah sendiri kat rumah sepenuhnya dan proposal diluluskan. (InsyaAllah.. next entry kenapa kami masih menghantar Cik Indah ke nursery)

Walaupun menjaga bayi 5 bulan kat rumah saya masih meneruskan bisnes online saya ini dengan lancar and even masih boleh menguruskan rumah tangga yang lain sebabnya Cik Indah ni kuat tido.

Dia ada rutin. Kalau bangun kol 7 tu, sengeh2 dan main-main ngan kakak-kakak. Dalam kol 9 lepas kakak-kakak dah pegi sekolah dia sambung tido balik, kadang-kadang tak sempat mandikan pun.

Then kol 11-12 pagi dia bangun, mandi dan sengeh dalam kol 1 tido lagi dan begitulah dia. Time tido memang dibiar aje meniarap sendiri dan tido.

Then yang paling best, Cik Indah ni sangat mesra Car Seat. Mama masih bebas kemana-mana walaupun ada baby. Paling jauh Cik Indah dok dalam car seat masa gi HQ Shaklee kat Pinnacle Tower, Sunway.

Posisi kegemaran tido dia adalah meniarap.

20151008_071844

Haaaa.. dia da pandai meniarap dan 2-3 hari ni dah start guling-guling. So tilam / toto kecik tu memang dah tak muat.

Memang suka masuk jari dalam mulut. Kadang2 2 belah tangan. Heeee.. What Everlah Cik Indah.

Sekarang ni mama da start buat research mengenai solid food. Sebab tak lama lagi Cik Indah dah boleh makan. Wahhhh.. excited lah jugak sebab 1st time Indah start solid food dengan mama berstatus WAHM.

Kalau dulu, Kakak Kaseh dan Kakak Awatif mama memang bekalkan homemade baby’s food. (Kat sini ada cerita solid food mereka)

Cik Indah lagilah mama akan berikan yang terbaik juga.

20151017_094050

Selamat Ulang Bulan Yang Ke 5 Cik Indah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

3 anak Lynd semuanya dihantar ke nursery yang sama iaitu Taska Pintar Sayang. Masih ingat lagi, masa mula-mula pindah sini tahun 2009 saya tengah mengandung.

Bila kandungan dah masuk 8 bulan dah mula fikir mana nak hantar anak lepas pantang nanti dan rezeki Kaseh tiba-tiba ada nursery baru bukak di taman ni.

Terus jumpa owner iaitu Puan Zaidah untuk booking. Masa tu saya memang cakap yang saya nak beri susu ibu pada baby nanti. So Ummi Zai tak kisah dan minta tunjuk ajar macamana nak handle EBM nanti.

So since umur Kaseh 2 bulan memang Kaseh dok nursery tu.

63rd Day 63rd Day1

Gambar 1st day Kaseh nak dihantar ke Nursery.

Macam tau je.. lain macam ragamnya pagi tu. Menangis tak hengat. Saya saja hantar seminggu awal sebelum saya masuk kerja sebab saya nak test banyak mana EBM yang Kaseh nak guna nanti.

Dah hantar tu saya yang tak senang duduk, risaukan atau dengan kata lain rindukan Kaseh. Almaklumlah anak pertama. Telinga ni macam terngiang-ngiang suara Kaseh nangis. Padahal nursery blok sebelah dan rumah paling hujung.

Then sampai lah ke Awatif. Saya takder masalah dengan nursery ni dan mana-mana pengasuh kat sini. Saya rasa dorang jaga anak-anak saya lagi bagus dari saya jaga.. Heeee.. Yela baju siang aje sampai 3 pasang. Kalau kat rumah paling banyak pun 2x kalau mandi tengahari.

Masa zaman Kaseh dulu ada jugak saya pergi nursery secara mengejut buat-buat nak hantar EBM. Then mereka memang benarkan saya masuk dan naik jumpa baby. Kalau nak breastfeed terus pun takder hal. Sebab saya dengar ada sesetengah nursery memang tak bagi parent masuk.

Pada saya nursery ni agak terbuka. Termasuk juga sesetengah hal boleh cakap direct dan alhamdulillah memang saya takder masalah.

Kaseh dulu memang ada hari-hari yang dia meragam gi nursery terutama hari Isnin. Al-maklumlah cuti dah lama 2 hari. Isnin mula la drama.

Awatif? Budak ni?

Awatif

Budak ni memang takder masalah, mama yang ada masalah ngan budak ni. Hantar la hari apa pun macamana pun nak gi hantar mana pun dia layan. Kalau Kaseh takut ngan Ummi Zai sebab suara dia kuat kot. Budak ni semua dia layan sama rata. Hahahahaha.. Sampai 1 tahap terfikir “budak ni tak sayang aku ke sebab takder pun sedih aku nak tinggal dia” ok mama sentap.

