Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur Kurniaan Allah..

Dengan kehidupan sekarang sebagai ibu kepada 3 puteri yang sedang aktif, sebagai suri rumah yang menguruskan keluarga dan sebagai wanita yang bekerja dari rumah.

Subhanallah.. Kurniaan Allah cukup indah. Rasa syukur tak pernah putus. Bukan merasakan diri sudah cukup bagus dan kehidupan ini adalah lebih baik dari sesiapa, tetapi cukup dengan kurniaan rasa bahagia yang Allah berikan.

Bagaimana mahu jadi ibu dan wanita yang bahagia?

Sesungguhnya Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar “go with the flow” bila kita mula menjaga amanah Allah iaitu anak-anak kita. Kerana kita pasti diuji samada dari segi emosi, kebijaksaan dan kesihatan.

Apa Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu ?

Emosi

  • Sesungguhnya bila ada anak hidup kita bukan membawa diri kita sahaja. Tetapi ada 1 nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita.
  • Maka kita perlu belajar mengawal emosi apabila hidup kita “diganggu”. Nak tidur, anak berjaga. Baru nak suap nasi anak dah menangis perut dah lapar ni. Itu tak masuk lagi urusan ke toilet terpaksa ditangguhkan.
  • Pada tahap ini memang emosi sangat tercabar. Bersabar lah ibu kerana ganjaran yang amat besar menunggu mu.

Kesihatan

  • Yang ni amat penting. kesihatan amat mempengaruhi keadaan emosi dan pemikiran ibu.
  • Jika ibu sihat insyaAllah 50% emosi ibu dapat dikawal.
  • Mungkin bagi yang mengandung anak pertama mereka tak merasa terkesan lagi kerana mereka masih rasa bahawa mereka hanya perlu membawa diri sahaja.
  • Once, bayi dilahirkan sila tanam dalam minda bahawa “Aku kena sihat untuk aku jaga anak ini”. Maksudnya jika kita mengabaikan pemakanan dan penjagaan dalam pantang kita akan menghadapi masalah untuk menjaga anak.
  • Kerana pada level ini kita perlu jaga diri dan anak. Mungkin ada yang fikir “Alah.. nanti lama-lama baik sendiri lah”
  • Subhanallah.. Anda tidak akan faham selagi ibu tak merasainya. Disaat anak menangis dalam masa yang sama kita pun bertarung dengan sakit sendiri.

 

Jadi dalam post ini Lynd memang nak focus pada 2 perkara ini sahaja. Emosi dan Kesihatan.

Macam Lynd, semasa mengandungkan anak ke 3 memang tak tinggal Set Ibu Hamil Shaklee kerana Lynd perlu cergas dan kuat untuk melayan kerenah 2 lagi puteri.

Kalau Lynd balik kerja, Lynd dah penat macamana Lynd nak kawal emosi bila nak berdepan dengan anak yang masih lasak.

Dan bila berpantang memang focus Lynd nak dapat balik tenaga sebab mahu menguruskan new born disamping anak-anak yang sedang lasak.

Lynd terus amalkan Set berpantang Shaklee. Alhamdulillah Lynd tak hadapi masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu hamil yang lain macam sembelit dan kelesuan. Syukur sangat sebab ikut pengalaman masa berpantang anak pertama memang menakutkan dengan masalah tu semua. Alhamdulillah.

Yang bestnya mengenai Set Berpantang Shaklee ini adalah sekali dengan Set Penyusuan Shaklee so Lynd tak payah membazir nak beli set yang berasingan.

Alhamdulillah.. persiapan dan pengalaman bersalin Lynd berbeza bagi ketiga-tiga anak dan alhamdulillah, jodoh Lynd dengan Shaklee dapat membantu Lynd menjadi ibu yang lebih bijak.

Assalamualaikum.

Abang Long Fadzil Bantu Isteri Selesaikan Masalah Bengkak Susu

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah.

Hari ni Lynd nak kongsi testimoni Abang Long Fadzil sebagai pengguna Shaklee.

