Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Cantik tarikh hari ini..

1.6.16

Sudah masuk June. Maka lagi 5 hari kita akan menyambut ketibaan ramadhan.

Ada beberapa posting mengenai ramadhan yang menarik dan yang ini yang paling menyentuh hati Lynd.

Assalamualaikum Tak terasa…!!!
✔6 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH…
✔6 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH…
✔6 hari lagi DOA di IJABAH.
✔6 hari lagi PAHALA dilipat gandakan… Tetapiii…
Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati Saudara2ku…
Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk…
✔Lisan yang tdk berkenan…
✔Janji yang terabaikan…
✔Hati yang berprasangka, dan
✔Semua sikap yang menyakitkan…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ….
Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga Kita Diberi Umur Panjang nan Barokah Sehingga Bolih dan diizinkan utk Dipertemukan Bulan Suci Ramadhan… Aamiiin yaa rabbal ‘alamiiin.
MARHABAN YAA RAMADHAN…!!

Bertapa besarnya kurniaan Ramadhan yang Allah berikan pada ummat Muhammad SAW.

Tahun ini juga istimewa kerana Lynd dan anak-anak membuat persiapan sebelum Ramadhan demi memeriahkan dan menerapkan bertapa pentingnya Ramadhan dalam diri Kaseh dan Awatif.

Sesungguhnya pengaruh media sosial sangat besar kerana Lynd mendapat idea ini dari rakan-rakan facebook. Dan sesungguhnya Lynd syukur kerana ia memudahkan penerangan dan memberi pemahaman kepada Kaseh dan Awatif.

Antara perkara yang Lynd dah buat sebagai tanda Ramadhan yang bakal tiba adalah memberi sumbangan kurma kepada guru-guru tadika Kaseh dan Awatif.

Selain tu dapat juga menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak.

Lynd beli kurma untuk setiap guru dan tampal ucapan “Selamat Berpuasa” di kotak buah kurma. Lynd serahkan pada jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula.

Lynd libatkan anak-anak semasa membeli dan tampal kad ucapan pada kotak kurma.

Aktiviti yang ke 2 adalah.. sediakan banner ” Welcome Ramadhan”.

Pada awalnya mama ni lah y tercongok sorang-sorang gunting alphabet dan tampal. Mungkin sebab mereka tak faham apalah yang mama cuba buat ni.

20160531_215718

Bila dah mula gantung baru mereka excited siap nak tumpang lukisan sendiri lagi kat area ni.

20160531_233803

(Gambar Kaseh snap sendiri sebab tu goyang)

Bila dah siap ni baru mereka excited tanya “Ok mama. What’s Next?”.

Hahahaha.. bukan main mama buat checklist project cuti sekolah untuk persiapan ramadhan dorang tak layan. Dah cantik baru nak teruja. Ok mama faham dah trick macamana nak tarik minat kamu ya anak-anak.

Then.. projek seterusnya “Ramadhan Countdown”.

Ni idea tak sengaja. Because Kaseh keep asking bila puasa. (Dia cakap dia nak puasa tahun ni).

So Lynd buatlah ulat countdown ni. So tiap kali azan maghrib dorang boleh potong 1 gelung ni. So balance gelung tu menunjukkan berapa hari lagi nak ramadhan.

Itu antara project yang dah siap. Coming up next..

# Surau Kecil Kami

# Solat Clock

# Ramadhan Checklist.

Beside that.. mama pun terkejar-kejar nak kemas rumah. Kiranya ala-ala Ramadhan Cleaning. Kalau mat salleh ada spring cleaning kita buat Ramadhan Cleaning.

Sekarang ni pun Lynd tengah google pasal Kaseh nak puasa. Lynd tak pernah suruh dia puasa lagi sebab Lynd nak dia solat dulu dan alhamdulillah dah hampir sebulan ni dia solat 4 waktu kecuali subuh. (Mama tak sampai hati nak kejut.. adeh.. mama kena tabah)

Tapi disebabkan dia baca dalam majalah Ana Muslim mengenai kebaikan berpuasa jadi dia nak juga puasa.

Ermmmm.. so Lynd tengah cari idea macamana nak buat puasa ni bermakna untuk Kaseh.

So far ini sahaja persiapan berpuasa kami. Ada 5 hari lagi. InsyaAllah Ramadhan ini kita sambut dengan penuh meriah dan berpesta ibadat.

 

Set Puasa Shaklee

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rejab sudah bertamu.. Ramadhan tak lama lagi..

Semoga Allah berikan kita semua kesempatan untuk menjadi ummatnya yang bertuah kerana dapat jumpa dengan Ramadhan yang seterusnya tahun ini.

So kawan-kawan dah ganti puasa?

Macam Lynd belum sebab banyak hari juga tinggal sebab Ramadhan tahun lepas Lynd masih belum habis berpantang.

So selamt mengganti puasa, plus rasa nak kena detod diri dah sebab macam-macam makanan dah masuk perut ni hah..

Ok entry kali ni Lynd nak memperkenalkan rangkaian produk Shaklee yang dapat membantu kita untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat dan bertenaga.

Memperkenalkan Set Puasa Shaklee

Set Puasa

(A). Set Puasa Shaklee Bajet

ESP
Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.

(B). Set Puasa Shaklee Popular

??Performance Drink
Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren.

ESP
Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.

(C). Set Puasa Shaklee Optimum

Meal Shakes
Sumber multivitamin terbaik. Apabila berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. Berperisa French Vanilla.

??Performance Drink
Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren.

ESP
Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.

 

Kenapa Anda Perlu Set Puasa Shaklee ?

  • Kita berpuasa 2016 di musim panas maka badan kita memerlukan lebih bekalan nutrisi untuk bekerja sambil berpuasa.
  • Set Puasa Shaklee mengurangkan risiko dehidrasi
  • Tidak perlu risau masalah kekurangan nutrisi.
  • Mengurangkan pengambilan kalori berlebihan
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan.

——————————————————————–

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...