BERHENTI KERJE ENGINEER OFFSHORE SEBAB BUAT BISNES SHAKLEE?
—————————————–

Macam tak logic.
Tapi tulah yang Fatin cerita.



Gaji Fatin kalau gi offshore boleh cecah 5 angka.
Basic aja starting Rm 5K dan sebelum berenti basic dia cecah Rm 6k.

Wehhh.. muda-muda lagi dah gaji besar.

Habis tu kenapa Fatin berenti?
Kata Fatin “Kalau taknak kawin dan ada anak boleh lah kerja offshore”

Yelah..
Kerja 2 minggu laut.. 2 minggu darat..
Di laut sana nun dia sorang ja perempuan.. Bilik mandi kena kongsi..

Dan Fatin pernah panjat paip untuk ambil ukuran tapi dia jatuh dan kesan sakit terasa lama sampailah dia konsisten amalkan Shaklee.

Sehinggalah Fatin kahwin dia masih ke offshore. Husband dia pun keje sama bidang. So boleh bayang tak kehidupan husband wife berjauhan.
Duit berkepuk pun tak cukup beri kekuatan.

Sampailah Fatin bersalin dan bila habis pantang dia dah mula kerja balik.
Dia dah mula tak senang duduk bila dia tahu April 2017 dia mungkin kena ke laut lagi.
Masa tu January 2017.

Dia mula buat solat istikharah minta petunjuk.
Berbekalkan restu suami dan ibu termasuk juga petunjuk Allah dimana Allah uji Fatin dengan orang mula pandang sinis bila dia ambil masa nak pam susu.

Yang buat Fatin nekad lagi bila dalam Shaklee sendiri ramai engineer yang berhenti kerja dan menjalankan bisnes Shaklee.

Fatin juga terinspirasi dengan kakak beliau yang boleh beli kereta dan rumah hasil bisnes Shaklee.

Maka pada April 2017 beliau bergelar Work At Home Mom. Full time focus pada Shaklee sahaja.

Kenapa Fatin sanggup lepaskan income puluh ribu dan bermula dari bawah dengan Shaklee?

Demi Keluarga.
Masa dengan anak.
Dan Shaklee menawarkan peluang dan income lebih besar jika kita usaha bersungguh2…

Ibu mana yang sanggup berjauhan dari anak yang dikandungnya.

Apalah maknanya duit jika anak tak dapat belaian ibu.

Salah 1 sebab lagi kenapa Fatin pilih Shaklee adalah kerana sistem Shaklee mudah dan dijalanlan melalui online sahaja.

Dan kini.. Fatin menjaga anak comel sendiri disamping berbisnes dari rumah.

Dan kini berkat focus dari bulan pertama Fatin hantar surat resign dan di bulan pertama dia bergelar WAHM Fatin sudah mengecapi bonus 4 angka.

Alhamdulillah..

Dan pesan Fatin yang melekat kat hati Lynd adalah..

” Jangan rasa senang dengan gaji tetap. Sebab kita tak tahu bila kita sakit atau family kita perlukan kita.

Tak perlu berhenti kerja kalau kita suka bekerja tapi kita perlu buat bisnes sampai jika apa-apa jadi pada pekerjaan kita, bisnes dapat back up income kita”

😊 Alhamdulillah.. Syukur sangat berpeluang dapat dengar perkongsian Fatin.

Fatin boleh jadi inspirasi kepada sesiapa yang masih dilema dalam kerja dan keluarga.

Takper lah Fatin.. Kita buat pertubuhan From Engineer To Shaklee
Ramai rasanya ahli ni.

Allah janjikan banyak peluang dan jalan. Kita hanya perlu minta petunjuk dari Dia.

Terima Kasih Fatin (MFN)

Pasti kawan-kawan terinspirasi dengan kisah Fatin kan?

Kalau bukan mempunyai kerjaya yang sama pun pasti dilema ini hampir sama dengan kebanyakan ibu bekerja.

Nak ikut jejak langkah Fatin?

Ketahui CARA DAFTAR AHLI Shaklee dan peluang yang disediakan di Vitalynd Empire.

**************************

InsyaAllah..
Amalan pemakanan Shaklee adalah SELAMAT dan TERBUKTI berkesan.

