SEBALIK VITALYND EMPIRE
—————————

Assalamualaikum..

Hari ni Lynd excited sangat nak share pasal nama Vitalynd Empire ni.

Ok. Kepada sesiapa yang serius nak bisnes Shaklee memang digalakkan.. Ermmm.. “Diwajibkan” membina Empire / Nama kumpulan.

Barulah lebih mudah kita mentadbir bisnes kitakan.

Pengedar Shaklee ramai jadi kita perlu letakkan identiti pada perniagaan kita.

Dan tak semua pengedar shaklee komited. Ramai yang join atas sebab trend. Jadi nak kenal yang komited melalui nama kumpulan mereka dan Vitalynd adalah salah 1 nya.

Ok.. berbalik pada Vitalynd Empire.

Nama Vitalynd tu dicadangkan oleh upline Lynd. Kombinasi antara Vitamin + Lynd.

Tapi serius Lynd suka kembang semangkuk lah bila dapat nama tu. Yelah.. nama kita tertulis gah kan sebagai sebuah kedai.

Maka tertubuh lah www.vitalynd.com
Blog bisnes Lynd.
Masa tu memang bangga lah.
Cuba korang bayangkan nama korang sebagai sebuah website.
Hahahah.. Tipu lah kalau korang tak seronok.

Then..
Dok pikir pulak nama group Lynd. Masa tu konon nak letak ReLynd Empire.
Kombinasi antara nama suami Redo + Lynd.
Suuwitttt sangat

Tapi sebab sakit hati dan kecewa dia bukak bengkel tak letak pun nama kita. Redoz Motorsports Autoservice

Frust tau..
Kita konon nak suwit. Dia balas dengan kemasaman.
ReLynd Motorsport Autoservice..
Tak ke suwit tu..
(Jauh dilubuk hati rasa gak nama tu agak manja untuk sebuah bengkel kereta)
Ahhhhh.. Tak kira.. Sakit ati juga.

Maka tertubuhlah..
Vitalynd Empire..
Sebuah kumpulan yang menjadi tempat berkumpulnya orang-orang yang ingin berjaya.

Lynd anggap ahli yang berdaftar dengan Vitalynd Empire ini sebagai amanah dan tanggungjawab Lynd.
Memberikan konsultansi kesihatan dan latihan untuk menjalankan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah..
Ahli semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Tapi Lynd perasan tiap kali Lynd nak taip nama Vitalynd kat google.. Mesti akan keluar perkataan “Vital”

So last week Lynd hilang focus kejap.. Search maksud perkataan “Vital”.

Wahhh.. terharu.. bergenang air mata Lynd.
Maksud Vital tu sangat kena dengan Lynd dan macam satu doa pulak.

Vital = Lively, energetic

Dan yang buat lagi best.. Masa zaman mrsm dulu cikgu pernah suruh cari 1 perkataan yang menggambarkan diri kita dan bermula dengan huruf yang sama dengan nama kita.

So..
Buka kamus..
Jumpa perkataan Lively.. So Lynd gunalah nama “LiveLy Lynd” bertahun jugak la sebagai fb name. Iya sebab nak bisnes punya pasal tukar letak nama sebab untuk personal branding.

Masa keremajaan kan suka buat signature pelik2.. konon2 trademark even pernah guna nama “Lively_best” as my email adress.

Wahhhhhh.. panjang pulak cerita pasal Lively ni.

Tapi apa2 pun ai is suka..
Rasa macam Allah turunkan ilham nama Vitalynd tu mmg special setepek untuk Lynd ja.
Walaupun bukan Lynd yang come out with that name kan.

Semoga Allah sentiasa limpahkan semangat dan tenaga yang membuak-buak kepada ahli dibawah Vitalynd Empire

Syukur sangat

Lynd akan jalankan tanggungjawab Lynd kepada ahli Vitalynd Empire dengan penuh semangat dan bertenaga.

Pesanan khidmat masyarakat :

1. Nak join Vitalynd Empire kena fikir siap2 nama Empayar atau Legasi anda. Kita bincang sama2 pun boleh.

2. Kena berjiwa besar dan kita akan sama2 saling beri semangat nak bina empayar masing-masing.

3. Once dah join.. jangan salahkan Lynd jika anda sentiasa dihantui keterujaan Lynd

­čĄö­čĄö Terpikir.. kalau letak nama Relynd Empire dulu ni agak2 keje bersuwit dengan suami ja la kot. Asyik beranak ja la keje. Beranak anak Shaklee takpa juga.

