Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ini Lynd nak share kadar baru pos laju bermula 15 October 2016.

kadar-baru-pos-laju kadar-prabayar-pos-laju

OK. Ramai yang “merungut” sampai termiss kelonggaran yang diberikan oleh pos laju.

Bermula 15 October juga, penggunaan sampul prabayar tidak tertakluk pada berat barang yang diisi.

Sebagai contoh, jika dulu kalau Lynd pos ESP Shaklee sahaja tanpa produk lain menggunakan Sampul Prabayar saiz L tiada isu.

Tetapi Kalau Lynd masukkan sekali barang lain yang menyebabkan berat parcel melebihi 1kg, Lynd kena tambah extra charge sebab lebih berat.

Padahal muat je sampul tu nak masuk barang lain.

Tapi lepas ni dah takder isu extra charge tu dah. Masukkan jelah barang selagi muat.

Alhamduluillah dipermudahkan.

————————————————————————

Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari.

Anda mungkin juga meminati:

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur.. itu yang hanya boleh Lynd sampaikan.

Kehidupan Lynd bertambah baik dari hari ke hari. Ini bukanlah bermaksud sebelum ini tidak baik tetapi sebelum ini dirasakan sudah cukup baik tapi makin hari makin banyak rahmat Allah yang dikurniakan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sudahnya mulut dan hati hanya mempu melafazkan syukur.

Bila dah terlebih excited tapi tak tahu nak descibe macamana sudahnya hanya mampu SENYUM.

Saat ditanya “Dalam keadaan macamni pun ko mampu senyum ?”

Rahmat Allah.. saat macamana pun saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk senyum walaupun tanpa sebab.

Hikssss…

Panjang pulak intro.

Salah 1 kesyukuran adalah saya sudah terjebak dalam golongan orang yang suka join aktiviti sedut ilmu.

Jika dulu baca pun taknak malah sekarang sanggup invest masa, keringat dan wang demi ilmu. Mungkin ramai yang tak faham kepentingannya, it’s ok, teruskan berdoa untuk anda dibukakan hati dan dibawa oleh Allah untuk terjebak dalam sesuatu yang bermanfaat dalam hidup anda. It can be anything but i already found mine.

7 November 2015, saya telah menyertai Program Cash Flow Mega anjuran Mekanik Wang aka Abang Abu.

Jujur saya baru sahaja mengenali insan hebat dan humble ini tetapi disebabkan jatuh cinta dengan update beliau di facebook maka saya nekad untuk join program ni disamping para panel yang hebat-hebat.

Siapa itu Abang Abu ?

Terus terang cakap saya memang tak mengenali beliau terlalu detail dan yang saya hanya tahu mengenai tips pengurusan kewangan beliau dan saya yakin saya hanya baru mendapat ilmu dari beliau terlalu lah sedikit.

Dan saya sudah memasukkan nama beliau dalam senarai-senarai mentor yang saya hormati dan kagumi.

Allah.. tak terluah dengan kata-kata.

Terlalu banyak perkongsian yang bukanlah tak mampu untuk saya kongsikan disini tetapi errrrmmmmmmm… shut up Lynd.. stop with the excuse.

Hahahaha.. ok lah.. Lynd share antara point-pointnya.

5 Rukun Kekayaan

1 # SENYUM – dalam apa jua keadaan. Yes.. what ever.. dan selagi orang tak kata anda gila anda takkan kaya.

2 # ENERGY HIGH – Selalu tinggi. Bangun pagi dan dalam apa jua keadaan. Energy high akan menarik perkara baik datang kepada kita.

3# NIAT – Sentiasa beritahu otak apa niat kita untuk menjadi kaya.

4 # SYUKUR – No complaint. Orang yang sentiasa excited adalah orang yang selalu bersyukur.

5 # IKHLAS – Allah bagi rezeki berdasarkan keikhlasan dan level keikhlasan kita hanya Allah yang tahu.

Antara Panel yang terlibat selain Abang Abu sendiri adalah Fizo Omar, Dr Zaharuddin dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Saya sudah beberapa kali mendengar perkongsian Fizo Omar semasa program Doctor Azizan Osman tetapi setiap sesi sentiasa memberikan pengajaran yang baru dalam kisah hidup Fizo Omar.

cashflow program fizo

Selain kes saman 8 Juta dan bagaimana dia bangkit membina FOC (Fizo Omar Channel) kali ini beliau menceritakan mengenai bagaimana “keterpaksaan” dalam melakukan sesuatu pekerjaan membuatkan beliau sentiasa mengupgrade diri.