Jika berminat dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya

Haslinda Abu Bakar
Pengedar Sah Shaklee (1090071)
Founder of Vitalynd Empire

019-603 8353
www.vitalynd.com

COD Bandar Puncak Alam / Meru / Setia Alam
Penghantaran Pos ke seluruh Malaysia.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Semalam seorang kenalan iaitu Puan Imma berkongsi kegembiraan apabila bacaan terbaru kencing manis ibu beliau turun dari 14 ke 5.1 selepas 3 bulan mengamalkan Vivix,

Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Vivix Untuk Kencing Manis Bacaan Turun 14 ke 5.1

Kisah Inspirasi untuk Mok!
——————

Pagi semalam, mok Imma gi Hospital Kubang Kerian.

Nak ambil result darah. Hari tu dah pergi untuk ambik darah. Biasalah hospital kerajaan ambil masa sikit nak tau result darah kan.. Kene tunggu tarikh berikutnya baru boleh dapat tahu result.

Bila mok update result kat whatsapp group, 1 family happy dan bersyukur sangat. Sebab mok kata, bacaan kencing manis dah turun kepada 5.1!

Imma ingat lagi, 2 bulan lepas, Imma balik kampung. Masa tu ibu jari kaki mok luka dan bernanah. Risau sangat, sebab bernanah dan keluar air bisa. Bawa mok pergi klinik, doktor cek kencing manis mok 14. Doktor kata, at least nak 8 sebab mok memang dah lama menghidap kencing manis.. so doktor macam tak konfiden nak target turun banyak, tu yang doktor kata at least 8.

Masa tu baru 2 botol vivix mok makan, Imma bagitau mok, teruskan je makan. Imma akan kirim vivix kat mok tiap bulan. Masuk bulan April, Imma kirim botol ke 3 kat mok.

Alhamdulillah. Tak sangka pulak semalam bacaan kencing manis mok turun banyak. 5.1.. syukur sangat sangat.

Pastu, mok kata kolestrol jahat pun turun jugak, daripada 8 kepada 4. 😭😭

Syukur alhamdulillah. Hadiah untuk mok sempena Hari Ibu semalam.

Imma pesan kat mok, kalau consume vivix jangan tinggalkan ubat yang hospital bagi. Just makan macam biasa ubat hospital tu. Air kosong kene minum.

Syukur alhamdulillah.. happy sangat. Tq Allah, kerana izinkan semua ini berlaku. 😭

Kalau ada kawan-kawan yang ada mak menghidap kencing manis, Imma sangat rekomen bagi mak korang consume vivix. Serius, Imma boleh katakan pelaburan yang sangat samgat berbaloi. Lagi pun, mak kita sendiri juga yang sihat.

Botol ke 4 vivix bakal menyusul dengan ikatan reben dan kotak berbalut cantik, istimewa untuk bonda tersayang. 😘😘😘😘

Sayang mok. 😊

Imma Mansor


Alhamdulillah. Lynd pun dapat merasai keseronokan dan kesyukuran Puan Imma.

Ada lagi testimoni Vivix ,

Testimoni Vivix Untuk Kencing Manis.

Testimoni Vivix Untuk Kencing Manis 2

Dan hari ini Lynd ingin kongsikan cara untuk mendapatkan Vivix dengan harga yang lebih Jimat.

Harga Vivix Shaklee Rm 475

Tetapi dengan pembelian 2 botol Vivix anda boleh dapatkan dengan harga Rm 38* Sahaja dengan total penjimatan Rm 261.90

Dengan pembelian 2 botol Vivix

Percuma Keahlian  Bernilai Rm 65

Percuma Postage Rm 10.50

Diskaun Harga Ahli 15%

Jumlah Penjimatan sehingga Rm 26*.00

Banyak kan?

Ok. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara mendapatkan Vivix Murah boleh contact Lynd sekarang.

**************************

InsyaAllah..
Amalan pemakanan Shaklee adalah SELAMAT dan TERBUKTI berkesan.

Jika berminat dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya

Haslinda Abu Bakar
Pengedar Sah Shaklee (1090071)
Founder of Vitalynd Empire

019-603 8353
www.vitalynd.com

COD Bandar Puncak Alam / Meru / Setia Alam
Penghantaran Pos ke seluruh Malaysia.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur Kurniaan Allah..