Jangan salah faham. Ini bukan abang long yang di popular tu tau.

Apa yang menarik mengenai En Fadzil ni?

Asalnya beliau mencari supplemen yang boleh membatu mengurangkan masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu berpunca apabila susu tidak keluar dari payudara dan semasa dalam pantang susu ibu dihasilkan non-stop.

Jadi apabila susu tak boleh keluar yang mungkin berpunca dari saluran puting tersumbat atau hormon yang terlibat dalam proses pengeluaran susu tidak berfungsi dengan baik, maka berlakulah masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu selain menyebabkan kesakitan pada payudara, ia juga boleh menyebabkan ibu dalam pantang demam.

Lynd pernah mengalaminya 1 ketika dulu.

Ya Allah sakit dan menggigil sejuk sampai demam. Nasibaik lah Awatif jenis senang dijaga dalam pantang jadi takder lah jadi penambah stress.

kurangkan-bengkak-susu

Untuk mengurangkan masalah bengkak susu, Lynd cadangkan pengambilan LECHITIN kerana ia dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

kalsium-untuk-tulang-retak

Dan En Fadzil terus berminat mencuba produk Shaklee yang dapat membantu merawat masalah tulang retak yang dialaminya.

Supplemen yang dicadangkan untuk masalah tulang retak adalah OSTEMATRIX.

Dan alhamdulillah. En Fadzil merasi kesan yang positif iaitu

  • Kebas kaki berkurangan
  • Tulang retak menjalani proses penyembuhan yang cepat
  • Tidur lebih lena.

Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari dapat membantu orang ramai dalam menyelsaikan masalah mereka bersama rangkaian produk Shaklee.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

TIPS MEMASAK DISAMPING ANAK KECIL
————————————-

1 benda kena pegang kuat-kuat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
REDHA.?
.
(Tapi jangan pegang suami saya walaupun suami saya Redo Ridho sy srg ja bleh pegang)?

Fasa pertama sy nk masak sy cuba tidurkan cik Indah dulu.
Biasa dalam kol 11 gitu time Indah nap.

Tapi kalau dia tidur awal ka, terjaga awal ka time ni lah mama kena redha.

20160829_104735

Tak nak kasi dia pegang kaki memang kena buat dia sibuk.
Salah satu benda y buat dia sibuk adalah biar ja dia masuk dalam almari beras, sepahkan besen-besen sambil tuang bawang dalam tu.

tip-memasak-disamping-anak-kecil

So redha je la kalau kena kemas semua tu lepas masak.

Kalau taknak kemas pun kena redha je la tengok benda2 tu berterabur kt lantai.

Lynd ada baca 2-3 lepas,
“being a mom you cannot be perfect to live in a happy life”

Maksudnya..
Bila Lynd nak pastikan Lynd dapat masak untuk suami dan anak-anak but at the same time Lynd nak rumah kemas dan cantik.
To make this happen, kita akan penat dan stress. Mana nak kutip.. mana nak masak.. jadi mangsa anak lah jugak kena bebel.. kena “jangan” itu ini.

Serius dulu Lynd “cuba” untuk ?.
Tapi bila tengok muka anak-anak ternganga tengok tv xlayan mama ajak main geletek2 sbb merajuk mama bebel buat Lynd jadi makin stress.

Mama.. redha dengan 1 matlamat masak vs kemas
Kena salah 1 ja.

Bonus En Pomen pun redha ja jugak.
Janji dapat wassap “Pa.. Nasi da masak” itu dah cukup membahagiakan cik Lynd. Hehehe..

Soooo.. Apa-apa pun redha ok.
We cannot be perfect but we can be happy.

Harap TIPS MEMASAK DISAMPING ANAK KECIL Cik Lynd ni dapat membantu serba sedikit ibu-ibu diluar sana untuk memudahkan urusan memasak. Ambil masa sebenarnya nak didik hati untuk redha tapi tak per. Perlahan-lahan nanti kita akan dapat rasai kebahagiaan itu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana saya dikelilingi dan dijumpakan dengan orang-orang yang hebat.

