Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Last week blog vitalynd.com ni ada problem, tak boleh nak access so dah settle uapdate untuk Vitalynd Empire maka tiba-tiba terasa lapang. Kalau tak sibuk cari idea nak up entry apa.

Makanya teringat amanat Si Suami minta carikan seluar kerja lama dia dan Adik Ipar pulak nak pinjam lapik dulang hantaran masa saya kawin dulu sebab dia nak guna untuk bertunang bulan depan. Maka jadilah tugasan hari tu menyelongkar stor bawah tangga.

Bila buka pintu stor..

20150812_090901

Macamana nak masuk..????

20150812_090909

Hekkkkkk… Adeh.. nampaknya kerja bertambah sukar. Ni gara-gara masa saya mengandung sampailah saya berpantang stor ni “terbiar”. Main lambak je semua benda.

Makanya sengseng kaki seluar, jom kemas stor.

Hasilnya..

20150814_235645

Fuh.. lega dan lapang.

20150814_235337

Apalah ku nak buat dengan motor letrik tu. Charger rosak so tak leh guna sudahnya jadi tukun. Adeh..

Barang yang dicari pun dijumpai. Mudah sebenarnya nak cari sebab storage box dah lable sebagai “Baju Papa” dan “Hantaran”

Yang jadi lama sebab mengemas tu hah.

So menyingkap kisah transformasi ruang bawah tangga ni, sejak hampir 6 tahun saya dok kat rumah ni.

Bermula sebagai hanya ruang Kosong.

Bawah Tangga 3

Bila dah makin lama tinggal kat rumah ni, barang makin banyak, maka dah jadi tempat sorok barang.

Bawah Tangga 4

Lepas tu terjebak dalam dunia HO ni, mula mencari idea untuk ruang aktiviti anak-anak.

Then bawah tangga ni jadi tempat pertapaan anak-anak.

Bawah Tangga 2

Tak praktikal sangat sebab takder lampu dan kipas. Main kejap je pastu berpeluh.

Tak lama.. dalam setahun lepas tu Suami decide nak menstorkan ruang bawah tangga ni. 

Bawah Tangga

Bulan puasa 2013 kot kerja-kerja DIY ni dilakukan sendiri oleh sang suami. Masa tu bajet Jen I Heart Organizing sangat.

Dan sekarang ia kekallah sebagai stor yang diharap terpelihara dari menjadi ruang lambakan barang. Dari masa ke semasa memang saya suka selongkar dan check barang apa boleh jual kat besi buruk atau pun buang.

Sebabnya kalau banyak sangat barang nanti bila nak cari barang jenuh menyelongkar.

Pembaca semua manfaatkan ruang bawah tangga macamana?

Jong kongsi idea.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. akhirnya.. berjaya Lynd menaipkan kata-kata awal untuk perkongsian dalam Siri What Woman Want by Lynd : Home Organising.

Macam yang Lynd explain disini, Home Organising sangat penting dalam melengkapi siri WWW by Lynd kerana jika kita boleh menguruskan rumah dan aktiviti harian kita secara sistematik kehidupan kita akan lebih mudah, tenang dan teratur.

5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak

Cuba angkat tangan sapa kat sini suka lipat baju?

Dalam banyak-banyak tugasan menguruskan pakaian ahli keluarga dari membasuh, menyidai, melipat, susun dalam almari dan iron baju, semestinya tugasan lipat yang mengambil masa dan “usaha” berpanjangan. Heeee..

Kalau tak lipat ginilah jadinya..

Baju

Dilonggokkan bila nak cari baju. Sapa yang longgok?

Mama… jugak.. Kalau suruh anak-anak cari baju sendiri dalam longgokan begini memang tak jumpa lah.

Ok..ok.. sudah membebel kita kembali macamana nak urus baju anak-anak yang kecik-kecik tu. Baju dewasa pada Lynd xder isu sangat sebab Lynd banyak hanger je baju, just seluar je lipat. Anak-anak Lynd 5 tahun, 3 tahun dan 3 bulan so memang banyak “cebisan” kain yang perlu diuruskan.