Dengan kehidupan sekarang sebagai ibu kepada 3 puteri yang sedang aktif, sebagai suri rumah yang menguruskan keluarga dan sebagai wanita yang bekerja dari rumah.

Subhanallah.. Kurniaan Allah cukup indah. Rasa syukur tak pernah putus. Bukan merasakan diri sudah cukup bagus dan kehidupan ini adalah lebih baik dari sesiapa, tetapi cukup dengan kurniaan rasa bahagia yang Allah berikan.

Bagaimana mahu jadi ibu dan wanita yang bahagia?

Sesungguhnya Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar “go with the flow” bila kita mula menjaga amanah Allah iaitu anak-anak kita. Kerana kita pasti diuji samada dari segi emosi, kebijaksaan dan kesihatan.

Apa Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu ?

Emosi

  • Sesungguhnya bila ada anak hidup kita bukan membawa diri kita sahaja. Tetapi ada 1 nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita.
  • Maka kita perlu belajar mengawal emosi apabila hidup kita “diganggu”. Nak tidur, anak berjaga. Baru nak suap nasi anak dah menangis perut dah lapar ni. Itu tak masuk lagi urusan ke toilet terpaksa ditangguhkan.
  • Pada tahap ini memang emosi sangat tercabar. Bersabar lah ibu kerana ganjaran yang amat besar menunggu mu.

Kesihatan

  • Yang ni amat penting. kesihatan amat mempengaruhi keadaan emosi dan pemikiran ibu.
  • Jika ibu sihat insyaAllah 50% emosi ibu dapat dikawal.
  • Mungkin bagi yang mengandung anak pertama mereka tak merasa terkesan lagi kerana mereka masih rasa bahawa mereka hanya perlu membawa diri sahaja.
  • Once, bayi dilahirkan sila tanam dalam minda bahawa “Aku kena sihat untuk aku jaga anak ini”. Maksudnya jika kita mengabaikan pemakanan dan penjagaan dalam pantang kita akan menghadapi masalah untuk menjaga anak.
  • Kerana pada level ini kita perlu jaga diri dan anak. Mungkin ada yang fikir “Alah.. nanti lama-lama baik sendiri lah”
  • Subhanallah.. Anda tidak akan faham selagi ibu tak merasainya. Disaat anak menangis dalam masa yang sama kita pun bertarung dengan sakit sendiri.

 

Jadi dalam post ini Lynd memang nak focus pada 2 perkara ini sahaja. Emosi dan Kesihatan.

Macam Lynd, semasa mengandungkan anak ke 3 memang tak tinggal Set Ibu Hamil Shaklee kerana Lynd perlu cergas dan kuat untuk melayan kerenah 2 lagi puteri.

Kalau Lynd balik kerja, Lynd dah penat macamana Lynd nak kawal emosi bila nak berdepan dengan anak yang masih lasak.

Dan bila berpantang memang focus Lynd nak dapat balik tenaga sebab mahu menguruskan new born disamping anak-anak yang sedang lasak.

Lynd terus amalkan Set berpantang Shaklee. Alhamdulillah Lynd tak hadapi masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu hamil yang lain macam sembelit dan kelesuan. Syukur sangat sebab ikut pengalaman masa berpantang anak pertama memang menakutkan dengan masalah tu semua. Alhamdulillah.

Yang bestnya mengenai Set Berpantang Shaklee ini adalah sekali dengan Set Penyusuan Shaklee so Lynd tak payah membazir nak beli set yang berasingan.

Alhamdulillah.. persiapan dan pengalaman bersalin Lynd berbeza bagi ketiga-tiga anak dan alhamdulillah, jodoh Lynd dengan Shaklee dapat membantu Lynd menjadi ibu yang lebih bijak.

Subhanallah..

Alhamdulillah..

AllahuAkbar..

Sesungguhnya pada-Mu aku memohon pertolongan Ya Allah.

MamaDil

Current read.

Subhanallah. Alhamdulillah.

Tak tahu nak mula dari mana.

Semua bercampur aduk tetapi sesungguhnya SYUKUR ku letakkan di hadapan kerana tiada sebab untuk aku tidak yakin bahawasanya Allah menyayangi aku.