Dan point ini saya sangat pegang.

Setiap ujian yang Allah berikan pada kita adalah untuk menjadikan kita yang lebih baik.

Bagaimana keterpaksaan menjadi kebiasaan dan kemudian kepakaran dan seterusnya boleh menjadi sumber pendapatan dan kekayaan.

1 lagi sentiasa melihat masalah sebagai peluang. Dan kita gunakan kepakaran kita untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Perkongsian Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula menyedarkan saya bahawa kenapa kita orang islam atau bangsa kita perlu bangkit berniaga. Bagaimana orang berniaga berjihad untuk agama.

Beliau adalah bekas presiden Johor Corporation, menceritakan bagaimana kepentingan umat Islam khususnya di Malaysia dalam memastikan kita mendapatkan makanan yang disahkan Halal dengan pengambilan KFC Malaysia.

Sebuah syarikat Malaysia yang dijalankan oleh orang islam semestinya mereka faham dan tahu mengenai kepentingan makanan halal kepada umat islam.

Dan banyak lagi perkongsian beliau yang membuka mata mengenai pentingnya kita menerajui syarikat besar dengan bermulanya denga perniagaan kecil.

cashflow program 1

Manakala perkongsian Ustaz Zaharudin lebih menjurus kepada pandangan islam terhadap kekayaan.

Rukun Islam ke 4 menyatakan kepentingan umat islam menunaikan zakat. Seperti yang kita tahu zakat dalam islam ada beberapa jenis. Zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat simpanan dan lain-lain.

Setiap zakat tersebut ada kritiria yang melayakkan kita membayar zakat tetapi secara asasnya makan banyak pandapatan  / simpanan kita makin banyak kita perlu bayar zakat. Makin banyak zakat kita sumbangkan lebih banyak umat islam dapat dibantu dan semestinya ia menjadi pelaburan untuk saham akhirat kita.

Allah..

Terlalu banyak yang Lynd boleh share tetapi feel tu mungkin tak sama dengan jika anda menghadiri sendiri program-program begini.

Sekarang kita tak hanya belajar dengan cikgu. Tetapi kita belajar dengan orang yang orang berjaya yang willing to share bagaimana mereka boleh berjaya.

Allah.. syukur.. itu hanya yang boleh nyatakan. Dibukakan hati untuk terjerumus dalam dunia gila ilmu disaat ramai orang mereka sudah bagus dengan apa yang ada.

Allah.. jauhkan aku dari rasa itu dan jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa merendah diri dan gilakan ilmu-Mu.

Amin.

Kenapa Saya Suka Siti Nurhaliza

Siapa tak kenal dengan pemilik nama Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza 2

Ermmmm.. Dari dulu saya memang suka tengok dia sebab di cantik. Lagu-lagu dia pun boleh layan. Takder la fanatik tapi suka tengok kalau program ada dia.

Dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang. Macam saya cakap tadi saya suka tengok dia. Just tengok. Tapi recently baru saya rasa “kagum” dengan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin ni.

KUALA LUMPUR 15 January 2015. (UNTUK YATI/RAP SHJ) Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. NSTP/Munira Abdul Ghani

Sejak saya terlayan Instagram ni dia antara artis y saya suka tengok. Ermmmm… bukan seperti artis biasa kenapa saya suka follow dia. Ia gara-gara ada salah 1 video Dato’ Siti dalam kereta tengah promo 1 program dia ni dan saya terpandang “sesuatu” jari jemari beliau.

Saya ada screenshot “sesuatu” itu tapi saya dah terdelete kot dulu. Saya terpandang ada tasbih digital dijari beliau. (Kekaguman saya sampai tahap tak sampai hati nak guna “dia”).

Yess.. Start tu yang saya mula kaguuuuuummmm sangat ngan dia. Orang lain mungkin dah lama sedar dan mengkagumi dia tapi saya baru ok.

Memang terlambat Cik Lynd.

Apa yang buat saya tiba-tiba baru sedar?

Kerana saya baru sedar dia layak apa yang dia ada yang menjadi idaman setiap wanita. Dari segi kecantikan, kekayaan, kejayaan, budi pekerti dan pengiktiran. Dia cantik dari dalam.