Hari ini Lynd nak share satu kisah seorang doktor yang pada awalnya anti dengan supplemen kerana tidak yakin dengan keberkesanan dan kepentingan supplement.

Sebelum Lynd kongsikan kisah ini, suka Lynd nak ingatkan dalam mengamalkan supplement ada beberapa faktor dan cara untuk memastikan keberkesanan produk tersebut.

Antaranya adalah jenama dan cara pengambilan.

Bagi Lynd mestilah Lynd yakin dengan jenama Shaklee dan dengan segala ilmu yang Lynd ada insyaAllah Lynd boleh berikan konsultansi terbaik untuk pelanggan Lynd.

Ok. Jom kita ikuti kisah Dr Hasifah berkongsi testimoni pengambilan Set Kehamilan Shaklee.

———————————————–

Anti- Supplements

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sebab APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Alahan ketika hamil

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Mengandung kali kedua-Phobia

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung.

Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga.

Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.
Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Keadaan makin parah – bebanan kerja

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi.

Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

 

Dapatkan kalsium dari susu – Gula tinggi pulak

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.
Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.
Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.
Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Minta petunjuk Allah – Cuba ESP

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.
Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Cramp hilang – Ceria kembali

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sbb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?
Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.
Staff mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit tegur kulit gebu dan berseri

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.
Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung.

Saya enjoy mengandung.
Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.
Bila Allah tarik baru kita terasa.
Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

SID DR Hasifah,
Happy Shaklee user


Senyum.

Set Kehamilan Shaklee

Alhamdulillah. Segalanya dengan izin Allah. Minta dan mengadu pada Dia semoga kita dijumpakan dengan penyelesai masalah kita.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Assalamualaikum..

Tips Atasi Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee

Terima kasih Allah atas segala peluang dan ruang yang Allah berikan untuk berkongsi tips kesihatan di Vitalynd.com terutama untuk kesihatan wanita.

Salah 1 penyakit “biasa” wanita adalah senggugut. Kalau Lynd dulu sebelum kawin memang Lynd jenis yang senggugut teruk memang tahap guling-guling dan kena ambil ubat tahan sakit.

senggugut  image

So hari ini Lynd nak kongsi Tips Mengurangkan Senggugut.

  • Amalkan sikap positif fan bertenang – Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

 

  • Awasi Garam Dalam Makanan – Pengambillan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makan seperti ini beberapa hari sebelum haid.

 

  • Gunakan Pad Pemanas. – Pad pemanas ada dijual difarmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit dibahagian perut. Selain itu cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air pasan yang berbalut dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

 

  • Minum Air Suam – Elakkan minum ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum stelah suam.

 

  • Urutan – Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

 

Tips diatas adalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Tetapi untuk menghilangkan / merawat senggugut, kita memang perlu mulakan dari dalam iaitu dengan pengambilan supplemen.

Produk Shaklee juga mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu untuk mengatasi masalah senggugut ini.

Atasi Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee


supplemen-period-pain

Ia terdiri daripada :

GLA Complex – Kandungan GLA dapat mengurangkan kesakitan akibat senggugut.

Ostematrix – Sebelum haid, kandungan kalsium dalam badan akan menurun secara pendadak yang menyebabkan pengecutan otot yang menyebabkan kesakitan ketika senggugut.

B-Complex – Dapat memberi ketenangan dan mengurangkan stress pada otot-otot yang menjadi punca kesakitan akibat sengugut.

Senggugut ini jika dibiarkan akan mengganggu rutin harian kita sebagai wanita. Atasi masalah senggugut supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih lancar dan cemerlang.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ni Lynd terbaca Tips Kurangkan Berat Badan yang dikongsi oleh Doctor Hamid Arsyad di laman facebook beliau.

Jom kita ikuti bersama – sama.

Tips Kurangkan Berat Badan

Tips Kurangkan Berat Badan

Tips Kurangkan Berat Badan 2 Tips Kurangkan Berat Badan 3

PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.

Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.

Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah caragaya hidup khususnya tabiat makan.
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk.

Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.

Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.

http://www.jabalnur.net/376648671

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum saperti donut, cakes dll. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’ . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.

11. Amalkan konyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur2 atau salad dan lauk2 dalam hidangan serta kurangkan nasi.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.


InsyaAllah dengan segala Tips Kurangkan Berat Badan tersebut ia juga bukan sahaja dapat membantu menurunkan berat badan malahan dapat tubuh badan kita sentiasa sihat bagi mengelakkan diri dari terkena penyakit merbahaya nanti.

Lynd juga mencadangkan amalan pengambilan supplemen yang selamat bagi membantu sistem tubuh kita berfungsi dengan lebih baik semasa kita cuba mengawal pengambilan makanan.

Boleh amalkan Set Kurus Shaklee untuk gaya hidup sihat.

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Assalamualaikum.

Tanda Badan Bertoksik dan Kepentingan Detox

Ok..ok.. Lynd tak tahu macamana nak mula tapi Lynd “sentap” lepas buat cermin mata baru hari tu.

Apa yang Lynd perasan jerawat muka Lynd semakin subur.

Sebaik je pakai mata baru dan tengok cermin memang ter”cakap” kat dalam kedai tu “Kakak teruknya muka mama”

Memang Ya Allah.. moral down habis lah.. sebab selama ni tak perasan pun and tak sempat nak belek muka betuk-betul. Almaklumlah mata ni power dekat 1000 so memang tak nampak lah.

Tambah lagi viral “ 8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin” lagilah rasa “geli” sebab mengesahkan yang Lynd ni bertoksin. Huaaaaa…

Inilah info yang menjadi viral minggu lepas. Terima kasih kepada pihak yang menyedikan slide yang berguna ni.

Tanda badan bertoksin

Tanda badan bertoksin 2

  1. Sembelit – Anda perlu membuang air besar 2x sehari, bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama dalam badan dan membawa penyakit.
  2. Kembung Perut – Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.
  3. Sakit Kepala – Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, malah boleh menyerang anda setiap hari.
  4. Letih dan Lesu – Toksin yang terkumpul dalam badan umpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan yang menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.
  5. Mulut Berbau – Usus yang kotot dan tidak dibersihakn secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbul ketidakselesaan kepada orang lain disekeliling.
  6. Perut Buncit – Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi dan walaupun berat badan anda masih normal.
  7. Kulit Kusam – Jika Masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan terlebih dahulu.
  8. Kemaruk Makan – Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik. Malah menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

flush-toxins-759x419

Hampir semua / boleh dikatankan semua simptom tu ada pada Lynd. Serius sentap beb.

So Lynd cuba memahami apa itu proses detoks.

Detox-Torso

Kebanyakan orang faham bahawa proses detoks terjadi semasa kita membuang air besar. Tetapi sebenarnya banyak lagi organ dan proses yang terlibat semasa proses detox dalam badan.

Detox-phase-1-and-2

Organ-organ lain yang terlibat semasa proses detoks adalah :

Kolon – Mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria.

Hati – Menapis racun dan bakteria dalam darah

Paru-paru – mengeluarkan gas seperti karbon dioksida

Buah Pinggang – Menapis kotoran dalam darah.

Limfa – Mengeluarkan toksin dari sel darah

Kulit – Mengeluarkan toksin berlebihan dari kulit dan liang roma.

Dari mana toksin ni datang ?

Punca Toksin

Mostly yang kita tahu dari makanan tapi sebenarnya banyak punca. Even badan kita sendiri menghasilkan toksin dan perlu disingkirkan. Maka walaubagaimana baik pun pemakanan kita badan kita masih bertoksin cuma mungkin tahapnya tak setinggi orang yang tidak menjaga pemakanan. Dan juga ia bergantung juga sebaik mana badan kita dapat membuang toksin itu dengan sendirinya.

Bagaimana Untuk Detoks?

Lynd akan Sambung dalam next entry ok?

Sebagai pembakar semangat untuk anda detoks, meh kita tengok gambar ni dan fahami kenapa kita perlu detox.