Cik Indah pulak sah-sah dia takder masalah, orang pun takder masalah ngan dia sebab dia tido je. Ummi kat nursery pernah cakap masa mandi tengahari pun layan tido.

Kat rumah pun gitu, kalau kat nursery je camtu risau jugak. InsyaAllah takder masalah.

Pengasuh kat sana dorang panggil Ummi just yang muda-muda je panggi “Kakak”. Ada sekali tu salah sorang ummi tu cakap “Anak-anak awak 3-3 takder masalah nak jaga. Semua senang. Bagi susu diam, tapi tak tau la anak lelaki esok” Heeeee.. sengeh je la.

Alhamdillah sangat.

Sini Lynd nak share Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan nursery berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan seangkatan dengannya.
  • Tanya bilangan kanak-kanak dan pengasuh untuk mengetahui nisbah pengasuh dan anak-anak jagaan. Seingat saya untuk bayi 1 pengasuh 3 bayi.
  • Keterbukaan pengasuh dan pemilik untuk berbincang.
  • Sesekali buat lawatan mengejut terutama waktu tengahari.
  • Aktiviti harian dan pemakanan mereka.

Ini yang asas sahaja. Kepada ibu bapa boleh go detail lagi.

Ada yang tanya Lynd nursery atau pengasuh lebih baik? Ermmmm.. kalau ikut Lynd mestilah Lynd kata nursery sebab tu Lynd hantar kat sana. Tapi sebenarnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Pendapat peribadi Lynd, nursery kekurangannya adalah budak ramai-ramai 1 tempat tu je. Tapi yang Lynd suka sebab pengasuh fokus pada hal menjaga anak-anak sahaja, bukan nak masak atau urusan lain.

1 hal lagi nursery ni ramai yang memerhati, kalau 1 pengasuh yang buat hal akan ada pengasuh lain yang tengok dan paling cikai pun budak lain yang tengok.

Tapi tula pendapat masing-masing dan rezeki saya dapat nursery dan pengasuh yang baik.

Terima kasih kepada Ummi-ummi dan Kakak-kakak Taska dan Tadika Pintar Sayang

Assalamualaikum.

Aplikasi See Your Memory di Facebook

Tak tahu start bila di facebook ada aplikasi baru iaitu See Your Memory. Dimana kita akan dapat notification update kita di facebook pada tahun-tahun sebelum ini pada tarikh yang sama.

See Your Memory di Facebook

Memang best. Kita tinggal agree je nak share to public ke tak. So setiap hari akan ada gambar 2-3 tahun yang lepas kita tengok.

Kaseh awatif

Gambar 2013. 

Serius best. Masa tu baru perasan yang anak-anak da besar.

Macam Kaseh, saya baru sedar yang sekarang dia boleh diharap. Dah boleh tolong jagakan Awatif, cuma dapat rasa beza dulu comel je sekarang gigi da rongak.

Awatif

Awatif tetap penghibur mama cuma sekarang dia dah tak bolat cam dulu dan sekarang dia manja dalam kegarangan.

kaseh indah

Indah masih baru dalam hidup kami tapi Indah membawa cerita dia tersendiri.

Nasib baik ada Aplikasi See Your Memory di Facebook ni. Sesekali mengimbau kenangan. Kalau harap nak tengok balik gambar-gambar lama yang beribu kat dalam folder tu memang tak sempat lah.

I Love My Kids.

============================================

Haslinda Lynd

Your Committed Shaklee Indipendent Distributor

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Kalau nak disenaraikan memang banyak benda yang nak disyukuri. Tak terhitung. Allah memberi segalanya walau tidak diminta.

Antara yang paling disyukuri sekarang adalah kurniaan keluarga kecil saya. Alhamdulillah. Saya semakin boleh mengenali kerenah dan personaliti anak-anak. Dulu anak kecil hanya perlu diberi makan dan minum. Tapi bila anak semakin meningkat sebagai ibu bapa kita bukan hanya perlu handle keperluan asas mereka tetapi EMOSI dan PEMBENTUKAN PERIBADI  mereka.

20150726_121430

Sebelum saya tak perasan sangat tetapi sejak 2 3 menjak ni Kaseh saya perasan dah semakin “remaja”. Heheheh.. baru 5 tahun kot. Tapi dia sudah ada perasaan malu, marah dan paling “menakutkan” menganalisis situasi.