Bila tengok video ni lagilah meremang bulu roma.

Yesssss.. video lama. Entah yang zaman bila tapi dia diiktiraf sebegitu dan tiada siapa yang dapat lawan level yang dia pernah capai.

Dia berjaya kerana kebersihan hati dia. Bertapa positifnya dunia dalaman dia dimana walau apa pun cabaran yang datang tak berjaya mengkotorkan perjalanan hidup dia.

Allah aturkan kehidupan dia. Maka Allah lambakkan segala Kekayaan kepada Dato’ Siti.

Adehhh.. camner nak explain eak. Kejayaan dia bukan nasib. Kejayaan dia sebab dia nak, dia minta dengan tuan punya dunia dan dia sabar saat diuji.

Siapa saya nak judge dia?

Biarlah. Saya Siti Norhaslinda.

Dia yang dah berjaya pun mengamalkan amalan menjemput rezeki. Kita?

Aduhhhh.. ketuk pala sendiri.

Patutlah kekayaan dia mencurah-curah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dipertemukan dengan Jumaat Seterusnya.

Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Jumaat adalah penghulu segala hari bagi ummat islam. Bertapa kasihnya Allah kepada kita sentiasa memberikan bonus pada kita. Bulan Ramadhan yang diberikan setahun sekali dan Jumaat dikurniakan seminggu sekali.

Berikut adalah Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita

Amalan Hari Jumaat

#Mandi

Semua orang mandi tetapi mandi hari jumaat disertakan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, kita dikurniakan pahala untuk mandi itu. Allah, mudahnya Islam.

#Memakai Wangi-wangian dan pakaian terbaik.

Pada yang sudah biasa melawa jadi super melawan (patuh syariah) kepada yang dok kat rumah dan biasanya selekeh je, hari jumaat silalah melawa walaupun dalam rumah.

#Memotong Kuku

Macam Lynd 2x seminggu potong kuku so adjust lah sampai hari jumaat pun kita potong kuku. Potong kuku anak-anak dan kalau perlu suami sekali.. Heeeee

cara potong kuku

Hari yang disunatkan untuk potong kuku:
Isnin, Khamis dan Jumaat

# Membaca Surah Al-Kahfi

Kelebihan Al Kahfi

Surah Al Kahfi yang mengandungi 110 ayat memang agak sukar untuk orang yang tak biasakan diri. Untuk memudahkan untuk kita menghabiskan 1 surah ini dalam masa 1 hari bahagikan kepada selepas Mahgrib, Isyak, Subuh, Dhuha, Zohor dan Asar.

Bila sudah dijadikan amalan, insyaAllah lebih mudah.

# Berselawat

Selawat Nabi

Ini antara amalan harian kegemaran Lynd.

Selawat 1000x setiap hari. Kalau sesiapa yang tengah belajar atau melatih diri untuk berfikiran positif paksa diri untuk selawat 1000 kali ini.

Kat entry ni Lynd ada explain mengenai kelebihan selawat.

Power of Selawat

# Berdoa

Jumaat ada beberapa waktu bonus dimana doanya sangat mustajab.

jumaatdoamustajab-1

Lynd selalu fokus time-time waktu lepas asar tu. Ada ketika bila berpeluang Lynd kurangkan bercakap. Lynd banyak berdoa waktu-waktu begitu tak pun ingatkan dan bayangkan impian-impian Lynd walaupun masa tu tengah buat kerja rumah atau uruskan anak-anak.

Berdoa bukanlah hanya bermaksud menadah tangan di tikar sejadah.

Semoga perkongsian Lynd ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Dan kita akan mengambil peluang hari jumaat sebaik-baiknya.

keep-calm-today-is-friday-5

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..

Pengedar Shaklee Klang Terbaik dengan Bengkel Nutrisi

Syukur tak terhingga kerana saya diberi kesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi 2015 anjuran Shaklee Malaysia pada sabtu lepas.

Bengkel Nutrisi 2015 7

Tujuan saya menghadiri bengkel tersebut adalah untuk menambah pengetahuan saya mengenai rangkaian produk Shaklee meliputi bagaimana nutrisi yang diperlukan oleh badan bertindak, kelebihan produk shaklee dan bagaimana saya boleh memberikan konsultansi terbaik dan membantu masyarat mendapatkan vitamin terbaik untuk penyakit mereka.