Merapu dah.. Ok bai..

#VitalyndEmpire
#JomFikirNamaEmpayarAnda


Berminat menyertai Vitalynd Empire?

Daftar Ahli Shaklee Bersama Vitalynd

Ingin mempunyai empayar dengan nama sendiri?

Website / Blog dengan nama sendiri?

Daftar Ahli Shaklee bermasa Vitalynd Empire.

Lynd akan ajar dan sama-sama bekerja membesarkan empayar masing-masing.

Assalamualaikum.

Alhamdilillah.

Setiap kurniaan Allah.

1001 kesyukuran dan tidak terhitung kasih sayang Allah pada kita.

Ok. Topik hot malam ni. Fresh dari ladang.

Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mengenai kemenangan Fattah Amin Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Mama Lynd fans Fattah Amin ke?

Hahaha.. tak ngaku nanti kata tipu pulakkan. Tapi i just love his journey.

Ok. Taknak ulas pasal dia punya personal lah kan sebab itu semua kerja fan fanatik dia. Tapi Mama Lynd tertarik dengan perjalanan dan semangat dia.

Dan dia mengamalkan teknik NLP atau boleh dikatakan sebagai Law of Attraction.

Bermula dengan kisah buku dia yang kena “kutuk” 1 Malaysia dulu. Mama Lynd tak beli pun tapi base on apa yang dikongsikan di media sosial, Mama Lynd perasan apa yang tertulis itu adalah “self talk” seseorang kepada diri sendiri.

Ok. Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya dalam diri masing-masing ni ada 1 suara yang selalu menemani dan pujuk kita.

Dan suara itu lah yang akan menjadi masa depan kita.

Cuba perhatikan..

Bila kita melihat orang lain ada kemewahan. Apa yang kita fikir? Suara apa yang berbisik?

“Nak menunjuk lah tu”

“Orang lain pun ada tapi takder lah berlebih-lebih macam tu”

“Peghhh.. 1 hari nanti aku mesti jadi macam dia”

Tanya diri sejujurnya.. apa yang kita rasa bila orang lain ada sesuatu yang kita inginkan.

Tidak bermaksud bila kita tak dapat apa yang orang lain ada.. Kita boleh membenci mereka. Jika kita mahu apa yang mereka ada maka kita perlu belajar menerima dan menyukai mereka.

Kerana itulah hukum Allah. Kita akan menarik sesuatu yang kita suka.

“Alah.. dah benda tu betul dan itu yang aku fikir nak buat macamana?”

Minda kita ni ni boleh dilatih untuk menyukai sesuatu. Memang pada awal-awal nampak macam poyo ja tiba2 nak paksa diri untuk fikir yang baik2 ja. Tapi lama kelamaan kita akan sudah biasa untuk tidak memikirkan sesuatu yang tidak penting atau berfikiran positif untuk setiap apa yang kita lihat.

Back to Fattah Amin, kata-kata dalam buku dia tu merupakan bisikan hati atau suara memujuk dalam hati dia yang dia cuba kongsikan.

Kita tak perlu pun ambil semua tapi kita cuba berfikiran begitu pada diri sendiri.

Bila MamaLynd tengok ahli Shaklee lain dapat 6 Star treatment tahun ni untuk yang layak pergi Jepun, saya rasa “Tahun depan aku layak gi holiday yang Shaklee belanja.”

Kelakarkan? Tahun ni baru nak merangkak tahun depan dah dapat gi trip?

Kelakar kalau ko bagitau orang yang tak tahu peluang yang ada dalam Shaklee tapi support bagi yang tahu.

So latih diri untuk bisikkan sesuatu yang baik kepada diri sendiri.

Macam Fattah Amin buat tu. Tapi tak.perlulah nak terbit buku tapi cukup lah kita tulis dalam diari kita.

Sebab kemenangan Fattah Amin tu maka Mama Lynd saja lah stalk Ig dia. So hadap lah Igs Fattah Amin ni dan Lynd perasan 1 benda. Gambar ni.

Kalau tak silap Mama Lynd ini hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang anugerah artis paling popular kan?

Dia bergambar dengan kereta yang “bakal” dimenangi. Tak menang lagi. Tapi ambil feel dulu.

Nampak tak?