Screen-shot-2014-12-07-at-10.40.23-AM

Assalamualaikum Kawan-kawan.

Hari ni Lynd nak share pengalaman sendiri dan beberapa orang pelanggan Lynd yang mengalami masalah rambut gugur. Selain dari malah hormon zaman remaja, ada juga yang mengalami masalah ini selepas bersalin.

Dan yang agak memeranjatkan persamaanya adalah, kami ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni tidak mengalami masalah rambut gugur ini bukan semasa dalam pantang tetapi selepas 3-6 bulan baby dilahirkan.

Mungkin disebabkan oleh proses penyusuan susu ibu yang mengambil serba sedikit nutrisi dalam badan ibu dan juga badan ibu tidak sembuh sepenuhnya selepas proses kehamilan dan bersalin.

Jika ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee mungkin kurang mengalami masalah tersebut kerana set tersebut telah dimasukkan supplement yang berfungsi untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Salah 1 cara untuk mengurangkan masalah rambut gugur ini adalah dengan pengambilan supplemen bagi mencukupkan nutrisi yang menjadi punca masalah rambut gugur.

Suka Lynd kongsikan disini Set Rambut Gugur Shaklee sangatlah mudah diambil.

Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur Dengan Shaklee

rambut gugur

Set Rambut Gugur Shaklee terdiri daripada Zinc Complex dan juga jika ada budget lebih boleh diambil dengan ESP Shaklee.

Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut.  Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Tips Elak Rambut Gugur

Dan Testimoni bagaimana ESP Shaklee dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur pelanggan.

Cara Rawat Rambut Gugur

InsyaAllah dengan mengamalkan 1 Tablet sehari sekali Zinc Complex Shaklee masalah rambut gugur anda akan berkurangan.

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee tetapi tidak pasti apa produk yang sesuai dengan anda dan bajet anda, boleh hubungi Lynd.

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Sebab Lynd berpeluang mengkaji dan berkongsi 1 lagi ilmu baru mengenai makanan kita.

Fakta Menakutkan Kesan GMO dalam makanan

Sebelum ni Lynd fikir kalau dapat makan tomato begitu sahaja memang dah sihat sgt lah. Bangga cakap “I makan salad” tapi bila terstudy pasal GMO ni rasa macam..

“Ermmmm…uuuuuu… aaaaaa.. leh makan ke ni?”

This world are so scary.

Apa itu GMO ?

Kesan GMO dalam makanan 1

GMO adalah bahan yang digunakan dalam industri pertanian untuk menjadikan hasil tanaman dan haiwan yang nampak “berkualiti” dengan kaedah mengubah genetik tumbuhan tersebut.

Antara makanan yang terkenal dengan penggunaan bahan GMO ini adalah :

GMO Food

Tujuan Penggunaan GMO dalam pertanian

1# Menghasilkan haiwan/buah yang besar dalam masa yang cepat

CHICKEN-1428

GMO-Feature

Nampak tak? Nampak tak?
Sebab tu GMO ni digunakan secara berleluasa, sebabnya syarikat pengusaha hasil pertanian ni perlu mendapatkan hasil yang cepat dan “berkualiti”.

Apa maksud “berkualiti” ?

Sebab penilaian manusia ni bila nampak besar dan tiada cacat cela itulah yang bagus.

 

2# Hasil Tanaman GMO lebih tahan lama

Hasil pertanian berskala besar biasanya untuk pasaran yang besar maka sangat penting untuk produk mereka tahan lebih lama sebelum sampai kepada pengguna.

GMO Test

Atas 2 sebab inilah GMO digunakan secara berleluasa hari ini.

Biar gambar ini berbicara.

map-v5

Menakutkan..!!!!!

Malaysia Pengimport maksudnya pengguna produk-produk ber-GMO.

Apa kesan penggunaan produk GMO ini secara berlebihan.

Haaaa.. takut  nak tempek gambar-gambar menggelikan so Lynd letak gambar yang susah nak faham ini.