Perasaan saya sepanjang berada dalam bengkel tersebut adalah “Besarnya kuasa Allah”. Kami diberi penerangan bagaimana sistem badan kita berfungsi. Bila tahu semua tu rasa macam “Hebatnya Allah” dan mula rasa semakin sayang dengan tubuh badan kita.

Lynd rasa lebih menghargai kesihatan dan tubuh badan yang Allah kurniakan. Bila belajar mengenai kencing manis, sakit jantung, kesihatan wanita rasa macam kesian kat badan kita, bekerja begitu kuat tapi kita bantai makan entah apa-apa tambah lagi dengan pencemaran.

Rasa macam nak jadikan Bengkel Nutrisi Shaklee ni sebagai acara wajib. Walaupun produk yang sama tapi ilmu pasti ada beza juga sikit sebanyak setiap sesi.

Bukan susah pun, bayar Rm 40 termasuk dengan lunch penuh kemewahan. Alhamdulillah. Rasanya Rm 40 tu nak cover lunch sekali pun tak lepas kot.

Bengkel Nutrisi 2015 6

Dulu masa kat Time Square pun sama. Rasa macam heran, berbaloi ke dorang buat macam ni ? Sekarang dah tak heran sebab Shaklee full of surprise dan mereka layan pengedar dorang macam “harta karun”.

Anak-anak boleh dihangkut sekali. Ni yang bestnya Shaklee. Apa je event boleh bawak anak. Kalau tengok stroller bergelimpangan masa event Shaklee tu perkara biasa.


Pengedar Shaklee Klang 2

Kalau training kat HQ memang ada kemudahan tempat permainan dalam kawasan yang sama. (Patutlah HQ Shaklee dipanggil Home Office). So anak-anak memang berbesar hati ikut mama gi “sekolah”

Allah tak tau nak cakap macamana perasaan saya semakin sayang dengan Shaklee, antara sebabnya :

#Apa yang diwarwarkan dalam iklah atau sesi penerangan mereka adalah perkara sebenar. Bukan strategi marketing. Ini disaksikan sendiri oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dibawa ke Head Quarters Shaklee di US. Merek ditunjuk bagaimana para Saintis menjalankan ujikaji dalam setiap produk dan juga bagaimana mereka bekerja untuk menghasilkan produk Shaklee yang terbaik dan selamat untuk manusia.

# Shaklee terlalu menghargai manusia. Terlalu menghargai kesihatan manusia. Kajian keatas sistem tubuh badan manusia menyebabkan mereka rasa bertanggungawab untuk menghasilkan 1 produk yang dapat membantu manusia untuk hidup dengan sihat dan gembira. Bukan hanya atas dasar perniagaan / duit sahaja. Kalau tak kenapa perlu mereka melabur berjuta USD untuk menggunakan saintis untuk membuat kajian. Sedangkan sekarang berlambak je produk yang dihasilkan yang tanpa menitik beratkan kesannya terhadap manusia. Buat dikilang entah kat mana-mana lepas tu offer “Awak nak letak nama apa produk awak?”

Atas 2 sebab baru ini lah membuatkan saya lebih menghargai diri dan saya nak pastikan kesihatan saya ni dijaga dengan baik. Dan bukan untuk saya sorang tapi saya nak lebih ramai orang diluarsana menghargai kesihatan mereka.


Product Shaklee

Maka dengan itu, saya sebagai Pengedar Shaklee Klang dan juga Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia berjanji akan menyebarkan kebaikan Shaklee demi memberikan yang terbaik untuk anda.

Pengedar Shaklee Klang

Hargai kesihatan anda kerana ia merupakan 1 amanat dari Allah.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengedar Shaklee Klang

Shaklee Klang

Saya Haslinda (Lynd) merupakan pengedar Shaklee Klang yang berada di Pekan Meru.

5 Sebab Kenapa Kami Menjadi Pilihan Sebagai Pengedar Shaklee Klang Terbaik :

# 1 Service Penghantaran Terus Ke Rumah Anda

Jika anda tinggal di sekitar Klang, Shah Alam, Puncak Alam dan kawasan sekitarnya, saya manawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda selepas masa dan lokasi dipersetujui. Penghantaran adalah PERCUMA

Shaklee Puncak Alam 6

# 2 Penghantaran Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju / GDex Setiap Hari

Proses penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Pos Laju dibuat setiap hari.