Kita boleh apply benda tu dalam hidup kita. Masa Mama Lynd join IMKK dulu memang DAO ajar teknik “shopping impian”.

Kita keluar dan ambil gambar dengan impian kita. Selalu tengok impian kita tu. InsyaAllah.. impian itu 1 step closer to us.

So. Tak salah meminati artis ini tapi cuba arahkan minat tu ke arah kebaikan.

Even program Maharaja Lawak Mega tu pun menjadi inspirasi Lynd dalam bisnes Shaklee.

Nak tau?

InsyaAllah next entry Mama Lynd kongsikan ye.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Mudahnya Blog Sebagai Medium Pemasaran

Hari ni Lynd tukar rutin sikit. Biasa Lynd buat kerja menggunakan handphone sahaja tapi hari ni Lynd nak amik feel buat kerja kat office suami.

Saja ja nak guna desktop. Feel profesional sangat bila guna desktop ni kan.

Beginilah cara Lynd menjalankan perniagaan bersama Shaklee.

Most of time Lynd guna handphone sahaja.

Ambil gambar product, editing dan posting.

So tak perlu nak hire profesional photographer dan editing pun telah diajar menggunakan apps di handphone. So takder alasan untuk keluarkan modal untuk tools marketing.

Mostly guna facebook dan Ig memang lagi mudah dan pantas guna handphone.

Tapi..

MALU KAWAN-KAWAN TAHU JUAL SHAKLEE
————————————

Tak payah nak gelak sangat MamaLynd.

Hang dulu pun macam tu.

Masa mula-mula nak update kat FB yang Puan Linda seorang Process Engineer di sebuah public listed company ni nak jual supplement Shaklee.

Perasaan masa tu rasa macam ada tembok besar kat depan muka.

Nak update tu macam nak kena pecahkan tembok tu.

Belum lagi kawan2 kat opis perli2 main2.
Buat tak tau ja.

Tu kat fb.

Tapi sebenarnya ada cara lain nak buat marketing tanpa perlu update kat fb.

Iaitu blog.
Kita hanya perlu siapkan blog dimana kosnya PERCUMA.

Belajar sikit2 cara menulis di blog dan rajin update.

So dari mana kita dapat customer?

Dari google la.
Masih ramai lagi orang diluar sana yang gunakan google untuk dapat info.
Ehhh.. memang pun kan.
Dari mana lagi kalau bukan google.

So bila orang buat carian dari situ lah dia jumpa blog kita.

Blog ni macam kedai kita lah.
Dan pelanggan boleh datang dari sesiapa sahaja yang kita tak kenal.

So ini adalah option lain untuk orang yang nak berniaga tapi malu nak post kat fb.

Tapi bila dah nampak hasil yang Shaklee kasi memang lepas tu dah xmalu dah.
Malah lagi banyak channel kita nak guna.

Tak tahu buat blog?

Jangan risau.
Berbekalkan pengalaman dan kelas-kelas yang Lynd pernah attend, Lynd akan ajar untuk semua yang mendaftar dengan Vitalynd Empire.

Dengan syarat rajin dan jangan banyak alasan.

Kalau yang..
Nak update kat fb malu.. nanti kawan1 perli..
Nak tulis blog.. saya tak pandai menulis..
Nak update kat ig.. pakai data kuat kalau ig..
Nal suruh gi buka booth.. nanti anak xdak orang jaga

Kalau yang gitu MamaLynd xleh tolong.

Dimana ada kemahuan.. Disitu ada jalan..

 

TIPS MEMASAK DISAMPING ANAK KECIL
————————————-

1 benda kena pegang kuat-kuat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
REDHA.?
.
(Tapi jangan pegang suami saya walaupun suami saya Redo Ridho sy srg ja bleh pegang)?

Fasa pertama sy nk masak sy cuba tidurkan cik Indah dulu.
Biasa dalam kol 11 gitu time Indah nap.

Tapi kalau dia tidur awal ka, terjaga awal ka time ni lah mama kena redha.

20160829_104735

Tak nak kasi dia pegang kaki memang kena buat dia sibuk.
Salah satu benda y buat dia sibuk adalah biar ja dia masuk dalam almari beras, sepahkan besen-besen sambil tuang bawang dalam tu.

tip-memasak-disamping-anak-kecil

So redha je la kalau kena kemas semua tu lepas masak.

Kalau taknak kemas pun kena redha je la tengok benda2 tu berterabur kt lantai.