Ujian yang Allah berikan adalah untuk mendekatkan aku denganNya.

Lebih banyak ujian.. Itu adalah tanda untuk kita lebih melihat diri dimana kesilapan kita.

Lahaulawalaquwwataillabilla

Kepada Dia tempat aku bergantung.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Hari ini Lynd tertarik dengan kisah pengasas KFC iaitu Captain Colonel Sanders.

Jom kita ikuti kronologi kehidupan beliau.

kfc

Pada usia 5, Bapanya meninggal dunia.

Pada usia 16, Dia berhenti sekolah.

Pada usia 17, Dia sudah kehilangan empat pekerjaan.

Pada umur 18, Dia berkahwin.

Antara usia 18 dan 22, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.

Beliau menyertai tentera

Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak.

Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi.

Pada usia 19 beliau menjadi seorang bapa.

Pada usia 20 isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.

Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil.

Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.

Pada usia 65 beliau bersara.

Pada 1hb persaraan beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105.

Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata “bahawa kamu tidak dapat menyediakan untuk dirinya sendiri”
Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali.

Dia duduk di bawah pokok menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya.

Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan.

Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu.

Dan itu adalah bagaimana untuk memasak.

Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual mereka kepada jirannya di Kentucky.

*INGAT* : Walaupun pada umur 65 tahun beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya.

Tetapi pada usia 88 Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

*MORAL CERITA* : Attitude (SIKAP)
Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali.

*PALING PENTING, IA ADALAH TENTANG SIKAP ANDA. JANGAN PUTUS ASA WALAU SESUKAR MANA CABARAN SEKALIPUN*

Anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Pergi untuk itu dan membuat perbezaan. Tak akan ada kejayaan tanpa usaha. Ia tidak pernah terlalu tua untuk mempunyai impian.

kfc-dan-shaklee

Gambar di atas adalah dalam satu acara pertukaran Basic H dari Dr Shaklee Forest dan juga 1 bucket ayam goreng KFC dengan Captain Colonel.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana saya dikelilingi dan dijumpakan dengan orang-orang yang hebat.

Hari ini Lynd nak share satu kisah seorang doktor yang pada awalnya anti dengan supplemen kerana tidak yakin dengan keberkesanan dan kepentingan supplement.

Sebelum Lynd kongsikan kisah ini, suka Lynd nak ingatkan dalam mengamalkan supplement ada beberapa faktor dan cara untuk memastikan keberkesanan produk tersebut.

Antaranya adalah jenama dan cara pengambilan.

Bagi Lynd mestilah Lynd yakin dengan jenama Shaklee dan dengan segala ilmu yang Lynd ada insyaAllah Lynd boleh berikan konsultansi terbaik untuk pelanggan Lynd.

Ok. Jom kita ikuti kisah Dr Hasifah berkongsi testimoni pengambilan Set Kehamilan Shaklee.

———————————————–

Anti- Supplements

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sebab APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Alahan ketika hamil

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Mengandung kali kedua-Phobia

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung.

Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga.

Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.
Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Keadaan makin parah – bebanan kerja

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi.

Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

 

Dapatkan kalsium dari susu – Gula tinggi pulak

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.
Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.
Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.
Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Minta petunjuk Allah – Cuba ESP

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.
Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Cramp hilang – Ceria kembali

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sbb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?
Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.
Staff mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit tegur kulit gebu dan berseri

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.
Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung.

Saya enjoy mengandung.
Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.
Bila Allah tarik baru kita terasa.
Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

SID DR Hasifah,
Happy Shaklee user


Senyum.

Set Kehamilan Shaklee

Alhamdulillah. Segalanya dengan izin Allah. Minta dan mengadu pada Dia semoga kita dijumpakan dengan penyelesai masalah kita.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Mencari Lara oh Lara di Farm In The City

 

Hahahah.. Tajuk bukan main. Anyway..

ASSALAMUALAIKUM Semua.

Apa Khabar?

Harap sihatlah semua hendaknya ye.

Ok hari ni Mama Lynd nak kongsikan aktiviti kami ahad lalu. Hari ahad adalah hari keluar dari rumah dimana kami akan keluar pagi-pagi gi sarapan dan buat aktiviti luar. Tak kisah lah samada tengok wayang ke, berkelah ke, kenduri ke tak pun kalau mati kutu sangat lepak rumah nenek felda.