Pos Laju

Kadar bayaran perkhidmatan pos laju

Semenanjung
RM 6.30 / RM 10.60 

Sabah / Sarawak
RM 10.60 / RM 21.20

Dan pembayaran sebelum pukul 2.00 petang, pengeposan akan dilakukan pada hari yang sama.

#3 Kami Sentiasa Mempunyai Ready Stok

Shaklee Klang 4

Tanpa perlu menunggu lama, kami sentiasa menyimpan stok terutama untuk produk-produk hot selling. Jika ada permintaan diluar jangkaan yang memerlukan stok segera, kami komited untuk terus ke Cawangan Shaklee berdekatan.

#4 Agen Shaklee Sepenuh Masa

Saya menjalankan perniagaan Shaklee sepenuh masa, disebabkan itu segala tumpuan dan keutamaan saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami di www.vitalynd.com

Shaklee Puncak Alam 2

Saya juga sentiasa komited untuk meningkatkan pengetahuan mengenai produk dari masa ke semasa demi memberikan konsultansi terbaik kepada pelanggan.

#5 Pengguna Tegar Shaklee

Sebelum menjadi pengedar Shaklee secara serius, saya adalah pengguna Shaklee yang bermula dengan Set Kesuburan Shaklee.

Ikuti kisah saya dan Set Kesuburan Shaklee

Dan sejak itu saya mula yakin dan jatuh cinta dengan Product Shaklee dan merasakan tanggungjawab saya untuk berkongsi produk terbaik dan selamat ini.

Disebabkan 5 faktor di atas, saya sentiasa memberikan perkhidmatan konsultansi terbaik dan pantas.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) sekitar Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Masih belum dapat “angin’ nak share pengalaman bersalin. Setakat cerita-cerita sampingan je dulu ye.

Antara menyayat hati sebelum dan selepas bersalin

Antara yang ‘merisaukan’ sebelum serah diri ke hospital adalah sebab budak ni.

Awatif

Budak ni manja sangat terutama time tido. Nak kena peluk dan pegang dia. Saya tak boleh bayang macamana 3 hari dia tak jumpa saya. Hingga ke malam terakhir sebelum esoknya ke hospital saya tak boleh tidur bukan sebab risaukan nak bersalin. Tapi sebab i’m going to miss her. Kaseh macam ok skit sebab dia macam boleh terima kenyataan.

Risau jugak esoknya dia meraung saya nak gi sepital. Adeh.. takut maknya pun nangis sama.

Sudahnya dihari kejadian, elok je dia babai mama tinggal mama sorang-sorang kat spital.

Hello..!!! Mama bukan main risau awak boleh babai macam tu je. Ok fine. Settle 1 bab.

Then bila hari pertama balik anak-anak memang tak dibenarkan tidur ngan mama atau lasak-lasak dengan mama. Takut nanti buatnya time tido dipanjat / tersepak mama tak ke naya.

So mama ditempatkan di katil bujang, baby dalam baby cot, dan 3 beranak lagi kat tilam sebelah katil mama.

Tapi saya tengok sendiri dia tak lena tidur. Suami kata memang gitu dia setiap malam tak lena tidur dan gelisah. Kadang-kadang merengek “nak mama”. Adeh.. mama boleh pandang je nak. kalau boleh mama nak peluk-peluk awak.

Sudahnya ntah pukul berapa dia naik atas katil saya tidur kat kaki mama. Aduhhh.. sayu.. She miss me.

Malam ke 2, Awatif request nak tidur dengan saya. Tapi nenek tak bagi. Nenek siap mimpi jahitan terbuka sebab anak-anak terkam mama.

Tau apa dia minta?

“Saya nak tangan mama je”

Dia tidur dekat sebelah katil dan minta saya hulur tangan pegang dia. Nak bagi tinggi sikit letak kusyen sebelah katil dan dia tidur atas kusyen kecik tu. Waaaaaaa… mama sayang kamu.

2-3 malam jugak tidur gitu. Dan bila saya dah rasa luka saya dah kering, saya ajak dia tidur sebelah saya. Bila dia lena suami / nenek angkat dia tidur kat bawah. Tapi sekarang dia tidur terus je sampai pagi.