Kenapa nak lipat? Hanger je la.

Sebabnya anak-anak Lynd ke nursery so kalau da siap lipat lagi senang untuk ambil masuk dalam bag. Kalau hanger nanti 1 kerja pulak nak lipat baju anak pagi2.

Tugasan menguruskan baju anak bermula dari

Asingkan Basuhan

Asingkan Jemuran

Cara Angkat dari Jemuran

Lipat

Combine

Haaaaa… Nampak cam complicated sangat. Meh sini Lynd terangkan 5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak

Step 1 : Asingkan Basuhan – Maksudnya asingkan dari baju orang dewasa. Macam Lynd banyak kategori, baju harian Kaseh / Awatif, baju Indah (New Born), baju harian mama / papa, baju kerja papa.

Baju Indah asing dari baju kakak2 sebab baju new born tak kotor sangat dan Lynd set mode Speed je. Tak payah normal washing. Letak sabun sikit je. kadang-kadang Lynd basuh pakai tangan je. Baju kerja En Suami pulak wajib asing sebab beliau kerja bengkel so memang comot dengan minyak hitam.

Biasanya kalau hari ni Lynd basuh baju anak-anak esok baru basuh baju kami atau kalau ada space tempat sidai basuh pada hari yang sama. Tapi pastikan setiap basuhan penuh lah dalam 1 load sebab nanti membazir air. Heeee..

STEP 2 : Asingkan Jemuran – Haaaa… Ini penting. Pastikan asingkan sidai baju dan seluar asing-asing baru senang nak angkat. Lynd pernah try sidai baju sepasang-sepasang dekat-dekat tapi bila nak melipat memang ambil masa jugak. Lagi pun cara sidai asing-asing ni lagi cepat sebenarnya tak payah pilih-pilih.

STEP 3 : Angkat Jemuran – Ok ni kena fahamkan betul-betul. Tadi kita dah asingkan tempat sidaikan? Bila nak angkat jemuran, Ambil baju dahulu dan baru angkat seluar. So, baju akan ada dibahagian bawah bakul. Tujuannya? Akan difahami di bahagian melipat nanti.

STEP 5 : Lipat – Tadi kita dah angkat baju dan seluar kat bahagian atas kan? JANGAN TUANG pulak baju tu dari bakul. Habis objektif nanti.

Mula-mula lipat seluar dahulu.

20150810_200528

Asingkan siap-siap pemilik seluar. Seluar pun ada jenis y seluar pendek dan seluar panjang. Kakak da tak banyak seluar pendek sebab katanya malu nak pakai.

Dah habis lipat seluar yang berada di bahagian atas dalam bakul, next lipat baju pulak dengan cara begini.

20150810_202415 20150810_202458

Dah lipat 1 baju tu tak perlulah susun, terus je cari pasangan seluar dari lipatan. Dengan cara ni kita tak perlu buang masa menyelongkar pasangan baju ni dalam longgokan baju, terus je tengok kat lipatan seluar tadi.

Kalau dulu Lynd suka longgok dan terus cari pasangan baju, ambil masa dan bersepah. Dengan cara ni, kalau tiba-tiba ada hal lain nak kena buat kita tak payah masukkan balik kain dalam bakul tu.

STEP 5 : Combine – Let Picture Talk

20150810_202509

20150810_202515

Memang dari dulu Lynd lipat baju gini. Masa kecik-kecik dlu baju kurung pun lipat combine gini sebab senang nak amik.

Dah tu susunlah masuk almari masing2. Sekian sahaja 5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak

Ada tak kes yang baju takder pasangan?

Kesnya tercicir tak basuh sekali, ada yang terselit bawah katil, ada yang membasah kat dalam toilet (situasi sebenar anak suka basahkan baju pastu mama lupa nak amik)

Dulu Lynd simpan dalam almari terus, jadi tak bertemu jodoh sampai kesudah sebab lupa tentang kewujudan baju ni. Lama-lama makin banyak baju takder jodoh sudahnya merungut baju anak hilang la, tak cukuplah. Heee..

Penyelesaiannya Lynd letak dalam bakul sementara camni.