Al-kisahnya ahad tu ke Aeon Shah Alam sebab nak beli toys Cik Indah dengan menggunakan Voucher Jusco yang supplier Redoz Motorsports. Dah lama sebenarnya dapat voucher tu tapi tak bekesempatan nak guna.

Settle semua urusan masa tu dalam kol 11 pagi dah tak tau nak buat apa. Kalau ikutkan mama ada play land depan Jusco tingkat 2 tu lepaskan je dorang kat situ.

Anak-anak pun dah mula merengek nak naik train yang pusing-pusing kat kaki lima tu. Tiba-tiba papa “ajak berbincang”. Hahahah.

Sambil tunjuk handphone pasal Farm In The City tu dia tanya “Nak gi tak? Kawan papa kata tempat ni best, boleh kasi makan binatang”

Mama pun menjalankan tugas mengumumkan “Sapa nak gi kat tempat Lara oh Lara?”

Hahaha.. Kan ada 1 episod Lara Alana pergi Farm In The City tu kan. Anak-anak saya suka tengok cerita tu Anyway mama un suka)

So bermulalah perjalanan kami ke Seri Kembangang. Check google map dalam setengah jam je dari Shah Alam. Senang ja nak cari sebenarnya.

Dari luar dah nampak kete parking banyak-banyak tepi jalan. So papa drop kami kat entrance and papa gi parking kat luar.

20161016_121820

20161016_122005

20161016_122134

Alahai Awatif jadi penggembala lembu nampaknya.

20161016_122345

Ni kat entrance. Tunggu papa pergi park.

Ok peringatan ye. Kedai barang-barang kat entrance ni mahal ye macam air ke, ais krim ke memang agak mahal dari kat luar. (Tak tau apsal padahal tengah-tengah bandar kot bukan atas bukit tinggi mana pun)

So dinasihatkan sila makan minum dulu ye.

Kadar Tiket Farm In The City ini pulak

Tapi Lynd ambil pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (Indah 1 tahun tak kena tiket) total Rm 119.

Save la sikit disamping adalah cenderamata, 1 kotak makanan haiwan (yang ada kena beli kat dalam) dan juga voucher2 yang entah bila nak guna.

So.. The journey begin. Perkara pertama yang kami jumpa adalah “Abam tukang hulur kangkung”

Hahaha.. betul la kami jumpa dia dulu, dok hulur kangkung kat semua orang yang lalu. Rupa-rupanya kami bakal bersua dengan En Kura-kura gergasi ni.

20161016_123832

Selera dia makan. krup..krap..krup bunyi.

Kita yang gerun bila tengok dia nganga, takut tergigit jari.

20161016_123853

Besau benau.

20161016_124039

Anak-anak sampai sudah takut nak hulur kangkung tu.

Lepas tuuuu.. kami lalu ikut satu terowong kaca ka plastik entah. Sebenarnya kami dah tahu apa ada sini sebab dah tengok dalam Lara oh Lara hari tu. So tak dak la terkejut mana malahan kami cari. Hahaha..

Ada apa?

Cer dongak atas..

Farm In The City

Hai.. Awak..!!

Farm In The City

Ni Encik ular dan En Biawak sedang bersidaian kat atas bunbung lutsinar ini sambil menayangkan perutnya. Heee..

Part ni yang Awal Ashaari melarikan diri sebab takut dengan reptilia berunsurkan cicak.

Kat sini juga lah Awatif tanya “Mana Lara oh Lara mama?”

Sudah. Dia ingat betul Lara Alana dok sini.

20161016_124855

20161016_125204

Perjalanan diteruskan dengan memberi makanan kepada haiwan-haiwan macam burung, ayam, kambing dan ikan.

Makanan-makanan ni diberi percuma oleh penjaga binatang yang ada berdekatan. Kalau tak cukup boleh beli juga disediakan vending machine untuk makanan-makanan haiwan ni.