Yang paling saya rasa sayu…

Awatif Pantang

Dia tidur bucu-bucu je. Sebab takut terkena saya katanya. Masa awal-awal dia tidur sekatil ngan saya, lagi lah tergantung. Sebelah badan atas katil, sebelah lagi kat atas kusyen.

Dan ada ketika tak jatuh pulak tu. Heran jugak sebab si lasak tidur ni boleh bertahan tidur gitu.

Manja-manja Awatif ni dia boleh terima Indah. Ada yang kata nanti dia tak suka adik lah apa lah. So far dia sayang sangat. Tipsnya saya tak suka takut-takutkan dia pasal adik. Ada sesetengah orang suka takutkan budak-budak.

“Habislah baby keluar nanti mama dah tak sayang, dah tak boleh manja dengan mama”

Tak baik tau.. ia meninggalkan kesan psikologi pada anak-anak.

Alhamdullillah. Indah disayangi oleh kakak-kakak.

11377190_834800493223282_348543591645274134_n

Love you my princess.

Assalamualaikum Cantik Sihat

1 ketika dulu saya selalu terfikir kenapa kita perlu kerja?

Bangun pagi, hantar anak gi nursery, dapat gaji duit bayar orang upah jaga anak kita. Ada juga yang balik malam tak sempat nak tengok anak. Ada yang travel 1-2 jam sehari untuk ulang alik gi kerja.

Apa jenis life ni?

Macam saya takder la stress sangat, tempat keje kalau lancar 15 minit, kalau jem pun 30 minit. Balik pun masih sempat nak main and guling-guling dengan anak-anak.

Saya biasanya terfikir hal gini bila jalan jem. Kenapa semua orang ada rutin yang sama / destinasi yang sama iaitu “tempat kerja”.

Makin lama makin saya dapat “idea”, orang perlu kerja tak kisahlah makan gaji atau kerja sendiri bukan kerana gaji sahaja tapi untuk menyediakan kelengkapan / kemudahan hidup orang lain.

Contoh, orang kerja kilang telifon / operator pengeluaran, mereka perlu “bekerja” dengan memasang komponen telifon. Bila telifon dah siap boleh dipasang dan kita beli. Tapi kalau takder orang makan gaji yang pasang komponen telifon tu agak-agak macamana kita nak dapatkan telifon.

Kesimpulannya setiap “pekerja” adalah untuk menyediakan keperluan hidup orang lain. Jadi itu lah tujuan kita bekerja. Sooo.. saya jadi redha bila menempuh jalan jem sebab misi setiap pekerja adalah sama.

Then, adakah semua orang ikhlas untuk melakukan kerja itu?

Adakah mereka gembira?

Adakah mereka bekerja hanya untuk dapat gaji?

Gaji diperlukan untuk bayar itu ini.

Adakah mereka gembira tak dapat tengok anak-anak bila asyik balik lambat?

Adakah itu kehidupan yang mereka inginkan?

Jika mereka tak gembira dengan kerja yang mereka lakukan, kenapa mereka masih memaksa diri untuk mengharungi semua tu?

Tanggungjawab terhadap kerja? Tanggungjawab terhadap keluarga?

Atau

Tanggungjawab terhadap ‘bebanan’ dengan kata lain “hutang”

YES.. itulah jawapan sebenar.

Jawapan kepada kenapa kita perlu bekerja, mencari duit, mendapat duit.

Apa beza tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang?

Zaman sekarang ni mana boleh hidup tak berhutang. Kita berhutang demi keluarga. Hutang untuk beri keselesaan pada keluarga.

Ermmmmm.. yeke?

(Soalan kepada diri sendiri)

Jadi kita korbankan masa gembira dengan keluarga demi memberi “keselesaan” kepada keluarga.

Contoh : Demi keselesaan keluarga kita beli kereta yang memerlukan installment setiap bulan Rm 1ooo yang digunakan sesekali untuk perjalanan jauh dan kereta yang ke-2 yang biasa-biasa aje dengan installment Rm 500 yang digunakan oleh isteri/suami untuk kegunaan harian. Disebabkan komitmen itu, si isteri perlu bekerja untuk bayar kereta yang ke 2

Maka hutang kereta sahaja sudah Rm 2000.