11259101_869671756402822_7429853630413926173_n

Letak lah kat atas almari ke. So bila next time nak lipat baju amik je bakul ni letak kat sebelah, mana tau bertemu jodoh.

Dan bagi mengurangkan kerja-kerja melipat baju, Lynd hangerkan baju jalan dan baju tidur. Termasuk juga baju yang jenis jarang pakai macam baju mandi sebabnya bila nak guna senang cari. Kalau lipat memang lupalah susun kat mana.

11900023_869671726402825_4507955247349401683_n

Bila hanger pun sebenarnya lagi mudah anak-anak nak amik. Just pesan “Kakak baju tidur kat tempat hanger ye”. Kalau lipat dan campur dengan baju harian memang suka hati dorang jelah nak tarik yang mana. Tambah lagi nak amik baju lain sepah baju lain. Bukan anak-anak je, papa dia sekali kalau disuruh pakaikan baju anak-anak memang aci rembat je baju siang pakai malam. Pastu maknya stress sebab baju nak g nursery tak cukup untuk seminggu sebab dah buat pakai malam. Kesudahannya baju tidur tersadai tak pakai. (Situasi sebenar-benarnya)

11012752_869671739736157_3388507914526767701_n

Haaaa.. 1 lagi tips bonus cara mudah lipat baju anak.

Bukan lipat sebenarnya sidai dan simpan.

Gunakan hanger yang macam kat kedai baju tu. Kaedah ni sesuai hanya untuk baju yang nipis macam baju sekolah sebabnya takut belah dalam bahagian getah tu lambat kering.

Cara Mudah Lipat Baju Anak

Sidai je terus kat ampaian macam ni. Dah kering terus angkat.

Cara Mudah Lipat Baju Anak

Boleh juga guna hanger yang macam ni.

Cara Mudah Lipat Baju Anak

Haaaa.. lambak 1 entry. Dari cara lipat baju sampai ke cara hanger baju. Fuhhhhh… lap peluh.. Janji dapat melepaskan apa yang terbuku di dada.

Lynd dah cuba macam-macam cara nak menyenangkan kerja sendiri dan ini cara yang terbaik so far. Pernah juga cuba cara tak payah lipat.. hihihihi.. lambak dan cari sudahnya mak stress.

So overal sebenarnya ibu2 perlu bijak merancang dari awal dalam setiap tugasan supaya urusan end up lebih mudah dan senang.

Ada yang nak senang taknak asingkan baju anak dan baju mak pak, sudahnya end up jenuh cari baju kecik antara baju-baju besar. Mudah awal susah kemudian. Cepat awal lambat kemudian. Maka terpulanglah..

Sooooo.. harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada wanita diluar sana. Back to What Woman Want, Kebahagiaan dan Ketenagan disamping keluarga.

Kalau baju berlonggok camner nak tenang oiiii…

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni Lynd move to Bahagian ke 2 cara mengatasi penat adalah dengan kaedah Home Organising.

Susun Atur Cara Elak Penat

Organization-is-the-foundation

Home Organising ni best sebab ia memudahkan dan menyingkatkan kerja ibu-ibu. So bila rumah kita mempraktikkan Home Organising / susun atur rumah ini kepenatan ibu untuk menguruskan rumah tangga akan dikurangkan.

Sebenarnya Lynd memang suka sangat dengan Home Organising compare dengan Home Decorating. Lynd memang tak pandai menghias rumah dan memang keras tangan tapi bila bab Home Organising ni memang Lynd suka sebab ia memudahkan urusan Lynd seharian.

Apa Beza antara Home Organising dan Home Decorating ?

Home Decorating tu lebih kepada nilai estetik, cantik atau kesesuaian sesuatu perabot atau kelengkapan rumah.

Home Organising lebih kepada fungsi sesuatu ruang / susunan / perabot. Setiap susunan / kedudukan perlukan praktikal dan memudahkan urusan harian kita.

Perbezaan kepada 2 perangai peminat Home Deco dan Home Organising adalah,

Home Deco : Asal kedudukan nampak cantik takper dan biasanya tiada fungsi. Bila nak ambil sesuatu barang dia rela alihkan 1 persatu lepas tu susun balik.