Kaseh ni seorang yang “pemikir”, dia suka kaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain. Contohnya bila kita cerita,

“Bersalin ni sakit, kesian mama perut mama kena potong, sakit tau, nak bangun susah, nak pangku kakak Kaseh ngan Awatif tak boleh”

Dia mendengar. Dan dihari yang lain bila baby Indah nangis dan mama tak angkat terus dia akan cakap

“Mama kata bersalin tu susah, sakit habis tu kenapa tak jaga anak betul-betul? Tu Indah nangis mama tak pujuk pun”

Maksudnya dia akan berfikir dan kaitkan dengan keadaan sekeliling. Bahaya dan risikonya adalah dia salah “fikir”.

Ada 1 ketika anak-anak seakan-akan hilang kawalan. Salah 1 puncanya adalah masa saya dalam pantang. Saya kurang connection dengan mereka. Segala keperluan mereka diuruskan oleh nenek, saya kurang touch dan belai mereka. Apa yang jadi mereka sangat susah dikawal dan mula akan jadi adegan jerit dan marah-marah. Situasi ni terjadi hingga cikgu tadika Kaseh perasan perubahan dia. Dan nasibaik Cikgu tahu yang saya dalam pantang masa tu.

Serius saya risau. Macamana saya nak didik anak dara 3 ketui ni. Kalau ginilah keadaannya memang stress jadinya. Sampai ada ketika saya fikir, ” Sudahlah, cukuplah 3 anak, bukan sebab tak larat nak jaga tapi sebab saya takut saya tak boleh didik mereka menjadi Hamba Allah yang Beriman”

Jujur rasa takut sangat. Memang rasa takut sangat masa tu. Then newsfeed Facebook saya seakan-akan faham keadaan saya masa tu, banyak orang share pasal cara mendidik anak dan handle anak.

Rupanya kalau nak anak jadi macam yang kita nak, kita kena tunjuk dulu dan kena cakap elok-elok. Since that saya banyak peluk dan usap Kaseh dan Awatif. Pesanan melalui cerita. Apa yang saya cakap pasal bersalin tu salah 1 daripadanya. Bila dia buat baik saya terus peluk dan cakap terima kasih. Sebelum tidur golek sama-sama then cakap terima kasih sebab anak-anak mama behave sangat hari ni. Then 1 lagi apa yang saya buat, saya buat penjanjian kalau saya taknak Kaseh cakap jerit-jerit, mama pun janji taknak cakap jerit-jerit.

So saya rasa dah dekat sebulan kot saya buat gini. Alhamdulillah sangat. Kaseh jadi sangat baik malah lebih dari saya jangka. Dan pernah saya terfikir yang dia bertindak dan berfikir lebih dari umur dia. That’s why saya kata dia dah “remaja”

Still ada lah perangai lompat and lari-lari tu. Biasalah budak. Tapi perubahan paling ketara dia senang tersentuh dengan apa yang saya cakap. Kalau sebelum ni bila kita marah dia boleh buat selamber tak rasa bersalah pun. Saya jerit-jerit pun memang macam tak dengar pun.

Tapi sekarang kalau saya cakap apa-apa dia mudah dengar. Tak payah jerit-jerit. Kalau dia bersalah ke macam hilangkan pen ke dia takut sangat even saya cakap elok-elok. Mungkin dia rasa bersalah kot. Jika dia ada buat salah pun dia akan datang dok sebelah saya dengan air mata bergenang even saya belum cakap apa-apa pun lagi.

Dah dia buat muka gitu lagilah kita tak jadi nak marah. Cukupah sekadar dia tahu dan sedar yang dia buat salah.

Lega dah sekarang. Bukan lah nak kata anak saya baik, atleast benda dah semakin pulih dan saya pun dah tahu camner nak handle. Next is Awatif. Ada beberapa perangai dia yang nampak silly tapi kalau dibiar akan mendatangkan mudarat juga.

Apa yang saya belajar dalam mendidik anak-anak ni Ibu Bapa kena bawak bertenang dulu. Kena tenang dan sihat tubuh badan dan emosi.

Semasa dalam pantang pergerakan kita limited so kita akan cepat naik angin dan kita pun tak boleh nak bertindak secara rasional. since that saya memang nekad nak menjaga kesihatan sebaiknya demi keluarga saya.

Terima kasih kepada rakan-rakan Facebook saya yang banyak kongsi tips mendidik anak yang sangat berguna. Kadang-kadang tak jumpa pun dalam buku.

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak “share” Tips Mudah Bersalin.

Definasi “mudah” bukan bermaksud “tak sakit“.

Tapi macamana nak menjadi sakit bersalin itu sebagai satu yang dinanti-nanti. Sakit yang “ringan” dan “nikmat” yang membuatkan kita masih boleh senyum.