Tapi kalau kereta “selesa” tak ada, dah kurang komitmen Rm 1500. Tujuan kereta tetap sama untuk bergerak dari 1 tempat 1 tempat yang lain. Yang membezakan adalah “keselesaan”.

Demi keselesaan itu, si isteri/suami mengorbankan kebahagiaan menjaga anak sendiri.

Kes / contoh ini adalah untuk mereka yang rasa “terpaksa” bekerja. Bukan untuk mereka yang memang minat dan enjoy bekerja.

Terpaksa sebab berhutang untuk keselesaan.

Itu yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat kita termasuk saya.

Hidup ini memang indah jika kita bekerja untuk berkhidmat. Bekerja untuk menyediakan keperluan orang lain, tak kisahlah secara makan gaji atau kerja sendiri .

Bukan bekerja untuk menyelesaikan hutang.

Itu yang memberikan kita kebahagiaan bekerja.

Jadi samada makan gaji atau kerja sendiri kedua-duanya adalah penting dalam kitaran hidup sesuatu masyarakat ini.

Yang penting adalah kita buat apa yang kita suka. Bukan terpaksa untuk duit.

Itu matlamat saya sekarang. Apa sahaja yang saya buat adalah untuk “berkhidmat” kepada masyarakat. Menyediakan keperluan hidup orang lain.

Bila bercakap pasal ‘keselesaan’ diri dan keluarga saya lebih consider kebahagiaan. Itu judgement yang saya buat sekarang dalam proses Zero Hutang.

Kerja Sendiri Vs Makan Gaji

Harap semua pembaca dapat tanya diri sendiri apa yang anda inginkan dalam ‘bekerja’

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Hari ini sembang-sembang dengan salah seorang yang istimewa dalam hidup saya. Biasa sembang ngan dia more to inspirasi, cara nak face cabaran dalam hidup.

Dan dia minta saya share pasal life saya di blog ini. Ermmmm.. sebenarnya saya tak faham maksud dia. Apa yang dimaksudkan dengan life saya. Tapi mungkin lebih kepada aktiviti harian macam apa yang saya share dalam blog pertama saya satu ketika dahulu.

Kasehku-Hidupku.

Hidupku Rumahku Terurus

Ermmm.. mungkin. Saya nak kembalikan semangat blogging mengenai personal life. Sebenarnya bila tengok gambar dalam entry lama-lama dulu memang seronok. Kalau nak belek-belek gambar dalam folder memang beribu tapi bila siap ada discription dalam entry lagi-lagi cerita pasal anak-anak memang best.

Masa tu barulah sedar yang anak-anak saya ni dah besar. Terutama Kaseh dan Awatif. Tengok gambar-gambar kebulatan mereka 1 ketika dahulu barulah sedar yang mereka dah “panjang”. (Patutlah orang dulu guna istilah “besar-panjang”.

06012013363

Bulatnya Awatif

20130202_104750

Kakak Kaseh Bulat Kecik

28012012616

Even fasa kehidupan mama pun makin lama makin berubah.

Ada turun naik, kejap lancar, kejap diuji. Tapi saya sangat percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmah. Dengan kata lain setiap apa yang berlaku ada tujuan.

Apa yang saya pegang

“Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia”

“Allah menguji hambaNya kerana Dia menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam setiap ujian”

Kawan baik saya hanya Allah.

Dia Maha mendengar dan kita tak boleh berselindung dari Dia. Kalau dengan orang sedikit sebanyak kita nak tutup silap kita dan aib kita. Tapi dengan Allah, tiada apa yang boleh selindung. Dia tahu. Jika hati ini cuba menafikan “kelemahan” kita tapi tak guna.

Life diteruskan dan cuba di upgrade. Walaupun nampak duniawi tapi matlamatnya tetap akhirat.

Saya bukan bagus tapi cuba jadi bagus. Bukan di mata orang tapi hanya untuk Dia.

Indah

Saya Blogger

Bagus sangat ke produk Shaklee ni?

Kalau dah invest berjuta ringgit untuk RnD produk,

Berkembang pesat sangat kat Canada, China, Jepun, Mexico, Indonesia dan Taiwan

Ada 75 orang saintis sendiri

Macam-macam yang gempak lah, kenapa ia dijual oleh orang kebanyakkan?

Even orang jaga anak kat rumah pun dok jual.

Kenapa tak jual kat farmasi ke, klinik ke ?