Lynd ada baca 2-3 lepas,
“being a mom you cannot be perfect to live in a happy life”

Maksudnya..
Bila Lynd nak pastikan Lynd dapat masak untuk suami dan anak-anak but at the same time Lynd nak rumah kemas dan cantik.
To make this happen, kita akan penat dan stress. Mana nak kutip.. mana nak masak.. jadi mangsa anak lah jugak kena bebel.. kena “jangan” itu ini.

Serius dulu Lynd “cuba” untuk ?.
Tapi bila tengok muka anak-anak ternganga tengok tv xlayan mama ajak main geletek2 sbb merajuk mama bebel buat Lynd jadi makin stress.

Mama.. redha dengan 1 matlamat masak vs kemas
Kena salah 1 ja.

Bonus En Pomen pun redha ja jugak.
Janji dapat wassap “Pa.. Nasi da masak” itu dah cukup membahagiakan cik Lynd. Hehehe..

Soooo.. Apa-apa pun redha ok.
We cannot be perfect but we can be happy.

Harap TIPS MEMASAK DISAMPING ANAK KECIL Cik Lynd ni dapat membantu serba sedikit ibu-ibu diluar sana untuk memudahkan urusan memasak. Ambil masa sebenarnya nak didik hati untuk redha tapi tak per. Perlahan-lahan nanti kita akan dapat rasai kebahagiaan itu.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Salam Isnin.. Macamana hari anda hari ni?

Cik Lynd hari ni super excited sebab masak special menu dan juga make over family area sikit.

Entry ni special nak cerita apa yang Cik Lynd masak hari ni. Dari malam tadi lagi dah susun segala bagai menu yang akan disediakan.

Apa yang kecoh sangat Cik Lynd?

Hahahaha.. Alkisahnya since dah pindah ke penempatan baru ni agak sukar nak dapat sayur-sayur kampung kat sini. Tak tahulah kenapa sedangkan jarak tak sampai 10km pun dari tempat dulu. So dalam seminggu 2 ni memang asyik teringat dah lama tak makan pucuk meranti.

Ahad lepas singgah pasar Meru. Ya Allah rambang mata tengok sayur-sayur kampung yang segar dan murah. 3 ikat 5ringgit. So Cik Lynd rembat pucuk meranti 2 ikat dan pucuk ketereh 1 ikat.

Sebab dah ada pucuk ketereh yang fresh dan muda tu maka kena lah ada budukan. Setelah sekian lama Cik Lynd dan budu perang dingin maka kami istihar genjatan senjata. Mau tak hangin ngan budu ni kalau dok kat dapur tu nampak macam melambai-lambai ja ajak makan nasi. Kalau dah makan mesti takdernya sikit-sikit mesti bertambah. So setelah sekian lama budu tidak dibenarkan masuk ke rumah akhirnya kali ini Cik Budu dijemput hadir.

Dah cukup meraban pasal budu.

So pagi Isnin tu kol 10 dah start masuk dapur dah bila Cik Indah tidur. Tak sempat dah nak menyapu dulu ka apa ka memang terus tuju ke fridge.

20160829_101945

Ini lah rupa pucuk meranti itu.

Tengah dok potong sayur tu Cik Indah bangun makan jadi assistant lah dia.

20160829_104736

Asal dia diam takperlah. Susah jugak kalau tak kasi nanti dia dok pegang kaki lagi susah nak bergerak.

Ketung ketang kol 11 lebih dah siap hidang. Peghhhh.. tak sabar nak makan pulak tapi nak kena tunggu The Kakaks balik sekolah dulu.

20160829_113537

Ikan kembung tu ada yang goreng ada yang bakar tanpa garam dan kunyi. Memang nikmat dunia lah. Syukurrrrrrr… menu tak seberapa ni memberi kenikmatan yang tak terhingga.

Belum pun santap makan tengahari kaseh nampak jagung tin, maka dia minta pulak bubur kacang hijau + jagung.

20160829_140105

Dah.. berbubur pulak petang tu. Nasibaik santan beli lebih so tak payah gi kedai dah. Kaseh makan beria sampai dia lupa nak tinggalkan untuk papa dia. Hahaha..

Settle hal menu hari ni dengan cemerlangnya. Esok dah mula balik pening tak tau nak masak apa.

Seronok sangat bila dapat sediakan makan minum anak-anak sendiri. Paling best dapat lunch dan hidangkan makanan sendiri untuk keluarga.