Sebab ada beberapa ibu yang cakap mereka “phobia” mahu bersalin lagi. Macam-macam sebab. Even saya pun di tanya “Ko ni tak takut ke bersalin lagi lepas kes ko dulu?” (Kisah kelahiran Awatif saya ceritakan di blog lama saya disini. Kisah Kelahiran Awatif).

Ermmm.. seperti yang dikatakan saya rasa semuanya “mudah” maka orang lain je yang tolong “phobia” bagi  pihak saya. Heeee.. Syukur atas nikmat dipermudahkan itu.

Kalau google memang ada macam-macam amalan dan tips. Tapi apa yang Lynd nak share kat sini apa yang Lynd “mampu” buat dan apa yang Lynd amalkan.

Tips 1 : Positif

Berapa juta / billion umat manusia sudah dilahirkan oleh seorang ibu? Dan setiap ibu dan bayi mengalami pelbagai kisah / proses / pengalaman kelahiran.

Jadi apa kita nak “takut”. Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Memang ada macam-macam pengalaman “mengerikan” tetapi kena kita nak fokus pada yang tak best? Saya lagi suka baca kisah-kisah positif. Contoh, kawan saya cerita makcik dia nurse, bersalin pagi, petang dah boleh berjalan segar bugar sebab teknik melahirkan dia betul. Maka energy tak banyak guna semasa meneran. So tugas kita study lah cara betul meneran.

Bila saya disahkan perlu bersalin secara pembedahan, kisah beberapa orang keliling saya yang bersalin c-zer yang dikatakan lagi “mudah” dari bersalin normal.

Jangan dok fokus pada “susah nak batuk”, “susah nak bangun”, tak boleh angkat barang berat”, “susu tak banyak”. Perkara itu menakutkan diri sendiri dan sel-sel badan pun jadi stress.

Memang kita perlu tahu perkara-perkara diatas supaya kita berjaga-jaga. Tapi kita boleh ambil langkah pencegahan atau fikir orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh. Waaupun orang kata susah atau sakit kita kena tempuh juga jadi hanya diri kita je yang boleh setkan level “susah” tu.

Atau cuba elakkan baca atau dengar kisah-kisah ngeri. Kalau kita dah kenal pasti rakan2 yang suka cerita sakitnya / susah bersalin cuba elakkan diri dari mereka. Atau tukar topik.

Tips 2 : Minta Pada Dia

Ini je doa yang saya amalkan.

Doa Dipemudahkan Segala Urusan

bacaan-doa-dimudahkan-soal-ujian

Doa ni Lynd baca hampir sepanjang masa. Dari admit sampai ke OT. Memang minta ngan Dia je untuk mudahkan segala urusan. Tak perlu cakap atau mengadu kat media sosial.

Minta ngan dia je dipermudahkan segalanya.

Doa ni memang Lynd banyak guna untuk macam-macam urusan. Bila hilang barang, tunggu keputusan apa-apa ke, even untuk dapatkan parking best pun Lynd guna doa ni.

Suami Lynd yang kenalkan doa ni pada saya.

Mengadu dan minta pada Allah. Hanya Dia je yang dapat tolong. Kan dunia ni Dia punyer, remote control ada pada Dia jadi tak payah bebel kat suami ke, kawan ke kalau susah hati.

Sama jugak kes “ngeri” hospital kerajaan. Kenapa nurse dan doctor yang saya jumpa semuanya baik-baik? Lemah lembut dan sopan santun. Semuanya mudah.

Mungkin ada yang cakap rezeki saya lah jadi seperti yang dirancang. Tak jugak sebenarnya. Ada je kejadian tak dirancang cuma saya rasa benda tu tak susah. Itu namanya “dipermudahkan”. Apa yang jadi semuanya rasa mudah.

Percayalah amalkan 2 tips ni sebenarnya kita sedang mendidik diri supaya semuanya mudah. Kita yang tentukan mudah atau susahnya hidup kita.

So ibu-ibu yang bakal bersalin selamat berjuang.

Indah

Tak sempat mekap macam Cik Ta

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Lynd selamat bersalin puteri ke-3 Lynd pada 12 May 15 dihospital Sungai Buloh.

Perkenalkan

IMG-20150512-WA0001

Indah Azra Syafiah

Permata hati kami. Semoga Indah membesar menjadi anak yang

Indah keimanan,

Indah budi pekerti,

Indah tutur kata

Alhamdulillah dan insyaAllah semoga anak-anak mama membesar menjadi anak-anak syurga.

18820_1152079454808941_4901614838708271333_n

Kaseh Melissa Lyana

Hannah Damia Awatif

Indah Azra Syafiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...