Kenapa tak nampak pun duta-duta ke retis-retis yang buat iklan untuk Shaklee ni.

At least dapat ala-ala Qu Puteh – Qu-Puteh baru lah putih.

Terlajak laris ke.

Cantik tak kak Ton.

Ni yang dok cerita pasal Shaklee, entah sapa-sapa. Tak kenal pun.

Yang dok citer pasal Shaklee bagus tu siapa?

Doktor?

Ahli farmasi?

Pemenang Nobel?

Saintis?

Heeee… itu soalan yang bermonolog dalam diri Lynd sendiri sebelum ni. Yelah. Shaklee ni dari mana lah entahnya. Yang Lynd tahu penjual-penjual Shaklee ni dok bersaing sesama sendiri tak pun dengan pengedar jenama-jenama lain.

Aku kata aku bagus, ko kata produk aku bahaya. Tu jelah kejenya.

Maka nak menjawab soalan-soalan diatas tu,

 

Real People Real Result.

Semestinya individu yang menjual Shaklee adalah pengguna Shaklee. Prinsip Shaklee adalah, anda guna, rasai keberkesanannya dan kongsi kebaikan dengan orang lain.

Dan apabila anda berkongsi kebaikan produk Shaklee dan memperkenalkannya dan mengedarkan kepada orang lain, anda patut dibayar. Maka Shaklee akan bayar anda melalui kaedah 3C. Shaklee yang bayar ye bukan hasil dari titik peluh orang lain.

Dari mana Shaklee dapat duit untuk bayar pengedar mereka yang begitu ramai dan ada yang mencecah RM 6 angka setiap seorang?

Tahukan anda?

Duta / Model / Artis / Iklan TV semua itu berbayar?

Untuk menyiarkan iklan di TV menelan belanja ratusan ribu mengikut waktu siaran. Itu baru siaran di TV. Upah artis, tukang camera, lokasi, suntingan itu pun kos.

Dannnnn… paling tak patut, model / duta produk tu pun belum tentu pengguna produk tersebut.

Dengan semua kos tersebut, pembeli akan membayar kos produk + kos iklan dengan bukan real result lagi.

Tapi Shaklee?

Ermmmm.. ginilah bahasa pasarnya.. Dari bayar kos marketing yang tinggi tu, baik bayar “upah” pengguna produk itu sendiri untuk memperkenalkan dan mengedarkan produk Shaklee.

Model / duta itu adalah pengguna itu sendiri yang ada depan mata.

Lagi banyak dia edar, lagi banyak lah upah dia dapat.

Bagaimana cara dia nak edar tu? Terpulang lah. Online ke, jumpa kawan-kawan ke, tunjuk gambar dan cerita kisah kejayaan sendiri ke. Lagi rajin anda kongsi, lagi banyak produk diedarkan lagi banyak upah anda.

Dan ia bukan berhenti disitu.

Kita ajar pulak orang lain berkongsi kisah kejayaan mereka sebagai pengguna Shaklee maka kita akan diberi upah “melatih” / leadership bonus. Shaklee yang bayar ye bukan hasil titik peluh orang yang kita latih tu.

Maka itu merupakan prinsip Shaklee, anda guna, anda kongsi, Shaklee bayar.

Dengan cara ini anda mendapat kesihatan tubuh badan yang baik dan masa yang sama mendapat upah.

Mana lagi baik?

Iklan bombastik guna model yang dah memang cantik, dia yang dapat upah. Tapi anda yang beli guna produk tersebut tak cantik macam duta produk tu pun.

Haaaa… Ini duta Shaklee.

Pasangan Mary dan adik kembar beliau.

Twin Shaklee

Mary adalah pengguna Shaklee tapi adik kembarnya mengamalkan supplemen lain. Dapat bezakan tak yang mana Mary pengguna Shaklee dan yang mana adik kembarnya?

Maka siapa pengguna Shaklee memang secara automatik anda akan menjadi Duta Shaklee.

Jadi diharap penerangan bahasa pasar Lynd dapat menjawab serba sedikit persoalan rakan-rakan sekelian mengenai kaedah marketing Shaklee.

Kalau ada yang mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi Lynd.

Menjadi tanggungjawab Lynd untuk berkongsi apa yang Lynd tahu demi kebaikan semua pihak.

Lynd : 019 – 603 8353

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...