Ini adalah salah 1 kehidupan impian Lynd. Dan banyak lagi Impian yang sedang dikejar dan dipermudahkan dengan Shaklee.

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Wahhhh.. semangat berbelog sudah kembali lagi..

Kipidap Cik Lynd..

Life as Work At Home Mom

Ermmm.. Lynd tak nak compare surirumah vs wanita bekerjaya ka apa. Apa pun pilihan kita semstinya terbaik untuk diri dan yang tersayang.

Hampir 1 tahun Lynd berhenti bertugas sebagai jurutera. Dan Lynd masih lagi ermmm.. bukanlah menyesuaikan diri tetapi masih lagi melakukan improvement dalam kehidupan Lynd.

Setiap hari mencari ruang untuk melakukan yang lebih baik sebagai Hamba Allah, Isteri, Ibu, Anak dan masyarakat.

Rutin harian Lynd bermula dengan menghantar anak-anak gi sekolah. Kaseh dan Awatif start sesi tadika pada pukul 8.20 pagi dengan assembly so Lynd hantar dalam kol 8 lebih la.

Tadika Dzul Iman jarak dalam 5 minit dari rumah, kadang-kadang tu angkut Cik Indah sekali kalau dia dah bangun and mood kakak-kakak cinta hati tu suruh bawak adik dia sekali.

WAHM

Ni berenti tepi tasik jap “tengok’ orang beriadah. Tengok ja sebab ada budak kecik tak mandi lagi ni dok melekat ja. Obettt nak? Orang ajak selpie tak nak senyum.

Balik dari hantar anak tu, mandikan Indah and sapu sampah sikit-sikit sementara tunggu papa siap mandi.

Rutin kami pagi sebelum bukak bengkel kami akan keluar sarapan sama-sama. Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak hala ke mana dah bersarapan.

Tapi macam hari ni ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebab nak renew lesen Redoz Motorsport Autoservice. Sarapan mee kari pekat likat hari ni.

Kadang-kadang ikut papa keluar macam gi spare part ka buat teman sembang papa plus mama saja ja la nak merayap.

Sampai rumah dah ngam-ngam amik budak balik tadika. Terus merayap ke Tesco. Tujuannya nak cari tempat po-po Siti and Situ, Yang kat Wondercat tu mahal sangat pulak tapi memandangkan sebab xdak juga, makanya memang kena rambat yang kat sanalah. Tak lalu dah Cik Lynd nak mencedok hari-hari.

Balik tu melepak lah dengan anak-anak.

WAHM 2

Life with 1 year old kid. (Almost 1 year)

Sabar ja la. Kadang-kadang biarkan aje.. malas nak layan perasaan mendidih tu budak buat sepah.

Masak?

Takder la tia hari sebab tengok la kalau tak ikut papa keluar masak lak kalau tak macam hari ni bungkus subway ja untuk papa kat tesco tadi.

Malam lagi lah jarang masak. Ermmm.. boring jugak makan kat rumah ja.. hahaha.. i know my husband..

Lepas maghrib ja kami 5 beranak ni mula la melilau cari tempat makan.

Malam ni sume tido awal termasuk lah En Suami tercinta. So mama masuk SOHO awal malam ni.

And tadi Lynd ada sesi bimbingan breastfeeding untuk pelanggan Set Berpantang Shaklee. Memang Lynd dah niat untuk pelanggan Lynd akan guide mengenai breastfeeding jika mereka memerlukan bantuan.

Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah.. Happy sangat dengan life sekarang dan proses improve diri setiap hari membuat Lynd sentiasa excited untuk mejalani kehidupan.

Alhamdulillah sangat sebab Allah sentiasa berikan kebahagian kepada Lynd dan keluarga.

Life as Work At Home Mom


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 ÔÇô 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Sambutan Hari Ibu Dan Tips Mengajar Anak Solat

mothersday_MainBanner2016

Assalamualaikum.

Hari ni ramai yang update di facebook ucapan Selamat Hari Ibu. Seronok tengok dan macam-macam sambutan.

Lynd memang tak celebrate and tak wish pun. Hehehhe.. Hari-hari hari ibu.

Tapi dalam banyak-banyak yang ni macam buat Lynd tersentuh.

Wardina

So true.. banyak sangat lagi kelemahan saya sebagai ibu kepada anak-anak.

