Assalamualaikum.

Hari ni Lynd nak discuss sikit pasal kewangan.

Lynd memang suka sangat baca dan ambil tahu pasal pengurusan kewangan ni. Dari dulu lagi. Masa baca blog-blog mat salleh pasal badgeting, invesment, income management, dept management dan lain-lain tu, rasa seronok sangat tengok cara mereka uruskan kewangan.

Lynd paling suka cara menguruskan hutang baca mengenai cara menguruskan hutang.

Dan yang Lynd perasan mereka lebih banyak guna perkaraan DEPT instead of LOAN.

Kalau kita ni lagi suka guna perkataan PINJAMAN yang bermaksud HUTANG.

PINJAMAN Perumahan

PINJAMAN PTPTN

PINJAMAN Kad Kredit

PINJAMAN Kereta.

Cuba tukar perkataan pinjaman jadi HUTANG.

Saya pun start terbuka mata pasal HUTANG ni bila baca blog sifu kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli  : Tips Urus Hutang

Barulah saya sedar mengenai ada orang yang hidup tanpa PINJAMAN kat zaman sekarang ni.

Then bila kita ada matlamat nak settle hutang kita akan mula fikir macamana nak settle hutang ini dengan cepat

Mula-mula nak kena kena tahu hutang mana yang kena settle dulu, yang mana boleh transfer ke atau apa-apa lah. Dan sebenarnya entry tu saya tak layak lagi nak buat pun dan bukan itu pun saya nak share sebenarnya.

Then.. Bila saya tengok blog mat salleh cara dorang handle duit keluar masuk ada ruang “income” beberapa kali sebulan. So saya terfikir camner boleh ada beberapa kali income kalau saya makan gaji yang gaji sebulan sekali.

Antara Blog kegemaran saya

A Bowl Full of Lemon

Saya mula tertarik dengan bisnes Shaklee sebab blog ni lah. Tapi sistem marketing Shaklee dorang lain sikit rasanya.

So mulalah dari cerita.. Uruskan bajet.. Urus Hutang.. dan sekarang tambah pendapatan dan next is menabung.

Menabung atau dengan kata lain uruskan kewangan juga lah sebab income dah ada 2 kali (belum kira lagi untung runcit). Akhir bulan gaji bulanan kerja hakiki yang biasanya habis untuk bayar hutang / pinjaman dengan kadar yang sudah ditetapkan, nafkah mak ayah yang average tak jauh beza pun dari tahun lepas increament sikit-sikit je secara tahunan dan belanja harian keluarga.

Biasanya cukup je duit gaji tu tapi yang jadi isu bila ada breakdown / nak balik kampung / melancong.

Takkan nak korek simpanan dari potongan gaji yang sepatutnya untuk betul-betul emergency.

So datanglah cerita 2nd income which is bonus Shaklee yang biasa masuk 13-16 haribulan setiap bulan.

Awal-awal dulu hilang pedoman jugak lah mau taknya dah biasa ada 1x gaji bila dah dapat gaji 2x ni macam seronok terlebih.

Tapi sekarang dah sedar diri. Masa gi IMKK hari tu Doc Azizan Osman ada ajar mengenai 6 tabung.

Tip menyimpan Duit kaedah 6 Tabung Simpanan

The-Money-Jars-System

Masa awal-awal belajar tu, “Aduh tabung NEC pun dah 90% camner nak agihkan ke tabung-tabung lain”

Apa Maksud 6 Tabung ni?

Moldiv_1428893021242

NEC (Neccesity) = Peruntukan keperluan seperti perbelanjaan harian, pakaian, pinjaman / hutang dan duit kepada ibu bapa. Kiranya duit yang habis untuk dibelanjakan keperluan bulanan.

LTSS (Long Term Spend Saving for Spending)

Seperti simpanan untuk haji / umrah. Dan pada Lynd duit ini juga untuk seperti road tax tahunan / kenduri kahwin anak / kenduri akikah anak / duit belanja anak masuk universiti.

EDU (Education)

Duit yang kita akan gunakan untuk menambah ilmu kita sendiri. Bukan untuk education anak-anak ye. Seperti kelas-kelas marketing, kelas kewangan, kelas keagamaan, seminar kekeluargaan dan pelbagai lagi peluang untuk kita menambah ilmu kita sendiri.

FUN 

Duit berseronok. Duit untuk belanja diri sendiri dan keluarga. Duit tengok wayang, spa, beli baju-baju idaman dan “perlu” dihabiskan untuk belanja diri selepas bekerja. Kalau macam plan nak gi bercuti ke 3 bulan lagi, maka hold dulu duit ini dari digunakan so bila dah 3 bulan baru habiskan untuk hotel atau perbelanjaan semasa berjalan.

FFA (Financial Freedom Account)

Ok.. Duit ni penting. Ia merupakan duit tabungan yang tidak boleh diusik LANGSUNG.