194

Ini perbezaan keadaan perut tikus yang diberi makanan GMO dan non-GMO. Yang ber GMO akan mengalami tumbesaran sel yang luar biasa.

Kajian keatas manusia memang belum ada tetapi kita boleh lihat kesanya ke atas tikus-tikus makmal yang dijalankan. Kita boleh lihat pertumbuhan sel secara tidak normal.

Memang menakutkan. Tapi kenapa GMO masih digunakan secara berleluasa ?

Bila melibatkan wang tambah lagi tiada kajian khusus ke atas manusia memang susah lah nak stop terus.

Tapi ada juga negara-negara yang sudah mula stop mengimport hasil ber GMO ni dan ada yang menguatkuasakan peraturan melabel makanan ber GMO.

Macamana nak kenal pasti ?


Kesan GMO dalam makanan
GMO-labelled-tomatoes

So kita sebagai mak-mak ni kena hati-hati memilih.

Habis tu macamana nak beli kalau beli kat peniaga pasar dan semestinya tiada lable.

Lynd ada tanya kawan Lynd yang keje bahagian pertanian ni, dia kata kalau petani local memang tak dibenarkan guna benih GMO.

Alhamdulillah benar atau tidak tak pasti tapi atleast kita still ada pilihan.

As i said.. this world are scary..

Kita tak tahu pun apa yang kita makan even benda tu “semulajadi” dan bukan makanan dalam tin.

So apa yang kita boleh kawal kita kawal. Kita nak stop terus tu susah juga.

Contohnya boleh lihat lable makanan yang telah dihighlight Non Gmo

ESP Non GMO

Yang mana boleh kawal kita kawal. Dan pastinya kita mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Harap perkongsian Lynd kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca vitalynd.com

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Kelebihan Dan Cara Solat Dhuha

Sejak ada facebook, ada beberapa orang dok up post
“Jom Solat Dhuha“,
“Dah Dhuha ke belum”

Baru terfikir “oooooooo.. ada orang buat rupanya. Ingatkan on paper je”

Dulu ingat Solat Dhuha dan Solat Tahajjud ni adalah amalan orang “super” alim dan dia memang dok kat masjid je.
Bertemankan tikar sejadah sahaja.
Amalan Sunat Dhuha ini hanya diajar dalam buku, kitab dan ceramah sahaja.
.
Alah.. mana ada orang buat pun. Lagi pun sunat je pun. Lagi pun time tu waktu orang tengah rancak bekerja mana ada orang nak berhenti buat keje dan buat yang “sunat je pun”
.
Tapi En Suami ada cakap kat salah satu tempat kerje lama dia amalan Dhuha tu boleh dianggap biasa. Surau akan dikunjungi dalam waktu Dhuha. Bestkan?
.
Dhuha bukan hanya untuk orang berniaga..
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja..
Dah buat baru rasa best..

Cara Solat Dhuha

 Cara Solat Dhuha

@ Dilaksanakan sebanyak 2 / 4 / 8 / 12 Rakaat dalam waktu dhuha dan paling afdhal pukul 10 pagi.

(Lynd dulu masa masuk kerja kol 8.30 pagi, ikhtiar sampai ofis pukul 8 pagi sebab nak dhuha dulu. Boleh cari masa yang sesuai untuk orang yang makan gaji)

@ Rakaat Pertama Al-Fatihah – As Syam, Rakaat ke 2 Alfatihah – Ad-Dhuha
(Atau mana-mana surah yang dihafal)

Cara Solat dhuha

Doa Solat Dhuha

Ya- Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu,
Kecantikannya kecantikan Mu,
Keindahannya keindahan Mu,
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkan lah,

Berkat waktu dhuha,
Kecantikan Mu
Keindahan Mu,
Kekuatan Mu
Kekuasaan Mu

Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh.

Amin.

Indah sungguh doa ni.

Nak mudah hafal boleh nasyidkan doa ni.

Jom jadikan Dhuha sebagai salah 1 amalan harian kita.

Dhuha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...