Kelemahan saya melayan kerenah mereka dan juga kelemahan saya dalam mendidik mereka. Risau saya.. jika saya gagal menerapkan keutamaan solat dalam anak-anak saya.

Ya Allah saya nak sangat pastikan anak-anak saya sudah cukup solatnya di usia  tahun.

Ya Allah, sedangkan Lynd masih masih merangkak dalam menyempurnakan solat dalam waktu yang sama Lynd nak pastikan anak-anak Lynd menjadi insan yang menjaga solat dari kecik lagi.

Doa tetapkan solat

Kalau diikutkan semua ibu bapa inginkan anak mereka menjadi insan yang baik.

Lynd baru baca 1 buku “Bertanya Allah Dahulu” menyatakan kita perlu berdoa secara spesifik dan Lynd sedang belajar mempraktiskannya.

Termasuk juga dalam mendoakan anak-anak Lynd yang menjadi insan yang terpelihara solatnya kerana solat yang menjadi perisai untuk anak-anak Lynd.

Dan memang Lynd cuba untuk jadikan hari ibu ini sebagai hari untuk memuhasabah diri Lynd untuk menjadi ibu yang memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan dari segi material sahaja tetapi dari segi rohaninya kerana Lynd nak kami sekeluarga berada di syurga bersama-sama  kelak.

Antara bacaan yang bagus dalam mendidik anak-anak solat.

Tips Mengajar Anak Solat

Dr Hj Tengku Asmawi

Sirap Limau

Lynd mempunyai impian untuk membawa anak-anak ke Makkah untuk menunaikan umrah tahun ni.

“Ya Allah, Tunaikanlah Impian ku untuk menunaikan umrah sekeluarga pada November 2016 nanti”

Jadi sebagai persediaan Lynd kena make sure at least Kaseh yang dah nak masuk 7 tahun dah 2017 nanti supaya dah pandai solat dan menghayati solat itu sendiri.

Lynd memang teraspirasi dengan Sis Amrina bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau Lisa dan Hana dalam mendirikan solat.

Ya Allah.. aku diberi peluang untuk mendidik anak-anak ku dengan sendiri, kenapa harus aku bazirkan peluang ni?

Dan sebenarnya kerana mereka lah aku “perlu” jadi baik supaya mereka tidak jadi seperti aku.

Kepada anak-anak mama, mama akan cuba menjadi Mama yang lebih baik untuk kamu.

Didik Anak Solat


Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)

Contact No : 019 ÔÇô 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Facebook Personal : Haslinda Lynd

Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Assalamualaikum.

Alhamdullillah.. Cik Indah ku dah berusia lebih 5 bulan.

Perkembangan Bayi 5 Bulan Bernama Cik Indah

Tak lama je lagi Cik Indah dah nak mula solid food.

Alhamdulillah sangat. Dia seorang budak yang sangat senang dijaga.

Indah Bayi 5 Bulan

Disukai oleh semua orang.

Orang kata dia comel dan baik… Alhamdulillah..
Kadang-kadang terfikir kalau semua anak macam Cik Indah ni sanggup beranak lagi 3 orang.

Hahahahah… bersabar la Cik Lynd oiiii..

Apa yang mudahnya Cik Indah ni ?

Perkembangan Bayi 5 Bulan

Dia tak banyak kerenah dan dia jarang menangis tanpa sebab maksudnya menangis minta didodoi ke.

Biasa kalau dia nangis pun sebab po-po, lapar, mengantuk atau nak sendawa.
And actually dia bukan menangis pun.. dia mengeluarkan bunyi.. Heeeee… What Ever terms lah.. Interaksi ibu dan anak memang kami je yang faham.

Plus.. since awal bulan hari tu lepas seminggu Cik Indah dirawat kat rumah sebab selsema dan batuk, dengan suspennya saya minta kebenaran Mr Papa untuk menjaga Cik Indah sendiri kat rumah sepenuhnya dan proposal diluluskan. (InsyaAllah.. next entry kenapa kami masih menghantar Cik Indah ke nursery)

Walaupun menjaga bayi 5 bulan kat rumah saya masih meneruskan bisnes online saya ini dengan lancar and even masih boleh menguruskan rumah tangga yang lain sebabnya Cik Indah ni kuat tido.