20161016_125655

Ini antara aktiviti yang Mama Lynd rasa comel sangat. Aktiviti ni namanya “Traditional Longkang-Fishing Stream”

Masa mula-mula baca dalam brousure tu terfikir macamana dorang sediakan aktiviti ni? Ke tunjuk gambar ja kot macam kat musium tu. Rupa-rupanya mereka bina “longkang” keliling tempat arnab, kat dalam tu ada ikan emas yang kecik-kecik tu yang biasa kita beli 1 ringgit seekor.

Disediakan sekali jaraing dan baldi kecil untuk kita tangkap ikan tu. Yesss.. aktiviti menangkap ikan. terasa comel diri ini cuba menangguk ikan itu untuk beberapa saat. Lepas tu tak kuasa dah. Hahaha..

Ada juga a few family yang sangat gigih melayan anak-anak dorang tangkap ikan tu sampai dapat. Siap kepung lagi. Si atuk stand by sini, si cucu stand by sana. Comel.

Once dah dapat ikan tu kena dilepaskan.

20161016_130358

20161016_130405

20161016_130556

Bab bagi ikan makan ni tak berapa excited sangat sebab dah biasa bagi ikan makan dekat kolam depan Setia City Mall. Hahaha.

20161016_130716

Banyak ja tempat tak amik gambar sebab malas nak keluar kan handphone sebab nak menikmati dan menghayati aktiviti ni.

Tapi gambar ni Mama Lynd suka.

20161016_131404

Mama sentuh ular for the first time..!!!

20161016_131411

Gigih uncle ni tolong ambil gambar banyak-banyak. Hahaha.

Awatif merasa juga la pegang, Kaseh langsung taknak dekat.

Kaseh just nak pegang ni je, Cik Baby Ayam.

20161016_131559

Salah 1 aktiviti yang anak-anak cari akhirnya sampai. Iaitu menunggang Cik Kuda yang sopan santun ini.

20161016_133900

20161016_134015

1 round 7 token.

1 token  = Rm 1

Machine token ada kat depan tempat hose riding ni.

20161016_134049

Muka puas hati. Hahaha.

Sebenarnya tempat ni kecil je dan entah kenapa mama tak sempat rasa penat. Dan kalau diikutkan boleh je ambil masa dari 1 tempat ke 1 tempat menghayati pemandangan.

Tetapi memandangkan The Kakaks sibuk nak cari kuda maka semua tempat tu lalu dan singgah kejap ja. Lepas tu tempat kuda tu last pulak tu depa letak.

Apa daaaa..

20161016_134754

Maka berakhirlah explorasi kami di Farm In The City. Siap dapat sijil lagi budak-budak ni, tapi nama tulis sendiri.

Mama Lynd bagi 4/5 bintang. Best dan memuaskan.

Next Ahad buat apa?

Jap kena loading dulu apa nak buat.. kay bai..

Assalamualaikum.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Bulan September 2016.

Berdebar dan kecut perut sebab bulan ni promo super best.

Iaitu ESP dan Sustained Release Vitamin C.

Ya Allah berdebar bukan apa, ramai customer yang menunggu promo ini dan dalam waktu yang sama Lynd memang sangat nak bantu lebih ramai orang menikmati kebaikan ESP dan SR Vitamin C.

Benda baik tak baik simpan sendiri. Tambahan lagi Lynd percaya ramai orang diluar sana yang mengalami pelbagai masalah kesihatan dan juga stress. Lynd kesian sangat jika Lynd gagal menyampaikan maklumat yang bahawasanya Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah ramai orang diluarsana dengan izin Allah.

Lynd doa dan harap sangat lebih ramai orang yang menemui dan dibukan pintu hati untuk menjaga nikmat tubuh badan dan kesihatan amanah Allah ini. Bukan sahaja demi menjaga jasad amanah Allah tetapi juga jasad ini yang akan digunakan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

Ok. Mari sini Lynd terangkan apa kebaikan dan kelebihan Promo ESP bulan ini.

Promo ESP

  • PERCUMA 1 canister ESP dengan pembelian 6 canister.
  • PERCUMA keahlian Shaklee seumur hidup bernilai RM 79.50
  • WANG TUNAI Rm 36 diterima pada bulan Oktober 2016
  • DISKAUN 15-20 % untuk semua rangkaian produk Shaklee

 

Lebih istimewa Promo ESP dikembarkan dengan promo Sustained Release Vitamin C

vitamin c

FREE 1 Sr Vitamin C dengan pembelian 6 botol Sr Vitamin C

Dengan promo ini banyak set yang akan dapat harga runtuh gedebus.