Duit ini merupakan duit yang akan digunakan untuk diberanakkan. Bila boleh guna?

Bila amount yang dikumpul cukup untuk menjana income sama seperti keperluan kita.

Maksud, jika setiap bulan kita perlukan Rm 400o untuk keperluan kita, maka duit dari FFA mestilah cukup untuk beranak dengan sendiri untuk menjana Rm 4000 sebulan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.

Contoh : Kita kumpul duit FFA sehingga Rm 700K, beli / bina rumah sewa. Dan setiap bulan hasil kutipan sewa itu adalah Rm 4000 sebulan. Jika terjadi apa-apa pada kita atau kita tak kerja pun takper sebab kita sudah ada duit yang beranak sendiri.

Jadi buat masa sekarang ini kita perlu bekerja untuk kumpul FFA supaya 1 hari nanti kita tak perlu risau mengenai kewangan kita.

Itu lah yang dinamakan Financial Freedom.

Charity 

Duit sedekah juga adalah duit pendapatan pasif kita.

Yang kita hanya perlu percaya dan tak perlu pandai kira.

Doc Azizan cakap, takper kalau tak dapat agihkan ikut percentage ini lagi, tapi yang penting kita adjust dari masa ke semasa dan set target bila kita nak capai income / kewangan yang kita dapat asingkan mengikut sistem tabung ini.

Bagaimana pengagihan semasa kita sekarang?

Jika NEC sahaja sudah 80-90%?

Atau 110%?

Dan disinilah datangnya cerita Tingkatkan Pendapatan.

Maksudnya kita dah tak boleh nak adjust NEC kita.

Contoh :

INCOME : RM 3000

NEC = RM 2500 = 85 %

FFA / LTSS = Rm 500 = 15 %

So macamana nak NEC tu jadi 55% jika kita dah adjust NEC kita memang rm 2500?

Disinilah datangnya cerita tingkatkan pendapatan.

Silapnya mindset kita ni, meningkat pendapatan, maka meningkatnya NEC. Cari ruang loan apa bleh apply lagi, kereta mana boleh tukar lagi.

Sepatutnya :

Untuk NEC 55% = Rm 2500

Income kita kena = RM 4545

Maka selagi income kita tak cecah Rm 4545 kita “Tak Boleh” atau “Tak Patut” menaikkan NEC kita lebih dari Rm 2500.

Sepatutnya

Income = Rm 4545

NEC = Rm 2500 = 55%

FUN = RM 454.50 = 10%

FTTS = RM 454.50 = 10%

FFA = RM 454.50 = 10%

EDU = RM 454.50 = 10%

CHARITY = RM 227 = 5%

Bila dah sampai tahap ini, baru lah tingkatkan pendapatan untuk tingkat NEC kita.

Maka buat masa sekarang ni Lynd tengah pulun nak tingkatkan pendapatan bersama Shaklee supaya saya dapat agihan % tabungan saya macam kat atas tu.

Nak belajar dan nak tahu macamana Shaklee dapat membantu anda meningkatkan pendapatan?

Lebih info mengenai Side Income With Shaklee by LyndSide Income with Lynd

Daftar sebagai Ahli Shaklee

Atau

Atau hubungi Saya

Haslinda Lynd

Contact No : 019 – 603 8353

Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Healing Crisis

1381016106_pijatan_redakan_sakit_kepala_kronis

Ramai yang membuat andaian bahawa tahap kesihatan seseorang dinilai melalui “rasa sihat”.

Dan apabila kita merasa sakit selepas pengambilan sesuatu produk, ia sebenarnya simptom Healing Crisis

Healing Crisis adalah rasa kurang selesa / rasa sakit sementara yang dirasai apabilla proses penyembuhan berlaku secara semulajadi untuk membuang toxin dari badan.

Healing Crisis adalah petanda awal pemulihan cara semulajadi

Healing crisis adalah salah satu aspek penting dalam proses penyembuhan secara semula jadi. Memang agak menyakitkan tapi, ia memberi tunjuk balas bahawa badan sedang menjalani proses penyembuhan secara semulajadi.

road

Simptom Healing Crisis

 

  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu

 

Teruskan pengambilan supplemen kerana healing crisis akan berkurangan apabila kesihatan dalaman bertambah baik.

 

Cara Mengurangkan Kesan Healing Crisis

  • Banyakkan pengambilan air masak 2-3 Liter sehari
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Kurang Dosage supplemen jika sakit masih berpanjangan.

 

 

hero

 

Dibawah adalah antara penerangan untuk healing crisis yang dirasai.

krisis-penyembuhan

 

Harap post ini dapat membantu kita memahami apa yang dikenali sebagai Healing Crisis. Pengambilan supplemen adalah langkah yang bijak bagi membaiki kualiti kesihatan kita.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :

 

contact-icon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...