Home Organising : Dia ni akan sekretif mungkin dapatkan susunan paling mudah untuk dia. Paling mudah termasuk dari segi masa dan juga kekemasan. Maksudnya tersusun dan mudah dicapai.

Tetapi bila di bahasa Melayukan ia menjadi “Susunatur” tu orang dah mula konfius. Nak tahu  kompius ke tak bila follow satu group kat facebook Kami Suka Susun Atur. Masa awal-awal penubuhan dahulu admin mengalami kesukaran bila orang post gambar ruang tamu, kitchen kabinet, pasu bunga dan segala jenis hiasan. Rupa-rupanya wujud banyak group home deco so mereka ingat Susun Atur ni adalah sama macam susun atur perabut.

Satu lagi bila home organising ni ia tiada had kepada rumah sewa, dapur kecik, almari buruk, ruang tamu kecik, cat tak cantik, duduk bilik sewa, tinggal dengan family, takder cabinet dapur. Segala masalah disebut itu lah memerlukan Home Organising. Home Organising adalah penyelesaian masalah. So nothing to do with cantik tak cantik. So Home Organising ni adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang “hidup”. Heee.. hidup means tak kisah la kat mana pun, kat rumah, office, kereta dan sebagainya.

Meh sini Lynd tunjuk contoh.

Console Table adalah meja kecil yang diletakkan di sudut-sudut rumah. Console table boleh berfungsi sebagai Home Deco dan juga Home Organising.

Ozark-2-drawer-Console-Table-P80001413

Gambar diatas lebih kepada Home Decorating sebab hampir tiada fungsi selain diletakkan pasu dan balang hiasan.

814248p

Manakala Console table ini menjadi ruang storage. Penyelesaian pada masalah hilang kunci / lupa kunci letak mana adalah dengan hanya meletakkan 1 bekas kunci atas console table maka seisi keluarga akan tahu dimana letaknya kunci. Bakul-bakul dibawah meja boleh dijadikan tempat lost and found / tempat simpan mainan anak-anak atau tempat letak stokin yang belum dipakai. So bila nak keluar rumah tak perlu ke almari dalam bilik. Tak ke memudahkan urusan hari tu.

Faham tak?

So that why Lynd cakap Home Organising adalah penyelesaian kepada masalah ibu yang tengah penat. Siapa pernah masa tengah masak, si suami bertanya “Sayang, mana stokin I? Kat atas ke? Tolong ambilkan boleh?” Tak ke penat tu. Kalau kita kemas dan terus letak dalam bakul console table kan lebih senang. Tapi stokin belum pakai sahaja ye jangan stokin dah pakai.

So Home Organising ni perlukan perancangan dan idea. Once dah dapat cara memang memudahkan urusan ibu-ibu sekelian.

Home Organising bukan terhad pada susun atur dalam rumah sahaja, ia termasuk menguruskan perbelanjaan, aktiviti anak-anak dan perancangan menu memasak.

So memang Lynd tegaskan sangat-sangat yang Home Organising memang penting untuk ibu yang ingin tahu cara elak penat menguruskan rumah tangga.

Mana nak rujuk dan dapat idea home organising ni?

Dulu Lynd ada kongsi di blog lama Lynd

Kasehku-Hidupku

Hidupku Rumahku Teratur

Dan boleh refer kat bloglist untuk blog antarabangsa dan local. Lynd banyak refer kat blog omputih sebab masa tu blog local tak banyak yang nak share pasal susun atur ni. Dorang siap buat challenge lagi kat blog. Ada tema antara blogger-blogger. Memang best.. kadang-kadang rasa macam nak kemas rumah time2 tu jugak.

Dan Lynd plan nak share mengenai Home Organizing di Vitalynd.com ini dibawah lable What Woman Want : Home Organizing.

Setuju tak?

Tak setuju pun Lynd nak share jugak sebab itu passion Lynd dan harap sangat perkongsian Lynd dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ibu-ibu luar sana.

or-have-the-room-to-store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...