Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur atas segala kekuatan yang Allah berikan.

Pagi tadi Lynd gi lepak dekat rumah mertua. Saja ja walaupun hari–hari jumpa tapi Lynd masih suka duduk saja2 kat rumah mertua.

So tadi sembang pasal perihal anak-anak.

Pelajaran Vs Adab anak-anak.

Mana yang lebih penting.

Yelah kan.. sebagai ibu memang kita harapkan anak kita bolot dunia akhiratkan. Tapi semua tu bermula dari ibu bapa sendiri pendedahan yang kita harus berikan.

Ibu mertua Lynd cakap ” Tengok Cik Senah (bukan nama sebenar) tu kalau berdoa bukan main lama. Bersungguh-sungguh. Bibik Salmah pulak sebelum subuh dah bangun. Mengaji.. Tahajjud.. sebab tu anak-anak dorang berjaya”

Dan part yang paling buat Lynd terkesan dan buat Lynd mengalir air mata di petang Jumaat tadi bila diingat balik..

“Mak ni anak last je lah mak mengaji masa mengandung yang lain takder. Yelah.. mak mana tahukan mak dok rumah ja jaga anak kecik ramai. Tak sempat nak gi dengar ceramah”

Sedih.. Touching Lynd..

Sesuatu yang menyentuh perasaan Lynd.

Besar pengorbanan ibu mertua Lynd. “Terperangkap” di rumah demi membesarkan anak-anak.

Iya tidak salahkan dia jika dia tidak tahu segala amalan-amalan yang di suruh dalam islam selain dari Solat, Puasa dan Haji demi menjalankan tugas keibuan beliau.

Tapi Lynd lebih rasa terkesan pada diri Lynd sendiri. Bertapa ruginya ibu zaman sekarang ni termasuk Lynd sendiri.

Tahu mengenai kelebihan dan kebaikan amalan sunat seperti Tahajjud, Dhuha, Selawat dan sedekah semua tu tapi tak buat. Ya Allah rugi.

Yang ada dalam kepala Lynd sekarang ni, mertua Lynd di usia emas beliau kata dia tak amalkan sebab tak tahu, tapi Lynd?

Nak cakap “mama tahu tapi mama tak buat”

Ya Allah ruginya.

Sesungguhnya jumaat yang barakah semalam Allah hantarkan “message” penting itu pada Lynd.

Merupakan tamparan yang hebat pada Lynd supaya Lynd tak menyesal kemudian hari. Bertapa Allah sayang pada Lynd menyedarkan Lynd di usia 33 Tahun.

Masih belum terlambat Lynd dan juga kepada ibu-ibu lain yang membaca post ni.

Lynd harap post ini dapat berikan sesuatu manfaat kepada anda.

Mulakan hari ini sebelum terlambat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation