Assalamualaikum.

Tajuk tu tak ingat.. Ketagih tu..

Waaaaa.. serius.. Kalau kena dengan perkara yang kita nak memang leka lah dok scroll gambar.

Melampau tak kalau Lynd kata pinterest ni lagi best dari InstaGram / Facebook

Apa yang best di Pinterest.

Pinterest ni memang tempat lambakan gambar yang sangat menarik yang disusun mengikut kategori. Kita boleh search topik yang kita inginkan.

Contoh : Girls Bedroom Idea

Bilik Tidur Perempuan

Maka berlambaklah gambar berkaitan. Di setiap gambar ada link ke blog / website sumber gambar tersebut dan kita boleh klik pada gambar jika kita nak tau lebih lanjut mengenai gambar tu.

Macam Lynd memang suka tengok gambar je. Heeee…

Then kalau kita nak simpan gambar tu untuk idea-idea kita tengok lain kali kita leh “Pin” dan save di “Board” akaun Pinterest kita. Tapi sebelum tu create akaun dulu lah. Mudah je just sign in cam biasa je.

Macam Lynd ni contoh “Board” Lynd.

Pinterest

Dah ada 10 board sekarang.

Pinterest 2

Board Gardening and Gardens yang paling menggila sekarang.

Board tu dinamakan ikut suka kita je nanti senang kita nak tenung balik.

Succulent Garden

Kegilaan Cik Lynd terhadap succulent garden ni sudah kembali.

Dulu pernah demam benda alah ni sekali. Masa tu sama ngan cik suami. Pastu ada kesilapan teknik sikit… (yang tu lah nanti Lynd cerita lain kali) so stop la cerita succulent garden ni.

Sekarang dah mula balik. Tapi buat masa sekarang cuci mata dulu next move nanti Lynd share.

So yang tengah active Lynd search sekrang selain succulent garden ni, indoor plant, small bathroom, file organising, budget, small office dan banyak lagi. Ikut mood hari tu.

Lynd takder lah explore semua lagi function kat Pinterest ni sebabnya “tak sempat”. Sebab bila dah bukak je memang sibuk dok klik gambar pastu pin. So tak sempat nak boring dan memberi ruang untuk mengeksplore segala function yang ada.

Ermmmm.. tak taulah kenapa kat Malaysia tak glamer benda ni. Tapi Lynd perasan ada juga yang gunakan Pinterest ni untuk berniaga. Ada info lain lagi pasal Pinterest ni Lynd share lagi ye.

————————————————————————-

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...