Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur Kurniaan Allah..

Dengan kehidupan sekarang sebagai ibu kepada 3 puteri yang sedang aktif, sebagai suri rumah yang menguruskan keluarga dan sebagai wanita yang bekerja dari rumah.

Subhanallah.. Kurniaan Allah cukup indah. Rasa syukur tak pernah putus. Bukan merasakan diri sudah cukup bagus dan kehidupan ini adalah lebih baik dari sesiapa, tetapi cukup dengan kurniaan rasa bahagia yang Allah berikan.

Bagaimana mahu jadi ibu dan wanita yang bahagia?

Sesungguhnya Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar “go with the flow” bila kita mula menjaga amanah Allah iaitu anak-anak kita. Kerana kita pasti diuji samada dari segi emosi, kebijaksaan dan kesihatan.

Apa Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu ?

Emosi

  • Sesungguhnya bila ada anak hidup kita bukan membawa diri kita sahaja. Tetapi ada 1 nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita.
  • Maka kita perlu belajar mengawal emosi apabila hidup kita “diganggu”. Nak tidur, anak berjaga. Baru nak suap nasi anak dah menangis perut dah lapar ni. Itu tak masuk lagi urusan ke toilet terpaksa ditangguhkan.
  • Pada tahap ini memang emosi sangat tercabar. Bersabar lah ibu kerana ganjaran yang amat besar menunggu mu.

Kesihatan

  • Yang ni amat penting. kesihatan amat mempengaruhi keadaan emosi dan pemikiran ibu.
  • Jika ibu sihat insyaAllah 50% emosi ibu dapat dikawal.
  • Mungkin bagi yang mengandung anak pertama mereka tak merasa terkesan lagi kerana mereka masih rasa bahawa mereka hanya perlu membawa diri sahaja.
  • Once, bayi dilahirkan sila tanam dalam minda bahawa “Aku kena sihat untuk aku jaga anak ini”. Maksudnya jika kita mengabaikan pemakanan dan penjagaan dalam pantang kita akan menghadapi masalah untuk menjaga anak.
  • Kerana pada level ini kita perlu jaga diri dan anak. Mungkin ada yang fikir “Alah.. nanti lama-lama baik sendiri lah”
  • Subhanallah.. Anda tidak akan faham selagi ibu tak merasainya. Disaat anak menangis dalam masa yang sama kita pun bertarung dengan sakit sendiri.

 

Jadi dalam post ini Lynd memang nak focus pada 2 perkara ini sahaja. Emosi dan Kesihatan.

Macam Lynd, semasa mengandungkan anak ke 3 memang tak tinggal Set Ibu Hamil Shaklee kerana Lynd perlu cergas dan kuat untuk melayan kerenah 2 lagi puteri.

Kalau Lynd balik kerja, Lynd dah penat macamana Lynd nak kawal emosi bila nak berdepan dengan anak yang masih lasak.

Dan bila berpantang memang focus Lynd nak dapat balik tenaga sebab mahu menguruskan new born disamping anak-anak yang sedang lasak.

Lynd terus amalkan Set berpantang Shaklee. Alhamdulillah Lynd tak hadapi masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu hamil yang lain macam sembelit dan kelesuan. Syukur sangat sebab ikut pengalaman masa berpantang anak pertama memang menakutkan dengan masalah tu semua. Alhamdulillah.

Yang bestnya mengenai Set Berpantang Shaklee ini adalah sekali dengan Set Penyusuan Shaklee so Lynd tak payah membazir nak beli set yang berasingan.

Alhamdulillah.. persiapan dan pengalaman bersalin Lynd berbeza bagi ketiga-tiga anak dan alhamdulillah, jodoh Lynd dengan Shaklee dapat membantu Lynd menjadi ibu yang lebih bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation