Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur Kurniaan Allah..

Dengan kehidupan sekarang sebagai ibu kepada 3 puteri yang sedang aktif, sebagai suri rumah yang menguruskan keluarga dan sebagai wanita yang bekerja dari rumah.

Subhanallah.. Kurniaan Allah cukup indah. Rasa syukur tak pernah putus. Bukan merasakan diri sudah cukup bagus dan kehidupan ini adalah lebih baik dari sesiapa, tetapi cukup dengan kurniaan rasa bahagia yang Allah berikan.

Bagaimana mahu jadi ibu dan wanita yang bahagia?

Sesungguhnya Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar “go with the flow” bila kita mula menjaga amanah Allah iaitu anak-anak kita. Kerana kita pasti diuji samada dari segi emosi, kebijaksaan dan kesihatan.

Apa Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu ?

Emosi

  • Sesungguhnya bila ada anak hidup kita bukan membawa diri kita sahaja. Tetapi ada 1 nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita.
  • Maka kita perlu belajar mengawal emosi apabila hidup kita “diganggu”. Nak tidur, anak berjaga. Baru nak suap nasi anak dah menangis perut dah lapar ni. Itu tak masuk lagi urusan ke toilet terpaksa ditangguhkan.
  • Pada tahap ini memang emosi sangat tercabar. Bersabar lah ibu kerana ganjaran yang amat besar menunggu mu.

Kesihatan

  • Yang ni amat penting. kesihatan amat mempengaruhi keadaan emosi dan pemikiran ibu.
  • Jika ibu sihat insyaAllah 50% emosi ibu dapat dikawal.
  • Mungkin bagi yang mengandung anak pertama mereka tak merasa terkesan lagi kerana mereka masih rasa bahawa mereka hanya perlu membawa diri sahaja.
  • Once, bayi dilahirkan sila tanam dalam minda bahawa “Aku kena sihat untuk aku jaga anak ini”. Maksudnya jika kita mengabaikan pemakanan dan penjagaan dalam pantang kita akan menghadapi masalah untuk menjaga anak.
  • Kerana pada level ini kita perlu jaga diri dan anak. Mungkin ada yang fikir “Alah.. nanti lama-lama baik sendiri lah”
  • Subhanallah.. Anda tidak akan faham selagi ibu tak merasainya. Disaat anak menangis dalam masa yang sama kita pun bertarung dengan sakit sendiri.

 

Jadi dalam post ini Lynd memang nak focus pada 2 perkara ini sahaja. Emosi dan Kesihatan.

Macam Lynd, semasa mengandungkan anak ke 3 memang tak tinggal Set Ibu Hamil Shaklee kerana Lynd perlu cergas dan kuat untuk melayan kerenah 2 lagi puteri.

Kalau Lynd balik kerja, Lynd dah penat macamana Lynd nak kawal emosi bila nak berdepan dengan anak yang masih lasak.

Dan bila berpantang memang focus Lynd nak dapat balik tenaga sebab mahu menguruskan new born disamping anak-anak yang sedang lasak.

Lynd terus amalkan Set berpantang Shaklee. Alhamdulillah Lynd tak hadapi masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu hamil yang lain macam sembelit dan kelesuan. Syukur sangat sebab ikut pengalaman masa berpantang anak pertama memang menakutkan dengan masalah tu semua. Alhamdulillah.

Yang bestnya mengenai Set Berpantang Shaklee ini adalah sekali dengan Set Penyusuan Shaklee so Lynd tak payah membazir nak beli set yang berasingan.

Alhamdulillah.. persiapan dan pengalaman bersalin Lynd berbeza bagi ketiga-tiga anak dan alhamdulillah, jodoh Lynd dengan Shaklee dapat membantu Lynd menjadi ibu yang lebih bijak.

Assalamualaikum.

Abang Long Fadzil Bantu Isteri Selesaikan Masalah Bengkak Susu

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah.

Hari ni Lynd nak kongsi testimoni Abang Long Fadzil sebagai pengguna Shaklee.

Jangan salah faham. Ini bukan abang long yang di popular tu tau.

Apa yang menarik mengenai En Fadzil ni?

Asalnya beliau mencari supplemen yang boleh membatu mengurangkan masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu berpunca apabila susu tidak keluar dari payudara dan semasa dalam pantang susu ibu dihasilkan non-stop.

Jadi apabila susu tak boleh keluar yang mungkin berpunca dari saluran puting tersumbat atau hormon yang terlibat dalam proses pengeluaran susu tidak berfungsi dengan baik, maka berlakulah masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu selain menyebabkan kesakitan pada payudara, ia juga boleh menyebabkan ibu dalam pantang demam.

Lynd pernah mengalaminya 1 ketika dulu.

Ya Allah sakit dan menggigil sejuk sampai demam. Nasibaik lah Awatif jenis senang dijaga dalam pantang jadi takder lah jadi penambah stress.

kurangkan-bengkak-susu

Untuk mengurangkan masalah bengkak susu, Lynd cadangkan pengambilan LECHITIN kerana ia dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

kalsium-untuk-tulang-retak

Dan En Fadzil terus berminat mencuba produk Shaklee yang dapat membantu merawat masalah tulang retak yang dialaminya.

Supplemen yang dicadangkan untuk masalah tulang retak adalah OSTEMATRIX.

Dan alhamdulillah. En Fadzil merasi kesan yang positif iaitu

  • Kebas kaki berkurangan
  • Tulang retak menjalani proses penyembuhan yang cepat
  • Tidur lebih lena.

Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari dapat membantu orang ramai dalam menyelsaikan masalah mereka bersama rangkaian produk Shaklee.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Rutin Berpantang Sendiri

Hari ini hari ke 35 baby Indah.

Hari ke 5 setengah Bonda balik ke kampung aka berpantang sendiri.

Hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu.

Apa yang saya suka tentang hari ini?

Hari ini merupakan simulasi kepada rutin / kehidupan saya sebagai WAHM.

Cuma yang beza saya masih berpantang.

Berpantang interm of dari pemakanan, buat kerja berat dan merayap. Heeee..

So far alhamdulillah.. Baby Indah such a good girl.

Indah Botak

Dia seakan-akan ada rutin. Bangun pagi dalam pukul 8-9 am, mandikan dalam pukul 10 am, menyusu, urut-urut badan sikit, di bedung then dia akan tido dengan nyenyaknya.

Sesekali dia akan bangun menyusu dan mintak perhatian, then tido balik. Petang bangun dimandikan, susukan, mintak sembang then tido.

Kol 11 malam bangun kejap. Then tido balik. Malam pun bangun menyusu je. Alhamdullillah mudah jaga baby Indah.

Yang agak mencabar nak uruskan budak 2 ketui ni.

kaseh

Bukan susah apa, susah nak urus emosi mak ni hah. Cuti sekolah kerjanya sepah rumah dan bergaduh. Heee..

So macamana Lynd uruskan rutin harian Lynd.

1. Tiada Set Masa Tapi Set Tugasan.

Menguruskan baby ni agak unpredictable sebab mereka bangun bila-bila masa. So jangan set masa pukul 11 nak masak, pukul 10 sidai baju. Tapi just do it bila baby tido.

Macam Lynd bila Indah dah tido Lynd akan mula keluarkan barang-barang nak masak biarpun waktu tu baru pukul 10 pagi pun. Pukul 11 dah siap masak pun takper.

Baju-baju pun jalankan mesin basuh sebelah malam, set timer pun takper janji pagi bila ada masa terus sidai. Then lepas tu dah lapang sikit, nak bersantai sambil celup biskut ke, nak tengok TV ke nak update blog ke dah takder terkejar-kejar.

2. Masak sesimple mungkin untuk ibu dan anak.

Macam Lynd dalam pantang so variasi masakan tu kurang lah. So Lynd just suka masak sup ayam, campakkan sayur sawi / brokoli.

So ibu dan anak boleh makan sekali. Just variasikan sayur dan juga cara masakan. Kadang-kadang masak bening (Sayur air), masak sup (letak bunga lawang dan kayu manis) so anak dan ibu boleh makan.

Jangan pulak pergi masak ayam masak kicap. Anak je makan, mak kena masak benda lain. Tak ke menyusahkan. Ermmm.. mungkin Lynd bertuah sebab anak-anak Lynd tak cerewet makan, lagi-lagi Awatif, asal ada nasi dan sup dah settle.

3. Berehat dan Makan.

Kalau sempat rehat lah dulu kalau tiada tugasan penting. Contoh, dah siap masak dan sidai baju boleh baring kejap dengan baby. Sebabnya kalau kita terkejar-kejar nak update blog (itu saya) atau nak lipat baju ke, nanti bila baby bangun kita tak sempat nak rehat. Sebab baby ni pun ada masa dia minta dodoi lah, minta pangku lah. So ibu-ibu kena handle dengan badan dan emosi yang sihat. So bila ada masa rehat.

Sama juga time makan. Bila ada masa makan dulu. Jangan tahan lapar dan settlekan kerj-kerja dulu kononnya sebab nnt ibu berlapar emosi pun tak stabil untuk handle baby. (Itu saya juga..hahaha)

995031_843252722378059_6769823778945585166_n

Sangat feel WAHM.

So Lynd harap tips ini dapat membantu ibu-ibu untuk manage rutin berpantang sendiri dengan lebih teratur dan aman damai.

11391389_840399359330062_8285714959543679205_n

Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?

Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum Cantik Sihat

Sekarang ni dah kira gigih jugak la kumpul stok EBM (Expressed Breast Milk).

Ada beberapa persoalan biasa :

Bila nak pam kalau baby melekat je?

Nanti bila saya pam tiba-tiba baby nak menyusu macamana?

Breast tak bengkak camner nak pam?

Susu keluar sikit je camner nak buat stok?

Ok semasa baby ada sama-sama ada beberapa cara sebenarnya untuk buat stok.

Cara 1 : Sebelah susukan baby, sebelah lagi pam

Cara 2 : Pam aje, susu ibu dalam pantang takkan habis dan takkan pernah kering.

Cara 1 memang agak clearlah, tak perlu explain kot.

Untuk cara 2, mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya semasa berpantang susu ibu terhasil tanpa kawalan. Takder setting. Susu sentiasa dihasilkan. Sebab tu wanita dalam pantang akan bengkak susu / demam bengkak susu kerana badan sentiasa menghasilkan susu tanpa “setting” berapa banyak sebenarnya bayi perlukan susu.

Tapi lama kelamaan, kalau perasan bengkak susu takkan jadi banyak kali. Biasa 2-3 kali sahaja. Tau kenapa? Once breast bengkak, otak akan dapat signal yang bahawasanya ibu tak perlukan susu yang banyak sebab tu susu tak dikeluar dari breast.

So signal kurangkan penghasilan susu dihantar. So susu dah kurang dihasilkan. Itulah fasa-fasa awal simptom “susu kering” terjadi.

Ehhh.. dah melalut sampai susu kering pulak.

Pointnya disini wanita lepas bersalin akan menghasilkan susu sepanjang masa. So jangan risau bila dah pam susu tiba-tiba baby bangun nak menyusu. Jangan risau, susu sentiasa ada untuk bayi anda.

Malah lebih bagus sebab kira kita hantar signal pada otak yang kita perlukan susu lagi dan lagi.

Apa pentingnya signal-signal ni?

Signal inilah yang menentukan berapa banyak susu yang akan kita boleh pam selepas pantang dan bila kembali bekerja.

Menyediakan Stok Susu Ibu Dalam Pantang

So just pam sahaja susu anda semasa berpantang, jangan tunggu “breast penuh / bengkak susu”.

Kalau susu keluar sikit je masa pam, macamana nak simpan?

Susu yang di pam dalam tempoh masa 24 jam yang sama boleh di campur

EBM5

Maksudnya, kita simpan 1 botol / plastic liner sebanyak 5 oz (1 sesi bayi menyusu). Tapi bila kita sekali pam hanya dapat 2 oz / 3 oz atau tak sampai pun 5 oz.

Maka apa kita boleh buat, simpan dulu tandakan pukul berapa kita pam.

Then bila dah 2-3 kali pam baru cukup 5 oz,  Susu yang dicampur kena pada suhu yang sama.

Pastikan yang sesi terakhir tu simpan dulu dalam fridge jangan terus campur.

EBM3

Dah cukup 5oz baru letak dalam tempat beku.

EBM2

Jangan Lupa tulis nama dan tarikh di botol / storage bag.

EBM

Tumbangkan storage bag yang disimpan supaya jadi rata. Dah beku baru dirikan dan senang sikit nak susun cantik-cantik dalam fridge.

11072012927-Optimized 11072012928-Optimized

Gambar dari blog lama saya masa bersalinkan Awatif.

Perlu basuh pam susu setiap kali guna?

TAK PAYAH..!!!

Tipsnya adalah masukkan pam (Corong dia je jangan pulak masukkan seketui pam korang dalam fridge) dan botol yang baru diguna dalam bekas bertutup then simpan dalam fridge.  Tiap kali nak guna amik je

Botol / Pam yang disimpan dalam fridge / cooler bag boleh digunakan selama 12 jam.

EBM4

Sama juga ibu yang pam susu di tempat kerja. Tak perlu basuh tiap kali guna. Simpan sekali dalam cooler bag.

20121126_135654

Dulu masa tak tahu cara ni jenuh membasuh tiap kali guna.

Menyediakan Stok Susu Ibu Dalam Pantang

So sebenarnya mudah sangat sebenarnya nak sediakan EBM semasa berpantang ni. Kena rajin study tips and trick. Doakan saya gigih dan bersemangat meneruskan usaha sediakan EBM untuk Indah ye.

Semoga bermanfaat.

Hari ini hari ke 29 berpantang.

Esok Bonda akan balik kampung. Maka bermulalah fasa berpantang sendiri.

Ermmm.. agak berdebar sebab anak besau 2.. Kalau ikutkan tenaga memang fully charge tapi berjaga-jaga tang jait tu. Al-maklumlah luka luar boleh nampak luka dalam tak tau.

Nak kena rancang betul-betul life dan rutin.

Paling penting kena bangun awal. Tak boleh malas-malas dah. Sekarang ni bangun kol 9-10 pagi sebab syok bukan sebab malam berjaga pun. Cik Indah ni behave je malam, Bangun menyusu je 2-3 x tu pun menyusu sambil mengiring je, tukar pampers sekali.

Mandikan Indah pun bonda yang buat bangun urus diri sendiri je.

Lepas ni kena bangun awal sebab minggu depan Kaseh dah gi tadika, dan persiapan Lynd juga nak kembali bekerja dan juga praktise untuk Work At Home Mom nanti. Allah.. impian terbesar ku.

Allah.. Nekad.

Akan ku tempuh kesukaran ini demi kebahagiaan di masa depan. Demi ketenangan hati dan jiwa.

Ehhhh.. dah melalut.

Keep Positive Lynd.

You can handle it.

Minda kena positif dan tubuh badan kena sihat baru lah boleh bertempur.

Nanti Lynd Share life Lynd bila berpantang sendiri ye. Wish me luck readers.

Set Energy Booster

Salam Cantik Sihat.

Dok fikir nak buat entry dalam pantang tapi takder apa sangat nak share. Takder ilham. Heee.

Tiba-tiba jumpa gambar ni yang saya post di Facebook. Senyum sorang-sorang saya dibuatnya.

Indah Sedu

Petua hilangkan sedu by mak saya. Basahkan secebis kertas kecil dan tampal kat dahi.

Seingat saya petua MIL (Orang jawa) benang dari kain lampin tanpal kat dahi.

Macam-macam petua.

Cantik Sihat ada petua yang lain?

Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak “share” Tips Mudah Bersalin.

Definasi “mudah” bukan bermaksud “tak sakit“.

Tapi macamana nak menjadi sakit bersalin itu sebagai satu yang dinanti-nanti. Sakit yang “ringan” dan “nikmat” yang membuatkan kita masih boleh senyum.

Sebab ada beberapa ibu yang cakap mereka “phobia” mahu bersalin lagi. Macam-macam sebab. Even saya pun di tanya “Ko ni tak takut ke bersalin lagi lepas kes ko dulu?” (Kisah kelahiran Awatif saya ceritakan di blog lama saya disini. Kisah Kelahiran Awatif).

Ermmm.. seperti yang dikatakan saya rasa semuanya “mudah” maka orang lain je yang tolong “phobia” bagi  pihak saya. Heeee.. Syukur atas nikmat dipermudahkan itu.

Kalau google memang ada macam-macam amalan dan tips. Tapi apa yang Lynd nak share kat sini apa yang Lynd “mampu” buat dan apa yang Lynd amalkan.

Tips 1 : Positif

Berapa juta / billion umat manusia sudah dilahirkan oleh seorang ibu? Dan setiap ibu dan bayi mengalami pelbagai kisah / proses / pengalaman kelahiran.

Jadi apa kita nak “takut”. Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Memang ada macam-macam pengalaman “mengerikan” tetapi kena kita nak fokus pada yang tak best? Saya lagi suka baca kisah-kisah positif. Contoh, kawan saya cerita makcik dia nurse, bersalin pagi, petang dah boleh berjalan segar bugar sebab teknik melahirkan dia betul. Maka energy tak banyak guna semasa meneran. So tugas kita study lah cara betul meneran.

Bila saya disahkan perlu bersalin secara pembedahan, kisah beberapa orang keliling saya yang bersalin c-zer yang dikatakan lagi “mudah” dari bersalin normal.

Jangan dok fokus pada “susah nak batuk”, “susah nak bangun”, tak boleh angkat barang berat”, “susu tak banyak”. Perkara itu menakutkan diri sendiri dan sel-sel badan pun jadi stress.

Memang kita perlu tahu perkara-perkara diatas supaya kita berjaga-jaga. Tapi kita boleh ambil langkah pencegahan atau fikir orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh. Waaupun orang kata susah atau sakit kita kena tempuh juga jadi hanya diri kita je yang boleh setkan level “susah” tu.

Atau cuba elakkan baca atau dengar kisah-kisah ngeri. Kalau kita dah kenal pasti rakan2 yang suka cerita sakitnya / susah bersalin cuba elakkan diri dari mereka. Atau tukar topik.

Tips 2 : Minta Pada Dia

Ini je doa yang saya amalkan.

Doa Dipemudahkan Segala Urusan

bacaan-doa-dimudahkan-soal-ujian

Doa ni Lynd baca hampir sepanjang masa. Dari admit sampai ke OT. Memang minta ngan Dia je untuk mudahkan segala urusan. Tak perlu cakap atau mengadu kat media sosial.

Minta ngan dia je dipermudahkan segalanya.

Doa ni memang Lynd banyak guna untuk macam-macam urusan. Bila hilang barang, tunggu keputusan apa-apa ke, even untuk dapatkan parking best pun Lynd guna doa ni.

Suami Lynd yang kenalkan doa ni pada saya.

Mengadu dan minta pada Allah. Hanya Dia je yang dapat tolong. Kan dunia ni Dia punyer, remote control ada pada Dia jadi tak payah bebel kat suami ke, kawan ke kalau susah hati.

Sama jugak kes “ngeri” hospital kerajaan. Kenapa nurse dan doctor yang saya jumpa semuanya baik-baik? Lemah lembut dan sopan santun. Semuanya mudah.

Mungkin ada yang cakap rezeki saya lah jadi seperti yang dirancang. Tak jugak sebenarnya. Ada je kejadian tak dirancang cuma saya rasa benda tu tak susah. Itu namanya “dipermudahkan”. Apa yang jadi semuanya rasa mudah.

Percayalah amalkan 2 tips ni sebenarnya kita sedang mendidik diri supaya semuanya mudah. Kita yang tentukan mudah atau susahnya hidup kita.

So ibu-ibu yang bakal bersalin selamat berjuang.

Indah

Tak sempat mekap macam Cik Ta

Assalamualaikum.

Hai.. sebenarnya banyak benda nak share kat sini. Pengalaman bersalin czer, pengalaman “berehat” di hospital selama 2 malam dan macam-macam lagi pengalaman berpantang berpantang kali ini yang cukup berbeza.

Hari ni sudah hari ke 14, badan rasa dah segar sangat dah. Dah seminggu dah boleh dikatakan “konfius” samada sedang berpantang ke tak. Tapi masih “buat-buat” berpantang sebab mak ada so masih pakai stokin dan tak buat kerja rumah, nanti kena marah sebab katanya “berpantang”. Setakat tolong lipat-lipat baju, kutip-kutip mainan dan buku anak2 sepahkan sikit2.

Alhamdulillah sangat atas nikmat kesihatan ni.

Apa yang saya amalkan untuk kembali bertenaga dan sihat dengan cepat?

Saya amalkan Set Berpantang Shaklee dan walaupun anak saya kena Joundis saya boleh teruskan pengambilan Set berpantang Shaklee ini tanpa ragu-ragu kerana ia tidak memudaratkan bayi.

Jom saya share rutin pengambilan Set Berpantang Shaklee setiap hari.

Awal-awal pagi sebelum mandi saya akan ambil 1 biji Zinc Complex.

20150525_171408

Zinc Complex perlu diambil ketika perut kosong. Zinc Complex berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka secara dalaman dan luaran.

Zinc Complex ini juga dapat mengelakkan masalah rambut gugur selepas bersalin.

Then lepas breakfast saya ambil 3 sekawan ni.

3 sekawan ni lah sentiasa menemani saya sejak saya hamil lagi.

20150525_171631

B-Complex, Vitamin C & Vita-Lea

Saya sangat pentingkan 3 sekawan ni.

Bcomplex SANGAT penting diambil ketika berpantang sebagai anti inflammation / anti radang. Bagi yang tak tahu, bagi masyarakat melayu yang berpantang kena minum air kunyit tu fungsinya sama macam b-complex ni. So, kepada yang tak boleh telan air kunyit tu boleh ambil b-complex Shaklee ni.

Tambah lagi bagi baby yang ada jaundise ni memang nurse tak bagi ambil air kunyit and even nurse tak bagi makan masakan berkunyit. Jadi untuk memulihkan badan selepas bersalin B-Complex Shaklee lah gantinya.

Vitamin C LAGIIIIII penting bila bersalin c-zer ni. Sebabnya bila nak bersin / batuk memang kena hati-hati dan bila saya tanya2 orang lain yang ada pengalaman bersalin secara pembedahan ni batuk adalah “azab”. Takut jahitan renggang.. Waaaaa… takut. So saya memang sangat pastikan antibodi saya kuat sebab memang taknak batuk-batuk masa luka belum pulih ni.

Then tiap kali lepas makan saya akan ambil 1 kapsul Omega Guard Shaklee.

 20150525_171733

Saya baru tahu sebenarnya selain dari kebaikan Omega Guard dalam Set Slimming Shaklee, Omega Guard Shaklee berfungsi sebagai pencair darah.

Haaaa… sangat penting untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tahu perkara ini. And even saya perlu ambil suntikan pencair darah selama 5 hari selepas keluar hospital. Kerana jika berlaku darah beku even sekecil biji sawi, ia boleh menyebabkan risiko kematian. Nurse dan doctor sangat pentingkan perkara ini. Beberapa kali mereka pesan mengenai risiko darah beku ini. Sebab itulah bila saya tahu omega berperanan mencairkan darah dan disarankan diambil semasa tempoh berpantang, tanpa segan silu saya ambil.