Dia ada rutin. Kalau bangun kol 7 tu, sengeh2 dan main-main ngan kakak-kakak. Dalam kol 9 lepas kakak-kakak dah pegi sekolah dia sambung tido balik, kadang-kadang tak sempat mandikan pun.

Then kol 11-12 pagi dia bangun, mandi dan sengeh dalam kol 1 tido lagi dan begitulah dia. Time tido memang dibiar aje meniarap sendiri dan tido.

Then yang paling best, Cik Indah ni sangat mesra Car Seat. Mama masih bebas kemana-mana walaupun ada baby. Paling jauh Cik Indah dok dalam car seat masa gi HQ Shaklee kat Pinnacle Tower, Sunway.

Posisi kegemaran tido dia adalah meniarap.

20151008_071844

Haaaa.. dia da pandai meniarap dan 2-3 hari ni dah start guling-guling. So tilam / toto kecik tu memang dah tak muat.

Memang suka masuk jari dalam mulut. Kadang2 2 belah tangan. Heeee.. What Everlah Cik Indah.

Sekarang ni mama da start buat research mengenai solid food. Sebab tak lama lagi Cik Indah dah boleh makan. Wahhhh.. excited lah jugak sebab 1st time Indah start solid food dengan mama berstatus WAHM.

Kalau dulu, Kakak Kaseh dan Kakak Awatif mama memang bekalkan homemade baby’s food. (Kat sini ada cerita solid food mereka)

Cik Indah lagilah mama akan berikan yang terbaik juga.

20151017_094050

Selamat Ulang Bulan Yang Ke 5 Cik Indah

Assalamualaikum.

Hampir 3 bulan bergelar work at home mom (WAHM), apa yang saya rasa…

Nak tau ?

Nak Tau?

Nak tau?

Rasanya…. SERONOK..!!!!

Tak payah terkejar-kejar masa waktu pagi, stress dengan orang, melayan “cerita orang”, dan macam-macam mensemakkan kepala.

Heeeee… Serius best…

Dulu.. Lynd selalu kenapa perlu kerja?

Lagi-lagi kerja yang kita tak suka.. yang kita tak suka apatah lagi kerja itu “menyakitkan”.

Sebab DUIT.

Takder ke benda yang kita leh dapat yang kita suka dan mendatangkan duit?

Contoh… penjual nasi lemak pada waktu pagi..

Seronok ke dorang bangun awal-awal pagi siapkan barang jualan dan lepas tu keluar berniaga.. dan lepas tu dapat duit..

Work at home mom

Heeee… viral hari ni.

Back to KERJA.

Kenapa kerja?

Jika matlamatnya hanyalah duit maka timbullah segala kelemauan yang BEKERJA.

Tipulah kalau sapa kerja taknak duitkan. Semua orang nak duit.

Tapi kita semua ni hidup.. we are alive..

Kita nak lalui hidup ini dengan seronok dan bahagia. Alangkah bahagianya jika kerja yang kita buat setiap hari semestinya menyeronokkan.

Walaupun apa kerja kita samada keje 8-5, bekerja sendiri atau apa sahaja semestinya 8-10 jam waktu kerja kita itu kita nak lalui dengan seronok.

Seronok pergi kerja, balik rumah keluarga yang membahagiakan dan hujung bulan dapat gaji dan berbelanja untuk kehidupan dengan selesanya.

Itu yang diingini WALAUAPA pun kerja anda.

So adakah kerja anda sekarang menawarkan kehidupan sebegitu?

Jika tidak, anda ada beberapa cara ke arah kehidupan yang menyeronokkan..

  1. Cari sisi seronok kerja anda
  2. Jadikan kerja anda seronok
  3. Cari kerja lain
  4. Jana duit dari apa yang anda suka buat.

Kita tak boleh kata yang kerja sendiri ni adalah yang terbaik sebab kehidupan kita ini masih perlukan pekerja. Jika semua orang nak jadi nelayan siapa nak tanam padi?

Lebih kurang gitulah semua PEKERJAAN saling berkait.

Next..

Pekerjaan Yang Memberi Manfaat

Walau apaaaaaaaaaa pun kerja anda, cari sisi yang memberi manfaat kepada orang lain pada pekerjaan anda itu.

Contoh kepada penjual nasi lemak tadi. Jika semua orang tak berniaga nasi lemak, jika kita nak makan nasi lemak kita terpaksa masak sendiri.

Beb… sapa yang tegar nak masak nasi semangkuk untuk makan sendiri setiap hari.