Set Murah Shaklee

 

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Assalamualaikum.

Atasi Kulit Berjerawat dengan Set Kulit Berjerawat Shaklee

Setiap wanita ingin menjadi cantik dari segi kulit wajah dan juga bentuk badan. Lynd juga tak terkecuali beberapa bulan lepas Lynd mengalami masalah kulit berjerawat yang agak teruk.

Tiba-tiba sahaja jerawat subur kat wajah Lynd. Macam hairan juga sebab Lynd tak tukar apa-apa produk skin care. Lynd masih setia dengan Pembersih Wajah NutriWhite. Tak berani nak tukar-tukar sebab Pembersih Wajah Nutriwhite ni paling natural dan takder bahan kimia. Jimat pun iya juga sebab 1 tiub boleh tahan 6-8 bulan.

Lama kelamaan Lynd dah jumpa punca kenapa tiba-tiba jerawat banyak sedangkan Lynd still amalkan supplemen Shaklee. Rupa-rupanya pemakanan Lynd.

Sejak Lynd pindah sini, kedai makan dan gerai bersepah dan dekat-dekat. Lynd tak payah susah-susah nak start kereta pun, just turun tangga terus ke kedai-kedai tu.

Masa tu Lynd addicted kopi-kopi yang dalam gelas besar yang biasa jual 5 ringgit 1 cup tu. Dengan manis, dengan sejuk, dengan kekopian itu memang ketagih. 1 hari mesti 1 cup. Makan tak yah cerita la bakery muslim KP Choco House pulak dekat. Segala bagai kek dan cheese cake yang berwarna warni tu tau memang tempting sangatlah.

Setelah menyedari yang badan ni bertoksik tinggi dengan kandungan gula yang tahap potong kaki maka insaflah diri ini. Takder la stop terus tapi control sikit pengambilan tu.

Lynd consistent ambil Set Kulit Berjerawat Shaklee disamping menjalani proses detox alhamdulillah jerawat dah “mati’. Tinggal sekarang ni Lynd nak hilangkan parut dan mengatasi masalah kulit kusam.

Nak tengok hasil tak?

Testimoni sendiri ni.

Set Kulit Cantik SHaklee

Ok. Ini hasil selepas 2 minggu. Jerawat-jerawat aktif dah berjaya “dipatahkan”. Atleast takder jerawat baru kan.

Ini pula selepas 2 bulan.

Set Kulit Cantik SHaklee 2

Alhamdulillah sangat. Terima kasih Allah.

Kulit kusam dah kurang sangat dah. Jerawat baru memang dah takder. Allah.. tak tahu macamana Lynd nak gambarkan macamana perasaan Lynd terutama dari segi confident level.

Kalau ikutkan memang langsung taknak bergambar, selfie memang tak lah. Malu dan menyampah tengok muka sendiri.

Sekarang dah suke sangat main selfie dengan anak-anak. Heee..

Apa yang Lynd buat untuk mengatasi masalah berjerawat Lynd?

  1. Amalkan minum air masak dengan kuantiti yang mencukupi. (25kg berat badan memerlukan 1 liter air)
  2. Kurangkan makanan bergula / minuman tinggi kandungan gula.
  3. Menjalani proses detox dengan herblax Shaklee
  4. Mengamalkan set kulit cantik Shaklee.
  5. Be Calm and Stress Free

Alhamdulillah.

Syukur sangat. Banyak sangat perubahan diri Lynd sekarang dari segi keyakinan diri. Lynd harap sangat kepada sesiapa yang ada masalah sama dengan Lynd jangan terus berdiam diri, lakukan sesuatu hari ini kerana kita perlu menjalani hidup kita dengan lebih baik demi orang tersayang.

Set Kulit Cantik SHaklee 3

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Soal Jawab Pil Kalsium Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Hari ni Lynd nak share sikit pasal Pil Kalsium Ostematrix Shaklee.

