Assalamualaikum.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya berkongsi entry ini kerana Allah.

Saya ingin berkongsi apa yang ada dalam kepala ni semoga memberi manfaat kepada yang “mencari” macam Lynd.

Sesungguhnya proses mencari itu juga anugerah Allah. Kerana itu bermaksud kita sentiasa “online” dengan Allah.

Ok. Bab online dengan Allah tu mungkin Lynd ulas nantilah.

Solat merupakan tiang agama. IniĀ bermaksud jika ingin membina rumah maka perlukan tiang. Tanpa tiang bagaimana bumbung, dinding dan lantai mahu terbina dan mana mungkin segala harta kita boleh disimpan di dalam rumah jika semua itu tidak ada.

Maka solat 5 waktu umpama 5 tiang rumah. Tak cukup 1 maka bumbung pasti senget, dinding tiada tempat mahu dipaku.

Dinding-dinding rumah itu umpama amalan-amalan rukun islam. Dan Harta yang disimpan didalam rumah itu umpama pahala y kita kumpulkan.

Maka mahu mengumpul harta lengkapkanlah dulu rumahnya. Lebih tinggi tiangnya = lebih sempurna solatnya maka lebih besar rumah boleh dibina maka lebih banyak pahala boleh dikumpul.

SOLAT AWAL WAKTU

Ini perumpamaan yang Lyng bayangkan mengenai solat dan solat awal waktu.

Masa

Tenaga

Udara

Rezeki

dan segala Tubuh Badan ini Allah yang punya.

Even setiap degupan jantung ini juga Allah yang punya.

Mengalirnya darah dalam setiap salur darah ini juga dengan izin-Nya.

Dan semua itu kita guna dan nikmati untuk bekerja, berseronok dan berkasih sayang dengan keluarga.

Maka, tunaikan HAK ALLAH terlebih dahulu sebelum kita menggunakan apa yang Dia beri.

Bila azan berkumandang, panggilan kejayaan mula bergema, tetapi “kejap lagi lah”, ‘Awal lagi”

Disaat itu tangan masih bergerak untuk berkerja sedangkan Allah menunggu untuk hakNya ditunaikan.

Pernah tak rasa kita sentiasa tak cukup masa ?

Dan bila kita solat awal waktu teras masa bergerak perlahan dan banyak benda boleh diselesaikan.

Ya.. 24 jam itu dikurniakan adil sama rata semua orang. Tetapi kenapa dengan 24 jam itu hasil yang diperolehi berbeza-beza ?

Dengan 24 jam si A mampu bekerja sambil menjaga anak

Si B mampu buat kerja part time untuk tambah pendapatan

Si C sempat menjaga ibu-bapa disamping menjaga keluarga sendiri

Si D hanya mampu balik kerja, ambil anak, makan kat kedai dan balik tidur.

Ia.. ini kerana hak pemilik segala apa yang ada didunia ini tidak ditunaikan sebaik mungkin masakan kita akan dapat yang terbaik.

Berikan yang terbaik kepada Tuan Punya Dunia, maka dunia dalam tangan Anda.

solat_imad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...