Maka penjual nasi lemak itu bekerja memberi manfaat kepada orang lain dengan menyediakan sarapan nasi lemak.

Contoh lain, jika anda seorang technician yang ditugaskan untuk membetulkan mesin yang rosak di sebuah kilang. Apa manfaat kerja anda pada orang lain? Sebabnya bila mesin rosak seronok je operator melepak tak perlu jalankan mesin. Siap kena perli lagi bila kita siapkan mesin dalam masa yang cepat. Sebab mereka kena kembali jalankan mesin…. Itu fikir pendek..

Fikir panjang.. mesin rosak.. kita tak dapat betulkan.. mesin tak jalan (Operator seronok).. tiada output dari mesin.. tak dapat supply kepada pelanggan.. pelanggan  tak happy.. no bisnes.. tiada duit masuk.. nak bayar gaji anda dan operator tu dengan apa?

Soooo… walau apa pun kerja anda.. cari sisi manfaat kerja anda kepada orang lain.

OFF TO WORK

Kerja..

Idea ni saya dapat lepas saya stalk IG retis-retis.. Melihat kehidupan mereka penuh glamer. Jumpa orang sana sini, having fun, nyanyi-nyanyi dan macam-macam lagi. Berbisik “Seronoknya life dorang”

Then… ada juga hari-hari tertentu artis-artis ni buat caption

“Off to work”.

Then saya terfikir.. “mereka bekerja”. Yes.. mereka bekerja dimana yang kita tak suka dengan perkataan “Pergi Kerja”.

Maka sel otak ni terus berhubung dan berfikir kenapa kita kerja. Kita nampak life artis ni menyeronokkan dan hakikatnya┬álife yang mereka paparkan itu adalah ‘”pekerjaan” mereka.

Dengan kata lain pekerjaan mereka itu menyeronokkan.

Takkan jadi artis je hanya pekerjaan yang menyeronokkan.

Takkan takder kerja lain yang menyeronokkan?

Sooooooooo… itu yang menjadi tugas kita semua ni :

Mencari keseronokkan dalam kerja kita

@

Mencari pekerjaan yang menyeronokkan.

Apa yang menyeronokkan?

Tanyalah diri sendiri. Apa yang anda suka?

Just do it..

Dan jana DUIT darinya.

Work At Home Mom

images

Berstatus bekerja dari rumah.

Diulang ye… BEKERJA..

Mean WAHM juga kena bekerja. Cuma waktu kerja kami flexible.

Dan kerja yang nak dikerjakan pun pelbagai dan mempunyai ruang untuk seronok sebab apa yang dikerjakan itu adalah pilihan kita.

Yes… Entry ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri.

Sebab dari dulu Lynd selalu terfikir kenapa kena kerja selain sebab duit.

Makin lama makin Lynd jumpa jawapanya.

Semua orang perlu kerja untuk hidup. Tapi kita ada hak untuk bekerja dengan gembira kerana kerja juga sebahagian dari hidup kita. Maka jadikan kerja kita itu membahagiakan dan menjadi alat untuk kita mengumpul pahala.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tahun 1437 Hijrah  tahun baru menjengah.

Mungkin ramai yang macam tak aware sangat pasal tahun baru islam ini dan mungkin tak “glamer” sangat untuk azam baru.

Tapi personally pada Lynd, tak kisah bila pun kita patut berazam atau lebih tepat “berhijrah”.

Berhijrah kepada yang lebih baik.

Untuk Lynd hijrah tahun ini lebih bermakna kerana sememangnya Lynd benar-benar berhijrah.

InsyaAllah dalam bulan ni Lynd akan berpindah ke rumah baru. Mungkin ada yang kata ‘down grade” kehidupan tetapi ia lebih kepad “restructured” kehidupan.

Restructured yang membawa kami lebih dekat dengan impian-impian kami.

2x Lynd join Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) Doctor Azizan Osman, beliau menekankan untuk kita menyenaraikan 101 Impian kita.

Selepas 1st time buat dahulu Lynd pernah buat then lupa save kat mana. So sempena tahun baru ini Lynd dalam proses menyediakan senarai baru impian Lynd.

Orang kata bermimpi ni senang, tapi cuba senaraikan.
Haaaa.. dapat 30 pun dah kira banyak. Siapa kata bermimpi tu mudah?

Cer buat 101 Senarai Impian anda.
Dream-IT-Wish-It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...