Soalan-soalan berikut adalah kemusykilan yang biasa ditanya mengenai Ostematrix Shaklee dan jawapan berikut terlah diberikan oleh Nutritionist Shaklee.

Jom kita tengok apakah jawapannya.

S1 : Kalau kanak2 umur brp boleh start bg oste?
J1 : Ostematrix dibuat utk individu dewasa (18 ke atas). Kanak2 ambik sumber kalsium drp mealshake. 16 tahun dah boleh ambik oste*

S2 : Apakah had maksimum untuk mengambil oste?
J2 : Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari (4 biji). Jika ada masalah tulang/rapuh/slip disc/patah etc boleh ambik lebih.*

S3 : Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil oste.
J3 : 4 biji secara tetap setiap hari. Ambil lebih lebih bagus sebab ada banyak faktor badan tak dapat serap khasiat sepenuhnya kalsium tu. Ambil juga ESP.*

S4 : Warga emas makan ostematrix, dada sakit, apa tandanya?
J4 : Kena tahu keadaan kesihatan dia. Ada ambil ubat hospital atau dah ada penyakit?*

S5 : Masa terbaik untuk makan oste.
J5 : 4 biji malam*

S6 : Untuk kes accident yang patah2 tulang tu, sejauh mana oste blh membantu.
J6 : kalsium akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang. Sama macam keadaan biasa juga*

S7 : Ada kaitan ke makan Ostematrix untuk bantu lancarkan edaran darah dan bantu dlm hubungan suami isteri?Ada suami yang ambil dan dapat kesan ‘mengeras’ di bahagian sulitnya.
J7 : Positif atau negatif ni? Ya. Kalsium bantu utk kuatkan otot.*

S8 : boleh ke up kan dos pengambilan oste jika sakit gigi ketika hamil.
J8 : ya. Boleh up kan dos. Ambil Vita C jgk.*

S9 : Bagaimana Ostematrix ni bantu tido lena dan mudahkan pelawasan smpi org sembelit pun disarankan ambil Oste.
J9 : Kalsium diperlukan oleh otot manusia dlm setiap pergerakan. Jika orang tu stress, oste bantu utk relief contraction of muscle. Dia tidur lebih lena.*
*Otot di bahagian usus tu yg kawal pergerakan najis. Najis tu tak berubah. Tapi otot tu yg lebih mudah dikawal. Maka, senang membuang* ?
Banyakkan ambil makanan byk serat.

S10 : Ada tak kesan sampingan jika oste diambil secara berlebihan?
J10 : Dah ramai pengguna Shaklee yg ambil lebih drp 4 biji/hari. Dah berpuluh tahun ambil. Mereka buat test, tiada masalah batu karang etc.*
*Shaklee ada landmark study utk pengguna yang dah lebih 20 tahun. Tiada masalah kesihatan.*

S11 : Bagaimana oste membantu dalam mengurangkan masalah gastrik.
J 11 : gastrik ni sebab acidity perut tinggi. Kalsium ni alkali. Ia akan meneutralkan perut. Ia juga legakan otot2 perut. Kalau gastrik, ambil Oste + ESP ???*

S12 : Doc maklumkan kepada cust saya, ostematrix shaklee akibatkan batu karang, adakah sebarang kajian dari shaklee ttg ini?
J 12 : Mungkin doc maksudkan kalsium di pasaran secara keseluruhan. Rujuk gambar clinikal study/carta. Kalsium diserap oleh darah dan digunakan oleh badan. Kalau tak digunakan oleh badan, barulah ada masalah sperti jadi batu karang etc. Dalam kalsium Shaklee ada mineral lain yg bantu kalsium diserap sepenuhnya.*

S13 : Apakah vitamin yg TIDAK BOLEH diambil bersama-sama oste.
J13 : Semua boleh ambil. Makanan lain pun. Tapi elakkan ambil kafein serentak dgn kalsium.*

S14 : Jika hamil kembar, adakah ibu perlu upkan dos oste? Jika ya, brp?
J14 : Ya. Boleh upkan dos. Maybe 6 biji sehari.*

S15 : Brp biji Oste perlu diambil bg ibu yg bf & hamil pada waktu yg sama?terutama kalau x amik sumber kalsium yg lain.
J15 : Rujuk no 3*

Pil Kalsium Ostematrix

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...