Lagi pun Omega Guard ni memang gula-gula anak-anak saya. Heee tumbang sekali lah ambil.

Dan akhir sekali sebelum tidur, pun wajib saya ambil

Ostematrix Shaklee.

20150525_171334

4 biji sebelum tidur membekalkan kalsium lengkap keperluan wanita yang menyusukan bayi. Tambah lagi saya memang tak minum susu so inilah sumber kalsium harian saya.

Ada sebab lain kenapa saya tak pernah skip Ostematrix dari mengandung hingga lah berpantang. Sebabnya saya memang sangat pentingkan kesihatan usus besar saya. Dengan kata lain hidup saya akan lengkap dan aman damai jika saya dapat membuang setiap pagi. Saya tak suka perut berangin tapi taknak membuang ni. Soooo.. Ostematrix lah menjamin kelancaran proses membuang saya.

Itu je rutin Set Berpantang saya. Mak saya tanya kenapa dah tak minum pati haruan? Heeee… cukup-cukuplah saya menyiksa diri. Tak sanggup nak telan dah. Lagi pun mahal pun ye. Cukup lah dengan Set Berpantang Shaklee.

Lengkap dan Selamat untuk ibu bersalin secara pembedahan dan juga bayi Jaundise.

So saya boleh berpantang dengan aman. Just sapu minyak panas / krim panas dan pakai stokin.

Alhamdulillah sangat. Saya tak sangka proses berpantang, penyembuhan dan pemulihan saya semudah dan selancar ini.

Alhamdulillah sangat.

Sekarang target saya nak slim dan fit sebab saya dah anak 3, tanggungjawab saya besar. Impian yang dikejar juga besar maka saya kena cepat pulih dan sihat.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set berpantang Shaklee boleh diperolehi di sini

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum.

Hari ini Lynd nak share video testimoni Kembali Langsing Selepas Bersalin

 

Pengambilan Set Kehamilan Shaklee diteruskan sehingga berpantang dan menyusukan anak. Tidak perlu susah-susah tukar product. 1 Set untuk sepanjang menjadi ibu yang hebat.

Kembali Langsing Selepas Bersalin

Set Berpantang 3 + 1

Set Berpantang

Boleh ke link Set Berpantang Shaklee

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Assalamualaikum..

Menu Ikan Haruan Semasa Berpantang

Ikan haruan adalah Perkara yang agak sinonim dengan wanita berpantang.

Kenapa Ikan Haruan Bagus untuk ibu selepas bersalin?

Ini kerana, kandungan Zinc dalam ikan haruan dapat membantu penyembuhan luka ibu selepas bersalin dengan cepat selain dari kandungan protein ikan haruan.

Tapi….

Lynd tak suka ikan haruan…!!!!!

Tak tahu lah kenapa. Sebab mungkin Lynd bukan penggemar ikan darat.

Ingat lagi masa bersalinkan Kaseh, Lynd kena stay kat hospital kerana Kaseh kena tahan sebab demam. Suami datang bawak sup ikan haruan yang sah-sah dia masak sendiri.

Adeh kembang tekak. Tapi telan jugak la sebab suami dah gigih gi cari ikan haruan dan masak lak tu.

Belum lagi bahagian kena paksa makan pati ikan haruan.

Ermmmmm… adeh.. nasibaiklah mahal pati tu so cakap siap-siap ngan suami kalau dah habis 6 botol ni dah lah beli. Mahal.

Heeeee…

Sampailah Lynd jumpa pengganti ikan haruan tu.

Iaitu Zinc Complex Shaklee.

Zinc Shaklee

Yeayyyyy… Dah tak payah makan ikan haruan dah. Nanti leh cakap kat en Suami dah tak payah susah-susah cari ikan haruan. Zinc Complex Shaklee kan ada.

Zinc Complex

Ingin Tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Set Berpantang Shaklee ?

Set Berpantang

Boleh ke link Set Berpantang Shaklee

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...